Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Berdasarkan tajuk yang dikaji , pengetahuan yang diperoleh ialah Perang Dunia Pertama dan

Kedua telah membawa banyak kemusnahan harta benda dan nyawa manusia. Dalam usaha
mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia Liga Bangsa dan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) telah ditubuhkan.

Nilai dan unsur patriotisme yang boleh dicontohi ialah semua negara di dunia harus
bekerjasama mematuhi Piagam PBB. Di samping itu, semua negara harus menghormati
kedaulatan
negara lain serta menjaga keamanan sejagat. Sebarang konflik harus diselesaikan secara
diplomatik
bukannya secara kekerasan.

Iktibar kepada diri, bangsa dan negara ialah peperangan bukanlah jalan penyelesaian untuk
sesuatu masalah dunia. Sebaliknya tindakan berunding perlu dijadikan asas utama dalam
menyelesaikan konflik

Harapan saya untuk masa depan negara kita sentiasa berbaik-baik dengan semua negara di
dunia. Kita harus menjalin hubungan diplomatik dan mengamalkan dasar berkecuali.

Isu yang menyebabkan berlaku konflik atau


perang pada masa akan datang.

Isu yang perlu dilihat pada masa kini adalah hubungan antara Amerika
Syarikat dan juga negara Iran. Dengan pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani
iaitu Ketua Tentera Elit Quds dalam serangan udara Amerika Syarikat boleh menjadi
punca berlakunya peperangan di masa akan datang. Sikap pemimpin Amerika
Syarikat yang suka campur tangan dalam negara lain boleh mengundang rasa tidak
puas hati yang mana ia menjadi punca kepada berlakunya peperangan. Bagi negara
Amerika Syarikat penciptaan senjata yang lebih moden menyebabkan Amerika
Syarikat boleh menguasai negara lain. Kesimpulannya hubungan antara Amerika
Syarikat dan juga Iran ini boleh menjadi punca berlakunya perang dimasa akan
datang kerana kedua-dua negara ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing.

You might also like