Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1 Jantina Perempuan

2 Opsyen Pengajian Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran


3 Bilangan Tahun Mengajar Tujuh
4 Matapelajaran Utama Diajar Bahasa Malaysia, Matematik
5 Bilangan Tahun Mengajar Matapelajaran Utama Tujuh
6 Pernah Menghadiri Kursus KBAT Tidak (X)

Penjelasan guru tentang perkara berikut :

1. Apa cikgu faham tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ?


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah kemahiran – kemahiran yang perlu dikuasai oleh
murid dalam meneruskan kehidupan seharian. Murid perlu menggunakan akal fikiran untuk
menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta sebarang aktiviti
yang dijalankan di dalam kelas.

2. Apa yang cikgu faham tentang pembelajaran abad ke-21 (PAK 21)?
Pembelajaran abad ke 21 ialah pembelajaran yang berpusatkan murid semasa di dalam
kelas. Murid ditekankan mengenai komunikasi, pemikiran kreatif dan kritis, elemen nilai
murni dan kolaboratif semasa pembelajaran di laksanakan.

3. Bagaimanakah KBAT mempunyai kaitan dengan PAK 21 ?


Untuk merealisasikan PAK 21, KBAT memainkan peranan penting dalam melahirkan murid
yang lebih berkualiti seiring pada zaman sekarang. Murid yang lebih berkualiti merupakan
aset negara pada masa akan dating. Pelbagai aktiviti di dalam kelas melibatkan kemahiran
KBAT yang seiring dengan PAK 21.

4. Cadangan cikgu pendekatan PdP yang efektif untuk meningkatkan KBAT dalam PAK 21.
Murid diminta menyelesaikan sesuatu isu yang diberikan oleh guru berdasarkan tema yang
dipelajari. Murid menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Murid boleh berkolaborasi dengan rakan – rakan secara tidak langsung kemahiran
komunikasi murid dapat dipertingkatkan. Murid diminta untuk membentangkan cara
penyelesaian dan menilai cara penyelesaian daripada kumpulan lain.

5. Apakah cabaran dalam melaksanakan KBAT dalam PAK 21?


Kekangan masa guru dalam menyediakan bahan – bahan sebelum PdPc bermula pada setiap
hari. Kekurangan alat yang memudahkan PdPc dilaksanakan di dalam kelas seperti
komputer, LCD dan mesin cetak di dalam kelas seiring dengan PAK 21.

You might also like