Laporan Pencemaran Udara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kesan-Kesan Pencemaran Udara

1.Kesan kepada Kesihatan Manusia


 Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan
tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk,
mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.

2. Kesan kepada Tumbuhan


 Mengalami kerosakan nekrosis – keguguran daun), klorosis – pertukaran warna), dan
pertumbuhan terbantut. Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk
bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan
seharian. Selainitu, kesan itu akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

3. Kesan kepada haiwan


 Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan
oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan
akan tercemar oleh pencemaran udara.

4. Kesan kepada bahan


 Bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada
pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini berlaku
akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Hakisan logam juga merupakan kesan
daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.
5. Penipisan Lapisan Ozon
 Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada
penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping
itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian
kutub bumi. Pada masa kini,ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.

6. Hujan Asid
 Ianya berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air
hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam
awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan
hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Kesannya, ia membunuh tumbuh-
tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan
bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan
menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak subur

7. Kesan Rumah Hijau Dan Pemanasan Global


 Pencemaran Alam Sekitar - Jenis, Punca Dan Kesan yang paling ketara yang
sedang hangat diperbincangkan di seluruh negara pada masa kini adalah
tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada
pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu
bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang
terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat
dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga
menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan
bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu,banjir berlaku secara kerap dan
juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
8. Atmosfera
 Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula
ialahmengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.

Cara Mengatasi Kesan Pencemaran Udara

Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh
kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan
perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh
pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut.

1. Menghijaukan Kawasan
 Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan
dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon
dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas
oksigen melalui proses fotosintesisnya.

2. Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum


 Dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.
Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu
pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema
daripada berlarutan.

3. Program Kitar Semula


 Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di
sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual
barang barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Di
antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama,
kertas terpakai dan kotak kertas.Barang-barang ini boleh diproses semula untuk
menghasilkan kertas baru

4. Kempen
 Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah
dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai
dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi
akan datang

5. Tindakan Undang-Undang
 Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam
ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati
bersalah membuat pencemaran alam sekitar. Pihak berwajib seperti
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan
undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan.
Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit
mencemarkan alam.

6. Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar


 Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar
kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek
yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang
khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapatd ilaksanakan.
Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga
dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan
kesedaran secara lebih berkesan.

You might also like