Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Salatus Salatin karya Bendahara Johor dan Tun Seri Lanang juga dikenali sebagai Sejarah

Melayu merupakan antara sumber pensejarahan tradisional Melayu yang penting. Terdapat
pelbagai watak dan tokoh Melayu yang terdapat dalam teks ini. Salah satu tokoh yang terdapat
dalam Sejarah Melayu ialah Tun Perak. Kehebatannya jelas dilihat dalam bab lima.

Tun Perak merupakan anak kepada Seri Wak Raja. Kehebatan beliau juga terpapar apabila
beliau mengikuti jejak ayahandanya sebagai bendahara kepada empat orang sultan iaitu Sultan
Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau’-din Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah.
Walaubagaimanapun, Tun Perak tersingkir daripada jawatan bendahara setelah ayahandanya mati
bunuh diri. Kemudian, beliau membawa diri ke Kelang dan dilantik sebagai Penghulu orang Kelang.
Kehebatan beliau juga jelas terpapar apabila beliau dilantik menjadi Bendahara dengan gelaran
Bendahara Paduka Raja apabila Sultan Muzaffar Syah tertarik dengan kebijaksanaannya yang berjaya
menyelesaikan masalah dengan seorang rakyat Kelang yang menuduh Tun Perak tidak adil dalam
pentadbirannya.

Selanjutnya, Tun Perak juga merupakan seorang ketua angkatan perang yang berani, cekap
dan pintar. Tun Perak bijak membawa angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali agar
dapat meningkatkan semangat mereka untuk berperang. Bendahara berjaya menewaskan serangan
Siam di bawah pimpinan Awi Dicu ke atas Melaka. Tun Perak bijak merancang strategi peperangan
dengan meletakkan punting-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai bagi mengelirukan pihak
lawan. Hal ini menyebabkan Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam. Selain itu, Tun
Perak juga mengetuai angkatan Melaka ke Pasai untuk membantu Sultan Zainal Abidin bagi
menyelesaikan masalah perang saudara dan perebutan kuasa. Akhirnya, Sultan Zainal Abidin berjaya
ditabalkan sebagai Raja Pasai dengan bantuan Tun Perak.

Di samping itu, Tun Perak merupakan seorang tokoh yang bijaksana dan pintar. Hal ini jelas
dilihat apabila beliau bijak mengarang surat menggunakan ayat yang jelas dan bersifat diplomasi
untuk dihantar ke Siam. Beliau juga bijak meramal dan tinggi dalam ilmu firasat. Kebanyakan ramala
Bendhara adalah tepat. Contohnya, sewaktu Tun Mutahir memegang jawatan Temenggung, Tun
Mutahir bertindak untuk membunuh seorang rakyat yang bersalah di hadapan Sultan Mahmud.
Ramalan Bendahara tepat apabila akhirnya hukuman bunuh ke atas Bendahara Seri Maharaja yang
dijatuhkan oleh Sultan Mahmud tidak setimpal dengan kesalahannya.

Kesimpulannya, kehebatan Tun Perak dalam Sejarah Melayu tidak dapat disangkal lagi
apabila Tun Perak dilantik sebagai Bendahara kepada empat orang Sultan, dilantik sebagai Penghulu
orang kelang, ketua angkatan tentera yang hebat serta merupakan seorang tokoh yang bijaksana
dan pintar.

You might also like