Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : SKAT/PA/02/09 ( )
Tarikh : 22 Ogos 2017

Kepada :
Pengerusi/ Tim. Pengerusi/ AJK
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi

Tuan,
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN MURID UPSR & UPKK 2017

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi akan mengadakan Majlis Solat
Hajat Dan Bacaan Yaasin Untuk Murid UPSR & UPKK seperti butiran berikut :

            Tarikh  : 24 Ogos 2017


            Hari : Khamis (Malam Jumaat)
            Masa : 7.30 – 10.00 malam
            Tempat : Masjid Kariah Tunku Muda Chik Kg. Ampang Tinggi

3. Sehubungan itu, saya berbesar hati ingin menjemput Tuan bersama-sama Ahli Jawatan Kuasa
untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

4. Kehadiran tuan sangatlah diharapkan demi kejayaan anak-anak dan seterusnya mengingkatkan
prestasi Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi. Semoga dengan kehadiran tuan akan memberkati lagi
majlis ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………
(SITI FATIMAH ZAHARA BINTI YUSOF)
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa & Guru
SK Ampang Tinggi
71500 Tanjong Ipoh,
Negeri Sembilan.

You might also like