Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

HARI :SELASA

TARIKH: 9/2/2021
TAJUK: LATIHAN PERLINDUNGAN LITAR

Soalan subjektif

1-Apakah perlindungan yang perlu diberikan kepada sesuatu pepasangan elektrik


mengikut peraturan IEE ?

Jawapan:
a)Perlindungan daripada bahaya renjatan.
b)Perlindungan daripada bahaya arus lebih.
c)Perlindungan daripada kesan terma
d)Perlindungan secara penyampukan bekalan utama.
e)Perlindungan daripada arus litar pintas.
f)Perlindungan daripada pengaruh luaran.

2-Apakah tujuan utama perlindungan?


Jawapan:Untuk mengelak daripada sebarang bahaya yang mungkin wujud dan menganggu
pengguna elektrik.

3-Apakah kawalan perlindungan litar yang perlu bagi sesuatu pepasangan elektrik?
Jawapan:
a)Pengasing
b)Pelindung arus lebihan dan litar pintas
c)Pelindung arus bocor kebumi.

4-Apakah perlindungan dari bahaya renjatan?


Jawapan:
Perlindungan terhadap peralatan ,kelengkapan atau pepasangan elektrik yang membawa arus
apabila disentuh oleh manusia atau haiwan yang mengakibatkan arus mengalir kedalam jasad
mereka(renjatan elektrik).
Kekuatan renjatan bergantung kepada: rintangan jasad seseorang,voltan dan arus yang
mengalir.
Dua jenis sentuhan yang mengakibatkan renjatan ialah:
a)Sentuhan terus(secara lansung)
b)Sentuhan tidak lansung.

5-Apakah fungsi geganti perlindungan ?


Jawapan:1-Melindungi lebihan beban yang menyebabkan lebihan arus.
2-Melindungi litar pintas yang mungkin disebabkan oleh kerosakan penebatan.

6-Bolehkah fius disambung pada talian neutral?


Jawapan:Tidak boleh,bahaya.

7-Apakah tujuan pasir halus dimasukkan kedalam kelonsong fius?


Jawapan:Bagi mengelakkan arka dan bunyi yang kuat.

8-Apakah tindakan kamu,jika satu MCB yang mengawal litar akhir trip.?
Jawapan:Mencari dan memperbaiki kerosakan litar akhir itu , membuat ujian penebatan, reset
MCB dan ON semula.

9-Bolehkah fius disambung selari?


Jawapan:Tidak boleh ,sebab kadar arus fiusan nya tidak sama
10-Apakah warna bagi fius katrij 1362 berkadar 13A.?
Jawapan:Coklat.

11-Jika konduktor pembumian sesuatu pepasangan elektrik terputus,apa yang akan


berlaku kepada alat-alat perlindungan jika berlaku kebocoran kebumi:

Jawapan:PLBB kendalian arus tidak akan terpelantik.


.
12-Fius akan memutuskan litar apabila berlakunya:
Jawapan : Litar pintas dan lebihan arus beban.

13-Apakah maksud yang ditanda pada pemutus litar bocor kebumi 63A/0.3A.?

Jawapan: 63A bermaksud kadaran arus yang boleh ditanggung oleh PLBK tersebut, 0.3A
bermaksud kadaran arus yang membuat PLBK terpelantik.

14-Pelindung lebihan arus litar itu tidak boleh beroperasi apabila berlaku arus bocor
kebumi kerana…………….

Jawapan: nilai impeden gelung bumi tinggi.

15-Kebaikan MCB adalah seperti berikut, Pilih yang betul.


i)Sifat terpelantik beban lebihan ditatah oleh pihak pengeluar
ii)Litar yang rosak senang dikesan
iv)Boleh digunakan sebagai gantian fius bagi mengawal pepasangan domestik.

Jawapan:semua betul.

16-Suatu fius yang mengawal litar akhir didalam pendawaian elektrik mestilah

Jawapan:Tidak melebihi kadar arus bagi kabel.

17-Apakah yang akan berlaku kepada sistem pemasangan elektrik jika radas mudahalih
mengalami litar pintas.

Jawapan:Fius bagi litar radas terputus.

18-Kegunaan RCCB ialah,

Jawapan:Memutuskan litar bila berlaku arus bocor kebumi

19-Apakah kebaikan miniature circuit breaker (MCB)

Kebaikan miniature circuit breaker adalah seperti berikut

1-Sifat terpelantik beban ditatah oleh pihak pengeluar


2-Litar yang rosak senang dikesan
3-MCB boleh digunakan sebagai gantian fius bagi mengawal pepasangan domestik.
20-Apakah faktor-faktor pemilihan peranti pelindung

Faktor pemilihan peranti pelindung

1-Jenis beban
Semak beban yang digunakan itu seimbang atau tidak,jika beban arus berubah-ubah,peralatan
arus beban lebih hendaklah diambil kira bersama dengan arus beban itu.

2-Ketahanan pelindung arus lebih


Peralatan pelindung arus lebih itu berkemampuan menahan arus litar pintasnya.Contoh fius 15A
berkemampuan menahan arus pintasnya sebanyak 2 kali ganda kadaran fius itu.

3-Suhu sekitaran (ambient) – kecekapan suhu peralatan pelindung ini perlu diambil kira agar
fungsi peranti itu bersesuaian dengan kadar perlindungan yang dikehendaki.

4-Alat khas
Semak semua kilang menggunakan peralatan yang peka iaitu mudah rosak akibat arus lebih
yang mendadak naik.

5-Harga dan bahaya


Jika terdapat pelindung arus lebih yang mempunyai keupayaan yang sama tetapi harganya
murah

21-Tempat yang manakah tidak perlu dipasang alat perlindungan

i)Litar yang bahaya sekiranya bekalan diputuskan


ii)Litar alatubah arus

22-Apakah akibat pemilihan alat perlindungan yang salah

Kepanasan kabel pengalir yang akan mengakibatkan kebakaran.

You might also like