Minit Mesyuarat Panitia Kali 1:2021

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK TENGKU LELA SEGARA

21600 MARANG,TERENGGANU

MINIT MESYUARAT PANITIA PERNIAGAAN


BIL 1 TAHUN 2021

Tarikh : 16/12/2020 (Selasa)


Masa : 9.00 PG
Tempat : Dewan Mutiara Budi

KEHADIRAN

1 Cg Nor Azita bt Muda


2. Cg Rozila bt Mohamad
3. Cg Muhamad Amir bin Abdullah

1.0 KATA ALUAN PENGERUSI

1. Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas kesudian menghadiri mesyuarat panitia dan
terima kasih diucapkan kepada semua guru atas kerja buat guru yang cemerlang bagi tahun
2020.

2. Ketua panitia mestilah memastikan perancangan panitia tahun 2021 dimasukkan program
yang berkaitan dengan fokus utama bidang keberhasilanTS 25 iaitu Kualiti guru.

3. Semua guru mesti terus bersemangat dan memberi kata-kata motivasi kepada semua pelajar
untuk terus tekun dan rajin belajar terutamanya kepada pelajar yang akan menduduki
peperiksaan SPM tahun 2020.

4. Semua guru hendaklah memastikan program-program TS 25 dilaksanakan untuk


meningkatkan kecemerlangan pelajar.

5. Pengerusi majlis mengucapkan selamat Kembali ke sekolah semula dan berharap tahun 2021
lebih baik dari tahun 2020.

6. Guru-guru hendaklah menggunakan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai termasuk


kolaboratif untuk menarik minat pelajar.

7. Pengajaran dan pembelajaran abad ke -21 mesti dipraktikkan selari dengan kehendak sekolah
transformasi TS 25 demi meningkatkan kecemerlangan pelajar.

8. Ketua Panitia mestilah melengkapkan 6 buah fail panitia masing-masing dan fail PBS.

9. Semua guru dikehendaki memuat turun dokumen penjajaran kurikulum 2.0 .

10. Guru-guru yang ada defisit pembelajaran tahun 2020, dikehendaki menggunakan DSKP versi
sisipan dan jika tiada defisit, boleh teruskan dengan DSKP semasa

1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Mesyuarat bersetuju menerima Minit Mesyuarat Panitia Bil 4 /2020

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

4.0 AGENDA MESYUARAT

4.1 Ketetapan Kurikulum

4.1.1 Mesti ada lantikan secara rasmi iaitu surat daripada S/U atau Ketua Panitia

4.1.2 Hala Tuju Kurikulum. Guru-guru digalakkan untuk semarakkan lagi PAK 21 dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran

4.1.3 Semua panitia diminta untuk melaksanakan PLC. Ketua Bidang akan mengeluarkan
Jadual pelaksanakan PLC.

Tindakan :
Makluman

4.2 Pengurusan Panitia

4.2.1 Semua panitia perlu mengekalkan 6 buah fail panitia dan dijadikan sebagai projek
panitia.

Tindakan : Ketua
Panitia

4.2.2 Kajian tindakan

Panitia digalakkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 1 kajian tindakan. Ketua


Bidang akan menyelaraskan format kajian tindakan.

Tindakan : Makluman

4.2.3 Semua guru diingatkan bahawa kehadiran PLC bagi semua guru adalah wajib. Ketua
Panitia akan memasukkan ke dalam SPLKPM.

Tindakan : Ketua
Panitia

4.2.4 Pelaporan PLC perlu disediakan dalam 3 salinan iaitu satu Salinan untuk disimpan di
dalam fail panitia, diserahkan kepada S/U Ladap dan S/U TS25

Tindakan : Ketua
Panitia

5.0 PENGURUSAN PROJEK AKADEMIK

2
5.1 Ketua panitia diminta untuk merancang program akademik. Program akademik adalah
merangkumi semua tingkatan dan bukan hanya fokus SPM. Guru-guru juga perlu
meningkatkan kolaboratif antara guru samaada peringkat dalaman atau luaran.

Tindakan : Ketua Panitia

6.0 PENGURUSAN PBD

6.1 Semua guru diingatkan untuk membawa bersama rekod transit semasa PdPc. Guru-guru
boleh menggunakan Template PBD tahun lepas.

Tindakan : Semua
guru

7.0 PENGURUSAN PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

7.1 Program peningkatan profesionalisme guru adalah lebih berfokus kepada kualiti guru.
Antara program yang boleh dilaksnakan ialah Teknik menanda kertas, Teknik peningkatan
kecemerlangan pelajar, dan LADAP.

Tindakan : Semua
guru

8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 Penjajaran
Ketua Panitia diingatkan untuk membuat penyemakan sama ada wujud defisit atau tidak.
Jika tidak berlaku defisit, panitia boleh meneruskan DSKP semasa.
8.2 Untuk Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 jadual PDPR akan dikeluarkan oleh sekolah.
8.3 Pada tahun 2021 semua guru akan membuat erph. Pada minggu ke 3 semua guru
hendaklah menghantar erph yang lengkap

Mesyuarat ditangguh pada jam 12.20 tengahari dan disudahi dengan Surah Al Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh,

…………………………….. ………………………….

(ROZILA BINTI MOHAMAD) ( NOR AZITA BINTI MUDA )


SU PERNIAGAAN KETUA PANITIA PENIAGAAN
SMKTLS SMKTLS

You might also like