Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN NAIK TARAF SETOR KEPADA BILIK SAKIT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNDANG JELEBU


71600 KUALA KLAWANG
NEGERI SEMBILAN

1. TAJUK

NAIK TARAF SETOR KEPADA BILIK SAKIT


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNDANG JELEBU

2. PENDAHULUAN

Terdapat beberapa kekurangan kemudahan untuk pelajar di sekolah ini. Keperluan kemudahan
seperti bilik sakit amat diperlukan dewasa ini kerana terdapat ramai pelajar yang sakit dan tiada tempat
untuk tempatkan sementara waktu, sebelum dihantar ke hospital. Bilik setor di sebelah Bilik Gerakan
amat sesuai dijadikan sebuah bilik sakit untuk kegunaan pelajar.Oleh itu pihak pentadbiran merancang
mengubahsuai sebuah bilik setor itu untuk dijadikan sebuah bilik sakit bagi memantapkan lagi sekolah
sebagai sebuah institusi yang mementingkan keselamatan dan kebajikan pelajarnya.

3. RASIONAL

3.1 Dengan adanya bilik sakit akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah menjalankan aktiviti
kokurikulum dan jika berlaku kemalangan kecil pelajar dapat rawatan segera di bilik sakit ini.

3.2 Memberi keselesaan kepada pelajar dalam mengikut aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

3.3 Keselamatan pelajar akan sentiasa dipantau dan diberi keutamaan khusus supaya tidak berlaku
kes-kes kemalangan teruk yang tidak diberi rawatan segera.

4. MATLAMAT

Dengan wujudnya bilik sakit itu nanti akan membolehkan sekolah ini menjalankan segala aktiviti yang
berkaitan dengannya dan dapat merealisasikan visi dan misi sekolah untuk melahirkan pelajar yang
seimbang ,cemerlang dan terbilang dalam akademik dan kokurikulum.
5. CADANGAN TAPAK LOKASI BILIK SAKIT

Lokasi yang dicadangkan bagi naik taraf bilik kepada bilik kuliah ialah di bilik setor iaitu di Blok Bilik
Guru. Tapak ini sesuai kerana ianya terletak di laluan utama dan berhampiran dengan kantin
sekolah.Tempat ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelajar dan berhampiran dengan semua blok
bangunan yang lain.

6. CADANGAN KEMUDAHAN DAN STRUKTUR BILIK KULIAH

6.1 Sebuah meja.

6.2 Sebuah Tingkap baru

6.3 Dua buah Kerusi

6.4 Dua buah Katil dan tilam.

6.5 Sebuah Kipas Bumbung.

6.6 Sebuah Kipas Berdiri.

6.7 Satu point Suis.

6.8 Satu Sinki Air

6.9 Sehelai tikar getah

6.10 Sebuah Almari

6.11 Peti Ubat

7. KEWANGAN

7.1 Anggaran perbelanjaan ialah antara RM 1 000.00 hingga RM 5 000.00.

7.2 Memohon peruntukan daripada JPNS.


8. PENUTUP

Pihak sekolah berharap permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan yang
sewajarnya. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………….… ………………………………..
( JOHAR BIN HAJI ABU ) ( ZAINAB BT YAACOB )
Penyelia Bangunan, Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu

You might also like