And Poetry Writing Peringkat Negeri Kedah Tahun 2021.: Online English Language Essay Writing Competition

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Rujukan Tuan :

Rujukan Kami : JPK.SPPK.UKK 600-3/5/6 Jld. 2 (59)


Tarikh : 25 Mei 2021

Pengetua dan Guru Besar


Sekolah – sekolah Negeri Kedah
Tuan,

HEBAHAN PERTANDINGAN ONLINE ENGLISH LANGUAGE ESSAY AND POETRY WRITING


PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) akan menganjurkan Pertandingan Online English Language Essay
and Poetry Writing Peringkat Negeri Kedah Tahun 2021.
3. Untuk makluman pihak tuan, penyertaan untuk pertandingan ini adalah terhad kepada seorang
(1) murid setiap sekolah bagi kategori Sekolah Rendah, Menengah Rendah dan Menengah Atas.
Penyertaan untuk kategori Tingkatan Enam adalah tiga (3) penyertaan setiap sekolah atau kolej
tingkatan enam. Pada tahun ini, pihak JPNK turut memperkenalkan satu kategori baharu dalam
Pertandingan Online English Language Essay Writing iaitu kategori Sekolah Rendah (Pendidikan
Khas). Seorang (1) murid dari setiap Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas atau Program Pendidikan
Khas Integrasi boleh menyertai pertandingan ini dalam kategori tersebut.

4. Penyertaan dan penghantaran untuk pertandingan ini mestilah dilakukan sebelum atau pada 21
Jun 2021 (Isnin), jam 2.30 petang. Berikut adalah pautan pendaftaran dan penghantaran:

Online English Language Essay Writing Competition


https://tinyurl.com/essay-kedah-2021
(Semua Kategori)

Online English Language Poetry Writing Competition


https://tinyurl.com/poem-kedah-2021
(Semua Kategori)

5. Bersama – sama ini turut disertakan kertas konsep dan poster pertandingan untuk rujukan pihak
tuan. Pegawai berurusan di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, En. Muhamad Hasan Bin Hasmali,
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, boleh dihubungi di talian 013-5833720.
Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI AHMAD SHUKRI BIN SHAFIE )


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
s.k. 1. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
2. Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah
mhh/pertandingankoakademikbahasainggeris/locald

You might also like