Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

IKATAN DAN SIMPULAN ASAS

Pengenalan
 Ikatan dan simpulan memainkan peranan yang penting dalam sesuatu kerja menyelamat.
Pengunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah sesuatu perkara yang terbukti
efektif. Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan dapat membantu penyelamat untuk
mencapai objektif iaitu menyelamat mangsa.
 Terdapat sepuluh ikatan asas yang digunapakai dalam kerja-kerja menyelamat. Ikatan dan
simpulan ini boleh dipelbagaikan untuk kerja-kerja menyelamat.
 Ikatan dan simpulan yang digunakan ialah:

SIMPUL MATI

 Digunakan untuk menyimpul hujung tali terburai dan menjadi ikatan penahan pada
takal.Ianya sukar untuk dibuka

SIMPUL ANGKA LAPAN

 Kegunaanya adalah sama seperti simpul mati, akan tetapi ianya lebih mudah dibuka
berbanding simpul mati.
IKATAN BUKU SILA

 Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang


sama saiz.Ianya juga ikatan yang digunakan dalam pertolongan cemas iaitu mengikat
hujung kain anduh atau pembalut.

IKATAN TINDIH KASIH

 Ianya digunakan untuk menurun atau menaikkan mangsa yang sedar dan jua bertindak
sebagi tali pandu.
IKATAN BUNGA GETI

 Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang tidak sama saiz.Ianya juga ikatan yang
digunakan untuk mengikat hujung tali di dalam kawasan berair.Terdapat dua
jenis.Iaitu Double (Berganda) dan Single (Tunggal) SheetBend (Bunga Geti). Untuk
Bunga Geti Berganda ianya dililit dua kali. Perbezaannya ialah dari segi kekuatan.
Semakin Banyak lilitan semakin kuat ikatan.

SETENGAH BELIT

 Ianya digunakan untuk mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat.

1 LENGKAR 2 SETENGAH BELIT

 Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja-
kerja menyelamat.Perbezaannya ianya boleh diubah-ubah dan mudah dibuka.

SIMPUL MANUK

 Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja-
kerja menyelamat.
SIMPUL BALAK

 Ianya digunakan untuk mengangkat atau


menurunkan kayu, papan, atau peralatan.

SIMPUL KERUSI

 Ianya digunakan untuk menaik dan menurunkan


mangsa dari tempat tinggi atau kawasan rendah.Ianya hanya digunakan pada mangsa yang
tidak sedarkan diri.

KESIMPULAN
Ikatan dan simpulan memainkan peranan yang besar dan dapat membantu penyelamat
dalam menjalankan kerja-kerja menyelamat sesebuah bencana atau kemalangan.

You might also like