Laporan KPs

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN

KUMPULAN : L

TAJUK :

AMALAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM PERSEKITARAN


SEKOLAH

AHLI KUMPULAN

NO NAMA NO MATRIK
1. KHAIRULAMIRIN BIN KAMARUDIN D20201094993
2. MUHAMMAD AFIQ BIN ANUAR D20201094771
3. AMIR ADZLAN BIN BUHASSAN D20201094770
4. AIMIE HUDA BINTI ABD RAZAK D20201095640
5. UMMU MADIHAH BINTI OTHMAN D20201094929
6. NURIN SYAZANA BINTI ABDUL AZIZ D20201095615

NAMA PENSYARAH : ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF


1.0 Pendahuluan

Amalan membawa maksud kepada sesuatu yang dilakukan ataupun dilaksanakan sebagai
suatu kebiasaan yang sebenarnya berlaku. Manakala budaya ini boleh didefinisikan sebagai
ciri-ciri atau suatu tingkah laku yang dipelajari oleh sekempulan manusia dalam persekitaran
sosialnya. Hal ini demikian kerana, ia merangkumi keseluruhan kompleks yang mengandungi
ilmu pegatahuan, kepercayaan dan adat yang mempunyai keupayaan yang diperolehi oleh
seseorang ahli masyarakat. Oleh itu, budaya merupakan proses sosial dalam budaya dan
struktur sosial adalah sangat berkait rapat. Kepelbagaian budaya pula boleh didefinisikan
sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang menghormati keberadaan
kepelbagaian dalam sesebuah masyarakat ataupun organisasi, menghargai perbezaan
sosiobudaya dan juga mengalakkan penerimaan sumbangan yang berterusan dalam konteks
budaya yang sihat dalam masyarakat tersebut. Dalam konteks pendidikan pula, amalan
kepelbagaian budaya dalam persekitaran sekolah ini merupakan suatu proses atau strategi
pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya mahupun bahasa dan juga etnik.
Setiap pelajar terdiri daripada latar berlakang yang berbeza seperti agama, etnik dan juga
bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan kepelbagaian budaya ini akan berlaku
secara formal ataupun tidak formal. Sebagai contoh, amalan kepelbagaian budaya di sekolah
ini bertujuan untuk memupuk tolenrasi, pemahaman, kesedaran dan juga pengatahuan bagi
mengambil kira daripada aspek persamaan dan perbezaan antara budaya.

2.0 Latar belakang

Secara keseluruhannya dalam aspek amalan kepelbagaian budaya dalam persekitaran di


sekolah ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keharmonian sekolah
mahupun negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan wujudnya amalan kepelbagaian
budaya ini dapat memupuk semangat kekitaan tanpa mengira entik dan agama.Dalam amalan
kepelbagaian budaya dalam persekitaran budaya ini juga diberikan penekanan kepada aspek
pentadbiran, aktiviti sekolah, aktiviti pembelajaran, amalan aktiviti kokurikulum, dan
penggunaan bahasa. Melalui pada penekanan aspek-aspek ini membantu dalam mengupas
segala maklumat bagi amalan kepelbagaian budaya di sekolah. Lebih jelas bahawa, amalan
kepelbagaian budaya dalam persekitaran sekolah ini juga merupakan agen dalam
menyatupatukan bangsa-bangsa di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, murid-murid
di sekolah didedahkan dengan semangat bersatupadu sejak awal persekolahan ini akan
mendorong kepada masa depan yang lebih cerah kerana pendidikan dan penekanan yang awal
ini sangat berkesan. Oleh itu, semua pihak bertangungjawab memainkan peranan dalam
merelisasikan amalan kepelbagaian budaya di sekolah ini bagi memberikan pendidikan awal
untuk menyatupadukan bangsa-bangsa di Malaysia dan membentuk negara yang aman
seujurus mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

You might also like