Stem Dan Vtek Kump Edited

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 37

KURSUS:

GGGC6033
ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TUGASAN:

TUGASAN KUMPULAN
TAJUK TUGASAN:
MEMPERKASA PENDIDIKAN STEM & VTEK:MELAHIRKAN SUMBER MANUSIA
KOMPETEN & BERDAYA SAING
SESI PENGAJIAN:

PENTADBIRAN PENDIDIKAN 1 SEM 1 2019/2020

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:

EN. JAMALUL LAIL ABDUL WAHAB

DISEDIAKAN OLEH
SIE SHYAN (P105016)
WONG WEN JING (P105031)
LEW KAR YOONG (P105000)

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
“Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 KONSEP 4
2.1 Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering,
Mathematic)
2.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional (VTEK)

3.0 DEFINISI 7
3.1 Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering,
Mathematic)
3.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional (VTEK)

4.0 TEORI 11

5.0 IMPLIKASI 14
5.1 Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering,
Mathematic)
5.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional (VTEK)

6.0 CABARAN PENDIDIKAN STEM & VTEK 18

7.0 ISU, IMPLIKASI & CADANGAN 23

8.0 KAJIAN - KAJIAN LEPAS 29

9.0 RUMUSAN 32

10. RUJUKAN 34
0

1.0 PENGENALAN

2
Pembangunan modal insan yang kompeten dan berdaya saing merupakan
pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara. Dalam usaha
mencapai status negara maju, Malaysia perlu menggiatkan usaha yang lebih
komprehensif dan bersepadu dari segenap sektor.

Selaras dengan Revolusi Perindustrian 4.0, bidang STEM merupakan


bidang yang berkembang pesat di serata dunia. Oleh itu, bidang ini perlu
diberi perhatian bermula seawal peringkat sekolah rendah dan prasekolah
lagi. Rentetan daripada perkembangan pesat ini, lanskap pekerjaan pada
masa-masa akan datang juga kian berubah.

Untuk meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang


penyelidikan dan industri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memperkukuhkan pendidikan STEM yang merupakan pendekatan
pembelajaran yang menyepadukan empat disiplin ilmu secara bersamaan
iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Stem bukan sahaja dapat
menghasilkan tenaga mahir dalam pendidikan malah dapat menjadi sebagai
pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Selain daripada pendidikan STEM dapat membangun dan memajukan


negara, Pendidikan VTEK juga memainkan peranannya dalam melahirkan
tenaga kerja yang berdaya saing. Satu kenyataan dalam akhbar Berita Harian
(2017, 27 Oktober) menyatakan bahawa Pelaksanaan pelan induk Teknikal
dan Latihan Vokasional (VTEK) di negara ini mampu melahirkan lebih ramai
generasi belia berdaya saing serta berkemahiran tinggi dalam sektor
perkhidmatan.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), VTEK memenuhi


permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras
dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan,kemajuan teknologi
dan mobiliti tenaga kerja global. Pendidikan VTEK perlu berubah dan
berkembang mengikut arus semasa bagi menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara perindustrian yang maju, setanding dengan Negara Jerman,
Jepun, dan Korea (Jeniri Amir, 2018)

3
Perspektif dan pandangan orang lain bahawa, VTEK merupakan
pilihan terakhir bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Namun,
pandangan dan perspektif ini perlu berubah selaras dengan perubahan arus
Revolusi Industri 4.0.

Revolusi Industri 4.0 berpaksikan kepada teknologi terkini yang


menyasarkan kewujudan persekitaran industri, ekonomi dan kehidupan lebih
pantas, pintar dan dinamik. Oleh itu, negara perlu memastikan pekerja dalam
bidang teknikal dilengkapi kemahiran terkini berdasarkan perkembangan
teknologi dan keperluan industri masa hadapan.

Malaysia kini mengikut jejek langkah negara maju seperti Jepun,


Jerman dan Amerika Syarikat dalam memberi penekanan kepada Pendidikan
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik di samping Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (VTEK). Langkah menjadikan STEM dan
VTEK sebagai agenda utama pendidikan negara bertujuan bagi
menghasilkan lebih ramai yang mahir dalam profesion teknikal.

2.0 KONSEP

2.1 Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematic)

STEM merupakan akronim untuk ‘Sains’, ‘Teknologi’, ‘Kejuruteraan’


(Engineering) dan ‘Matematik’. Mata pelajaran yang terangkum dalam bidang
STEM ini adalah seperti Sains, Fizik, Matematik, Kimia, Biologi, Asas Sains
Komputer (ASK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

STEM dalam konteks pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)


mencakupi tiga aspek utama iaitu bidang pembelajaran (di sekolah dan di
peringkat tertiari), pakej mata pelajaran (berdasarkan kombinasi mata
pelajaran pengkhususan STEM) dan pendekatan PdPc (pengaplikasian
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menyelesaikan masalah).
National Science Foundation (NSF) meringkaskan pula kepada STEM (Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi memudahkan penyebutan dan
memantapkan maknanya bagi setiap elemen.

4
Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan
pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains
serta teknologi kepada pelajar. Jelasnya, hal ini termaktub dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang menekankan
pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan.

Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar,


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dr Shahiron Shahidan (2018)
berkata bahawa pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan
komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran
kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21)
serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pembangunan komponen ini
dilihat dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi
dalam menyelesaikan masalah kompleks.

Kini, pendidikan STEM di Malaysia berada di fasa Gelombang Kedua


(2016-2020). Kurang setahun dari sekarang, kempen dan kerjasama yang
berterusan dengan agensi-agensi berkaitan perlu dilaksanakan bagi
memenuhi tuntutan gelombang ini iaitu memupuk kesedaran masyarakat
tentang STEM.

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mengandungi


tiga elemen STEM iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai seperti yang
ditunjukkan di bawah :

5
2.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional (VTEK)

Perubahan pesat dunia hari ini menuntut Malaysia untuk segera berubah
supaya mampu melonjak ke tahap maju dengan mengetengahkan bidang
pendidikan sebagai lonjakanterakhir ke arah mencapai status negara maju
yang dicita-citakan (Mohd Fuad 2007).Sistem pendidikan di Malaysia turut
berubah dan tidak ketinggalan perubahan yang begitu ketara berlaku dalam
pendidikan teknik dan vokasional seiring perkembangan arus globalisasi.
Pendidikan teknik dan vokasional adalah penting dalam pembangunan
sesebuah negara khususnya jika mahu menjadi sebuah negara perindustrian
menjelang tahun 2020 (Azila Dason et.al, 2011)

Sistem pendidikan di Malaysia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu


pendidikanteknik dan vokasional, pendidikan akademik atau umum serta
pendidikan agama.Bidang teknik dan vokasional mementingkan pengetahuan
dan kemahiran serta menyediakan peluangpekerjaan yang baik kepada
golongan muda (Siti Syahirah 2011).Menyedari pentingnyapengetahuan dan
kemahiran dalam tenaga kerja di Malaysia, sistem pendidikan dilihat mampu
memenuhi kehendak komersil dan industri di samping dapat menghasilkan
tenaga kerja yang berupaya dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran
(Suzana et al 2011).Perkara ini turut disokong oleh Ahmad et al. (2009),
pendidikan teknik dan vokasional dilihat sebagai agenda penting bagi
menjana kepesatan industri dan mencapai status negara maju. Sehubungan
itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional menjadi teras dalam
membangunkan potensi individu seperti yang dihasratkan dalam Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan
yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Falsafah, prinsip dan polisi adalah penting bagi VTEK.Ketiga-tiga


elemen tersebut harus wujud dalam satu hubungan yang harmoni dan
searah.Tidak wajar untuk dikatakan bahawa prinsip adalah lebih penting
daripada falsafah ataupun polisi walaupun sejarah awal pembentukan
program VTEK memaparkan penggunaan prinsip sebagai konsep asas.Tidak
hairanlah jika prinsip menjadi konsep asas kepada pembentukan program

6
VTEK kerana 'orang teknikal/vokasional' dikenali sebagai individu yang
praktikal.Kita dikenali sebagai pengamal (practitioners) yang lebih
mementingkan amalan daripada teori.Falsafah pada ketika itu, dianggap
sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan untuk membentuk program;
sementara polisi berperanan sebagai asas bagi membina matlamat dan
tujuan program.Seterusnya, sejarah juga telah membuktikan kepentingan dan
peranan prinsip, falsafah dan polisi dalam VTEK.Pembentukan paradigma
untuk VTEK memerlukan falsafah yang koheren dan selari dengan prinsip
serta polisi.

Tambahan pula, segala amalan individu yang terdapat dalam


sistem VTEK selari dengan kehendak FPK dan kesedaran kendiri
individu dapat dipupuk. Sstem VTEK juga mengamalkan kemahiran-
kemahiran yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian dalam
mencorak pendidikan sepanjang hayat.

Kesimpulannya, bidang kemahiran dan teknikal serta pendedahan


dengan latihan amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan pelajar
menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang
mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat
diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.

3.0 DEFINISI

3.1 Pendidikan Stem (Science Technology Engineering Mathematics)

STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan


maksud di sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering
Mathematics (STEM). Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan
SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi.Kemudian,
National Science Foundation (NSF) meringkaskan pula kepada STEM (Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi memudahkan penyebutan dan
memantapkan maknanya bagi setiap elemen.

7
Becker & Park (2011) menyatakan, pendidikan STEM ialah satu
penerokaan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
melibatkan mana-mana dua komponen STEM atau lebih. Satu komponen
STEM juga boleh dipelajari dengan disiplin ilmu yang lain. Pengintegrasian
Pendidikan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran kini menjadi tumpuan
KPM melalui latihan serta kursus kepada guru-guru dan kolaborasi bersama
universiti-universiti.

Menurut Norah (2019), STEM bermaksud gabungan (integration) mata


pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk
mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk
pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar
lain di seluruh dunia.Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar
pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing
dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.

Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin iaitu Sains,


Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi, kemudian menggalakkan
pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang
relevan.Ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (PPPM 2013-2025) memberikan penekanan terhadap perapatan
jurang antara mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah
(Amimah Mohamad Ayub, 2018).

Jumlah pelajar dalam aliran STEM yang sangat sedikit ini memberi
implikasi kepada universiti dan politeknik atau institusi latihan kemahiran yang
bertujuan menghasilkan sumber manusia mahir dan separa mahir seperti
jurutera, juruteknik, arkitek, saintis atau penyelidik.Latihan pelajar STEM
sangat berkait rapat dengan pekerjaan baru muncul dan industri digital yang
berkembang pesat pada abad ini, tetapi penawaran bakat dalam bidang itu
yang terlalu sedikit mengecewakan pembuat dasar.

Akibatnya, penawaran sumber manusia melebihi permintaan dalam


bidang sastera dan sains sosial akan menyumbang kepada kadar
pengangguran yang tinggi.Kementerian Pendidikan mengesahkan trend

8
penurunan jumlah pelajar yang mengambil subjek STEM, iaitu 49 peratus
pada 2012 kepada 44 peratus tahun lalu.

Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik menjelaskan


berlaku penurunan secara purata kira-kira 6,000 pelajar setiap tahun.Ini
menunjukkan 68 sekolah sains di seluruh negara belum mencukupi untuk
menyediakan jumlah pelajar STEM bagi mencapai sasaran 60 peratus,
berbanding pelajar aliran sastera dan sains sosial.

3.2 DASAR-DASAR BERKAITAN PENDIDIKAN STEM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berusaha untuk


meningkatkan sumber tenaga yang mahir serta pakar dalam bidang
penyelidikan dan industri, maka, salah satu inisiatif yang dilakukan ialah
pengukuhan Pendidikan STEM di negara kita. Beberapa dasar yang dilihat
menyokong hasrat murni ini ialah Dasar 60% Sains : 40% Sastera (Dasar
60:40), Wawasan 2020, PPPM 2013-2025 serta Dasar Sains, Teknologi dan
Inovasi Negara (DSTIN), selain pengoperasian Pusat STEM Negara yang
bermula sejak Mei 2018.

Menurut Phang et. al (2010), polisi nisbah 60:40 (sains : sastera) telah
diamalkan dalam sistem pendidikan negara dalam Dasar Pendidikan
Kebangsaan, perkara 4.9, apabila sebuah jawatankuasa di Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) (1962),
melakukan kajian ke atas hala tuju pembangunan sumber manusia.Pelan
Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi 2020 mensasarkan 60 peratus
pelajar aliran sains malangnya ia merosot dengan bidang sains dan
matematik hanya 37 peratus dan 29 peratus bagi sains tulen. Melalui kajian,
didapati ramai pelajar lebih berminat menjadi ahli perniagaan, usahawan,
petani, kontraktor, bidang perkhidmatan dan bidang hospitaliti.

Jumlah pelajar aliran sains di institusi pengajian tinggi tempatan kini


hanya sekitar 35,000 orang setahun berbanding sasaran 100,000 pelajar
setahun. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 tenaga kerja
dalam aliran sains dan teknologi menjelang 2020 untuk mencapai status

9
negara maju berpendapatan tinggi.Kerajaan telah menetapkan matlamat
dasar ini bagi melahirkan lebih ramai sumber manusia yang berkepakaran
tinggi dalam bidang Sains dan Teknologi sebagaimana yang diilhamkan
dalam Wawasan 2020 iaitu Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju
menjelang tahun tersebut.

3.2 Pendidikan Teknik Dan Vokasional (VTEK)

Pendidikan teknik dan vokasional merupakan salah satu cabang


pendidikanyang ditawarkan pada masa kini. Ia diwujudkan bagi memberi
peluangkepada pelajar yang mempunyai kecenderungan kepada pendidikan
sainsdan teknologi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di industri di
dalammahupun diluar negara. Bagi merealisasikan program pendidikan
teknikal ini,banyak program yang berkaitan telah diwujud dan ditawarkan.
Sistem latihanini juga telah diperkenalkan diperingkat Sekolah Menengah
sehinggalah keperingkat Universiti.

Usaha-usaha ini adalah bagi membolehkan pelajar-pelajar yang


berpotensidilatih untuk menjadi tenaga kerja professional dan separa
profesional didalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan. Pendidikan
teknik danvokasional ini sebenarnya dapat membantu pelajar tercicir dalam
pelajaranbersifat akademik, tetapi berpotensi besar untuk menjadi insan
yangcemerlang dalam bidang kemahiran dan seterusnya dapat menjana
ekonominegara secara keseluruhannya.

Sehubungan dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, Perbadanan Tabung


Pembangunan Kemahiran (PTPK) mahu pusat latihan atau latihan kemahiran
swasta (ILKS) bertanggungjawab ke atas pelatih yang terlatih dengan
mengambil kira soal kebolehpekerjaan (employability) dan mendapat gaji
yang setimpal dengan latihan kemahiran yang diikuti bagi memastikan
keberkesanan ini tercapai seperti yang dilakukan oleh Jabatan Tenaga
Manusia (JTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia di mana institut
latihan kemahiran awam adalah dipanggil sebagai VTEK iaitu memberi latihan

10
ke peringkat diploma dan advance diploma telah menetapkan dan mencapai
sasaran kebolehpekerjaan. (Penyata Rasmi Parlimen, 2018)

4.0 TEORI

Aminah (2016) menekankan bahawa pelaksanaan pedagogi STEM


terdiri daripada 4 fasa iaitu inkuiri, penerokaan, reka cipta dan refleksi yang
merupakan satu kaedah yang holistik dan saling melengkapi. Ini selaras
dengan teori konstruktisvisme yang dianggap sebagai satu teori yang cuba
menerangkan bagaimana seseorang manusia belajar. Manusia belajar dari
aras mudah hingga ke aras yang tinggi.

Oleh itu, fasa pertama inkuiri adalah permulaan bagi murid untuk
belajar pendidikan STEM dan VTEK. Fasa ini penting untuk memastikan
murid-murid faham apa yang dipelajari, menambah baik sikap terhadap
pembelajaran pendidikan STEM dan VTEK serta meningkatkan keupayaan
mereka untuk menggunakan apa yang dipelajari dalam dunia sebenar. Inkuiri
bermula dengan persoalan atau masalah dan hal ini akan memupuk sifat
ingin tahu murid. Apabila soalan dan masalah ini dikemukakan maka fasa
yang seterusnya akan bermula iaitu fasa penerokaan. Menerusi fasa
penerokaan ini, murid-murid akan memperoleh maklumat yang diperlukan
untuk menjawab persoalan-persoalan yang timbul pada fasa pertama.
Menurut Thangavelo et.al (2001) penggunaan inkuiri dan penerokaan
memerlukan kemahiran pemikiran aras tinggi (KBAT) dan pemikiran yang
kritikal untuk membuat kesimpulan. Pendekatan inkuiri dan penerokaan ini
merupakan proses mental untuk mendapatkan ilmu baru atau penemuan baru
(Rosinah, 2005). Kedua-dua fasa ini berfokus kepada “learning by doing” .
Dengan melakukan aktiviti yang berkaitan dengan Pendidikan STEM dan
VTEK maka murid-murid akan belajar sesuatu daripada apa yang mereka
lakukan. Pendidikan STEM dan VTEK tidak dapat belajar secara teori sahaja,
murid-murid perlu menjalankan amali atau aktiviti secara praktikal supaya
teori-teori yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam pembelajaran.

11
Seterusnya, fasa Reka cipta adalah fasa di mana dalam fasa ini,
murid-murid menghasilkan rekacipta atau binaan (construction), kemudian
mengeksperimen hasil rekacipta untuk menentukan ia dapat berfungsi dan
dapat menyelesaikan masalah yang cuba diselesaikan. Murid-murid
manipulasi (hands-on) objek, bahan dan alat-alat teknologi untuk
menghasilkan rekacipta. Fasa terakhir adalah fasa Refleksi di mana dalam
fasa ini, murid-murid menerangkan hasil ciptaan masing-masing dan saling
menghayati karya satu sama lain, dan memikirkan apa yang boleh dilakukan
bagi memperbaiki ciptaan tersebut pada masa hadapan. Ibubapa boleh
dijemput untuk melihat kasil kerja mereka dan menggalakkan mereka
menceritakan pengalaman mereka kepada ibubapa.

Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses


pembelajaran terutamanya bidang STEM kerana murid-murid digalakkan
membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari
dengan pengetahuan sedia ada murid. Menurut teori konstruktivisme, konsep-
konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan
berubah apabila ia mendapat pengetahuan dan pengalaman yang baru
(Soranam, 2011).

Dalam pendidikan VTEK, konstruktivisme merupakan teori yang


mendasari pembelajaran murid (Muhamad Hanafi, Lebar, & Moh@Abdullah,
2009). Manakala, konsep pembelajaran yang bertunjangkan kepada
pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
pembelajaran kontekstual (Brown, 1998; Dirkx, Amey, & Haston, 1999).
Pembelajaran kontekstual merupakan aktiviti pembelajaran yang
menggabungjalinkan isi pelajaran dengan pengalaman harian pelajar di
tempat belajar dan persekitaran. Pembelajaran jenis ini menyediakan
pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti 'hands-on' dan 'minds-
on' (Mok, 2006). Pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual juga
menekankan peringkat pemikiran yang tinggi iaitu pemindahan pengetahuan,
mengumpul, menganalisis dan mensintesiskan maklumat dan data daripada
berbilang pandangan dan sumber (Howey, 1998).

12
Selain daripada teori konstruktisme, pendidikan STEM dan VTEK juga
berkait rapat dengan teori kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget. Terdapat
empat peringkat perkembangan kognitif iaitu peringkat sensorimotor (0-2
tahun), peringkat pra operasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11
tahun) dan peringkat operasi formal (12 tahun ke atas). Setiap peringkat ini
akan mempengaruhi cara guru mengajar dengan mengambil kira tahap
perkembangan murid-murid. Pada peringkat sensorimotor, bayi berminat
dengan objek yang berada di persekitarannya. Dalam Azizi Yahaya (2008),
perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku melalui pemerhatian terhadap
persekitaran semula jadinya. Jika diperhatikan dengan bayi-bayi, mereka
akan menggunakan tangan, mulut dan lain-lain untuk berinteraksi dengan
persekitaran. Oleh itu, ibu bapa perlu perhatikan bayi-bayi supaya semasa
proses ini, keselamatan dan kesihatan bayi terjaga sambil mengenali
persekitarannya. Seterusnya, bayi-bayi akan memasuki ke peringkat pra
operasi. Kanak-kanak boleh menggunakan minda untuk membentuk skema-
skema baru. Kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang
pergerakan dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema
dan perkembangan berlaku apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu
dengan simbol mental. Simbol-simbol ini termasuklah bahasa, isyarat,
gambar dan digunakan untuk menyatakan objek atau peristiwa yang dialami
oleh kanak-kanak. Pada dua peringkat ini, ibu bapa dan guru prasekolah
memainkan peranan yang sangat penting kerana mereka yang mendidik dan
menjaga anak-anak mereka. Mereka juga perlu memerhatikan kanak-kanak
yang mempunyai kecenderungan dan motivasi kanak-kanak terhadap
sesuatu objek, peristiwa, dan persekitaran mereka supaya ibu bapa lebih
mengenali anak-anak mereka dan dapat membantu mereka dalam
mengembangkan potensi dan bakat mereka.

Pada peringkat ketiga, iaitu operasi konkrit. Kanak-kanak pada


peringkat ini adalah belajar di sekolah rendah. Oleh itu, guru sekolah rendah
memainkan peranan yang sangat penting dalam mengajar murid-murid
pendidikan STEM dan VTEK. Menurut teori kognitif, murid-murid pada
peringkat ini dapat berfikir secara logik, mengelas dan membuat susunan
logik. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran STEM dan VTEK ini boleh

13
mengambil kira pengalaman sedia ada murid-murid dan mengaitkan isi
pelajaran. Isi pelajaran yang tidak berkaitan dengan pengalaman sedia ada
akan menyukarkan murid-murid dalam kefahaman mereka. Guru-guru perlu
mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid terlebih
dahulu supaya mereka mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang
hendak dipelajari nanti. Walau bagaimanapun pada peringkat ini, pemikiran
mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit. Peringkat akhir bagi
perkembangan kognitif ialah operasi formal di mana peringkat ini, pelajar-
pelajar dapat berfikir secara abstrak dan sistematik. Mereka boleh
menyelesaikan masalah matematik dan masalah yang wujud dengan
memberi fakta-fakta yang telah dipelajari sebelum ini. Mereka juga boleh
mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat
generalisasi terhadap masalah tersebut.

Berdasarkan 4 peringkat perkembangan kognitif, guru perlulah


memainkan peranan dengan merancang aktiviti pengajaran mahu pun
mempelbagaikan pendekatan dan strategi yang sesuai agar dapat
menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan. Dalam hal ini, guru disarankan
agar mengintegrasikan TMK bagi membantu guru menyampaikan sesuatu
konsep dengan menarik dan berkesan (Ziliana dan Roslinda, 2019).

5.0 IMPLIKASI

5.1 Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematic)

Dunia kita pada hari ini adalah berasaskan teknologi dan


maklumat.Kepesatan pembangunan teknologi dan maklumat ini memerlukan
tenaga kerja berpengetahuan dan mahir khususnya dalam bidang berkaitan
Sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM).Implikasi pelaksanaan
STEM kepada guru adalah di mana guru kini boleh dilihat mempunyai kuasa
yang lebih besar dalam menentukan soalan-soalan untuk murid berbanding
bergantung kepada peperiksaan awam.Misalnya, Pentaksiran Tingkatan Tiga
(PT3) telah memberikan guru lebih peluang menentukan halatuju pendidikan

14
murid-murid mereka.PPPM 2013-2025 dilihat menyokong aspirasi ini dengan
mengusulkan pendekatan STEM dalam dokumennya.

Dengan itu, guru yang berkualiti akan sentiasa menyalurkan ilmu


secara konsisten dan menarik bagi murid, kerana guru mampu memberikan
kaedah pengajaran secara tepat kepada murid dalam STEM. Tumpuan bukan
hanya kepada kepentingan memperoleh ilmu pengetahuan, tetapi juga
membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi murid supaya murid dapat
ber2ikir dengan memandang lebih jauh lagi ke hadapan. Oleh itu, guru perlu
sentiasa meningkatkan pengetahuan, keterampilan serta menjadi pemimpin
yang berkesan pada masa hadapan dalam STEM.

Kelebihan mengintegrasikan pendidikan STEM ke dalam semua


kandungan bidang pada semua peringkat adalah ia akan dapat menyediakan
pelajar. Selain itu, imej sekolah juga meningkat dengan adanya pelaksanaan
pendidikan STEM di sekolah. Misalnya, sekolah yang memfokuskan STEM
dan dapat mencipta nama dalam bidang Sains & Teknologi dengan menyertai
Science Fair, Karnival Robitic dan sebagainya.Dalam mendepani cabaran
Industri 4.0, generasi muda khususnya perlu menguasai bidang STEM.Ini
adalah bagi melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang teknologi masa
hadapan yang menjadi teras dalam industri.Oleh itu, golongan murid yang
berdaya saing, berkreatif dan berinovasi dapat dilahirkan bagi mncapai
matlamat negara dalam memenuhi hasrat Pembangunan Modal Insan.

Lagipun, dunia kini berdepan Industri 4.0 yang memerlukan generasi


berpengetahuan tinggi dan berkeupayaan menghadapi cabaran teknologi
baharu lebih kompleks.Dunia VUCA juga memerlukan generasi yang berdaya
tahan dan bukan saja menjadi pengguna teknologi, malah memulakan atau
mencetuskan teknologi menurut kata Dr Shahiron Shahidan (2018).Sekali
gus, ia berupaya memacu ekonomi negara dan menjadikan Malaysia negara
berpendapatan tinggi.Sebagai contoh, kewujudan pelbagai saluran misalnya
menerusi Young Scientists Network - Akademik Sains Malaysia (YSN - ASM)
sebagai medium dalam menyalurkan suara generasi muda dengan pelbagai
idea baharu ke arah menjayakan agenda STEM negara.

15
Dari perspektif sosial, STEM juga mesti dilihat dari sudut positif untuk
memudahkan kehidupan masyarakat.Pelbagai penciptaan baharu dapat
dihasilkan menerusi penerokaan STEM tanpa melupakan aspek akal budi
yang juga teras ketamadunan bangsa. Petroski (2013) menambah lagi
bahawa pendidikan STEM memainkan peranan penting dalam tamadun
moden, menjadikan ia penting untuk kemajuan masyarakat dan perlindungan
kualiti kehidupan kita. Dengan pendidikan yang diterima murid dalam
Pendidikan ;ntegrasi STEM di sekolah, diharapkan murid- murid akan dapat
membuat satu perubahan pada masa akan datang dengan melakukan inovasi
pada peringkat yang seterusnya dalam kehidupan mereka.

5.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional (VTEK)

Pertumbuhan di dalam ekonomi dan industri Malaysia adalah bergantung


kepada keupayaan kita untuk mempertahankan kadar produktiviti yang tinggi
dan daya saingan di arena antarabangsa. Daya saingan dan produktiviti
industri pula bergantung pula kepada adanya tenaga kerja yang
berpendidikan, mahir dan dan bermotivasi tinggi.Memandangkan tumpuan
pembangunan negara adalah lebih ke arah perindustrian dan pembuatan,
maka adalah perlu bagi pendidikan teknik dan vokasional menyediakan suatu
bentuk sistem pendidikan dan latihan yang seiring dengan keperluan industri
serta pasaran semasa. Melahirkan sumber tenaga manusia yang
berkebolehan, bermotivasi tinggi, cekap dan produktif adalah penting bagi
meningkatkan kadar prouktiviti negara. Isahak (2016) menegaskan bahawa
tenaga manusia yang diperlukan di dalam masyarakat industri tentulah
tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk
menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat
penyesuaian dengan cepat.

Memandangkan pendidikan teknik dan vokasional juga berperanan


sebagai sistem alternatif bagi menyediakan latihan pendidikan bercorak
kemahiran pra vokasional dalam usaha untuk menyediakan mereka
memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan.Dengan itu,
pendidikan VTEK penting untuk meningkatkan kemahiran dan memupuk

16
keinginan untuk pembaharuan melalui eksperimen, mereka dapat melihat
keupayaan sesuatu produk tu secara dekat.Tambahan pula, bidang VTEK
bukan sahaja melahirkan pekerja yang mahir dan terlatih, malah berupaya
mencipta pekerjaan sendiri berbekalkan kemahiran yang dimiliki.

Selain daripada itu, PTV haruslah membantu membangunkan kapasiti


individu untuk membuat keputusan dan terlibat secara aktif, memupuk
semangat kerja berpasukan dan kepimpinan di tempat kerja dan secara
amnya di dalam masyarakat.UNESCO mencadangkan penerapan nilai- nilai
di atas setelah mengkaji dan membuat semakan semula terhadap
perlaksanaan PTV yand dicadangkan pada tahun 2002. Ini dikukuhkan lagi
dengan ucapan bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, dalam satu buku
terbitan UNESCO yang member peringatan bahawa pendidikan adalah kunci
untuk melepaskan kita dari kesengsaraan hidup dan untuk membentuk masa
depan yang diingini.

Lebih- lebih lagi, ruang dan peluang kepada golongan tercicir untuk
mengikuti latihan anjuran pendidikan teknik dan vokasional juga perlu
dibaiktambah dari masa kesemasa bagi memperkasakannya terutama dalam
menarik minat pelajar-pelajar yang mengalami keciciran di dalam sistem
pendidikan formal negara untuk memilih sistem pendidikan teknik dan
vokasional sebagai satu peluang untuk berjaya.

Sebagai kesimpulannya, PTV pada awal perlaksanaannya adalah lebih


fokus kepada pembentukan para pekerja yang mahir dalam bidang teknikal
iaitu menumpukan kepada kemahiran tangan (hands-on skills). Namun
begitu, peredaran masa dan perkembangan teknologi menuntut perubahan
demi perubahan yang perlu dilakukan dalam PTV untuk membentuk generasi
yang mempunyai pelbagai kebolehan, bukan sahaja dalam kemahiran dan
pengetahuan teknikal, tetapi dalam melahirkan pemimpin masa depan yang
berintegriti.

17
6.0 CABARAN PENDIDIKAN STEM & VTEK

6.1 Elemen Kejuruteraan Dalam Pendidikan STEM

Guru-guru Sains dan Matematik sewajarnya diberikan platform


untuk menerima pendedahan yang konsisten tentang elemen
kejuruteraan ini. Gurulah yang menjadi kunci keberkesanan
pengintegrasian Pendidikan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) maka, golongan ini perlu diberikan latihan untuk meningkatkan daya
cipta dan kompentensi. Keperluan untuk menyediakan pelajar bagi
menghadapi peperiksaan merupakan tugas utama guru-guru di sekolah.

Guru-guru Sains dan Matematik mempunyai masa dan bahan yang


terhad untuk mengintegrasikan Pendidikan STEM dalam P&P secara
bermakna, hal ini dinyatakan oleh Seyidu Eroglu (2016) melalui Titik Rahayu
et al. (2018). Mereka memerlukan peruntukan masa yang lebih untuk
menimbulkan rasa ingin tahu pelajar, memastikan kefahaman idea serta
konsep yang betul sebelum melakukan aktiviti berasaskan projek seperti
reka cipta. Kekangan ini bukanlah satu perkara yang janggal kerana kursus-
kursus kejuruteraan tidak diperkenalkan di sekolah secara meluas berbanding
di institusi pengajian tinggi, manakala guru pula mempunyai
tanggungjawab yang hakiki untuk menyampaikan kandungan pengajaran
mengikut sukatan dan tempoh masa yang ditetapkan.

Dalam konteks ini, guru Sains memerlukan kemahiran dan


pengetahuan untuk membudayakanpengintegrasian elemen kejuruteraan
dan teknologi dalam P&P (Boettcher et al. 2005). Usaha melatih guru perlu
dilakukan secara berterusan kerana proses tersebut bukanlah sesuatu yang
mudah (Rockland et al. 2010). Latihan ringkas berjadual yang diberi kepada
guru-guru subjek STEM secara konsisten adalah lebih baik berbanding
latihan yang mendedahkan banyak pengetahuan baru tentang STEM dalam
satu sesi sahaja.

Penubuhan Pusat STEM Negara yang beroperasi sejak Mei 2018


dilihat sebagai satu inisiatif yang jitu untuk membantu guru-guru Sains dan
Matematik bagi mengintegrasikan konsep reka bentuk dan teknologi ke dalam

18
kedua-dua subjek tersebut. Lawatan penulis ke Pusat STEM Negara di
Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan serba sedikit maklumat
tentang usaha-usaha pemerkasaan pendidikan STEM yang sedang rancak
dilakukan oleh agensi tersebut. Bermula dengan Inquiry-Based Science
Education (IBSE) atau Pembelajaran Sains secara Inkuiri pada tahun 2018,
guru-guru dari seluruh Malaysia telah menjalani kursus dan latihan berkaitan
aktiviti-aktiviti STEM yang sesuai dilaksanakan di sekolah. Usaha ini
diteruskan dengan Inquiry-Based Mathematics Education (IBME) pada tahun
2019.

6.2 Kandungan Pengajaran Yang Bersifat Implisit

KandunganPengajaran Yang BersifatImplisit


Pendekatan STEM dalam kurikulum tidak berlaku secara holistik
apabila kandungan pengajaran disusun secara implisit (tersirat). Bunyamin
dan Finley (2016) menyatakan bahawa topik-topik dalam mata pelajaran Fizik
Tingkatan Empat berdiri dengan sendiri tanpa hubung kait antara satu konsep
dengan konsep yang lain. Pengaplikasian satu konsep yang konkrit
memerlukan kaedah yang lebih eksplisit (tersurat). Hal ini bagi
membolehkan pelajar untuk menjalankan aktiviti berasaskan projek yang
memerlukan gabungan pelbagai domain dalam STEM.

Kurikulum Sains di Malaysia perlu disusun dengan memperlihatkan


perhubungan antara idea, teori dan konsep yang pelbagai. Miliken dan
Adams (2010) berpandangan bahawa literasi STEM merujuk terhadap
kebolehan pelajar untuk mengenal pasti, mengaplikasi dan mengintegrasikan
komponen dalam domain Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi ke
arah mencapai kefahaman tentang sesuatu masalah dan berdaya cipta untuk
menyelesaikannya.

Hal ini sejajar dengan penekanan oleh sistem pendidikan negara


terhadap keperluan abad ke-21 yang menuntut pelajar untuk
berkemahiran secara teoretikal dan praktikal. Siew, Amir dan Chong (2015)
dalam laporan mereka telah menyatakan keperluan untuk melakukan

19
perubahan terhadap kurikulum Sains dan Matematik di negara ini supaya
lebih berpaksikan STEM.

Pendidikan teknik dan vokasional sememangnya tidak dapat disangkal


lagi sebagai pemangkin pembangunan negara. Namun, masih terdapat
beberapa masalah dalam perlaksanaan sistem pendidikan teknik dan
vokasional di negara kita yang mana jika masalah ini tidak diberikan perhatian
akan menyebabkan kerugian daripada sudut kualiti tenaga kerja negara.

6.3 Melahirkan Tenaga Kerja Yang Berkualiti

Cabaran utama bidang pendidikan teknik dan vokasional (VTEK)


adalah memastikan hasil keluarannya berkualiti dan memenuhi aspirasi
falsafah pendidikan negara iaitu untuk melahirkan warga negara yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan mencapai
keseimbangan dan kemakmuran diri serta dapat berbakti pada agama,
bangsa dan negara. Pendidikan VTEK sememangnya menghadapi cabaran
besar dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti.

Cabaran ini bukan sesuatu tugas yang berat bagi pendidik dalam
bidang pendidikan teknik dan vokasional. Hal ini demikian kerana, seperti
yang diketahui umum, pendidikan teknik dan vokasional merupakan
pendidikan yang menekankan amali. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab
pendidik bagi menyampaikan pengajaran secara kreatif untuk memastikan
matlamat falsafah pendidikan kebangsaan tercapai. Sesuatu proses
pendidikan sepatutnya berjaya melahirkan seorang insan yang mengenal
hakikat dirinya dan berusaha mencari kebenaran.

Namun, dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional, untuk


melahirkan seseorang yang mempunyai tahap mengenal hakikat diri yang
tinggi adalah agak sukar. Hal ini demikian kerana pengajaran yang
disampaikan lebih menjurus kepada kerja amali berbanding mata pelajaran
akademik yang lain, pendidik dapat menyampaikan nilai-nilai murni atau
aspek kerohanian secara langsung semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

20
Oleh itu, pendidik dalam bidang teknik dan vokasional harus
menjalankan peranan secara aktif dalam memastikan pelajar dapat mengenal
hakikat diri dan mencari kebenaran pada tahap yang optima. Tenaga kerja
yang dihasilkan daripada bidang teknik dan vokasional yang mempunyai
kesedaran diri dan sentiasa berusaha mencari kebenaran akan menjadikan
negara kita sebuah negara yang makmur. Secara tiidak langsung, gejala-
gejala seperti rasuah, salah guna harta syarikat, penipuan dan sebagainya
akan semakin berkurangan selari dengan kelahiran generasi yang
berproduktiviti tinggi.

6.4 Memperkasakan Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Cabaran seterusnya adalah dalam memperkasakan pendidikan teknik


dan vokasional. Langkah bagi memperkasakan pendidikan teknik dan
vokasional adalah dengan menyediakan satu sistem pendidikan bersepadu.
Jika dilihat pada masa kini, pendidikan teknik dan vokasional masih
berorentasikan peperiksaan walaupun aspek amali ditekankan pada masa
yang sama.

Oleh itu, para pelajar yang mengikuti latihan atau proses pengajaran
dan pembelajaran dalam bidang ini hanya menumpukan kepada peperiksaan
akhir supaya dapat lulus dengan markah cemerlang dan memperolehi
pekerjaan. Ini menunjukkan kurikulum sedia ada masih tidak berjaya
melahirkan pelajar yang benar-benar berkemahiran.

Selain itu, tenaga pendidik juga seharusnya mempunyai ilmu dan


pengalaman dalam bidang yang diajar. Para pendidik dilihat hanya
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tetapi tidak terlibat
semasa peringkat penggubalan kurikulum. Sedangkan para pendidik
merupakan orang yang lebih mengetahui situasi sebenar di sekolah dan
institusi berkenaan.

Sehubungan itu, para pendidik yang mengajar di dalam bidang ini


haruslah mempunyai pengalaman kerja dalam industri, mempunyai
pengetahuan terkini tentang industri. Jika cabaran ini berjaya dihadapi dalam

21
pendidikan teknik dan vokasional, hasil keluaran bidang ini adalah berkualiti
seiring dengan kehendak pasaran kerja.

6.5 Menghadapi Arus Perubahan Semasa

Pendidikan Teknik dan Vokasional sentiasa mengalami perubahan


daripada segi kurikulumnya. Ini juga merupakan salah satu cabaran yang
perlu ditempuh oleh tenaga pengajar, pihak pengurusan dan pelajar di
institusi pengajian teknik dan vokasional. Reformasi ini tidak dapat dielakkan
kerana pendidikan teknik dan vokasional harus mengikuti perubahan yang
berlaku di dalam industri.

Sebelumkemerdekaan, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah


Menengah Vokasional adalah sekolah yang berasingan. Sekolah Menengah
Teknik merupakan sekolah yang bercorak akademik. Kursus dan mata
pelajaran yang ditawarkan menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran
yang lebih tinggi dalam bidang teknikal dan bekerja sebagai jurutera dan
juruteknik. Manakala, Sekolah Menengah Vokasional pula menawarkan mata
pelajaran asas dan mata pelajaran kemahiran. Pelajar lepasan Sekolah
Menengah Vokasional masih boleh melanjutkan pelajaran di institusi
kemahiran atau oleh bekerja di industri sebagai pekerja separa mahir.

Namun, pada 24 Mei 1995, Kementerian Pendidikan telah


menbentangkan memorandum daripada Menteri Pendidikan bertajuk
“Cadangan Penstrukturan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah
Menengah Teknik ” kepada Kabinet, dan telah mendapat kelulusan.
Cadangan penstrukturan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada
Sekolah Menengah Teknik (SMT) ini adalah untuk meningkatkan bilangan
pelajar yang mengambil mata pelajaran dalam bidang teknikal sehingga ke
peringkat ijazah. Hal ini memandangkan Malaysia kekurangan tenaga
manusia dalam bidang teknikal seperti juruteknik dan jurutera sehingga
mencapai tahap kritikal (Yahya, 2005).

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan penstrukturan semula Sekolah


Menengah Vokasional (SMV) menggunakan konsep “Vokasional Teknikal‟

22
atau “Voctech‟ dengan sasaran melonjakkan bidang kemahiran teknikal
sebagai aliran pendidikan arus perdana negara. Perkembangan ini
meletakkan status baru terhadap bidang kemahiran teknikal atau vokasional
yang diperakui cukup relevan dalam konteks keperluan tenaga kerja
sekarang. Turut dirancang, kementerian dilaporkan menambah tiga lagi SMV
dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) dan RMKe-10.

Cadangan ini boleh dianggap suatu proses transformasi besar yang


dilakukan kementerian dalam usaha menyediakan bekalan tenaga kerja
terlatih menjelang 2020. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2010). Transformasi
ini adalah bersifat serampang dua mata, langkah kerajaan meningkatkan
penyertaan pelajar mengikuti pendidikan “Voctech‟ juga menjadi antara usaha
menyalur pelajar lelaki yang gagal melanjutkan pengajian di universiti awam
ke bidang diminati. Cabaran perubahan dalam sistem pendidikan ini sudah
pasti menuntut pihak yang terlibat dalam proses pendidikan teknik dan
vokasional untuk bekerjasama dalam memastikan transformasi ini berjaya.

7.0 ISU, IMPLIKASI DAN CADANGAN

7.1 Isu Berkaitan Pendidikan STEM dan Impikasinya

Bidang STEM adalah bidang yang sukar untuk dipelajari terutamanya


mata pelajaran matematik dan sains. Isu ini menyebabkan ramai pelajar tidak
memilih aliran STEM pada peringkat menengah atas dan peringkat pengajian
tinggi. Keperluan terhadap STEM untuk mendepani IR 4.0 memerlukan usaha
dalam menggalakkan para pelajar memasuki bidang STEM dan seterusnya
memilih bidang STEM dalam pekerjaan (Heilbronner, 2011). Untuk
menggalakkan pelajar untuk memasuki bidang STEM, sepatutnya bermula
dari seawalnya iaitu peringkat kanak-kanak. Kajian (Ong et al., 2016)
mendapati bahawa kanak-kanak kecil mampu belajar STEM dan minat
mereka terhadap STEM dapat disuburkan sejak awal lagi. Kanak-kanak
mampu menjalankan aktiviti berasaskan Pendidikan STEM dengan bimbingan
guru dan ibu bapa. Implikasi kajian ini telah memberi gambaran kepada
warga pendidik bahawa kanak-kanak perlu dibimbing dan memupuk minat

23
mereka terhadap pendidika STEM. Pendidikan STEM bukan bermula sewaktu
mereka di peringkat sekolah rendah, maka minat mereka terhadap STEM
perlu dipupuk seawal mereka berada di prasekolah. Dengan ini, guru
prasekolah perlu mengesan murid-murid yang mempunyai minat dan
merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan umur
mereka.

Pendidikan STEM tiada kaitan dengan kehidupan harian juga


merupakan salah satu isu yang menjadikan pelajar tidak memilih bidang
STEM. Bukan sahaja mata pelajaran ini sukar difahami malah pelajar-pelajar
tidak dapat membuat hubung kait terhadap hasil pembelajaran STEM dalam
kehidupan seharian mereka. Ketidakupaya membuat hubungan akan
menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar pendidikan STEM (Mazalan,
2012). Pendidikan STEM yang terikat kepada cara tradisional iaitu
menekankan latih tubi dan hafalan serta berorientasikan peperiksaan
menyebabkan seorang pelajar itu hilang motivasi untuk terus belajar kerana
mereka tidak dapat mengaitkan hasil pembelajaran dengan kehidupan
mereka. Ini berpunca daripada guru hanya menekankan teknik penghafalan
rumus, petua dan peraturan (Phang et al., 2014).

Pendidikan menengah atas dan pendidikan tinggi masih


berorientasikan peperiksaan. Implikasi terhadap perspektif ini maka guru-guru
terpaksa untuk mengejar silibus yang ditetapkan dan mengurangkan aktiviti
hands on. Pengajaran guru-guru berfokus kepada topik yang selalu diuji
dalam peperiksaan menyebabkan pelajar kurang menjalankan aktiviti hands
on. Aktiviti hands on ini diibaratkan sebagai satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang membazir masa kerana semasa menjalankan aktiviti
tersebut, guru dan pelajar memerlukan masa yang panjang untuk
menyediakan, menjalankan dan memberikan refleksi. Kesan daripada isu ini
ialah pelajar tidak dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan
amali dan praktikal.

Satu berita dari Astro Awani pada April 29, 2020 menyatakan bahawa
semua sektor pekerjaan di negara ini bakal menyaksikan perubahan ketara
akibat kesan daripada pandemic COVID-19. Maka dengan itu, isu berkaitan

24
dengan kehilangan pekerjaan terutamanya yang melibatkan rutin dan ulangan
menjadi perhatian orang ramai. Terdapat pekerjaan yang akan hilang pada
masa yang sama pekerjaan yang baharu juga akan wujud. Dunia sedang
bergerak ke arah Revolusi Industri 4.0 yang banyak mengaplikasikan
teknologi Artifical Intelligence (AI) bagi membolehkan mesin dan komputer
menjalankan hampir semua proses produksi yang rutin dan rumit (Berita
Harian, Jun 16, 2017). Kira-kira 60 peratus pekerjaan pada masa hadapan
adalah berkaitan dengan bidang STEM khususnya dalam AI ekoran IR4.0.
Generasi baharu perlu bersedia menghadapi perubahan tersebut dengan
melengkapi diri dengan elemen 4K iaitu kolaborasi, kreativiti, komunikasi dan
kemahiran berfikir kritikal. Pada masa depan, majikan tidak akan memperlihat
betapa cemerlangnya prestasi akademik pekerja malah pihak majikan akan
melihat kemahiran-kemahiran yang dikuasai oleh pekerja.

7.2 Cadangan Memperkasa Pendidikan STEM

Guru pada masa sekarang perlu mahir dalam sistem pendidikan


integrasi STEM bagi membolehkan murid melalui pembelajaran yang
menyeluruh dengan kebolehan berfikir yang lebih tinggi dan mempunyai
kemahiran-kemahiran yang sungguh menakjubkan tanpa diketahui dan
disedari oleh mereka sendiri (Nor Azlina, 2015 ), Selain daripada itu, Kajian ini
memberikan kesan kepada guru-guru supaya lebih bersedia menghadapi
cabaran-cabaran yang semakin mencabar dalam dunia pendidikan yang
mana banyak menuntut pengorbanan daripada guru-guru dalam membentuk
masyarakat yang maju dan kreatif serta mempunyai sahsiah yang baik.

Oleh itu peranan guru amat penting dalam pembentukan masyarakat


yang maju, kreatif dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Chang dan Park
(2014) mencadangkan agar guru yang berkelayakan dapat meningkatkan
pengalaman PdP dalam pembelajaran STEM iaitu menguasai:

i. gaya, kaedah, atau strategi pengajaran yang mantap;

ii. pengetahuan dan persediaan mendalam untuk penyampaian


pelajaran;

25
iii. sikap prihatin dan terbuka guru terhadap pelajar dan proses
pembelajaran

iv. beban kerja yang berpatutan untuk guru.

Sebelum menyampaikan ilmu kepada pelajar, guru seharusnya


menguasai terlebih dahulu kandungan yang terdapat dalam STEM. Untuk
membolehkan guru meluaskan masa dengan kandungan STEM, bebanan
guru perlulah berpatutan. Ini disebabkan bebanan guru yang banyak akan
mempengaruhi masa guru-guru untuk mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan
yang baru. Seterusnya, guru perlu mempunyai sikap keterbukaan dan prihatin
kepada pelajar semasa PdP STEM.

Selaras dengan perkembangan revolusi perindustrian 4.0, pihak


kerajaan dan swasta perlu berganding bahu untuk mewujudkan pekerjaan
yang berkaitan dengan pendidikan STEM. Dengan ini, Malaysia perlu
menyediakan pendidikan STEM yang berkualiti dan bertaraf dunia. Pekerjaan
pada masa depan memerlukan kemahiran 4K, oleh itu pada peringkat awal
lagi perlu memupuk kemahiran ini. Guru-guru perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang sesuai dan dapat memupuk nilai tersebut.

7.3 Isu Berkaitan Pendidikan VTEK dan Impikasinya

Jika ingin mencapai status negara maju, kita perlu ramai pekerja mahir
(Berita harian, 30 April 2016). Bagi menyediakan tenaga kerja berkemahiran
tinggi dalam pasaran buruh negara, kerajaan menetapkan supaya Latihan
Teknikal dan Pendidikan Vokasional (VTEK) diperkukuhkan dan
dimartabatkan. Bidang fokus VTEK ini akan menghasilkan modal insan
berkemahiran bertaraf dunia yang diperlukan Malaysia dalam fasa terakhir
untuk mencapai negara maju menjelang 2020.

Namun, pemegang sijil atau diploma VTEK sebagai “kelas kedua”


serta tidak berupaya bersaing dalam pasaran pekerjaan dan pihak
masyarakat mempunyai tanggapan atau persepsi negatif masyarakat. Isu ini
menjadikan pelajar VTEK tidak mendapat pengiktirafan daripada majikan dan

26
masyarakat. Kini, atas permintaan tinggi industri terhadap lepasan Pendidikan
Teknikal dan Latihan (VTEK) membuktikan graduan institusi itu setanding
dengan mereka yang menamatkan pengajian di universiti. Hal ini disebabkan
modul VTEK yang dirangka oleh pakar-pakar yang memiliki pengalaman luas
dalam bidang industri. Modul-modul VTEK menjadikan gradauan yang
dihasilkan bersifat “industry driven”.Graduan lepasan program VTEK perlu
terus mengejar ilmu dan menambahkan pengalaman supaya mereka tidak
ketinggalan bagi memastikan mereka terus kompeten dan mampu bersaing
dalam pasaran industri yang sering berubah-ubah. Minda dan akal fikiran
perlu berubah bagi mencapai kehendak Revolusi Industri 4.0.

Bidang VTEK dianggap bidang yang tidak berupaya bersaing dengan


STEM dalam pasaran kerja. Oleh itu, pelajar kurang memilih aliran vokasional
dan teknik sebagai kerjaya mereka. Pelajar lebih memilih aliran mengikut
rakan sebaya mereka dan bukan meperlihatkan minat dan kecenderungan
mereka semasa membuat pilihan. Pendidikan VTEK juga sebahagian
daripada satu pendidikan direka khusus untuk melahirkan modal insan yang
berdaya saing dan kompeten. Pendidikan VTEK merangkumi pembelajaran
secara formal dan tidak formal dalam melengkapkan generasi muda dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. Selain
VTEK, banyak nama digunakan bagi menjelaskan program ini, namun United
Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)
menjelaskan VTEK melibatkan pendidikan umum, kajian teknologi dan sains
yang berkaitan serta pemerolehan kemahiran praktikal, sikap, pemahaman
dan pengetahuan yang berkaitan dengan pekerjaan di pelbagai sektor
ekonomi dan kehidupan sosial. Dengan VTEK, anak muda berpeluang belajar
dari peringkat asas hingga lanjutan di pelbagai institusi dan tempat kerja.

Pendidikan VTEK adalah khas untuk pelajar yang kurang


kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan. Ini
merupakan pandangan umum terhadap pendidikan VTEK. Justifikasi ini
memberi implikasi terhadap pelajar-pelajar yang mempunyai prestasi yang
cemerlang dalam akademik tidak memilih VTEK walaupun mereka ini minat
dalam bidang vokasional dan teknik ini. Pilihan untuk meneruskan pelajaran
ke bidang yang kurang mereka minat akan menjejaskan masa depan mereka

27
terutamanya dalam kerjaya mereka. Negara akan hilang sumber manusia
yang berpotensi dan berdaya saing.

7.4 Cadangan Memperkasa Pendidikan VTEK

Institusi VTEK perlu diselaraskan dengan kerjasama pintar bersama


pemain industri bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran. Penjanaan
kewangan kepada pelatih VTEK mampu menghasilkan tenaga kerja
berkualiti.  Graduan kemahiran teknikal perlu diterap dengan pengetahuan
teknologi selaras dengan arus kemajuan industrialisasi semasa. Kerjasama
dan kesepakatan industri perlu dipertingkatkan dan menguntungkan kedua-
dua pengamal VTEK. Pendedahan teknologi terkini seperti teknologi mesin
berkapasiti tinggi, sistem dan aplikasi perkomputeran, dan strategi pemasaran
serta perniagaan berasaskan teknikal.

Untuk menjamin penyelarasan lebih cekap bidang berkenaan dengan


VTEK, sebuah agensi tunggal perlu ditubuhkan bagi tujuan ini dan bukannya
tujuh atau lapan agensi serta kementerian berbeza. Ini mengundang
kekeliruan dan pertindihan. Apa yang penting usaha membawa VTEK ke
aliran pendidikan arus perdana perlu digembleng, barulah minat umum
terhadap bidang itu datang dengan sendiri.

Salah satu faktor bidang STEM dijadikan sebagai pilihan utama


berbanding dengan bidang VTEK adalah faktor pekerjaan. Bidang STEM
memerlukan peringkat akademik yang agak tinggi berbanding dengan bidang
VTEK yang hanya memerlukan peringkat akademik diploma sahaja. Jadi
berdasarkan peringkat akademik yang berbeza. maka peringkat akademik
yang lebih tinggi akan diberikan gaji yang tinggi. Oleh itu, pihak industri perlu
memberi gaji yang lebih tinggi ataupun menyediakan peluang untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi membolehkan
pekerja-pekerjanya meningkatkan kualiti-kualiti kerjanya. Langkah ini dapat
meningkatkan motivasi dan menarik minat lebih ramai menceburi bidang
VTEK ini.

28
8.0 KAJIAN- KAJIAN LEPAS

8.1 Pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematic)

Pembelajaran STEM adalah pendekatan interdisiplin yang mengintegrasikan


teknologi, kejuruteraan dan matematik ke dalam paradigma pembelajaran
yang lebih bermakna.Para penyelidik mendapati bahawa pendekatan
berasaskan projek dan STEM boleh membantu meningkatkan kreativiti
pelajar (Siew, Amir, & Chong, 2015, Lou, Chou, Shih, & Chung, 2017).Hal ini
demikian kerana PBP memberi tumpuan kepada pembelajaran di sekitar
masalah dunia sebenar yang rumit dan sahih (Buck Institute for Education,
2018).Sifat yang rumit dan tulen dari masalah-masalah ini memerlukan para
pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam disiplin STEM untuk
mencari jalan penyelesaian (Raja & Smeed, 2017).Melalui modul STEMBP,
integrasi menyeluruh telah digunakan dalam kajian ini iaitu setiap langkah
pembelajaran PBP dan STEM dilakukan serentak dalam proses pembelajaran
yang ditetapkan.

Bagi meningkatkan kesahan kandungan, pengkaji perlu mendapatkan


pandangan dan maklum balas daripada pakar untuk menilai dan memastikan
domain-domain yang terkandung dalam sesuatu modul mewakili bidang
kajian (Noraini, 2013).

Tinjauan beberapa kajian lepas menunjukkan kajian berkaitan STEM


masih kurang bukan hanya di Malaysia, malahan di luar negara juga. Kajian
tersebut yang bertujuan memantapkan pembangunan kurikulum dan melihat
hasil pembelajaran yang perlu dicapai murid masih berada pada tahap
embrio (English, 2016). Selain itu, kajian yang melibatkan pengintegrasian
STEM dalam mata pelajaran utama STEM seperti Sains, Biologi, Fizik, Kimia,
Matematik, Sains Tambahan dan Matematik Tambahan adalah minimum. Hal
ini diakui oleh Muhammad Abd Hadi (2018), dari aspek penyelidikan, kajian-
kajian berkaitan pengintegrasian STEM pada peringkat persekolahan masih
kurang.Kajian STEM di Malaysia lebih tertumpu pada peringkat pendidikan
tinggi dan kurang penekanan pada peringkat sekolah (Kamaleswaran et al.,
2018). Natijahnya, pengintegrasian STEM dalam PdP di sekolah masih samar

29
untuk dikendalikan oleh para guru sebagai golongan perancang dan
pelaksana.

Menurut kajian Pimthong dan Williams (2018), tahap pelaksanaan PdP


STEM yang minima disebabkan guru kurang pengetahuan. Kenyataan ini
turut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Muhamad Abdul Hadi
Bunyimin (2014), Nur Farhana Ramli dan Otman Talib (2017), Edy Hafizan
et al. (2015) dan Titik Rahayu et al., (2018). Berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh Siti Najihah et al.,(2017) dan Ahmad Zamri (2017)
kekurangan pengetahuan ini menyebabkan tahap kefahaman dan kesediaan
guru dalam pelaksanaan PdP STEM rendah dan seterusnya menyebabkan
pelaksanaan PdP STEM pada tahap yang minima. Selain itu, menurut
Stohlmann et al. (2012), faktor sikap guru dari aspek afektif turut
mempengaruhi pelaksanaan pendidikan integrasi STEM. Pendapat ini
disokong oleh Abdul Halim Abdullah et al.( 2017). Menurut Kubat (2018),
faktor afektif seperti kegembiraan guru menjalankan PdP dapat meningkatkan
tahap pelaksanaan PdP STEM. Di samping itu, aspek motivasi guru turut
mempunyai hubungan positif dengan pelaksanaan inovasi kurikulum
seperti pendidikan STEM (Gorozidis dan Papaioannou, 2013). Pendapat ini
turut disokong oleh Abdul Halim Abdullah et al. (2017) yang menyatakan
tahap kesediaan guru yang tinggi dapat mewujudkan motivasi dalam diri guru
untuk melaksanakan pendidikan STEM.

8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional (VTEK)

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), transformasi bermaksud


perubahan bentuk iaitu sifat, rupa dan keadaan. Sejajar dengan
perkembangan baru yang dijangka bakal mengubah landskap pendidikan
negara iaitu Transformasi PendidikanVokasional (TPV) bakal
mengarusperdanakan aliran kemahiran vokasional. TPV akanmelibatkan dua
aspek penting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej
Vokasional (KV). Kolej Vokasional (KV) boleh menaik taraf kumpulan pelajar.

30
Kemahiran teknikal adalah keupayaan menggunakan pengetahuan
spesifik, prosedur dan teknik dalam sesuatu bidang seperti dalam bidang
kejuruteraan.Selain pendidikan formal, kemahiran teknikal juga boleh
diperolehi melalui pengalamanbekerja. Biasanya kemahiran teknikal yang
didapati daripada pendidikan formal kemudiannya diperkembangkan melalui
latihan yang sesuai dan pengalaman yang diperolehi daripada kerja yang
dilakukan (Abdul Azizi,2000).

Sharpe (1998) memberikan pandangan bahawa sememangnya


kemahiran teknikal khusus diperlukan oleh majikan terhadap pekerjanya. Bagi
memastikan kemahiran teknikal itu relevan dengan perkembangan semasa,
beliau menegaskan pendekatan dalam pendidikan perlu bersifat ‘hands-on’.
Irene (2015) telah melakukan kajian dalam konteks kecenderungan pelajar
terhadap pelajaran berasaskan teknikal.Kajian telah dilakukan oleh Irene
(2015) ialah membincangkan tentang isu-isu pendidikan dalam bidang
pengurusan amnya dan bidang kejuruteraan.Kajian yang dilakukan oleh
Laughton dan Montanheiro (2016) berkaitan kemahiran teras yang perlu
dimiliki graduan telah dilakukan terhadap para pelajar di Sheffield Bussiness
School. Selain itu juga, dapatan yang hampir sama telah diperolehi oleh
Dench, Perryman dan Giles (1988) dalam kajian mereka mengikuti persepsi
industri.

Dalam kajian emperikal yang telah dijalankan oleh Salah (2001)


berkaitan kepentingan kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus
projek didapati bahawa kemahiran kemanusiaan mempunyai tahap
kepentingan yang paling tinggi.Smits (2001) dalam kajiannya ada
menerangkan bahawa kemahiran khusus melalui bidang pekerjaan yang juga
merujuk kepada kemahiran teknikal banyak digunakan oleh sektor latihan dan
secara relatifnya pasaran bagi kemahiran teknikal adalah kecil berbanding
kemahiran generik.

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu didapati bahawa walaupun


kemahiran teknikal secara relatifnya mempunyai tahap kepentingan yang
sedikit rendah berbanding kemahiran generik, namun ia juga perlu dikuasai

31
oleh pelajar terutamanya kemahiran teknikal khusus berkaitan pekerjaan
memandangkan pengaruh teknologi dalam pekerjaan semakin besar.

9.0 RUMUSAN

Pendidikan STEM merupakan satu pendekatan yang semakin


mendapat perhatian oleh pihak KPM untuk diintegrasikan dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan. Agenda ini telah diberikan penekanan
dalam dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 dan pelaksanannya disusun dalam tiga fasa iaitu Gelombang 1,
Gelombang 2 dan Gelombang 3. Kini, agenda ini berada dalam fasa kedua
dan tempohnya kurang dari dua tahun sebelum fasa yang terakhir bermula.

Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa kekangan untuk


mengintegrasikan Pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia, antaranya
adalah kurangnya pendedahan kepada guru-guru Sains dan Matematik
terhadap elemen kejuruteraan serta reka bentuk. Latihan professional yang
berterusan perlu disediakan kepada guru-guru ini supaya dapat
melaksanakan satu P&P STEM yang berkesan. Inisiatif ini turut dibantu oleh
Pusat STEM Negara yang beroperasi sejak2018.

Dalam pada itu, kurikulum Sains dan Matematik di Malaysia juga perlu
diperhalusi kembali supaya unsur STEM yang sebenar dipastikan terdapat
dalam sukatan pembelajaran. Pengintegrasian STEM dalam P&P perlu
berlaku secara realistik, maka, kurikulum sedia ada mestilah memberikan
penekanan terhadap unsur-unsur penting yang menyokong
kebolehlaksanaanPendidikan STEM selain konsep Sains dan Matematik, iaitu
Reka Bentuk Kejuruteraan dan Kemahiran Abad ke-21.

Sebagai kesimpulan, pendidikan teknik dan vokasional haruslah berhadapan


dengan beberapa cabaran dalam usahanya untuk menyahut seruan kerajaan
menjelang tahun 2020. Sikap masyarakat sendiri perlu diubah agar mereka
memberikan pandangan yang lebih positif terhadap pendidikan teknik dan
vokasional. Para pendidik juga perlu diberikan penerapan nilai-nilai yang baik
bagi memastikan mereka menjadi pendidik yang baik dan berjaya membentuk

32
tenaga kerja yang berkualiti dan mempunyai hakikat kesedaran diri yang
tinggi. Selain itu, kerajaan harus memainkan peranan yang lebih aktif
bersama pihak industri supaya pendidikan teknik dan vokasional sentiasa
seiring dengan kehendak pasaran kerja. Jika semua cabaran ini dapat diatasi,
maka hasrat negara untuk melahirkan generasimuda yang berkualiti dari
semua aspek bakal tercapai.

33
10.0 RUJUKAN

(2002).A proposal paper by UNESCO and ILO: Technical and Vocational


Training for 21st Century
Ahmad, O. 2003. The Role Of The National Vocational Training Council In
The Management Of Vocational Training In Malaysia: A Critical
Evaluation. Batu Pahat: KUiTTHO
Aminah Ayob. 2016. Pendidikan STEM. Retrieved 26 APRIL 2020, from
https://awal.my/stem-dalam-pendidikan-awal-kanak-kanak/.
Ananiadou, K. 2013. Revisiting Global Trends in TVET: Reflections on
Theory and Practice. UNESCO-UNEVOC International Centre for
Technical and Vocational Education and Training.
Azizi Yahaya., Shahrin Hashim., & Yusof Boon.(2008). Psikologi pendidikan.
Skudai: Penerbit UTM
Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2016. Panduan Pelaksanaan STEM.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Becker, K. & Park, K. 2011. Effects Of Integrative Approaches Among
Science, Technology, Engineering And Mathematics (STEM) Subjects
On Students’ Learning: A Preliminary Meta-Analysis. Journal of STEM
Education. 12(5&6): 23-37.
Boettcher, B., Carlson, B., Cyr, M., & Shambhang, S. 2005. Engneering
Implementation In Grades 6-12: Evaluation Of The Effectiveness Of
A Workshop Model. Proceedings of the 35th ASEE/IEEE Frontiers
in Education Conference, Portland.
Brown, B. L. (1998). Applying Constructivism in Vocational and Career
Education. Information Series No. 378. Columbus: ERIC
Clearinghouse on Adult, Career, and Vocational Education, Center on
Education and Training for Employment, College of Education,
The Ohio State University, 1998. (ED 428 298)
Bunyamin, M. A. H., & Finley, F. 2016. STEM Education in Malaysia:
Reviewing the Current Physics Curriculum. Kertas kerja yang telah
diterima untuk pembentangan dalam International Conference of
Association for Science Teacher Education (ASTE), Nevada,
Amerika Syarikat, 7-9 Januari.
Chang, Y., & Park, S. W. 2014. Exploring Students’ Perspectives of College
STEM : An Analysis of Course Rating Websites. 26(1), 90–101.
Chin, T.1994. “Industrial Training in Malaysia – Challenge and
Response”.Editorial, Journal of the Malaysian Institute of Management.
Dewan Parlimen Malaysia. 2018. KamarKhas. PenyataRasmiParlimen. 11:1-8
ParlimenKetigaBelasPenggalKeenamMesyuaratPertama.

34
Dirkx, J. M., Amey, M., & Haston, L. 1999. “Context in the Contextualized
Curriculum: Adult Life Worlds as Unitary or Multiplistic?”. In
Proceedings of the18th Annual Midwest Reserach to Practice
Conference in Adult, Continuing, and Com- munity Education,
edited by A. Austin, G. E. Nynes, and R. T. Miller, pp. 79-84. St.
Louis: University of Missouri at St. Louis, 1999.
Evans N.R & Herr E.L. 1978.Foundation of Vocational Education Second
Ed .Ohio :Charles.E.Merill Publishing Company
Francis Wong H.K. & Ee T.H. 1975.Education in Malaysia, 2nd. Ed. Hong
Kong: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.
Haryani Ngah. 2016. Malaysia Perlu Ramai Pekerja Mahir Capai Taraf
Negara Maju. Berita Harian 30 April 2016.
Howey, K. R. 1998. Introduction to the commissioned papers. In Contextual
teaching and learning: Preparing teachers to enhance student success
in the workplace and beyond. Columbus, OH: ERIC Clearinghouse on
Adult, Career, and Vocational Education, Center on Education and T.
http://www.k12.wa.us/LegisGov/2010documents/STEMWorkgroupReport2010
.pdf.
Jean Piaget , 1964. PART 1 cognitive development in children: Piaget
development and learning. Journal of Research in Science Teaching,
2(3), 176–186.
Jeniri Amir.2018. Kepentingan TVET ke Arah Negara Maju.Dewan
Siswa Bil.9.
Jon Lauglo, Kevin Lilli. 1988. Vocationalizing Education an International
Perspective.London : Pergamons Books Ltd.
Kementerian Pendidikan Malaysia.2013. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Maklumat Umum TVET.Retrieved
26 April 2020, from https://www.moe.gov.my/pendidikan/tvet/maklumat-
umum-tvet.
Kirkpatrick, S.A., Locke, E.A. 1991. "Leadership: do traits really matter?",
Academy of (Rupert N.Evans, 1978)Management Executive, Vol. 5
pp.48-60.
Knut Phillips. 1994. How The Dual System Works.Learning To Work, Working
To Learn.Malaysia : ISIS Malaysia.
Md Yunos, J. et al, 2007.„Technical & Vocational Education & Training
(TVET) from Malaysia Perspective.2nd International TT-TVET EU-Asia-
Link Project Meeting, VEDC Malang, Indonesia.
Milliken, D. & Adams, J. 2010. Recommendations for Science, Technology,
Engineering and Mathematics Education.

35
Mok S.S. 2009. Pengurusan Kurikulum. Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang, 2006. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Multimedia-ES Resources Sdn Bhd.
Muhamad Hanafi, N., Lebar, O., & Moh@Abdullah, E. 2009. Teori
Pembelajaran dan Kaitannya dengan Pentaksiran: Dari Perspektif
Pendidikan Teknik dan Vokasional. International Conference On
Teaching And Learning In Higher Education 2009 (ICTLHE 09) 23 - 25
November 2009 Legend Hotel, Kuala Lumpur.
Mustapha, K. et al. 2003. Integrasi Akademik dan Vokasional: Rasional dan
Cabaran. Jurnal Pendidikan 28 (2003) 77-90.
Nor Azma Laila & Mohd Khairul Anam, 2017.TVET Lahir Belia Berdaya
Saing.Berita Harian 27 Oktober 2017.
Norah. 2019. Apakah Maksud STEM? https://people.utm.my/norah/apakah-
maksud-stem/
Ong, E , Ayob, A , Ibrahim, N , Adnan, M , Shariff, J , Mohd Ishak, N. 2016.
Integrating Stem Into Early Childhood Education: Is It Feasible?. The
Eurasia Proceedings of Educational and Social Sciences , 4 () , 336-
341. Retrieved from http://dergipark.org.tr/en/pub/epess/issu
e/30322/334103
Patrick Pillai & Ridzwan Othman. 1994. Learning To Work Working To
Learn :Vocational Training In Germany And Malaysia. Malaysia : ISIS
Malaysia.
Phang, F. A., Abu, M.S., Ali, M.B. & Salleh, S. 2010. Faktor Penyumbang
kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar Dalam Aliran Sains: Satu
sorotan Tesis. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Rahayu, T., Syafril, S., Othman, K. B., Halim, L., & Erlina, N. 2018.Kualiti
Guru, Isu Dan Cabaran Dalam Pembelajaran STEM.
Rockland, R., Bloom, D. S., Carpinelli, J., Burr-Alexander, L., Hirsch, L. S., &
Kimmel, H. 2010. Advancing the ‘E” in K-12 STEM Education. Journal
of Technology Studies. 36(1), 53-64.
Rosinah Edinin., 2005. Pelaksanaan pendekatan inkuiri-penemuan dalam
pendidikan sains.Unpublished PhD dissertation, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Siew, N. M., Amir, N., & Chong, C. L. 2015. The Perceptions Of Pre-
Service And In-Service Teachers Regarding A Project-Based STEM
Approach To Teaching Science. Springer Plus. 4(1),1–20.
Soranam A/P Karupayah , 2011. Faktor- faktor Yang Mempengaruhi Minat
Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sejarah. Sarjana Psikologi
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

36
Thangavelo Marimuthu, Azman Jusoh dan Rodziah Ismail., 2001. Amalan
Dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Di Kalangan
Guru Pelatih Sains Semasa Praktikum : Satu Kajian Kes. Maktab
Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah.
UNESCO. 2001. Normative Instruments Concerning Technical and
Vocational Education. Paris, United Nations Educational, Social and
Cultural Organization (UNESCO). ––––. (2011). The Hidden Crisis:
Armed Conflict and Education. Paris, UNESCO.
Wan Ahmad, W.S., 2007. ‘To Inculcate Training Culture Amongst Malaysian
Industry through National Dual Training System (NDTS)’.
http://www.mohr.gov.my/wanseman.pdf Accessed 30 September 2010.
Yahya Othman. 2005. Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuantan.
Zuliana Abd Aziz dan Roslinda Rosli, 2019.Pengintegrasian Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan Guru Matematik
Sekolah Rendah Luar Bandar. Kaizentrenovation Sdn Bhd pp.189

37

You might also like