Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Mohd Nasran bin Omar v Siti Hasliani bt Mohd Sani

(Ibrahim Lembut, Md Yusup Che Teh and Hussin Harun Shac


[2013] 2 ShLR JJ) 1

A Mohd Nasran bin Omar v Siti Hasliani bt Mohd Sani

SHARIAH APPEAL COURT — APPLICATION FOR PERMISSION TO


APPEAL NO 11000–002–0004 OF 2011
B
IBRAHIM LEMBUT, MD YUSUP CHE TEH AND HUSSIN HARUN
SHAC JJ
16 APRIL 2013

C Islamic Law — Shariah civil procedure — Appeal — Shariah Appeal Court —


Application for leave — Mutaah — Allegation that the trial judge erred in law or
has wrongly admitted or excluded certain evidence — Allegation of wife’s nusyuz
not adequately considered by trial judge — Whether question of law and fact
involved — Whether public interest existed to merit granting of leave — Whether
D application outside ambit and scope of s 17(2) of the Syariah Court Enactment
(Terengganu) 2001 — Syariah Court Enactment (Terengganu) 2001 s 17(1) &
(2)

The applicant is seeking an order of the court to appeal against the decision of
E the Kuala Terengganu Shariah High Court in Appeal No 11500–016–0002 of
2009 which had allowed the respondent’s/defendant’s claim of RM25,000 as
mutaah. The applicant contended that the application should be allowed
because the amount of mutaah allowed by the Shariah High Court was
unreasonable given the fact that in the earlier proceeding, the
F respondent/defendant had been found to be nusyuz. Alternatively, the
applicant stated that the fact that the respondent was found to be nusyuz ought
to have been considered in reducing the rate of mutaah. In this case, the
applicant must clarify in his application that the issue of law had arisen in the
appeal before the Shariah High Court. Further, the applicant must convince
G the court that the said issue of law before the Shariah High Court was of public
interest.

Held, allowing the application and granting stay of execution:


H (1) An analysis of s 17(1) of the Syariah Court Enactment (Terengganu)
2001 provides that only cases that have legal issues of public interest are
appealable to the Shariah Appeal Court. In other words, not all cases
that begin in the Shariah Subordinate Court which had been taken on
appeal to the Shariah High Court could be further appealed to the
I Shariah Appeal Court except on the said issue (see para 9).
(2) The question as to how the said amount of mutaah was determined was
certainly a question of law of public interest which the Shariah High
Court would have considered in determining the case on appeal. Based
on the applicant’s grounds for the application, only the following two
2 Shariah Law Reports [2013] 2 ShLR

issues could be raised in the appeal of the applicant, namely, issues of A


law that is of public interest that had been determined by the Shariah
High Court: (a) whether the wife who had been divorced while she was
found to be nusyuz was entitled to mutaah; and (b) whether the fixed
monthly income of the husband at the time of the divorce should be
the yardstick in determining the appropriate amount of mutaah to be B
given to the wife (see paras 16 & 18).
[Bahasa Malaysia summary
Pemohon memohon ke mahkamah untuk mendapat perintah bahawa
pemohon/perayu dibenarkan merayu ke atas keputusan Rayuan No C
11500–016–0002 Tahun 2009 yang telah diberi oleh hakim Mahkamah
Tinggi Syariah di Kuala Terengganu yang membenarkan tuntutan
responden/penentang rayuan untuk mendapatkan mutaah berjumlah
RM25,000. Pemohon menyatakan bahawa permohonan ini patut dibenarkan
kerana jumlah mutaah yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah D
adalah sesuatu yang tidak wajar kerana di dalam prosiding terdahulu,
responden/penentang telah disabitkan sebagai isteri yang nusyuz/derhaka.
Secara alternatifnya pemohon menyatakan bahawa sabitan nusyuz ke atas
responden perlu diambil kira sebagai asas pengurangan dalam menentukan
kadar mutaah. Dalam kes ini, pemohon perlu menjelaskan dalam E
permohonannya ini bahawa isu undang-undang telah ditimbulkan di
peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah. Seterusnya, pemohon perlu
meyakinkan mahkamah bahawa isu undang-undang yang timbul semasa
perjalanan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah itu adalah berkepentingan
awam. F

Diputuskan, permohonan dibenarkan dan perintah Mahkamah Tinggi


Syariah digantung:
(1) Peruntukan s 17(1) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 G
adalah sebagai tapisan, iaitu menyaring kes-kes yang hanya
mempunyai isu undang-undang yang berkepentingan awam sahaja
yang boleh dirayu sehingga ke Mahkamah Rayuan Syariah. Dengan
kata lain, bukan semua kes Mahkamah Rendah Syariah yang telah
dirayu ke Mahkamah Tinggi Syariah boleh dirayu sekali lagi ke H
Mahkamah Rayuan Syariah kecuali atas isu tersebut (lihat perenggan
9).
(2) Persoalan bagaimana jumlah mutaah tersebut ditentukan adalah suatu
persoalan undang-undang yang mempunyai kepentingan awam yang
sudah pasti disentuh oleh Mahkamah Tinggi Syariah semasa I
memutuskan rayuan kes. Berdasarkan alasan-alasan permohonan
pemohon, hanya dua isu berikut sahaja yang boleh dibangkitkan
dalam rayuannya, iaitu isu undang-undang yang berkepentingan
awam yang telah disentuh oleh Mahkamah Tinggi Syariah seperti
Mohd Nasran bin Omar v Siti Hasliani bt Mohd Sani
(Ibrahim Lembut, Md Yusup Che Teh and Hussin Harun Shac
[2013] 2 ShLR JJ) 3

A berikut: (a) sama ada isteri yang diceraikan dengan talaq sedangkan
ianya nusyuz atau berperangai keji mendapat mutaah atau pun tidak;
(b) sama ada pendapatan tetap bulanan suami semasa perceraian wajar
dijadikan sebagai kayu pengukur kadar mutaah yang diberikan kepada
isteri (lihat perenggan 16 & 18).]
B
Cases referred to
Ahmad @ Ahmad Zukni b Johari lwn Rosnah bt Esahak [2009] JH 28 Bhg 2 163
(refd)
Ahmad Shah Tabrani lwn Norhayati Yusoff [2006] 1 CLJ (Sya) 7 (refd)
C Faridah binti Sulaiman lwn Mohd Noh bin Othman (JH XIX Bhg 1 hal 136)
(refd)
Ismadi bin Ishak lwn Zainab bt Che Awang (JH XX Bhg 1 hal 92) (refd)
Mhd Idris b Hj Masior lwn Ketua Pendakwa Syarie [2010] (Kes Mal No
10000–102–0002–2009), CA (refd)
D
Pendakwa Syarie lwn Paimin bin Kasimon, (Kes No 10000–102–0001–2010),
CA (refd)
Samsudin b Md Husin lwn Ketua Pendakwa Syarie [2011] (Kes Mal No
10000–199–0003–2009), CA (refd)
Legislation referred to
E Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 s 17(1), (2)
Books referred to
Nizam al-Qadha’ fi Syariat al-Islamiah by Dr Abdul Karim Zaidan
F Ahmad Khir bin Besah @ Sitam (Khairul Sofian Anuar & Co) for the appellant.
Mukhtar bin Abdullah (Zamani Mohammad & Co) for the respondent.

Ibrahim Lembut, Yusup Che Teh, Hussin Harun ShAC JJ:

G [1] Atas rayuan mal permohonan kebenaran merayu yang dibuat oleh
pemohon melalui peguam syarie dari Tetuan Khairul Sofian Anuar & Co
(Encik Ahmad Khir bin Besah @ Sitam), dan responden diwakili oleh peguam
syarie dari Tetuan Zamani Mohammad & Co (Tuan Hj Mukhtar bin
Abdullah), maka pemohonan kebenaran merayu didengar di dalam dewan
terbuka, Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, dan setelah meneliti rekod
H
rayuan, serta hujah perayu dan hujah responden, maka pada hari ini
hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Terengganu bersetuju secara
sebulat suara dan membuat penghakiman seperti berikut.

PERMOHONAN
I

[2] Pemohon memohon ke mahkamah ini untuk mendapat perintah seperti


berikut:
(a) Pemohon/perayu dibenarkan merayu ke atas keputusan Rayuan No
4 Shariah Law Reports [2013] 2 ShLR

11500–016–0002 Tahun 2009 yang telah diberi oleh hakim A


Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu pada 6 Mac 2011
yang membenarkan tuntutan responden/penentang rayuan untuk
mendapatkan mutaah berjumlah RM25,000;
(b) Perintah menggantung pelaksanaan bayaran mutaah secara ansuran B
sehinggalah rayuan ke atas keputusan rayuan mutaah ini dibicara dan
diputuskan.

[3] Peguam pemohon menyatakan di dalam afidavit sokongannya bahawa


permohonan ini patut dibenarkan berdasarkan alasan-alasan sebagaimana C
berikut:
(a) Permohon/perayu berpendapat adalah tidak wajar rayuan mutaah ini
(di Mahkamah Tinggi Syariah) dibenarkan dengan amaun sebanyak
RM25,000 sedangkan di dalam prosiding terdahulu, D
responden/penentang telah disabitkan sebagai isteri yang
nusyuz/derhaka. Justeru itu, responden/penentang rayuan adalah tidak
layak untuk mendapat mutaah.
(b) Secara alternatifnya, satu kaedah pengurangan jumlah mutaah harus
diambil kira oleh mahkamah dalam menentukan jumlah mutaah yang E
layak diterima oleh responden/penentang rayuan memandangkan
responden/penentang rayuan adalah seorang isteri yang
nusyuz/derhaka.
F
ULASAN MAHKAMAH

[4] Setelah kami meneliti notis dan afidavit pemohon, afidavit jawapan serta
hujah kedua-dua pihak, kami dapati isu yang perlu kami putuskan dalam kes G
sebegini ialah sama ada wujud isu undang-undang yang berkepentingan awam
yang telah ditimbulkan di hadapan YA hakim Mahkamah Tinggi Syariah
semasa mendengar rayuan dan keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi telah
menyentuh isu tersebut. Ulasan kami adalah merujuk kepada prinsip yang
telah ditegaskan dalam kes Mhd Idris b Hj Masior lwn Ketua Pendakwa Syarie H
[2010] (Mahkamah Rayuan Syariah Selangor di Shah Alam, Kes Mal No
10000–102–0002–2009), kes Samsudin b Md Husin lwn Ketua Pendakwa
Syarie [2011] (Mahkamah Rayuan Syariah Selangor di Shah Alam, Kes Mal No
10000–199–0003–2009) dan kes Ahmad @ Ahmad Zukni b Johari lwn Rosnah
bt Esahak [2009] JH 28 Bhg 2 ms 163. I

[5] Kedua-dua pihak dalam kes ini telah merujuk peruntukan s 17(2)
Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 mengenai isu
undang-undang yang berkepentingan awam. Dalam memutuskan isu ini,
Mohd Nasran bin Omar v Siti Hasliani bt Mohd Sani
(Ibrahim Lembut, Md Yusup Che Teh and Hussin Harun Shac
[2013] 2 ShLR JJ) 5

A kami melihat adalah amat penting untuk memahami maksud dan tujuan
sebenar peruntukan subseksyen tersebut digubal.

[6] Subseksyen 17(2) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001


memperuntukkan:
B
(2) Apabila suatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah
telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah
boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan kebenaran untuk
diputuskan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan
C awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh
Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.

[7] Berkenaan tafsiran, undang-undang yang berkepentingan awam kami


D merujuk tafsiran yang telah dibuat dalam kes Samsudin b Md Husin lwn Ketua
Pendakwa Syarie:

Kami berpendapat dalam peruntukan ini, frasa yang perlu diberi perhatian adalah
‘apa-apa persoalan undang-undang yang mempunyai kepentingan awam yang
telah timbul semasa perjalanan rayuan itu’. Di samping itu, bilakah isu
E undang-undang yang berkepentingan awam ini ditimbulkan. Jika isu
undang-undang berkepentingan awam ini timbul semasa prosiding rayuan di
Mahkamah Rayuan Syariah, ia adalah tidak munasabah kerana prosiding rayuan
tersebut belum bermula. Justeru maksud ‘semasa perjalanan rayuan’ tidak lain
adalah isu tersebut timbul semasa prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah.
F
[8] Oleh yang demikian, dalam kes ini, pemohon perlu menjelaskan dalam
permohonannya ini bahawa isu undang-undang telah ditimbulkan di
peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah. Seterusnya, pemohon perlu
G
meyakinkan mahkamah ini bahawa isu undang-undang yang timbul semasa
perjalanan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah itu adalah berkepentingan
awam.

[9] Peruntukan s 17(1) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001


H adalah sebagai tapisan, iaitu menyaring kes-kes yang hanya mempunyai isu
undang-undang yang berkepentingan awam sahaja yang boleh dirayu sehingga
ke Mahkamah Rayuan Syariah. Dengan lain perkataan, bukan semua kes
Mahkamah Rendah Syariah yang telah dirayu ke Mahkamah Tinggi Syariah
boleh dirayu sekali lagi ke Mahkamah Rayuan Syariah kecuali atas isu tersebut.
I Ketetapan ini adalah selaras dengan pandangan Pakar Perundangan Syarak dan
telah ditegaskan di dalam kes Mhd Idris b Hj Masior lwn Ketua Pendakwa
Syarie. Panel rayuan dalam kes tersebut merujuk kepada Kitab Nidzam
al-Qadha’ Fi Syariat al-Islamiah oleh Dr Abdul Karim Zaidan, sebagaimana
berikut:
6 Shariah Law Reports [2013] 2 ShLR

Maksudnya: Hukuman dan keputusan yang dikeluarkan oleh para Hakim A


pembatal dan pengesah tidak boleh diulang kaji semula kecuali dalam keadaan
tertentu dan amat terbatas yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Dan hendaklah
permohonan minta dikaji semula itu datang dari pihak yang berkenaan dan dalam
tempoh tertentu dan diangkatkan kepada para hakim pembatal dan pengesah itu
sendiri atau kepada satu lembaga khas yang bertanggungjawab mengkaji semula B
hukuman-hukuman ini.

[10] Untuk tujuan tersebut, kami merujuk kepada alasan-alasan


permohonan pemohon dan hujahnya bagi mengenal pasti adakah
C
permohonan ini memenuhi elemen-elemen yang telah kami nyatakan di atas
(isu undang-undang yang timbul semasa perjalanan rayuan di Mahkamah
Tinggi Syariah itu adalah berkepentingan awam).

[11] Alasan permohonan ini seperti yang dinyatakan oleh peguam pemohon D
di dalam afidavit sokongannya bahawa jumlah mutaah yang telah dibenarkan
oleh Mahkamah Tinggi Syariah adalah sesuatu yang tidak wajar kerana
responden adalah isteri yang nusyuz. Oleh yang demikian responden tidak
layak untuk mendapat nafkah.
E
[12] Selain dari itu, pemohon juga membangkitkan juga secara alternatifnya
bahawa sabitan nusyuz ke atas responden perlu diambil kira sebagai asas
pengurangan dalam menentukan kadar mutaah.
F
[13] Dalam hujahannya, pemohon menyatakan:
(a) Mahkamah perlu kewajaran rayuan mutaah memandangkan
perceraian berlaku dengan sebab yang patut dan berpunca daripada
responden (isteri) itu sendiri;
G
(b) Mahkamah perlu meneliti kewajaran rayuan mutaah memandangkan
responden telah disabitkan sebagai isteri yang nusyuz;
(c) Mahkamah perlu meneliti kewajaran tuntutan mutaah
memandangkan responden telah didakwa atas kesalahan khalwat;
H
(d) Kemampuan pemohon ketika perceraian.

[14] Berdasarkan hujahan perayu, isu-isu di atas boleh digabungkan kepada


dua iaitu isu prinsip dan kuantum. Dari segi prinsip, pemohon menyatakan
bahawa responden tidak layak mendapat mutaah kerana punca penceraian I
adalah dari responden, responden nusyuz dan berkhalwat. Manakala dari segi
kuantum pula pemohon menyatakan jumlah mutaah yang dihukum oleh
Mahkamah Tinggi Syariah adalah terlalu tinggi dan tidak mengambil kira
pendapatannya.
Mohd Nasran bin Omar v Siti Hasliani bt Mohd Sani
(Ibrahim Lembut, Md Yusup Che Teh and Hussin Harun Shac
[2013] 2 ShLR JJ) 7

A [15] Pemohon dalam hujahnya menyatakan bahawa tujuan mutaah adalah


untuk menghilangkan rasa malu isteri dan prasangka buruk terhadap isteri.
Pemohon merujuk kepada kes Ismadi bin Ishak lwn Zainab bt Che Awang (JH
XX Bhg 1 hal 92) yang menyatakan ‘bayaran mutaah adalah bertepatan dengan
pengakuan bahawa perceraian adalah kerenah si suami’. Pemohon
B menghujahkan dalam kes ini, perceraian berlaku berpunca dari perbuatan aib
responden seperti nusyuz dan ditangkap khalwat telah mewajarkan pemohon
menceraikannya. Responden pula menghujahkan bahawa perceraian yang
berlaku antara pemohon dan responden adalah perceraian di atas persetujuan
C bersama. Oleh itu perceraian tersebut berlaku di atas kehendak pemohon
bukannya disebabkan oleh responden. Pertembungan perkara ini sudah tentu
disentuh oleh Mahkamah Tinggi dalam keputusannya.

[16] Selain dari itu pemohon juga berhujah bahawa kadar mutaah sebanyak
D RM25,000 adalah terlalu tinggi dinisbahkan kepada pendapatannya semasa
perceraian yang berjumlah RM10,000 sebulan. Pemohon menyandarkan
hujahannya kepada kes Faridah binti Sulaiman lwn Mohd Noh bin Othman (JH
XIX Bhg 1 hal 136) yang memutuskan kadar mutaah hendaklah diambil kira
kemampuan suami ketika berlaku perceraian. Manakala responden pula
E menyatakan pendapatan pemohon RM10,000 sebulan menjadikan pemohon
seorang yang musir dan kemampuan. Responden merujuk kes Ahmad Shah
Tabrani lwn Norhayati Yusoff [2006] 1 CLJ (Sya) 7, yang telah memutuskan
kadar mutaah RM50,000 adalah jumlah yang munasabah dan berpatutan bagi
seseorang yang berpendapatan tetap RM9,000 sebulan. Persoalan bagaimana
F
jumlah mutaah tersebut ditentukan adalah suatu persoalan undang-undang
yang mempunyai kepentingan awam yang sudah pasti disentuh oleh
Mahkamah Tinggi Syariah semasa memutuskan rayuan kes ini.

G [17] Walaupun secara tersurat, pemohon tidak menyatakan isu-isu


undang-undang yang berkepentingan awam yang disentuh oleh Mahkamah
Tinggi Syariah dalam keputusannya, alasan-alasan dan hujah-hujah yang
dikemukakan oleh pemohon menggambarkan isu undang-undang yang
dihasratkan oleh pemohon dalam permohonan ini. (Pendakwa Syarie lwn
H Paimin bin Kasimon, Kes No 10000–102–0001–2010 Mahkamah Rayuan
Syariah Negeri Selangor).

[18] Berdasarkan alasan-alasan permohonan pemohon, hanya dua isu


berikut sahaja yang boleh dibangkitkan dalam rayuan pihak perayu, iaitu isu
I
undang-undang yang berkepentingan awam yang telah disentuh oleh
Mahkamah Tinggi Syariah seperti berikut:
(a) Sama ada isteri yang diceraikan dengan talaq sedangkan ianya nusyuz
atau berperangai keji mendapat mutaah atau pun tidak.
8 Shariah Law Reports [2013] 2 ShLR

(b) Sama ada pendapatan tetap bulanan suami semasa perceraian wajar A
dijadikan sebagai kayu pengukur kadar mutaah yang diberikan kepada
isteri.

[19] Pemohon tidak boleh membawa isu lain kecuali isu di atas di dalam
rayuan nanti. B

KEPUTUSAN

[20] Setelah kami meneliti notis permohonan, alasan-alasan permohonan


C
pemohon, afidavit jawapan respondan dan setelah meneliti hujah kedua-dua
belah pihak, maka kami dengan sebulat suara memutuskan seperti berikut:
(a) Permohonan pemohon diluluskan;
(b) Pemohon diberi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Rayuan
D
Syariah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dalam Kes Mal
(Rayuan) No 11500–16–0002 Tahun 2009 bertarikh 6 Mac 2011
yang mengakas keputusan Mahkamah Rendah Syariah Daerah
Dungun dalam Kes Mal No 11002–016–0435 Tahun 2007.
(c) Perintah Mahkamah Tinggi Syariah dalam kes 11500–016–0002 E
Tahun 2009 bertarikh 6 Mac 2011 digantung sehingga rayuan kes
tersebut di dengar dan diputuskan di Mahkamah Rayuan Syariah.
(d) Pemohon hendaklah memfailkan notis rayuan dalam tempoh 14 hari
dari tarikh keputusan kes ini.
F
Application allowed and stay of execution granted.

Reported by Ali Ali Mohamed


G

You might also like