Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

5.

0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Konsep dan jenis kepelbagaian budaya di Sekolah Menengah


Kebangsaan Kota Marudu

Menurut kamus dewan budaya merupakan tamadun, peradaban,


kemajuan fikiran, berkelakuan dan akal budi. Kebudayaan pula merupakan
keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.
Jadi, secara ringkasnya, konsep kepelbagaian budaya bermaksud kepelbagaian
amalan hidup, bangsa dan kaum serta kepelbagaian nilai. Kepelbagaian budaya di
Malaysia adalah sangat ketara kerana bangsa dan kaum yang pelbagai di negara
ini.

Maka, sudah tentu pelajar di sekolah adalah terdiri daripada pelbagai latar
belakang yang berbeza. Kepelbagaian latar belakang pelajar dalam sistem
pendidikan di Malaysia menekankan masyarakat agar sentiasa memahami dan
menghormati bangsa-bangsa lain serta sentiasa bersatu padu. Hal ini supaya
dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan menjamin kemajuan negara.
Bagi mendedahkan para pelajar berkenaan perkara begini sekolah merupakan
salah satu tempat atau institusi yang memainkan peranan yang penting. Oleh yang
demikian, keperluan untuk meraikan kepelbagaian budaya pelajar ini telah
termaktub sebagai salah satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan negara
iaitu “sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.” (Pelan Pembangunan
Pendidikan Negara 2013-2025; hlmn:21).

Dalam kajian kes yang telah dijalankan di SMK Kota Marudu, terdapat
pelbagai kaum dan etnik yang berada di sekolah. Antaranya, kaum Dusun,
Melayu, Cina dan bumiputera Sabah yang lain.

Menurut Cikgu Nur El-Hanizah, kepelbagaian budaya dalam sesebuah


bilik darjah merupakan satu cabaran kepada guru dalam memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai seorang guru yang
berhadapan dengan pelajar pelbagai budaya, guru mestilah membuat persediaan
rapi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang
pelaksanaan pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
meliputi aspek-aspek hasil pembelajaran yang tepat, kaedah pengajaran yang
sesuai dengan kepelbagaian budaya murid, memilih bahan bantu mengajar yang
sesuai, berkesan dan mencukupi, serta merangka langkah-langkah proses
pengajaran yang jelas.
Semasa proses pengajaran, guru seharusnya memilih kaedah dan
strategi yang tepat agar penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran
menjadi lebih berkesan. Guru mestilah memastikan proses pengajaran
dilaksanakan dengan lancar seperti yang telah dirancang dalam RPH. Guru juga
perlu menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif seperti
memastikan susun atur kerusi dan meja dalam keadaan kemas, peralatan dalam
bilik darjah tidak berhabuk, mengurus disiplin kepelbagaian kelompok pelajar dan
mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Selepas proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, proses


penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengetahui
keberkesanan pengajaran. Hal ini bertujuan untuk mengesan perkembangan
penguasaan pelajar dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam
pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan serta
mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan dan meningkatkan lagi
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh penilaian adalah
dengan mengadakan penilaian selepas tamat sesuatu topik yang akan
dilaksanakan pada hujung penggal. Pengukuran pula merupakan satu proses
sistematik untuk mendapatkan maklumat secara kuantitatif untuk menentukan
pencapaian murid. Contoh alat pengukuran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di SMK Kota Marudu adalah melalui kuiz, ujian
bulanan, temu bual murid, soal selidik dan data pemerhatian.

Setelah itu, proses penambahbaikan berbentuk pemulihan, pengayaan


dan penilaian semula ke semua proses pengajaran dan pembelajaran perlu
diambil kira oleh seseorang guru. Langkah ini penting untuk mengkaji
keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan strategi pengajaran, tahap
pencapaian pelajar dan keberkesanan komunikasi antara guru dan pelajar.
5.2 Faktor yang mempengaruhi kepelbagaian budaya di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kota Marudu

Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan dari segi kurikulum,


bentuk bangunan, kelayakan guru dan prasarana. Walaubagaimanapun, yang
membezakan sesebuah sekolah ialah unsur budaya sekolah dimana unsur ini
yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah. Budaya sesebuah sekolah
boleh berubah dan semestinya dibentuk oleh warga sekolah itu sendiri.

Menurut Cikgu Nur El-Hanizah faktor yang paling penting dalam


mempengaruhi kepelbagaian budaya adalah faktor pentadbiran. Hal ini kerana,
bahagian pentadbiran adalah bertanggungjawab untuk merancang dan
mengadakan aktivit-aktiviti yang baik dan menarik di sekolah serta memberi impak
yang baik dalam pengurusan kepelbagaian budaya di sekolah.

I. Faktor pentadbiran

Pentadbiran sekolah merujuk kepada bagaimana dasar yang


dijalankan di sesebuah sekolah. Sebagai contoh, sekolah mestilah
bersifat terbuka dalam menerima pelajar untuk bersekolah di situ tanpa
bersikap diskriminasi terhadap mana-mana kaum. Proses pentadbiran
di sekolah adalah bermula dengan merancang kemudian membuat
keputusan, memberitahu keputusan yang telah diambil, mengadakan
proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan
menilai semula aktiviti- aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat
membantu pengetua dalam menjalankan fungsi pentadbiran
sekolahnya yang efektif.

Di SMK Kota Marudu, terdapat pelbagai aktiviti atau program yang


dirancang dan dilaksanakan bagi membentuk budaya-budaya di
sekolah. Menurut Cikgu Nur El-Hanizah program yang dipraktikkan
adalah Amalan Guru Penyayang. Program ini berlangsung setiap pagi,
dimana guru akan meyambut kedatangan pelajar ke sekolah di pagar
utama mengikut giliran yang ditetapkan. Program ini adalah bertujuan
untuk merapatkan lagi hubungan diantara guru dan pelajar. Kesan dari
perlaksanaan program ini adalah budaya kasih-sayang dapat dipupuk
dalam kalangan warga sekolah. Pelajar juga akan berasa diri mereka
ataupun kedatangan mereka ke sekolah adalah dihargai sekaligus
menaikkan semangat mereka untuk terus hadir ke sekolah setiap hari.

Selain itu, program yang dilaksanakan di SMK Kota Marudu adalah


membuat sambutan bagi setiap perayaan. Sebagai contoh, menyambut
Tahun Baru Cina dan Keamatan. Melalui sambutan sebegini pelajar
akan terdedah kepada pelbagai budaya berbeza bagi setiap perayaan
dan kaum. Sambutan ini diadakan supaya dapat menerap budaya
hormat-menghormati budaya dan kepercayaan kaum lain.

Seterusnya, budaya disiplin dalam kalangan warga di sekolah juga


merupakan aspek yang ditekankan di SMK Kota Marudu. Menurut
Cikgu Nur El-Hanizah, jika terdapat pelajar yang tidak hadir beberapa
hari ke sekolah, ahli jawatankuasa yang terlibat akan pergi menziarah
pelajar di rumah bagi memastikan keadaan mereka. Program ini
dinamakan Ziarah Cakna. Dengan adanya program ini, kita dapat
mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah dan boleh mencari
cara untuk membantu.

Pada musim pandemik kini, ada beberapa program tidak dapat


dilaksanakan. Namun begitu, ada yang masih boleh diteruskan seperti
Amalan Guru Penyayang.

II. Faktor pengurusan bilik pembelajaran

Pengurusan bilik pembelajaran merupakan satu strategi yang


digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik pembelajaran. Dalam
mengurus bilik pembelajaran ini guru memainkan peranan penting bagi
memastikan persekitaran bilik pembelajaran dalam keadaan baik dan
selesa.

Pengurusan bilik pembelajaran mestilah memberi peluang sama rata


kepada setiap pelajar untuk ditempatkan di dalamnya. Sebagai contoh,
guru menggunakan ujian untuk menentukan kelas pelajar agar tidak
berlaku sebarang penindasan kepada mana – mana kaum. Selain itu,
susunan pelajar dalam bilik pembelajaran juga memainkan peranan
dalam mewujudkan interaksi pelbagai budaya. Oleh itu, guru hendaklah
mengurus susunan pelajar mengikut kesesuaian untuk memastikan
interaksi antara pelajar pelbagai budaya berlaku.

Di SMK Kota Marudu, budaya yang diamalkan bagi memastikan


keselesaan bilik pembelajaran adalah budaya kebersihan dan
keceriaan. Bagi memastikan budaya ini dipraktikkan oleh para pelajar,
guru yang memasuki kelas pada waktu pertama akan mengingatkan
dan memastikan pelajar supaya membersihkan kelas. Mereka juga
akan memberi hadiah kepada kelas yang paling bersih pada setiap
bulan dan kelas yang kurang bersih akan didenda untuk membuat
kerja-kerja amal. Hal ini bagi memotivasikan pelajar supaya
mementingkan kebersihan seterusnya mendedahkan para pelajar
tentang pentingnya menjaga kebersihan.

III. Faktor pendekatan guru

Pendekatan guru adalah penting dalam pengurusan pelbagai


budaya ini. Guru hendaklah menggunakan pendekatan pengajaran
yang sesuai untuk semua pelajar tanpa menyentuh sensitiviti mana-
mana kaum. Hal ini kerana isu perkauman akan timbul sekiranya guru
menggunakan pendekatan yang salah. Sebagai contoh, guru
memberikan contoh sesuatu kaum dengan menyebut adat mereka
adalah salah dan sesat. Guru sepatutnya berusaha mewujudkan
keselesaan para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Cikgu Nur El-Hanizah, jika terdapat pelajar yang kurang


bergaul dengan kaum atau etnik lain, guru perlu memainkan peranan
dengan merancang aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Dari itu,
mereka akan mempunyai peluang untuk berinteraksi sesama mereka
dan secara perlahan-lahan mereka akan lebih saling mengenali dan
memahami antara satu sama lain.
5.3 Strategi atau kaedah dalam menerapkan kepentingan kepelbagaian
sosiobudaya yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu.

Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara


kita telah memberi impak secara langsung ataupun tidak langsung kepada
negara kita terutamanya perkembangan di dalam sistem pendidikan. Strategi
ataupun kaedah perlu dilakukan dalam menyelesaikan sesuatu isu ataupun
masalah. Dengan adanya strategi ataupun kaedah, kita dapat membentuk dan
menghasilkan satu langkah ataupun penyelesaian yang boleh digunakan dalam
membendung dan memperbaiki masalah yang berlaku. Kaedah ataupun strategi
yang dirancang dan dibentuk dengan baik dapat memberikan impak yang positif
dalam mengendalikan isu dan masalah yang berlaku tanpa ada halangan dan
cabaran.

Menurut Cikgu El-Hanizah, semasa proses pengajaran dan pembelajaran


(PdP) di awal kelas, beliau menggunakan kaedah sumbang saran di mana beliau
melakukan aktiviti-aktiviti seperti memberi dan menunjukkan gambar lalu
bertanyakan pendapat ataupun pengetahuan sedia ada para pelajar tentang
gambar yang ditunjukkan tanpa mengira latar belakang para pelajar. Di mana
seperti yang kita tahu, setiap pelajar terdiri daripada pelbagai etnik, kaum dan
bangsa jadi mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Pendapat yang
diberikan oleh para pelajar akan diterima dan dihormati baik oleh para guru lalu
dibawa kepada peringkat seterusnya di mana para guru akan meneliti akan
pandangan yang telah diberikan oleh para pelajar lalu akan memperbetulkan
pandangan yang tidak terlalu tepat dan disalah anggap oleh para pelajar semasa
di dalam sesi penerangan dan perbincangan supaya ia tidak akan menimbulkan
salah faham dan kekeliruan kepada para pelajar.

Selain itu, Cikgu El-Hanizah ada juga menyebut dan menyatakan tentang
penggunaan konsep ‘comparative learning’ iaitu melakukan aktiviti yang
berpusatkan para pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Semasa aktiviti ini, semua para pelajar akan diberikan peluang untuk melibatkan
diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa mengira
latar belakang para pelajar. Sebagai seorang guru, guru memainkan peranan
yang penting semasa aktiviti ini dijalankan di mana guru meneliti dan
mengenalpasti para pelajar yang tidak melibatkan diri secara aktif ataupun
pelajar yang mempunyai sifat terlalu merendah diri dengan memberikan kata-
kata semangat, motivasi dan dorongan kepada para pelajar berkenaan supaya
dapat membina dan membentuk keyakinan diri para pelajar dengan kelebihan-
kelebihan yang ada dalam setiap pelajar. Setiap pelajar mempunyai kelebihan
masing-masing di mana dapat digunakan dalam membentuk identiti dan
personaliti diri para pelajar. Dengan cara ini, ia dapat membantu pelajar untuk
meminimumkan perasaan rendah diri itu dan membina keyakinan untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Di samping itu menurut Cikgu El-Hanizah, pemilihan penggunaan bahasa


juga merupakan salah satu kaedah ataupun strategi yang boleh digunakan oleh
para guru dan pelajar di mana ia amat penting di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) terutamanya semasa mengadakan aktiviti yang melibatkan
kerja berkumpulan. Penggunaan bahasa yang standard dapat membantu dan
memudahkan pemahaman semua pelajar di mana para pelajar terdiri daripada
pelbagai kaum, etnik dan bangsa yang mungkin menggunakan bahasa ibunda
sebagai bahasa rasmi di rumah bersama ahli keluarga. Jadi dengan
menggunakan bahasa yang standard ataupun menggunakan ayat yang mudah
difahami terutamanya semasa memberi arahan ia dapat memudahkan pelajar
untuk memahaminya dan melaksanakan arahan tersebut tanpa menimbulkan
salah faham.

Seterusnya, kita perlu memahami dan menghormati akan kepercayaan


yang dipercayai oleh para pelajar. Seperti yang kita tahu setiap bangsa dan
agama mempunyai kepercayaan mereka masing-masing dalam setiap aspek
seperti ibadat, pemakaian dan lain-lain lagi. Menurut Cikgu El-Hanizah, jika kita
melihat kepercayaan para pelajar sebagai contohnya pemakaian gelang, kita
perlulah bertanya dahulu kepada pelajar tersebut tentang fungsi pemakaian
gelang itu, di mana kadang-kala gelang yang dipakai itu merupakan pemberian
nenek moyang mereka ataupun kepercayaan mereka di dalam aspek tertentu
seperti beribadat atau lain-lain lagi. Jadi sebagai seorang guru, kita perlu
menghormati dan tidak bersikap kasar supaya dapat membentuk hubungan yang
positif dan baik antara guru dan pelajar. Di dalam kelas, sebagai seorang guru
kita perlu menimbulkan persekitaran dan suasana yang selesa kepada para
pelajar supaya para pelajar berasa lebih terbuka dan seronok dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang diajar oleh guru. Apabila para pelajar
terbuka hati mereka kepada guru, ia dapat memudahkan guru untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan persekitaran
dan suasana yang selesa dan menyeronokkan.

Tambahan lagi, seperti yang kita tahu bahawa Cikgu El-Hanizah


merupakan guru yang mengajar dalam mata pelajaran Fizik. Beliau
menggunakan eksplorasi penemuan di dalam mata pelajaran Fizik di mana para
pelajar akan melakukan penerokaan supaya para pelajar dapat merasai
pengalaman sebagai contoh di dalam mata pelajaran Fizik, mereka akan
didedahkan dengan alat-alat pengukuran yang digunakan di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaraan (PdP) kelak. Apabila para pelajar menerokai
sendiri tentang kegunaan dan fungsi alat-alat tersebut, mereka akan mudah dan
senang memahami cara penggunaan dan pembacaan alat-alat itu. Dengan cara
itu juga, ia dapat memupuk perasaan berani untuk mencuba para dalam diri
pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan sifat merendah diri.
5.4 Penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak sekolah dan guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Marudu terhadap budaya di sekolah.

Kepelbagaian budaya adalah salah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku
untuk mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepebagaian dalam kelompok dari
sesebuah organisasi atau masyarakat. Malaysia merupakan satu negara yang
kaya dengan kepelbagaian bangsa dan budaya, jadi tidak hairan jika para pelajar
di dalam sekolah terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Isu kepelbagaian
budaya di sekolah adalah perkara biasa yang telah dihadapi oleh pihak sekolah
mahupun dari pihak pentadbiran dan guru. Isu kepelbagaian ini timbul apabila ada
perselisihan faham dan salah sangka antara individu-individu yang terdiri daripada
pelbagai jenis bangsa dan kaum. Pelbagai penambahbaikan yang telah dilakukan
oleh pihak sekolah dan para guru bagi menyelesaikan isu kepelbagaian budaya
ini.

Menurut Cikgu El-Hanizah, program-program sekolah seperti aktiviti Amalan


Guru Penyayang dan Ziarah Cakna boleh diteruskan bagi memperbaiki dan
mendatangkan kebaikan kepada amalan budaya di sekolah dan memberi impak
yang positif kepada pelajar dan guru. Bagi pendapat Cikgu El-Hanizah, pihak
sekolah perlu berganding bahu bagi memikirkan cara yang lain bagi meminimakan
jurang sosiobudaya dengan menambahkan aktiviti yang berkaitan dengan budaya-
budaya yang baik bagi memupuk dan meningkatkan keyakinan pelajar,
mengukuhkan perpaduan antara pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum dan
bangsa.

Selain itu menurut Cikgu El-Hanizah, para guru perlulah berusaha untuk
menjadi lebih kreatif dan inovatif bagi menjadikan suasana sesi pengajaran dan
pembelajaran menjadi seronok dan menarik. Dengan penambaikan ini, ia akan
memberikan impak positif terhadap keyakinan para pelajar dan mampu untuk
membantu para pelajar bagi meningkatkan tahap potensi mereka. Setiap guru
perlu berusaha memandang dan melayan para pelajar dengan sifat kasih sayang
dan menganggap bahawa ke semua para pelajar adalah sama walaupun mereka
berasal daripada latar belakang sosiobudaya yang berbeza seperti dari aspek
persekitaran, etnik, budaya dan agama. Perhatian yang diberikan oleh para guru
kepada pelajar amat berguna bagi membentuk suatu persekitaran yang bebas
dari diskriminasi ataupun pilih kasih dalam pembelajaran.

Menurut Cikgu Nur El-Hanizah, selama beliau berkhidmat di Sekolah


Menengah Kebangsaan Kota Marudu, beliau pernah menghadapi situasi di mana
ada berlakunya perselisihan faham yang melibatkan dua individu yang berbeza
kaum. Sebagai seorang guru kelas, beliau bertindak sebagai pendamai dan
mendengar penjelasan daripada kedua belah pihak tanpa ada sikap berat sebelah
dan memilh kasih sayang. Sebagai seorang guru, beliau perlu memainkan
peranan yang penting dalam menasihati dengan cara yang baik dan berhemah
kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat. Beliau juga mengatakan bahawa
ketegasan itu perlu ada dalam mendidik dan menasihati para pelajar tetapi dengan
cara yang lembut untuk menyentuh hati kedua-dua belah pihak.

Bagi menghadapi masalah ini, para guru perlu mempunyai kemahiran


komunikasi yang baik dan juga dilengkapi dengan ilmu untuk mencegah dan
menghadapi isu seperti ini. Menurut Cikgu Nur El-Hanizah, jika adanya situasi di
mana terdapat pelajar yang memulakan dan menimbulkan isu yang boleh
menbawa kepada perselisihan faham melibatkan perkara-perkara sensitif bangsa,
agama dan kaum, beliau menyarankan kepada para guru supaya memainkan
peranan untuk menegur sebelum isu itu menjadi lebih teruk.

Di samping itu, Cikgu El-Hanizah berpendapat bahawa budaya yang baik


yang boleh diamalkan oleh para pelajar di sekolah adalah dengan meletakkan
dan menjadikan guru sebagai teladan. Sebagai seorang guru, guru perlu
menunjukkan teladan yang baik kepada para pelajar seperti menjaga
percakapan, hormat-menghormati antara sesama masyarakat dan menyebarkan
pemikiran dan persekitaran yang positif yang boleh memberikan kesenangan
dan keselesaan masyarakat di sekeliling kita. Apabila guru menunjukkan teladan
yang baik, ia akan dicontohi dan diikuti oleh para pelajar dalam menjalani
kehidupan seharian mahupun di rumah ataupun di sekolah.

Cikgu El- Hanizah berpendapat bahawa guru kelas merupakan individu yang
penting dalam menunjukkan teladan kepada para pelajar di mana guru kelas
merupakan salah satu guru yang rapat dan meluangkan masa yang lama
bersama-sama dengan para pelajar di dalam kelas mahupun di luar kelas.
Seperti yang kita tahu, jika mahu dibandingkan dengan guru yang lain, guru
kelas merupakan individu yang dipercayai oleh para pelajar di mana mereka
boleh berkongsi masalah dan melantangkan pendapat mereka dalam sesuatu
perbincangan. Jadi di sini guru kelas perlu mengambil peluang bagi
menunjukkan sisi yang baik dan menyebarkan persekitaran yang positif di dalam
kelas kepada para pelajar.

You might also like