Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021

SK KAMPUNG SAWAH, BUKIT PELANDOK, 71960 SEREMBAN


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KERJA PANITIA BAHASA MELAYU

PELAKSANAAN

TIGA STRATEGI UTAMA PLC DI SEKOLAH


[ LESSON STUDY, TEACHER SHARING SESSIONS, LEARNING
WALK ]
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021

1.0 Pengenalan

PLC ialah singkatan kepada Professional Learning Community atau lebih dikenali sebagai Komuniti
Pembelajaran Professional dalam Bahasa Melayu.Perlaksanaan PLC yang berlaku secara santai ini bertindak
sebagai satu medium pengajaran melalui proses kolaborasi antara guru dengan pelbagai pihak dalam
menyelesaikan isu-isu berkaitan pengajaran dan dan pengajaran (PdP) di dalam bilik darjah mahupun luar
bilik darjah dalam memberi kepuasan dan minat yang mendalam ke atas diri setiap murid-murid  secara
keseluruhannya.

PLC ialah salah satu ikon impian KPM menerusi Anjakan Keenam di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, bagi memastikan setiap sekolah tanpa mengira lokasi, saiz dan
jenis akan menyediakan pendidikan yang baik dan holistik kepada murid. KPM berhasrat untuk melihat para
guru bekerjasama, memberi sokongan serta turun padang bagi membantu murid-murid mencapai
kecemerlangan optimum di dalam mahupun di luar kelas. Kunci utama pelaksanaan PLC di sekolah bukan
sahaja untuk memastikan setiap murid menimba ilmu dan kemahiran tetapi memastikan setiap murid
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021

menimba ilmu dan kemahiran melalui pengalaman yang bermakna semasa proses PdPc dengan bimbingan
serta sokongan daripada guru dan rakan.

Kunci utama kepada pelaksanaan PLC di setiap sekolah ialah jawapan kepada tiga soalan utama iaitu;
apa yang setiap murid patut tahu ?, bagaimana untuk memastikan murid-murid tersebut telah benar-benar
menguasai ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari ? dan bagaimana cara memberikan bantuan serta
bimbingan secara efektif jika murid-murid mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara analogi,
kumpulan PLC, akan bertindak sebagai ahli paramedik yang akan bekerja secara kolaboratif untuk mencari
solusi berdasarkan soalan-soalan yang telah dikemukakan seperti di atas berdasarkan tiga prinsip utama iaitu
masa, intervensi dan arah. Kumpulan guru dalam PLC akan bekerja sebagai satu unit untuk bertindak
dengan merancang dan melaksanakan intervensi yang alternatif berbanding melakukan proses pemulihan
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan PLC memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi setiap murid untuk belajar berdasarkan motivasi intrinsik sendiri.

PLC juga merujuk kepada sinergi kuat guru melalui suatu sistem perkongsian yang berlaku secara
kooperatif dan kolaboratif dalam kalangan mereka. PLC merupakan suatu proses sistematik yang berterusan
dalam keadaan guru-guru komited berkerja untuk menganalisis dan memperbaiki budaya proses PdPc di
dalam bilik darjah yang meliputi pengurusan bilik darjah, teknik penyoalan serta proses perancangan aktiviti
pembelajaran ( RPH ) melalui kaedah inkuiri penemuan, kajian tindakan dan perkongsian amalan terbaik.
Guru - guru akan bekerja secara berkumpulan dalam beberapa siri kitaran bagi meningkatkan pemahaman
dan kemahiran murid semasa proses PdPc yang berkualiti. Malahan, secara tidak langsung proses ini juga
dapat meningkatkan keupayaan diri guru untuk merancang dan melaksanakan PdPc secara lebih berkesan
dan berkualiti bagi mencapai sasaran ( KPI ) yang telah ditetapkan pada awal tahun.

Kesimpulannya, tiga strategi utama PLC iaitu Lesson Study, Learning Walk dan Teacher Sharing
Sessions telah dipilih sebulat suara sebagai salah satu medium untuk meningkatkan kemenjadian murid
terutamanya dalam tiga bidang utama di sekolah iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum dan
peningkatan kualiti individu guru semasa proses penyampaian PdPc di dalam bilik darjah.

2.0 Matlamat, Objektif dan KPI

2.1 Matlamat
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021

2.1.1 Meningkatkan kemenjadian murid secara menyeluruh.

2.1.2 Meningkatkan mutu dan kualiti PdPc guru bagi setiap mata pelajaran.

2.2 Objektif

2.2.1 Memastikan peningkatan pencapaian bagi murid Tahun 1-6 dalam Pentaksiran Bilik Darjah
( PBD ) iaitu sekurang-kurangnya berada pada TP 4 dan ke atas bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu.

2.2.2 Mengupayakan peranan panitia dengan lebih berkesan untuk mencarI intervensi bagi
membantu meningkatkan kemenjadian murid semasa proses PdPc di dalam kelas.

2.2.3 Memastikan setiap guru dapat melaksanakan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran berdasarkan
semua aspek dalam SKPMg2 Standard 4 melalui sesi perbincangan dan perkongsian dalam
panitia.

2.2.4 Meningkatkan kualiti intervensi berimpak dalam bentuk inovasi dan perkongsian amalan
terbaik bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru Bahasa Melayu di sekolah.

2.2.5 Membina budaya ilmu dalam diri murid dengan menjadikan Bahasa
Melayu sebagai satu cabang ilmu yang membentuk keperibadian yang
cemerlang.

2.3 KPI PLC

2.3.1 Peningkatan 100% murid yang mencapai sekurangnya mencapai TP 3 dalam PBD bagi
matapelajaran Bahasa Melayu

2.3.2 Peningkatan 10% guru yang memperoleh skor cemerlang dalam SKPMg2.

3.0 Tarikh / Masa / Tempat

3.1 Tarikh : Januari hingga November 2021

3.2 Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang / berdasarkan kesesuaian


KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021

3.3 Hari : Isnin hingga Jumaat

3.4 Tempat : Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah

4.0 Kumpulan Sasaran

4.1 10 orang guru Bahasa Melayu SKKS

4.2 300 orang murid SKKS (Tahun 1 - 6)

5.0 Gerak Kerja / Pengoperasian PLC


Bil Peranan Perincian Deskripsi Tugas Peratus
5.1 Guru Besar  Pemimpin pelaksanaan program-program PLC di sekolah 5%
yang meliputi 3 strategi utama.
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021

 Membantu guru-guru dalam menjayakan program -


program pembudayaan PLC di sekolah.
5.2 GPK 1  Pemantau pelaksanaan program-program PLC di sekolah 15%
yang meliputi 3 strategi utama.
 Penilai pelaksanaan program- program PLC di sekolah
yang meliputi 3 strategi utama.
 Penilai keberkesanan program- program PLC di sekolah
yang meliputi 3 strategi utama.
5.3 Penyelaras  Penyediaan Kertas Kerja PLC 50 %
PLC  Penyediaan Fail PLC
 Penyediaan Takwim PLC
 Penyediaan Garis Masa PLC
 Penyediaan Analisis Perancangan Program PLC. ( Awal
Bulan Januari )
 Penyediaan Analisis Pelaksanaan Program PLC.
( Pertengahan Mac )
 Penyediaan Analisis Pelaporan Program PLC.
( Akhir bulan November )
 Penyediaan Rumusan Maklum Balas PLC
 Penyediaan Toolkit - Toolkit PLC
 Pengurusan Latihan/ Bimbingan / Pementoran PLC
 Penyediaan Agenda dan Minit Mesyuarat PLC
 Perancangan Program- Program PLC
 Pelaksanaan Program - Program PLC
 Penilaian Program - Program PLC
 Pelaksanaan kajian impak Program PLC.
 Pengambilan tindakan susulan bagi proses
penambahbaikan dan pembetulan.
5.4 Ketua Panitia  Mencari fokus / jurang / masalah semasa proses PdPc 30 %
Bahasa Melayu Bahasa Melayu dalam kalangan murid .
 Mencari intervensi untuk membantu murid mengikut
Guru - guru perbincangan dalam mesyuarat / perjumpaan guru-guru
Bahasa Melayu Bahasa Melayu.
 Merancang dan melaksanakan program -program PLC di
sekolah yang meliputi tiga strategi utama mengikut panitia
iaitu Learning Walks , Lesson Study dan Teacher Sharing
Sessions.
 Menyediakan laporan, dokumentasi dan maklum balas
program -program PLC di sekolah yang meliputi 2
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021

6.0 Takwim Pelaksanaan Tiga Strategi Utama PLC

6.1 Jadual Pelaksanaan Lesson Study. ( Rujuk Lampiran A )

6.2 Jadual Pelaksanaan Teacher Sharing Sessions ( Rujuk Lampiran A )

6.3 Jadual Pelaksanaan Learning Walk ( Rujuk Lampiran A )

7.0 Toolkit - Toolkit PLC

7.1 Toolkit Lesson Study. ( Rujuk Lampiran B )

7.2 Toolkit Teacher Sharing Sessions ( Rujuk Lampiran C )

7.3 Toolkit Learning Walk ( Rujuk Lampiran D )

8.0 Kesimpulan

Kesimpulanya pelaksanaan PLC di sekolah memberikan impak yang besar kepada warga pendidik
dan juga murid-murid. Jika sebelum ini guru-guru tidak tahu platform untuk memberikan idea dan juga
berbincang bersama tentang isu-isu pembelajaran. Dengan adanya platform PLC guru-guru dapat
duduk bersama-sama berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid serta
langkah-langkah inisiatif yang boleh diambil bagi meningkatkan KPI Panitia masing-masing.

Secara tidak langsung ini juga dapat meningkatkan kuliti guru dan profesionalisme keguruan yang
akhirnya memberi impak kepada kemenjadian murid. Oleh itu, setiap guru hendaklah mengambil
inisiatif untuk sentiasa mendalami ilmu pengetahuan tentang dasar-dasar pendidikan terkini serta ilmu
pedagogi dari semasa ke semasa agar dapat mendukung tugas menjadi pendidik yang berkualiti.
Pendekatan budaya kerja berpasukan dan amalan Plan, Do, Check Action (PDCA) dalam kerja buat
masing-masing dapat meningkatkan kemahiran dan kualiti perkhidmatan. Dalam mencari
kesempurnaan, usaha-usaha penambahbaikan dan amalan perkongsian terbaik hendaklah dilakukan
secara berterusan. Strategi ini pasti dapat menyahut hasrat KPM dalam usaha melahirkan modal insan
guru yang unggul dan berdaya saing serta mengangkat martabat pendidikan Negara ke persada dunia.
Pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang
kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia,berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara.
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021

LAMPIRAN A

6.1 Jadual Pelaksanaan Lesson Study. ( Rujuk Lampiran A )

6.2 Jadual Pelaksanaan Teacher Sharing Sessions. ( Rujuk Lampiran A )

Bi Tarikh Matapelajaran Tahun Nama Guru Status


l
1 10 September Lesson Study Tahun 3 Puan Azila Binti Ismail
2021 Bahasa Melayu Tahap 11.00 - 12.00 p.m.
1
2 14 Oktober Lesson Study Tahun 6 Puan Kartina Binti Maniran
2021 Bahasa Melayu Tahap 11.00 - 12.00 p.m.
2
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021
Bi Tarikh Kandungan Strategi Nama guru yang terlibat Status
l Teacher Sharing semasa TSS
Sessions
1 08 April 2021 -Bincang tentang bulan
( Khamis ) Bahasa Melayu dan Pillow Talk 1. Wanniza Salim Selesai
program Dekad 2. Nurfauzirah Misban
Membaca Kebangsaan 3. Azila Ismail
4. Armamorhana Ahmad
-Mengutarakan aktiviti 5. Nor Rizai Md Daud
yang akan dijalankan 6. Kartina Maniran
sepanjang bulan Bahasa 7. Noor Asharudin
Melayu dan program Hamzah
Dekad Membaca 8. Ruslida Abdul
9. Siti Meriam
Mohamad
10. Hasnila Rose Kadir

Bi Tarikh Kandungan Strategi Nama guru yang terlibat Status


l Teacher Sharing semasa TSS
Sessions
1 04 Mei 2021 -Memaklumkan kepada
( Selasa) semua ahli panitia Pillow Talk 1. Wanniza Salim Selesai
mengenai Program 2. Nurfauzirah Misban
Permata Hatiku untuk 10 3. Azila Ismail
orang murid yang tidak 4. Armamorhana Ahmad
mencapai tahap 5. Nor Rizai Md Daud
penguasaan minimum 6. Kartina Maniran
dan meningkatkan tahap 7. Noor Asharudin
penguasaan TP 4. Hamzah
- Seramai 10 orang murid 8. Ruslida Abdul
dibekalkan dengan kad 9. Siti Meriam
bacaan mudah. Fasa Mohamad
pertama 10. Hasnila Rose Kadir
-Diletakkan di bawah
pengawasan lima orang
guru.
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021

LAMPIRAN B

6.3 Jadual Pelaksanaan Learning Walk. ( Rujuk Lampiran B )

Bil Tarikh Kandungan Strategi Nama guru yang Status

Learning Walk terlibat


1 28 April 2021 Fokus yang telah 1. Armamorhana

dipilih dan Pemerhatian Ahmad Selesai


KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021

dipersetujui bersama pada papan 2. Wanniza Salim

- Persekitaran bilik kenyataan pada 3. Azila Ismail

darjah. setiap kelas. 4. Nor Fauzirah

-Papan Misban

kenyataan

Disediakan oleh,

………………………………

ARMAMORHANA BINTI AHMAD

Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disemak oleh,

………………………………

PN. NOR RIZAI BINTI MD DAUD

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh,

………………………………
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PLC BAGI PANITIA BAHASA MELAYU SKKS 2021

TN. HJ. NOOR ASHARUDIN BIN HAMZAH

Guru Besar SK Kampung Sawah

You might also like