Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Contoh jawapan surat rasmi.

Lin Cheng Heng,


No.6, Jalan Limau Purut 3,
Taman Cheras Perdana,
52400 Kuala Lumpur.
_________________________________________________________________

Ketua Balai,
Balai Polis Cheras,
Jalan Ikan Emas 2,
53000 Cheras,
Kuala Lumpur…… ……………………………………………………   6 JULAI 2008

Tuan,

Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana

Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat aduan
tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami. Akibat
bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup
penduduk di kawasan ini.

2.……………Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak
bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini
untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada
pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam
pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang
membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan
mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.

3.………….Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun begitu,
kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya. Kejadian kecurian dan rompakan
sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan
rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam
seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu
berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui
pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di
kawasan ini. 

4.………….Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap
penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan
kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk
di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di
taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini
ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah,
sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi
mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.

5.………….Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai
jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang
penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian
seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan
penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh
dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana
mencegah lebih baik daripada mengubati. 

6.………….Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan
secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap
pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat
rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya
pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan
bantuan yang diperlukan. 
7.………….Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera
demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan
didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas, 

Linchengheng

(LIN CHENG HENG)


Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.
Karangan jenis rencana - Masalah vandalisme
Gejala merosakkan kemudahan awam semakin berleluasa berlaku dewasa ini.
Bincangkan saranan anda untuk mengatasi masalah tersebut untuk diterbitkan dalam
ruangan Pendapat Pembaca.
Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kemudahan awam  
Yang dirosakkan dengan sengaja di negara ini.
Oleh: Subrato Rengato

                Dewasa ini negara kita sedang mengorak langkah menuju ke arah Wawasan 2020 dan taraf
kehidupan seluruh rakyat tempatan telah meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Hampir
seluruh rakyat di negara ini berpeluang menerima pendidikan secara formal, malah     ramai yang
telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi yang berkembang bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan. Perkara yang menghairankan kita semua ialah masalah  vandalisme di negara ini
turut meningkat dan seolah-olah telah sampai ke satu tahap yang kronik sedangkan kebanyakan
rakyat di negara ini berpendidikan tinggi.

            Masalah vandalisme iaitu perbuatan merosakkan kemudahan awam dengan sesuka hati
merupakan duri dalam daging yang kini terbukti telah menular bagaikan barah dalam tubuh
manusia. Kemudahan awam sering dijadikan sasaran rakyat tempatan melepaskan geram atau
meringankan tekanan hidup. Para remaja pula ingin mencari keseronokan dengan merosakkan telefon
awam, mengguris dan merosakkan lif serta menconteng dinding tandas awam. Perbuatan tidak
bertanggungjawab ini sangat dikesali kerana menyusahkan orang ramai dan meningkatkan
perbelanjaan untuk membaikinya. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang konkrit dan proaktif
perlu dilaksanakan dengan segera bagi membendung masalah      tersebut.

            Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah mengubah strategi atau sistem
pendidikan yang sedia ada di negara ini. Sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan
peperiksaan dan kegiatan kokurikulum selalu diabaikan. Natijahnya pelajar-pelajar sekarang hanya
berminat untuk menghafal nota dan langsung tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum. Sebenarnya peyertaan dalam kegiatan kokurikulum seperti pengakap, Kelab Cinta Alam
dan sebagainya boleh menyemai dan seterusnya menyuburkan nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab, cinta kepada alam sekeliling dan sebagainya yang merupakan  elemen
terpenting dalam usaha mengatasi vandalisme. Selain itu, Kementerian Pendidikan patut
menekankan subjek Pendidikan Moral dan Agama menerusi pendidikan formal. Guru-guru wajar
memberikan pendidikan dengan kreatif dan inovatif agar pelajar-pelajar dapat menghayati serta
mempraktikkan nilai-nilai yang telah dipelajari dan seterusnya dapat  membasmi gejala vandalisme.

            Selain itu, media massa perlu memainkan peranan penting dalam usaha membendung masalah
vendalisme. Media massa wajar memaparkan keadaan kemudahan awam yang          dirosakkan
dengan serius dan artikel-artikel yang mengkritik perbuatan tersebut akan dapat menyedarkan
anggota masyarakat. Setiap anggota masyarakat juga patut menyedari peranan mereka dalam usaha
membendung masalah vandalisme. Anggota masyarakat juga wajar melaporkan kepada pihak polis
sekiranya terdapat individu yang merosakkan kemudahan awam. Jelaslah media massa memainkan
peranan penting bagi mengatasi masalah tersebut      sebagaimana kata pepatah, “lidi segenggam
kuat kudratnya dan tidak mudah patah   walaupun oleh si gagah”.

            Kalau asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan menjadi mutiara,  
terhumban ke darat menjadi permata, terawang di angkasa akan menjadi Kejora.
Begitulah    peribahasa Melayu yang menyatakan dengan jelas akan kepentingan pendidikan awal
terhadap kanak-kanak. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab, bertimbang rasa dan sebagainya sejak mereka kecil kerana kita semua  percaya
kepada konsep “kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kanak-
kanak diibaratkan sehelai kain putih yang perlu dicorakkan peribadinya   oleh ibu bapa.
Jika diwarnakan dengan warna pelangi, maka berserilah kain tersebut, tetapi       
sekiranya ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya. Ibu bapa
perlu menunjukkan “role model” kepada anak kesayangannya supaya mereka boleh menjadi
manusia yang berguna seperti kata peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak   ke nasi 
”.

            Selain itu, pihak kerajaan patut menggubal undang-undang yang ketat bagi mengawal tindak-
tanduk anggota masyarakat. Undang-undang wajar dilaksanakan oleh pihak berkenaan dan tidak
terjadi seperti kata pepatah “bagai melepaskan batuk di tangga”. Kerajaan patut mengenakan
denda yang tinggi kepada mereka yang bersikap seperti “enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing”. Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme patut   diheret ke
mahkamah dan hukuman sebat wajar dilaksanakan.

            Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu kita patut menggembleng tenaga   
untuk mengatasi masalah vandalisme agar imej negara kita sebagai antara negara yang   
termaju di rantau Asia Pasifik tidak tercalar begitu sahaja. Kita perlu berhati-hati
dan berwaspada seperti kata peribahasa “lengguknya biar bengkok tetapi mengena, tarinya
biar senada tetapi berbisa, langkahnya lembut tetapi kejap” semasa melaksanakan langkah-
langkah untuk membendung masalah tersebut supaya imej baik negara terus terlindung dan
keamanan hidup masyarakat terjamin.

Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur baru –baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu dikehandaki menulis satu laporan lengkap
tentang lawatan tersebut. 
Tulis laporan itu.

_______________________________________________________________________

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor
telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada
hari Sabtu, 29 Januari 2000 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku
diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah
semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai
Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan
tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu,
kami diberi satu naskah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami
berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru.
Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik,
ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa,
Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku
dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.

Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah
dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih,
teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat
dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini
demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang,
selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah
menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu
keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa,
mahupun orang perseorangan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-
kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai
maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat
menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil.
Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas

………………………………
(HASNUL HAFIZ HASSAN)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor.                                                                      12 Februari 2000

1. “Masyarakat Malaysia kurang membaca”. Sebagai salah seorang peserta pertandingan akhir syarahan
peringkat sekolah, anda telah memilih tajuk “Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-
kanak”. 

Tulis teks syarahan itu selengkapnya.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-guru
dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah “Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak”.

Hadirin yang dihormati,

Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk membentuk anak mereka. Jika
ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku, maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu
bapa mestilah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka.
Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke
kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan.

Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada anak mereka dalam
semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka membaca buku, maka tidak hairanlah jika anak mereka juga
akan suka membaca buku. Ibu bapa mestilah mengurangkan hobu lain dan serlahkan minat membaca buku atau
majalah agar anak-anak meneladani tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu bapa.

Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil inisiatif untuk menanam
minat membaca pelabagai bahan bacaan dalam kalangan anak mereka. Bacakan buku untuk anak mereka
sebelum mereka tidur. Hal ini demikian kerana anak-anak akan dapat menyimpan perkara terakhir sebelum
mereka tidur.

Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh member hadiah atau pujian kepada kanak-kanak
sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanak-kanak untuk membaca dengan lebih kerap lagi. Hadiah
yang diberi semasa menyambut keramaian seperti hari jadi juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau
kegemaran anak-anak.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyatakan bahasa ‘jika hendak melentur buluh, biarlah
daripada rebungmya”. Sekian, terima kasih.
Karangan Wawancara.
Soalan : Sebagai pengarang majalah sekolah, anda dikehendaki mewawancara seorang pelajar di sekolah anda yang
telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk dimuatkan
ke dalam majalah sekolah.
Tulis wawancara anda selengkapnya.

Pada 26 Jun yang lalu, saya iaitu Syafiqah bt Yusuf sebagai pengarang Majalah SMKTP telah menjalankan
wawancara dengan seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu iaitu saudariA mirah bt
Ramlee.Wawancara yang dijalankan di bilik pengawas ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah iaitu
SMKTP keluaran tahun 2009.
Berikut ialah hasil wawancara tersebut.

Syafiqah : Assalamualaikum dan selamat pagi saudari Amirah.


Amirah : Waalaikumussalam dan selamat pagi.
Syafiqah : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana  
sudi diwawancara pada pagi ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari kerana mencapai
kejayaan yang sungguh cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.  
Amirah : Terima kasih dan ini merupakan anugerah Allah kepada saya.
Syafiqah : Saudara, saya difahamkan saudari memperoleh 9A dalam peperiksaan PMR
yang diumumkan baru-baru ini. 
Amirah : Ya, benar. Saya telah berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan PMR yang
saya duduki pada tahun lepas termasuk mata pelajaran Bahasa Arab. Saya  
juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya, semua guru saya dan rakan-rakan saya yang 
turut sama berusaha sehingga saya mencapai kejayaan yang sungguh 
cemerlang dalam PMR pada tahun lalu.

Syafiqah : Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudari sehingga mencapai 


kejayaan yang mengharumkan nama sekolah kita?
Amirah : Selain kedua-dua ibu bapa saya, orang yang paling banyak mendorong saya 
mencapai kejayaan ialah Guru Tingkatan saya iaitu Encik Roslen bin Hashim.
Beliau begitu prihatin dengan pencapaian saya dalam sebarang peperiksaan
yang saya tempuhi sejak saya menjadi anak muridnya. Terima kasih cikgu.
Syafiqah : Bagaimanakah saudari mengatur jadual sehingga berjaya mencapai kejayaan
yang sungguh cemerlang? 
Amirah : Sebenarnya tiada jadual khusus yang saya ikuti dalam mengulang kaji 
pelajaran. Saya mengulang kaji pelajaran mengikut masa lapang saya.
Bagi saya, penetapan jadual yang khusus akan menyebabkan kita mudah 
berasa bosan kerana mengikut perkara yang sama pada setiap hari. Biasanya,
pada waktu petang saya mengikuti kelas bimbingan bagi mata pelajaran 
tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selepas itu,
sekiranya ada masa lapang saya akan berlari-lari anak di sekitar kawasan 
perumahan yang saya duduki sekadar mengeluarkan peluh. Pada waktu 
malam, sekiranya tiada kerja rumah yang dibekalkan oleh guru, saya mula
mengulang kaji pelajaran dari pukul lapan malam sehingga pukul sepuluh malam.  
Syafiqah : Bagaimanakah caranya saudari mengikuti pembelajaran yang dijalankan 
semasa di kelas? 
Amirah : Kita tidak dapat menafikan kepentingan pembelajaran di dalam kelas.  
Semasa guru mengajar saya akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya
perkara-perkara yang disaampaikan oleh guru. Tumpuan yang penuh semasa
pembelajaran membolehkan saya mengingati sesuatu aspek dalam pelajaran
berkenaan bagi jangka masa yang lebih lama. Saya juga membiasakan diri 
saya bangun pada awal pagi sekitar jam lima pagi. Selepas mandi saya 
sembahyang dan berdoa. Kemudian barulah saya akan membaca tajuk-tajuk 
yang akan diajar oleh guru pada hari berkenaan. Hal ini bertujuan untuk 
membolehkan saya memahami pelajaran yang akan diajar dengan lebih 
mudah. Sekiranya timbul kekeliruan, saya tidak akan menunggu lama untuk
bertanyakan guru tentang perkara tersebut.  
Syafiqah : Adakah saudari mengikuti pembelajaran secara berkumpulan sebagaimana
yang dijalankan oleh pelajar-pelajar yang lain?
Amirah : Ya, benar. Saya juga mengikuti pembelajaran secara berkumpulan bersama-
sama tiga orang rakan karib saya. Aktiviti belajar berkumpulan ini biasanya
kami lakukan pada hujung minggu iaitu pada pagi Ahad dari pukul lapan pagi
sehingga pukul sebelas pagi. Pembelajaran secara begini penting bagi 
menilai kemampuan kami mengingati fakta yang telah kami pelajari dalam
masa seminggu. Semasa perbincangan kami akan mengemukakan fakta-fakta 
yang telah diajar oleh guru secara lisan. Kaedah ini dapat menguji daya
ingatan kami. Sekiranya ada fakta yang tersilap salah seorang dari kami
akan membetulkan fakta berkenaan. Dengan cara ini, kami dapat mengingati
fakta berkenaan dengan tepat. 
Syafiqah : Saya difahamkan saudari juga aktif dalam kegiatan persatuan, kelab dan 
permainan di sekolah. Tidakkah perkara ini mengganggu pembelajaran 
saudara? 
Amirah : Tidak sama sekali. Kegiatan yang saya lakukan ini hanyalah pada hari sabtu.
Saya merupakan Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan mewakili daerah
dalam pertandingan bahas. Sebagai pengerusi persatuan, saya sering 
menganjurkan pertandingan syarahan, bahas dan berbalas pantun. Bagi saya
aktif dalam sesuatu kegiatan di luar bilik darjah tidak mengganggu pelajaran
kita selagi kita bijak membahagikan masa.  
Syafiqah : Soalan saya yang terakhir, apakah nasihat saudari kepada pelajar-pelajar 
yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini?

Amirah : Nasihat saya ialah selain tekun mengulang kaji pelajaran, kita perlu menurut
segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kita.
Kita juga perlu menghormati dan sentiasa memo

hon restu daripada


mereka.
Bak kata pepatah rajin usaha tangga kejayaan.
Akhirnya kita juga perlu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa dan 
bertawakal kepada-Nya.  
Syafiqah : Baiklah saudari Amirah, akhirnya saya mengucapkan tahniah sekali lagi
dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan saya
pada pagi ini.
Amirah : Sama-sama.

Penulis banyak menerima pertanyaan tentang penggunaan ‘kk’ dan ‘k’ dalam sistem ejaan. Penulis tidak bermaksud untuk menjawab soalan
berkaitan Dato’ K! Sebenarnya penggunaan ‘kk’ dan ‘k’ ini mudah apabila para pelajar rajin membuat penelitian.
 Penggunaan ‘kk’ sebenarnya khusus untuk kata kerja, contohnya:-
1. meletakkan, mendudukkan, menidakkan, menompokkan, memasakkan, 
 Penggunaan ‘k’ pula biasanya khusus untuk kata nama, contohnya:-
1. peletakan, pendudukan, tindakan, tompokan, masakan, penaklukan,
JADI ‘kk’ digunakan untuk mengejakan kata kerja manakala ‘k’ pula khusus untuk mengejakan kata nama.
panduan;
 jika perkataan menunjukkan perbuatan, maka guna 2 k... contoh: diteriakkan,
diletakkan, merosakkan, meletakkan, menegakkan, dsb...
 jika perkataan tdk menunjukkan perbuatan, maka gunakan 1 k shj... contoh: kerosakan,
tetakan, teriakan, ledakan, dsb...
Salah: Kerosakkan di rumahnya disebabkan oleh kecuaian sendiri.
Betul: Kerosakan di rumahnya disebabkan oleh kecuaian sendiri.

Salah: Dia merosakan kereta mainannya kerana terlalu geram.


Betul: Dia merosakkan kereta mainannya kerana terlalu geram.

Jasmine
MBF Member (B)

Number of posts : 88
Registration date : 04/05/2008

LIKEDISLIKE

You might also like