Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ketua cawangan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Cawangan Kampung Penderas
Kampung Penderas, Kuala Krau
28050 Temerloh Pahang

Ketua Bahagian Kuala Krau 19 Mei 2021


Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Kuala krau 28050 Temerloh
Pahang
Tuan,

MEMOHON SOKONGAN UNTUK MEMBINA GELANGGANG SEPAK TAKRAW


YANG BARU DI KAMPUNG PENDERAS BERJUMLAH RM 20,000

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya selaku wakil penduduk kampung merangkap ketua cawangan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia cawangan kampong Penderas. Seperti yang beralamat di atas ingin memohon jasa baik
daripada pihak tuan untuk menyokong permohonan saya bagi membina sebuah gelanggang
sepak takraw yang baru

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, gelanggang yang sedia ada sekarang amat kurang
memuaskan hati kerana keadaan gelanggang yang sudah pecah dan juga ditumbuhi lalang-lalang.
Sementara itu gelanggang yang sedia ada sekarang tidak berada di kawasan yang sesuai kerana
kawasan itu berair dan becak. Oleh itu, saya telah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk
membina gelanggang sepak takraw yang baru.

4. Sehubungan dengan itu , besarlah harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat
perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Segala jasa baik daripada
pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.
Yang benar,

………………………………

Jali bin Loh


Ketua cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Cawangan Kampung Penderas

You might also like