Professional Documents
Culture Documents
Garis Panduan Bekerja Fkab Bermula 01 Jun 2021
Garis Panduan Bekerja Fkab Bermula 01 Jun 2021
1.0 Pendahuluan
1.1 Pekeliling Jabatan Pendaftar Bil. 4/2021 mengenai Pelaksanaan Garis Panduan
Bekerja dari Rumah (BDR) Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah berkuat kuasa
08 Februari 2021 adalah dirujuk.
1.3 Sehubungan dengan itu, Fakulti menyediakan tatacara pelaksanaan bekerja yang
lebih khusus kepada warga Fakulti di dalam pekeliling ini.
2.1 Waktu perkhidmatan di setiap Jabatan/Unit beroperasi setiap hari secara dalam
talian sepenuhnya supaya penyampaian perkhidmatan dapat diteruskan seperti
biasa dengan kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR) sepenuhnya.
2.2 Selaras dengan Pekeliling ROSH yang terkini, semua kakitangan hendaklah
melaksanakan BDR sepenuhnya (100%) dalam tempoh pelaksanaan PKP berskala
penuh ini. Pengerusi Jabatan/Ketua Pentadbiran perlu sebaik mungkin membantu
kakitangan yang memerlukan sebarang kemudahan/peralatan seperti
komputer/pencetak/akses kepada sistem dalam talian UKM dll. yang diperlukan
untuk membolehkan kakitangan melaksanakan tugas harian mereka tanpa kekangan
semasa BDR.
1
GARIS PANDUAN BEKERJA FKAB
KUATKUASA 01 JUN 2021
2.7 Selain daripada kakitangan yang diarahkan untuk datang bekerja secara fizikal di
pejabat seperti yang dinyatakan dalam Klausa 2.6, mana-mana kakitangan lain yang
mempunyai alasan yang kukuh untuk masuk ke kampus UKM, samada untuk bekerja
di pejabat atau atas tujuan-tujuan lain perlu memohon kebenaran Dekan.
2.8 Semua kakitangan, samada yang diarah atau yang memohon untuk hadir di pejabat
secara fizikal hendaklah memohon kebenaran dengan melengkapkan Borang
Pengistiharan Kesihatan secara dalam talian melalui pautan
https://www.ukm.my/jurutera/ms/borang/ untuk kelulusan Dekan selewat-
lewatnya sehari sebelum tarikh hadir di Fakulti.
3.1 Semua kakitangan mesti memelihara dan mengamalkan tahap integriti yang sangat
tinggi. Sehubungan dengan itu, kakitangan mesti sentiasa boleh dihubungi oleh
Ketua dan bersedia untuk ke pejabat jika diarahkan. Kerja-kerja pejabat WAJIB
dilakukan secara BDR dan bukan bercuti/ membeli belah/ membawa grab atau keluar
dari rumah/ tidur. Sekiranya kakitangan didapati tidak mematuhi syarat dan
peraturan yang telah ditetapkan, tindakan tatatertib boleh dikenakan dan Fakulti
boleh menamatkan kebenaran BDR yang diberikan dengan serta merta dan
kakitangan akan dikehendaki menggantikan BDR dengan cuti rehat tahunan.
3.2 Kakitangan hendaklah sentiasa mengemaskini alamat rumah kediaman yang akan
direkod sebagai pejabat tempat bertugas semasa BDR dalam Sistem Maklumat
Kakitangan (SMK) bagi tujuan BDR secara atas talian di profilstaf.ukm.my.
3.3 Kakitangan perlu sentiasa berada di rumah yang didaftarkan secara rasmi dalam
tempoh yang diluluskan utuk BDR.
3.4 Kakitangan yang berada di tempat lain selain rumah yang didaftarkan semasa
tempoh BDR hendaklah mengambil cuti rehat.
3.5 Kakitangan yang BDR perlu merekodkan kehadiran (log-in dan log-out) melalui
eWarga atau aplikasi MyUKM sepanjang tempoh BDR selaras dengan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2017 seperti berikut:
2
GARIS PANDUAN BEKERJA FKAB
KUATKUASA 01 JUN 2021
3.6 Kakitangan yang tidak dapat hadir bertugas atau tidak dapat melaksanakan BDR
tanpa sebarang alasan perlu memohon cuti rehat tahunan.
4.1 FKAB kekal melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian
menggunakan pelantar yang sesuai seperti UKMFolio dan Microsoft Teams.
4.2 Pelaksanaan sesi viva-voce juga dibuat secara dalam talian oleh Urusetia Siswazah
FKAB agar pelajar masih boleh menamatkan tempoh pengajian dalam masa yang
ditetapkan atau seperti perancangan.
5.2 Kebenaran/pengecualian khas kepada Klausa 5.1 hanya boleh dipertimbangkan oleh
Dekan bagi kerja-kerja penyelidikan bersifat kritikal sahaja dan hanya dilakukan
secara perseorangan di makmal/bengkel/studio dengan mengikut SOP yang ketat.
5.2 Semua aktiviti penyelidikan luar kampus seperti kerja lapangan dan lawatan tapak
hendaklah ditangguhkan.
5.3 Permohonan untuk memasuki makmal/bengkel/studio bagi satu julat masa yang
ditetapkan hendaklah menggunakan borang akses makmal yang boleh diperolehi
melalui pautan https://www.ukm.my/jurutera/ms/borang/ sebelum mengisi borang
pengisytiharan kesihatan seperti dalam Klausa 5.4.
6.2 AKTIVITI SECARA BERSEMUKA seperti majlis rasmi/ majlis sosial/ kursus/ bengkel
dan persidangan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali dan hendaklah
dilaksanakan secara DALAM TALIAN SEPENUHNYA.
3
GARIS PANDUAN BEKERJA FKAB
KUATKUASA 01 JUN 2021
7.1. Semua pihak wajib membuat imbasan suhu badan dan merekod kehadiran melalui
aplikasi MySejahtera atau buku yang disediakan di pintu masuk utama bangunan
FKAB. Hanya mereka yang sihat dan tidak bergejala sahaja dibenarkan masuk ke
pejabat/makmal/bengkel/studio/tapak. Tindakan boleh diambil terhadap mereka
yang gagal mematuhi arahan tersebut.
7.2. Semua pihak wajib memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa
diamalkan serta mematuhi saranan penjagaan kebersihan oleh Pusat Kesihatan
Universiti seperti memakai pelitup muka dan hidung, membersih tangan
menggunakan cecair sanitasi tangan atau sabun serta mengamalkan penjarakan
fizikal 1.5 meter hingga 2 meter serta mematuhi kriteria penjarakan fizikal yang
ditetapkan mengikut spesifikasi ruang kerja atau makmal tertentu.
7.5. Bagi kakitangan yang memerlukan kebenaran pihak polis untuk merentas
daerah/negeri samada untuk hadir ke pejabat atau ke daerah atau negeri lain untuk
tujuan rasmi perlu memohon kepada Dekan untuk mendapatkan surat pengesahan
yang berkaitan.
7.7. Semua aktiviti yang mendapat kebenaran untuk dilaksanakan secara fizikal
hendaklah mematuhi SOP yang ketat sepertimana yang disediakan oleh Fakulti.
Garis Panduan FKAB ini berkuatkuasa mulai 01 Jun 2021. Sebarang pertanyaan boleh diemel
kepada engdean@ukm.edu.my.