Tutorial 5 BMM 1014

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1. Bandingkan bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu kuno.

Antara persamaan antara bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu kuno ialah
kewujudan kedua-dua bahasa ini dapat dibuktikan melalui batu bersurat. Terdapat
pelbagai perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu kuno yang dapat
dilihat melalui waktu kewujudan, pengaruh, zaman kegemilangan, kegunaan, jenis
tulisan, dan ciri-ciri. Bahasa Melayu klasik digunakan pada abad ke-14 hingga ke-19. Ia
mencapai kegemilangannya pada Zaman Kerajaan Melaka, Acheh dan Johor Riau.
Manakala bahasa Melayu kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara yang gemilang
dari abad ke-7 hingga ke-13, iaitu pada Zaman Kerajaan Srivijaya. Selain itu, bahasa
Melayu klasik berkembang selari dengan pengaruh Islam di Asia Tenggara manakala
bahasa Melayu kuno merupakan pengaruh Hindu Buddha. Bahasa Melayu klasik
digunakan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perdagangan manakala bahasa Melayu
kuno digunakan sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Jenis tulisan bahasa
Melayu klasik ialah tulisan Jawi, berbentuk Khat Kufi, dan Khat Naskh manakala bahasa
Melayu kuno menggunakan tulisan Palava, Rencong, dan Kawi.
Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah kosa kata bahasa Melayu telah diperkaya
dengan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab. Ia banyak menggunakan ayat
majmuk yang panjang dan berbelit. Ayat songsang, ragam ayat pasif, dan bahasa istana
turut digunakan. Manakala ciri-ciri bahasa Melayu kuno ialah bahasa ini banyak
dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Awalan ni yang digunakan sebagai kata kerja pasif
dalam bahasa Melayu kuno. Misalnya, ‘nikenai’ untuk ‘dikenai’. Awalam mar pula
membawa maksud ber. Misalnya, ‘marlapas’ untuk ‘berlepas’. Bunyi huruf /b/ ialah /w/
dalam bahasa Melayu kuno. Sebagai contoh, ‘wunuh’ untuk ‘bunuh’.

2. Jelaskan maksud bahasa Melayu moden dan kemukakan sumbangan 2 tokoh


tempatan dan satu tokoh asing yang membantu perkembangan bahasa Melayu
pramerdeka.
Bahasa Melayu moden mula berkembang pada abad ke-19, iaitu setelah kedatangan
penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Permulaan bahasa Melayu
moden ini ditandai oleh kemunculan hasil karangan Abdullah Munsyi. Sebelum
penjajahan British, bahasa Melayu moden telah mencapai kedudukan yang tinggi dengan
berfungsi sebagai bahasa pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat
pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, kedudukan bahasa Melayu mula
terancam. Oleh hal yang demikian, perjuangan dan pengembangan bahasa Melayu terus
dipelopori oleh tokoh-tokoh tempatan dan juga tokoh-tokoh asing.
Antara tokoh tempatan yang memberi sumbangan dalam membantu perkembangan
bahasa Melayu ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Karya-karya beliau dapat
memperlihatkan pembaharuan dari segi pemikiran dan telah menandakan zaman
permulaan bahasa Melayu moden. Berbeza dengan karya-karya yang sebelumnya yang
berkaitan dengan alam khayalan, beliau menghasilkan karya-karya berdasarkan
pengalaman dan pengamatan yang dilaluinya. Misalnya, beliau menyentuh sikap orang
Melayu yang kurang mengambil berat akan bahasa Melayu dan tidak berusaha untuk
mempelajari bahasa ibunda sendiri. Contoh karya-karya beliau yang terkenal ialah Syair
Singapura Terbakar (1830), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838), Hikayat
Abdullah (1849) dan sebagainya.
Di samping itu, Raja Ali Haji juga merupakan salah satu tokoh tempatan yang telah
banyak menyumbang dalam perkembangan bahasa Melayu. Beliau telah memberi
sumbangannya melalui hasil-hasil karya. Beliau berpendidikan Arab dan berpengetahuan
luas dalam agama Islam. Beliau telah menghasilkan karya dalam bidang bahasa,
sejarah, sastera, agama, dan undang-undang (ketatanegaraan). Beliau dapat dianggap
sebagai tokoh bahasa yang penting disebabkan karya-karya bahasa beliau telah
meletakkan asas pembinaan dan pembakuan bahasa Melayu. Karya-karya beliau telah
memperkukuh kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat mengungkapkan
ilmu pengetahuan, sama ada dalam bidang agama, kesusasteraan, dan bidang bahasa
sendiri. Contoh karya-karya beliau yang terkenal ialah Kitab Pengetahuan Bahasa,
Gurindam Dua Belas, Syair Hukum Nikah dan sebagainya.
Tokoh asing yang memberi sumbangan dalam perkembangan bahasa Melayu ialah
William Marsden. Beliau telah menghasilkan karya tentang bahasa Melayu dan sejarah
Sumatera dengan mendapat maklumat, mengumpulkan kosa kata, dan data. Antara
karya-karya yang dihasilkan oleh beliau ialah History of Sumatera, A Grammar of The
Malayan Language dan A Dictionary of The Malayan Language. Karya beliau yang
berteraskan penyelidikan telah memberi sumbangan yang bernilai dalam proses
pembakuan bahasa Melayu seterusnya, sama ada dari segi tatabahasa, ejaan Jawi dan
Rumi, atau perkamusan.
3. Huraikan perkembangan bahasa Melayu di serantau dan antarabangsa.

Terdapat bahasa Melayu di negara Singapura, Filipina, Thailand, dan Kemboja di


peringkat serantau. Misalnya, bahasa Melayu ditutur oleh minoriti orang Filipina dalam
bentuk bahasa trade and creole. Mengikut sejarah, bahasa Melayu ditutur sebagai lingua
franca sebelum jajahan Sepanyol di Filipina dan ditutur oleh golongan bangsawan. Dialek
Melayu yang betul dituturkan di Filipina ialah bahasa Indonesia yang menetap atau
menjalankan perniagaan. Manakala kedudukan bahasa Melayu dalam negara Kemboja,
hubungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan negara Kemboja bermula sejak tahun
1999. Terdapat satu rangka program kerjasama yang telah dirancang untuk
mengembangkan bahasa Melayu di Kemboja. Program kerjasama kebahasaan yang
pertama diadakan pada tahun 2002 manakala program yang kedua diadakan pada tahun
2008.

Pada peringkat antarabangsa, perkembangan bahasa Melayu dapat dilihat apabila


universiti Laiden di Belanda menubuhkan pusat pengajian Melayu yang pertama yang
merupakan pusat utama bagi kajian budaya Melayu. Kerajaan Malaysia memulakan langkah
penubuhan Kursi Pengajian Melayu (Eropah) dengan menempatkan seseorang yang
bertaraf Profesor di Universiti Laiden pada akhir tahun 1992. Penubuhan ini adalah untuk
mempertingkatkan kajian sastera Melayu di Eropah, mengembangkan bahasa dan budaya
Melayu serta promosi pengetahuan pelbagai bidang tentang Malaysia. Selain itu, terdapat
juga pengajian tinggi luar negara seperti Universiti Negara Moscow, Universiti Amur dan
Universiti Timur Jauh telah memperkenalkan subjek bahasa Melayu dan Pengajian Melayu.
Malah negara China juga turut mengiktiraf bahasa Melayu dan Pengajian Melayu apabila
Kursi Pengajian Melayu, Malaysia-China telah ditubuhkan dari tahun 2008 hingga 2011 di
Universiti Pengajian Asing Beijing.

You might also like