Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA
Akta A1116

AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2001


2 Undang-Undang Malaysia Akta A1116

Tarikh Persetujuan Diraja ..................…….. 6 September 2001

Tarikh diterbitkan dalam Warta ……………. 27 September 2001

Hakcipta Pencetak H
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang
boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/ atau sebaliknya
tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).
Bekalan Elektrik (Pindaan) 3

Akta A1116

AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2001

Suatu Akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan sebagai Akta Bekalan Elektrik


(Pindaan) 2001.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan
kuat kuasa Akta ini di bahagian yang berlainan di Malaysia.

Pindaan tajuk panjang

2. Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], yang disebut "Akta


ibu" dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan tajuk panjang
dengan tajuk panjang yang berikut:

"Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan


industri pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga
yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik,
pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan
elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan
keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan
bagi maksud yang berkaitan dengannya.".
4 Undang-Undang Malaysia Akta A1116

Pindaan am

3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "tenaga" dengan


perkataan "elektrik" di mana-mana jua terdapat kecuali dalam
seksyen 2 dalam takrif "janakuasa", "kelengkapan", "motor", "penggerak
utama" dan "tenaga".

Pindaan seksyen 2

4. Seksyen 2 Akta ibu dipinda-

(a) dengan menggantikan takrif "elektrik" dengan takrif yang


berikut:

' "elektrik" ertinya tenaga elektrik atau kuasa elektrik apabila


dijana, dikeluarkan, dihantar, diagihkan, dibekalkan atau
digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud
penghantaran apa-apa komunikasi atau isyarat;';

(b) dengan memotong takrif "'Ketua Pengarah";

(c) dengan memasukkan selepas takrif "mati" takrif yang


berikut:
' "Menteri" ertinya Menteri yang pada masa ini
dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-
perkara yang berhubung dengan pembekalan elektrik;';

(d) dalam takrif "orang kompeten", dengan menggantikan perkataan


"Ketua Pengarah" dengan perkataan "Suruhanjaya";

(e) dengan memasukkan selepas takrif "orang kompeten"


takrif yang berikut:

'"pegawai diberi kuasa" ertinya mana-mana pegawai


awam atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara
bertulis oleh Menteri bagi maksud Akta ini;';

(f) dengan memotong takrif "Pengarah";


(g) dengan memasukkan selepas takrif "Pengarah" takrif yang
berikut:
Bekalan Elektrik (Pindaan) 5

' "Pengerusi" ertinya Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang


dilantik oleh Menteri di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga
Akta 610
2001;’;

(h) dengan memasukkan selepas takrif "Pengerusi" takrif yang


berikut:

' "Suruhanjaya" ertinya Suruhanjaya Tenaga yang


ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001;';
dan

(i) dengan memotong takrif "tenaga".

Pemotongan Bahagian II

5. Akta ibu dipinda dengan memotong Bahagian II.

Pindaan kepada tajuk Bahagian III

6. Tajuk kepada Bahagian III Akta ibu dipinda dengan menggantikan


perkataan "KETUA PENGARAH" dengan perkataan
"SURUHANJAYA".

Pindaan seksyen 4

7. Seksyen 4 Akta ibu dipinda -

(a) dengan menggantikan perkataan "Ketua Pengarah, Timbalan


Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong
Pengarah Bekalan Elektrik dan mana-mana pegawai lain" dengan
perkataan "Suruhanjaya";

(b) dengan memasukkan selepas perenggan (l) perenggan yang


berikut:

"(la) untuk menggalakkan penggunaan elektrik dengan cekap;


dan"; dan

(c) dalam perenggan (m), dengan menggantikan perkataan "Ketua


Pengarah" dengan perkataan "Suruhanjaya".
6 Undang-Undang Malaysia Akta A1116

Seksyen baru 4A

8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4 seksyen


yang berikut:

" Pegawai 4A. Menteri boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana
di beri
kuasa
pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan
kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.".

Pindaan seksyen 5

9. Seksyen 5 Akta ibu dipinda -

(a) dalam teks bahasa kebangsaan -

(i) dalam subseksyen (1), (2), (3), (4) dan (6), dengan menggantikan
perkataan "Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan
perkataan "pegawai diberi kuasa"; dan

(ii) dalam subseksyen (5) -

(aa) dengan menggantikan perkataan "Pengarah atau


pegawai polis yang berpangkat" dengan perkataan
"Pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang
berpangkat"; dan

(bb) dengan menggantikan perkataan "Pengarah atau pegawai


polis itu hendaklah" dengan perkataan "pegawai diberi
kuasa atau pegawai polis itu hendaklah"; dan

(b) dalam teks bahasa Inggeris -

(i) dalam subseksyen (1), (3) dan (6), dengan menggantikan


perkataan "A Director" di mana-mana jua terdapat dengan
perkataan "An authorised officer";

(ii) dalam proviso kepada subseksyen (2), dan dalam subseksyen (6),
dengan menggantikan perkataan "a Director" di mana-mana jua
terdapat dengan perkataan "an authorised officer"; dan
Bekalan Elektrik (Pindaan) 7

(iii) dalam subseksyen (2), (3), (4) dan (5), dengan menggantikan
perkataan "Director" di mana-mana jua terdapat dengan
perkataan "authorised officer".

Pindaan seksyen 6

10. Seksyen 6 Akta ibu dipinda -

(a) dengan menggantikan perkataan "Mana-mana Pengarah" di


mana-mana jua terdapat dengan perkataan "Suruhanjaya"; dan

(b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan


"olehnya" dengan perkataan "oleh Suruhanjaya".

Pindaan seksyen 7

11. Seksyen 7 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan


“seorang Pengarah” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
"seseorang pegawai diberi kuasa".

Pindaan seksyen 8

12. Seksyen 8 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan


"Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan "pegawai
diberi kuasa".

Pindaan seksyen 9

13. Seksyen 9 Akta ibu dipinda -

(a) dalam subseksyen (2), (4) dan (6), dengan menggantikan


perkataan "Ketua Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan
perkataan "Suruhanjaya"; dan

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang


berikut:
"(2A) Suruhanjaya boleh, sama ada notis telah diserahkan
atau tidak, mengenakan suatu surcaj bagi pembayaran lewat
fi yang kena dibayar oleh seseorang permegang lesen kepada
8 Undang-Undang Malaysia Akta A1116

Suruhanjaya, pada kadar satu peratus sebulan atau


sebahagian daripada satu bulan atas fi sedemikian atau pada
apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditetapkan.".
Pindaan seksyen 12
14. Subseksyen 12(l) Akta ibu dipinda -
(a) dengan menggantikan perkataan "Ketua Pengarah" di mana-mana
jua terdapat dengan perkataan "Suruhanjaya"; dan
(b) dengan menggantikan perkataan "di bawah tandatangan" dengan
perkataan "di bawah meterai".
Pindaan seksyen 18
15. Seksyen 18 Akta ibu dipinda -
(a) dalam subseksyen (1) dan (2), dengan menggantikan perkataan
"Ketua Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
"Suruhanjaya"; dan
(b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
"olehnya" dengan perkataan "oleh Suruhanjaya".
Pindaan seksyen 21
16. Seksyen 21 Akta ibu dipinda -
(a) dalam subseksyen (1) dan (3), dengan menggantikan perkataan
"Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
"Suruhanjaya"; dan
(b) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan "Ketua
Pengarah" dengan perkataan "Suruhanjaya".

Pindaan seksyen 22
17. Subseksyen 22(l) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
"Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan "Suruhanjaya".
Bahagian baru VA
18. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian V Bahagian
yang berikut:
Bekalan Elektrik (Pindaan) 9

"BAHAGIAN VA
PENGGUNAAN ELEKTRIK DENGAN CEKAP
Menteri 23A. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menetapkan
hendaklah standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendaklah
menentukan
standard, dll. diterima dan diamalkan dan apa-apa perkara lain berkenaan
dengan penggunaan elektrik dengan cekap.
Pepasangan 23B. Tiada seorang pun boleh menggunakan atau
hendaklah
memenuhi mengendalikan mana-mana pepasangan melainkan jika
kehendak. pepasangan itu memenuhi kehendak sebagaimana yang
ditetapkan berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan
cekap.

Kelengkapan 23C. Tiada seorang pun boleh mengilang, mengimport,


hendaklah menjual atau menawarkan untuk menjual atau memajakkan
memenuhi
kehendak.
mana-mana kelengkapan melainkan jika kelengkapan itu
memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan
berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap.".

Seksyen baru 26A

19. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 26 seksyen


yang berikut:

"Pemegang 26A. Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam


lesen boleh
mengenakan
Akta ini, seseorang pemegang lesen boleh mengenakan
surcaj. surcaj tertakluk kepada syarat dan pada kadar sebagaimana
yang ditetapkan bagi pembayaran lewat wang yang kena
dibayar oleh seseorang pengguna kepada pemegang lesen
itu berkenaan dengan elektrik yang dibekalkan oleh
pemegang lesen itu.".

Pindaan seksyen 28

20. Subseksyen 28(2) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan
dengan menggantikan perkataan "talian bekalan" dengan perkataan
"bekalan elektrik".
10 Undang-Undang Malaysia Akta A1116

Seksyen baru 28A

21. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28 seksyen


yang berikut:

"Pemula- 28A. Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam


ngan
cagaran
Akta ini, seseorang pemegang lesen hendaklah
dengan membayar kepada seseorang tertakluk kepada syarat dan
bunga pada kadar sebagaimana yang ditetapkan sejumlah wang
yang bersamaan dengan bunga tahunan atas cagaran
yang diberikan di bawah seksyen 28.".

Pindaan seksyen 30

22. Seksyen 30 Akta ibu dipinda -

(a) dalam subseksyen (1), (2), (3) dan (5), dengan menggantikan
perkataan "Ketua Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan
perkataan "Suruhanjaya";

(b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan


"keputusannya" dengan perkataan "keputusan Suruhanjaya";
dan

(c) dalam proviso kepada subseksyen (2), dengan menggantikan


perkataan "olehnya" dengan perkataan "oleh Suruhanjaya".

Pindaan seksyen 31
23. Subseksyen 31(2) Akta ibu dipinda -
(a) dengan menggantikan perkataan "Ketua Pengarah" dengan
perkataan "Suruhanjaya"; dan
(b) dengan menggantikan perkataan "pendapatnya" dengan perkataan
"pendapat Suruhanjaya".
Pindaan seksyen 33
Bekalan Elektrik (Pindaan) 11

24. Seksyen 33 Akta ibu dipinda -


(a) dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan "Ketua
Pengarah" dengan perkataan "Suruhanjaya";
(b) dalam subseksyen (l) -
(i) dengan menggantikan perkataan "seorang Pengarah" dengan
perkataan "Suruhanjaya"; dan
(ii) dengan menggantikan perkataan "Pengarah" dengan
perkataan "Suruhanjaya";
(c) dalam subseksyen (2) -
(i) dengan menggantikan perkataan "Pengarah" dengan perkataan
"Suruhanjaya";
(ii) dengan memasukkan selepas perkataan "laporan pertama"
perkataan "mengarahkan seseorang pegawai diberi kuasa
supaya"; dan
(iii) dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan
"Ketua Pengarah" dengan perkataan "Pengerusi";
(d) dalam subseksyen (3) -
(i) dengan menggantikan perkataan "kebenaran Pengarah"
dengan perkataan "kebenaran Suruhanjaya"; dan
(ii) dengan menggantikan perkataan "sehinggalah Pengarah"
dengan perkataan "sehinggalah pegawai diberi kuasa"; dan

(e) dengan menggantikan subseksyen (4) dan (5) dengan subseksyen


yang berikut:

"(4) Jika berdasarkan suatu penyiasatan permulaan di


bawah subseksyen (2) ternyata kepada pegawai diberi
kuasa yang membuat penyiasatan itu bahawa terdapat
sebab untuk mempercayai bahawa kemalangan atau
kebakaran itu telah disebabkan oleh apa-apa kegagalan
untuk mematuhi Akta ini atau apa-apa perintah sah yang
diberikan oleh Suruhanjaya, atau jika pegawai diberi kuasa
yang membuat penyiasatan itu berpuas hati bahawa
kemalangan atau kebakaran itu mungkin boleh dicegah jika
12 Undang-Undang Malaysia Akta A1116

langkah berawas-awas yang wajar telah diambil dan


dipatuhi semasa mengerjakan mana-mana pepasangan atau
loji atau kelengkapan elektrik, Suruhanjaya boleh
menyiasat hal keadaan kemalangan atau kebakaran itu
dengan lebih lanjut berserta dengan pegawai diberi kuasa
yang membuat penyiasatan permulaan itu dan jika
Suruhanjaya berpendapat bahawa prosiding jenayah patut
dibawa terhadap mana-mana orang, maka Suruhanjaya
hendaklah mengemukakan kepada Pendakwa Raya suatu
salinan laporan pegawai diberi kuasa itu dengan pendapat
Suruhanjaya mengenai hal keadaan dan dapatan itu.

(5) Mana-mana orang yang terlibat dengan mana-mana


penyiasatan yang diadakan di bawah seksyen ini berhak,
apabila dibayar fi yang ditetapkan, menerima suatu salinan
laporan, pendapat dan pernyataan Suruhanjaya dalam
perjalanan penyiasatannya.".

Pindaan seksyen 34

25. Seksyen 34 Akta ibu dipinda -

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan "seorang


Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
"seseorang pegawai diberi kuasa";

(b) dalam subseksyen (1) dan (2), dengan menggantikan perkataan


"Ketua Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
"Surahanjaya";

(c) dalam subseksyen (3) -

(i) dengan menggantikan perkataan "seorang Pengerusi" dengan


perkataan "seseorang";

(ii) dengan menggantikan perkataan "mengadakan suatu


siasatan" dengan perkataan "untuk menerajui dan
mengadakan siasatan"; dan

(iii) dengan menggantikan perkataan "Jabatan Bekalan Elektrik"


dengan perkataan "Suruhanjaya"; dan
Bekalan Elektrik (Pindaan) 13

(d) dalam perenggan (5)(a) dengan menggantikan perkataan


"Pengerusi" dengan perkataan "orang yang dilantik oleh Menteri
di bawah subseksyen (3)".

Pindaan seksyen 35

26. Seksyen 35 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan


"Ketua Pengarah atau Pengerusi" dengan perkataan "Suruhanjaya atau
orang yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 34(3)".

Pindaan seksyen 36

27. Subseksyen 36(l) dan (4) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa
Inggeris dengan menggantikan perkataan "Chief Justice" di mana-mana
jua terdapat dengan perkataan "Chief Judge".

Pindaan seksyen 37

28. Subseksyen 37(6) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan


"Ketua Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
"Suruhanjaya".

Pindaan seksyen 38

29. Seksyen 38 Akta ibu dipinda -

(a) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang


berikut:

"(1A) Walau apa pun mana-mana peruntukan lain


dalam Akta ini, jika seseorang pegawai polis yang
pangkatnya tidak rendah daripada Penolong Penguasa
memohon kepada suatu pihak berkuasa bekalan atau
seseorang pemegang lesen bagi pemotongan bekalan
elektrik ke mana-mana premis bagi suatu tempoh tidak
Akta 289 melebihi satu bulan kalendar di bawah seksyen 21A Akta
Rumah Perjudian Terbuka 1953, pihak berkuasa bekalan
14 Undang-Undang Malaysia Akta A1116

atau pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diberi


kuasa oleh pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen itu
hendaklah dengan serta-merta memotong atau
menyebabkan bekalan elektrik dipotong dari premis
sedemikian."; dan

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang


berikut:

"(2A) Walau apa pun subseksyen (2), jika bekalan elektrik


telah dipotong di bawah subseksyen (1A), bekalan itu tidak
boleh disambung semula tanpa keizinan bertulis seseorang
pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada
Penolong Penguasa.".

Pindaan seksyen 42

30. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 42 dengan seksyen


yang berikut:

42. Tiada pendakwaan boleh dijalankan bagi sesuatu


"Pendak-
waan
kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan yang
dibuat di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan
kebenaran bertulis Pendakwa Raya.".
Pindaan seksyen 43
31. Seksyen 43 Akta ibu dipinda -
(a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang
berikut:
"(1) Pengerusi boleh, dengan kebenaran bertulis
Pendakwa Raya, mengkompaunkan kesalahan di bawah
seksyen 8, 37(9), 37(10), 37(12), 37(13), 37(14), 37(15), 45
dan 49(5) atau mana-mana peraturan yang dibuat di
bawah Akta ini, dengan memungut daripada orang yang
disyaki secara. munasabah telah melakukan kesalahan itu
sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus
daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu."; dan
Bekalan Elektrik (Pindaan) 15

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang


berikut:
"(1A) Semua jumlah wang yang diterima oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke
dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang
Disatukan.".
Pindaan seksyen 46
32. Subseksyen 46(l) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
"Ketua Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
"Suruhanjaya".

Pindaan seksyen 47

33. Seksyen 47 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan


"Ketua. Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
"Suruhanjaya".

Pindaan seksyen 48
34. Seksyen 48 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
"Ketua Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
"Suruhanjaya".

Pindaan seksyen 49

35. Seksyen 49 Akta ibu dipinda -

(a) dalam teks bahasa kebangsaan dalam subseksyen (1) dan (2) -

(i) dengan menggantikan perkataan "seseorang Pengarah


mendapati" dengan perkataan "Suruhanjaya mendapati
bahawa ada";

(ii) dengan menggantikan perkataan "seorang Pengarah" dengan


perkataan "pegawai diberi kuasa"; dan

(iii) dengan menggantikan perkataan "Pengarah" di mana-mana


jua terdapat dengan perkataan "Suruhanjaya";
16 Undang-Undang Malaysia Akta A1116

(b) dalam teks bahasa Inggeris dalam subseksyen (1) dan (2) -

(i) dengan menggantikan perkataan "In the event of a Director


finding" dengan perkataan "In the event of the Commission
finding that there is";

(ii) dengan menggantikan perkataan "removed by a Director"


dengan perkataan "removed by an authorised officer";

(iii) dengan menggantikan perkataan "to a Director" dengan


perkataan "to the Commission"; dan

(iv) dengan menggantikan perkataan "the Director" di


mana-mana jua terdapat dengan perkataan "the
Commission";

(c) dalam subseksyen (1) -

(i) dengan menggantikan perkataan "pada pendapatnya" dengan


perkataan "pada pendapat Suruhanjaya"; dan

(ii) dengan menggantikan perkataan "dia boleh" di mana-mana


jua terdapat dengan perkataan "Suruhanjaya boleh"; dan

(d) dalam subseksyen (3) -

(i) dengan menggantikan perkataan "Ketua Pengarah" di


mana-mana jua terdapat dengan perkataan "Suruhanjaya";
dan

(ii) dengan menggantikan perkataan "didapatinya" dengan


perkataan "didapati oleh Suruhanjaya".

Pindaan seksyen 51

36. Subseksyen 51(l) Akta ibu dipinda -

(a) dengan menggantikan perkataan "ketua Pengarah" dengan


perkataan "Suruhanjaya"; dan
Bekalan Elektrik (Pindaan) 17

(b) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan


"difikirkannya" dengan perkataan "difikirkan oleh Suruhanjaya".
Pindaan seksyen 52

37. Subseksyen 52(l) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan


"Ketua Pengarah" dengan perkataan "Suruhanjaya".

Pindaan seksyen 53

38. Seksyen 53 Akta ibu dipinda -

(a) dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai


subseksyen (1) seksyen itu;

(b) dalam subseksyen (1) -

(i) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang


berikut:

"(a) tatacara bagi Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi,


kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini;";

(ii) dalam perenggan (n), dengan menggantikan perkataan


"Pengarah" dengan perkataan "Suruhanjaya";

(iii) dengan menggantikan perenggan (o) dengan perenggan yang


berikut:

"(o) cara mengira keupayaan apa-apa sistem, pepasangan,


kelengkapan, kabel, penjana kuasa dan/atau
motor;";

(iv) dalam perenggan (x) dengan memasukkan selepas perkataan


"caj-caj bagi bekalan" perkataan "termasuk apa-apa surcaj
bagi pembayaran lewat, bunga tahunan yang kena dibayar
oleh seseorang pemegang lesen kepada mana-mana orang
bagi apa-apa cagaran yang diberikan dan apa-apa kadar
atau syarat yang berkaitan dengannya”;
18 Undang-Undang Malaysia Akta A1116

(v) dengan memotong perkataan "dan" di hujung perenggan


(x); dan

(vi) dengan memasukkan selepas perenggan (x) perenggan yang


berikut:

"(xa) standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang


hendaklah diterima dan diamalkan dan apa-apa
perkara lain yang berhubung dengan penggunaan
elektrik dengan cekap; dan";dan

(c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang


berikut:

"(2) Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen


(1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar
peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh
menetapkan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau
kedua-duanya, bagi kesalahan itu.".

Pindaan seksyen 55

39. Subseksyen 55(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan


"Ketua Pengarah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
"Suruhanjaya".

Peruntukan peralihan dan kecualian

40. (1) Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, sebutan tentang Ketua
Pengarah Bekalan Elektrik, Pengarah Bekalan Elektrik atau pegawai
diberi kuasa dalam mana-mana undang-undang bertulis, termasuk
perundangan subsidiari, atau dalam mana-mana dokumen, pendaftaran,
kelulusan, perakuan, arahan, perintah, garis panduan, pernberitahuan
atau dokumen lain yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan sebelum
permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang
diperuntukkan dalam subseksyen (2), (3), (4) dan (5).
Bekalan Elektrik (Pindaan) 19

(2) Sebutan tentang Ketua Pengarah Bekalan Elektrik atau Pengarah


Bekalan Elektrik berhubung dengan fungsi Ketua Pengarah atau
Pengarah itu yang apabila Akta ini mula berkuat kuasa menjadi fungsi
Suruhanjaya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Suruhanjaya.

(3) Sebutan tentang Ketua Pengarah Bekalan Elektrik atau Pengarah


Bekalan Elektrik berhubung dengan fungsi Ketua Pengarah atau
Pengarah itu yang apabila Akta ini mula berkuat kuasa menjadi fungsi
Pengerusi hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Suruhanjaya.

(4) Sebutan tentang Pengarah Bekalan Elektrik berhubung dengan


fungsi Pengarah itu yang apabila Akta ini mula berkuat kuasa menjadi
fungsi pegawai diberi kuasa hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan
tentang pegawai diberi kuasa itu.

(5) Sebutan tentang pegawai diberi kuasa hendaklah ditafsirkan


sebagai sebutan tentang pegawai diberi kuasa sebagaimana yang
ditakrifkan dalam Akta ibu seperti yang dipinda oleh Akta ini.

(6) Tiap-tiap lesen, pendaftaran, kelulusan, perakuan, arahan,


perintah, garis panduan, pemberitahuan atau dokumen lain yang dibuat,
dikeluarkan atau diberikan oleh Ketua Pengarah Bekalan Elektrik atau
Pengarah Bekalan Elektrik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini
hendaklah ditafsirkan sebagai telah dibuat, dikeluarkan atau diberikan
oleh Suruhanjaya, Pengerusi atau pegawai diberi kuasa, mengikut
mana-mana yang berkenaan.

You might also like