Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

3.

0 Ciri-Ciri Bahan Bantu Mengajar

Tujuan menggunakan bahan bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran adalah untuk membantu guru menyampaikan menyampaikan
pengajaran dengan mudah, tepat serta menarik. Guru perlu bijak memilih bahan bantu
mengajar yang bersesuaian dengan aktiviti dan isi pengajaran yang
disampaikan.Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses
pembelajaran iaitu rangsangan pemikiran dan tingkahlaku. Oleh yang demikian,
bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan
mendorong mereka untuk terus belajar.Terdapat beberapa ciri-ciri bahan bantu
mengajar yang berkesan sekaligus membantu proses pembelajaran yang ingin
disampaikan oleh guru kepada murid.
Antara ciri-ciri bahan bantu mengajar berkesan yang telah dihasilkan oleh
kumpulan kami ialah,bahan bantu mengajar yang hendak digunakan adalah
bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkataan sesuai itu sendiri
membawa maksud bertepatan,dimana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti
oleh pelajar. Tajuk dan keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan
kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar seperti yang dikehendaki
oleh kumpulan atau individu. Ia juga dilihat bertepatan dengan topik dan isi
kandungan yang hendak disampaikan. Faktor ini akan membantu guru menyampaikan
isi-isi pengajaran dengan lebih mudah dan jelas.
Selain itu, bahan bantu mengajar yang dihasilkan mengandungi idea-idea dan
reka bentuk yang asli dan tersendiri. Kelainan yang terdapat pada bahan bantu
mengajar yang digunakan oleh guru akan memberi kesan yang lebih mendalam
kerana murid akan lebih mengingati kelainan tersebut.Ini kerana,bahan yang
digunakan haruslah dapat membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga
digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan kata lain,
dengan menggunakan bahan bantu mengajar, seorang guru akan dapat menyampaikan
konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat. Murid juga menggunakan bahan tersebut
semasa aktiviti pengajaran.
Reka bentuk bahan bantu mengajar yang jelas,berwarna-warni,boleh
disentuh,menarik dan berkesan dilihat mampu menarik perhatian dan menimbulkan
minat murid-murid. Selain itu, guru mungkin boleh menggunakan gambar-gambar
dengan pelbagai warna untuk menjadikan bahan bantu mengajar yang dipilih dan
direka itu lebih menarik.Bahan bantu mengajar yang menarik akan dapat memukau
perhatian murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung,minat murid
untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah dan sekali gus
menjadikan pengajaran guru lebih berkesan.Kotak misteri frasa nama ini juga
dikelilingi dengan info tentang frasa nama agar ia bersifat lebih infografik dan bahan
di dalam sampul boleh dikeluarkan dan diganti-ganti.
Kos penyediaan bahan bantu mengajar perlu diberi perhatian. Justeru itu, bahan
bantu mengajar yang telah dihasilkan ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan tidak
menjadi bebanan buat kami. Dalam hal ini,guru perlu memikirkan kos yang akan
digunakan apabila menghasilkan bahan bantu mengajar. Kami telah menggunakan
bahan-bahan terbuang dan yang telah sedia ada untuk menjimatkan kos pembinaan
bahan bantu mengajar ini. Apa yang penting bukan kos yang tinggi tetapi
keberkesanan bahan bantu mengajar yang digunakan itu.
Selain menjimatkan kos, masa bagi pembinaaan bahan juga perlu diambil kira
agar ia tidak membebankan dan mengganggu tugas- tugas hakiki guru. Guru tidak
perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk membina bahan bantu mengajar
sehingga menimbulkan gangguan dalam tugasan lain. Bahan yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah praktikal sama ada kepada guru atau
pelajar. Bahan pengajaran yang dihasilkan adalah sederhana dan mudah digunakan
serta menggunakan bentuk bahasa yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat
membantu pelajar menggunakan bahasaa dalam komunikasi.Sumber pengajaran dan
pembelajaran juga mengandungi nilai murni yang tinggi. Ini kerana, guru tidak
seharusnya menggunakan bahan-bahan yang mempunyai unsur negatif seperti gambar
yang tidak sopan, atau mengandungi unsur-unsur negatif.
6.0 Kesimpulan
Bahan bantu mengajar merupakan bahan yang sangat penting sebagai media dalam
pengajaran. Sebagai guru, kita seharusnya perlu kreatif dan inovatif dalam
menghasilkan bahan bantu mengajar bahan bantu mengajar terutamanya dalam
kemahiran 3M iaitu membaca,menulis dan mengira. Pemilihan bahan bantu mengajar
bergantung kepada keperluan mata pelajaran dan kemahiran yang hendak diajar.
Prinsip-prinsip pemilihan bahan bantu mengajar mestilah dipatuhi agar ianya
berkesan dalam penggunaannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Aspek
pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran
bahasa yang diajarkan.
Dalam hal ini,Bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan ini adalah elemen
yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu
beranggapan penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk
menyampaikan mesej dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggunakan alat bantu
mengajar segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat
diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu
pengajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat
mengatasi sikaf pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat
pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan
menyeronokkan.
Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap
pelajar, sifat unit yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang
berbeza, ini akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi
perkara tersebut.Keadaan ini dapat diatasi dengan penggunaan bantu mengajar kerana
kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat
tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu pencapaian
pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat bantu mengajar. Ini
kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara
tidak langsung dapat membaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat
memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi
kandungan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.Interaksi sosial in
imembolehkan perkembangan yang lebih positif dalam diri murid-murid.
7.0 Bibliografi

Abdullah Shukor Shaari (2011),Pedagogi Kedah:UUM Press.


Atan Long. (1984). ”Pendidik dan Pendidikan” dalam Siri Fajar Bakti. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
BISHOP.W&STARKEY D (2006). Pedagogy In Keywords in Creative Writing (pp.
119-125). University Press of Colorado. doi:10.2307/j.ctt4cgr61.28
KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010b). Sekolah Bestari dan Sekolah
Kluster di Malaysia: Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan. Putra Jaya: KPM.
Otto,W & Smith,K (1980) Corective and remedial teaching. Houghton Miffllin.
Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia:
Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

You might also like