Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB BIL 1 / 2019

Tarikh : 7 JANUARI 2019


Masa : 1.30 – 2.30 petang
Tempat : Bilik GPK Pentadbiran
Pengerusi : Pn. Fatimah binti Ludin

KEHADIRAN
BIL NAMA
1 Pn. Fatimah binti Ludin Pengerusi
2 Pn. Norafidah binti Ibrahim KP Panitia Bahasa Arab
3 Pn. Wan Norsharifah binti Wan Yusoff Setiausaha Panitia Bahasa Arab

AGENDA

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pn. Fatimah binti Ludin selaku GPK Pentadbiran mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat
dan mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat kerana telah memberikan kerjasama
menyelesaikan tugasan pada tahun 2018.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB BIL 1/2019


Disahkan oleh : Pn. Norafidah binti Ibrahim
Disokong oleh : Pn. Wan Norsharifah binti Wan Yusoff
Makluman

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
3.1.1 Pn. Fatimah selaku GPK Pentadbiran meminta guru Bahasa Arab menjalankan PBD
terutamanya kepada murid tahun 1,2 dan 3. Beliau juga meminta guru Bahasa Arab
dapat menyediakan instrumen pentaksiran dan mencatat tahap prestasi murid di
dalam Borang PBD.
Tindakan : Guru-guru Bahasa Arab.

3.2 PEMBELAJARAN ABAD KE-21


3.2.1 Pn. Fatimah selaku GPK Pentadbiran memaklumkan LADAP PAK 21 kali ke 2 akan
diadakan pada 10 Januari 2019. Beliau juga meminta guru Bahasa Arab
menggunakan peta i-Think dan soalan KBAT semasa Pdpc
Tindakan : Guru-guru Bahasa Arab.

3.3 DSKP KSSR BAHASA ARAB TAHUN 3


3.3.1 Pn. Fatimah selaku GPK Pentadbiran meminta semua guru Bahasa Arab
menggunakan DSKP KSSR terkini semasa merancang RPH.
Tindakan : Guru-guru Bahasa Arab.

3.4 PENYEMAKAN BUKU AKTIVITI DAN BUKU LATIHAN


3.4.1 Pn. Fatimah selaku GPK Pentadbiran meminta guru-guru Bahasa Arab menyemak
dan menanda buku aktiviti dan buku latihan murid.
3.4.2 Beliau meminta guru Bahasa Arab membanyakkan latihan bertulis kepada murid.
Tindakan : Guru-guru Bahasa Arab.

1
4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT)
4.1.1 Pn. Fatimah selaku GPK Pentadbiran meminta agar guru Bahasa Arab menghantar
soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 lebih awal untuk direzo.
Tindakan : Guru-guru Bahasa Arab.

4.2 SUDUT PIDATO SEKOLAH


4.2.1 Pn. Fatimah selaku GPK Pentadbiran meminta Panitia Bahasa Arab mencari
pemidato Bahasa Arab untuk menyertai program pidato yang dijalankan di sekolah.
Tindakan : Guru-guru Bahasa Arab.

4.3 MINGGU PANITIA


4.3.1 Pn. Fatimah selaku GPK Pentadbiran meminta Ketua Panitia menyediakan kertas
kerja Minggu Panitia.
4.3.2 Beliau juga memaklumkan hadiah Minggu Panitia dibeli menggunakan duit PCG.
Tindakan : Ketua Panitia.

5. HAL-HAL LAIN
Tiada.

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
6.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………….. …………………………………
(W. NORSHARIFAH W. YUSOFF) (PN. FATIMAH LUDIN)
Setiausaha Panitia, GPK Pentadbiran,
Bahasa Arab SK St. Mary, KL
SK St. Mary, KL.

14 Januari 2019

You might also like