Welding Documentation (BBX 10504) : C6: Understanding of Documents Governing Welding Inspection

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

WELDING DOCUMENTATION

(BBX 10504)
C6 : UNDERSTANDING OF DOCUMENTS GOVERNING
WELDING INSPECTION

By
MR. MOHD HAFIZ BIN GHAZALI
Faculty of Technical and Vocational Education
Tujuan
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai
jenis jenis kecacatan yang berlaku pada sambugan kimpal dan cara-
cara mengatasinya.

PENERANGAN

Kecacatan kimpalan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kecacatan


yang dapat dilihat dengan mata kasar dan kecacatan yang ujud di
dalam logam kimpal iaitu samada dilihat dengan mengunakan
ultrasonik. Umumnya bolehlah dikelaskan kepada 2
1. Kecacatan luaran
2. Kecacatan dalaman
Kecacatan luaran

Kecacatan luaran ialah kecacatan yang dapat dilihat dengan mata kasar tanpa
memecah logam kimpal tersebut antaranya ialah:-

I. Hakisan
ii. Keselitan sangga
iii. Rupa kimpal buruk.
iv. Keretakan.
v. Kurang penembusan dipangkal pada tanggam
temu dan bucu.
vi. Percikan logam (sparter) yang berlebihan.
vii. Siripan / bertindih.
viii. Erutan
tetulang yang
keliangan tenggelam
bertin
hakisan dih

lubang kurang kurang


udara penembusan paduan

Rupabentuk suatu Kimpalan Yang Baik

batas kimpal
tetulang yang yang baik
baik

tiada keselitan sangga

paduan logam yang baik


penembusan yang
memuaskan

Rupabentuk Kimpalan Yang Mengalami Kecacatan


Kecacatan dalaman

Kecacatan jenis ini dapat dilihat samada dengan memecahkan


bendakerja atau menggunakan pancaran X dan lain-lain untuk
melihatnya dan diantaranya ialah:-

1. Keliangan.
2. Kurang leburan.
3. Lubang udara.
4. Keselitan sangga.
Hakisan.

Ia merupakan pengurangan pada permukaan plate yang dikimpal dan


biasanya berlaku pada keseluruhan
Hakisan panjang kimpalHakisan
itu dan ia lebih mudah
berlaku apabila mengimpal pada tanggam kambi.
Sebab-sebab berlaku.

• Menggunakan arus kimpal yang terlalu tinggi.


• Mengimpal dengan jarak yang panjang.
• Mengimpal dengan kaedah gelukkan yang salah dan tidak sekata.
• Pergerakkan mengimpal terlalu laju.
• Sudut letrod yang salah.

Cara mengatasinya.

• Laraskan penggunaan arus yang sesuai mengikut ketebalan plate.


• Betulkan jarak arka dan imbangkan perjalanan serta kaedah
• Gelukkan semasa mengimpal.
• Pastikan sudut letrod berada dalam keadaan betul.
• Jika terjadi juga hakisan baiki logam kimpal tersebut dengan
Keselitan sangga (slag inclusion)
Ia merupakan bendasing yang terperangkap dalam logam kimpal
yang lebur ketika operasi menimbun semasa mengimpal. Keselitan
sangga atau bendasing yang terperangkap akan melemahkan
kimpalan kerana ia mempunyai kesan yang sama dengan
keretakkan.

Keselitan sangga
Sebab-sebab berlakunya selitan sangga.

1.Mengimpal logam asas yang kotor.


2.Pergerakkan letrod yang salah, arka dihalakan lebih ketepi plate
3.dimana menyebabkan bahagian tengah tidak dileburkan.
4.Menggunakan arus yang rendah.
5.Sangga tidak dibersihkan dengan sempurna sebelum melakukan lapisan yang seterusnya ketika
membuat kimpalan penutup.

Cara-cara mengatasinya

1.Logam asas perlu dibersihkan dari minyak, gris atau lain-lain kotoran sebelum mengimpal.
2.Pergerakkan mengeluk ketika mengimpal perlu dilakukan dengan sekata di sepanjang kimpalan.
3.Laraskan arus yang sesuai dengan kimpalan.
4.Sangga perlu dibersihkansepenuhnya sebelum lapisan tambahan dibuat.
Rupa kimpal yang buruk

Kecacatan yang dapat dilihat dengan nyata dimana sisip kimpal tidak sama
lebar dan tidak sama rata.

Kumai yang rosak


Sebab-sebab berlakunya.

1. Jarak arka tidak tetap,kadang-kadang rendah dan kadang-adang tinggi.


2. Kelajuan mengimpal tidak sekata.
3. Mengimpal dengan arus yang tinggi.
4. Mengimpal dengan letrod yang lembab.
5. Kaedah mengeluk ketika mengimpal tidak seimbang.

Cara-cara mengatasi.

1. Tetapkan jarak arka yang sesuai.


2. Sesuaikan arus dan imbangkan kelajuan mengimpal.
3. Gunakan letrod yang baik dan pastikan tidak lembab.
4. Tetapkan pergerakan mengeluk yang seimbang.
Keretakkan.

Keretakkan yang terdapat pada batas dan lopak kimpal yang disebabkan oleh pengecutan dan
pengembangan dimana boleh melemahkan sambungan yang dibuat. Keretakkan akan berlaku
pada dua keadaan iaitukeretakkan semasa panas dan keretakkan kitika bendakerja telah sejuk.
Keretakkan semasa panas disebabkan berlakunya pengembangan pada plate dan logam kimpal
manakala kertakkan semasa sejuk di sebabkan berlakunya pengecutan.

kertakkan di lopak kimpal kertakkan dibatas kimpal.

kertakkan di bahagian penembusan pangkal


Sebab berlakunya keretakkan.

1. Jika sambungan terlalu keras dan tidak mengembang atau mengecut dengan bebas, hasil
kimpal akan berkeadaan dalam tegasan yang tinggi.Tegasan-tegasan ini mungkin kuat dan
boleh menyebabkan keretakkan
2. Bentuk akhir pada logam kimpal boleh menyebabkan ia mudah retak.
3. Lopak kimpal yang tenggelam boleh menyebabkan keretakkan, keretakkan pada lopak
kimpal akan wujud bila lapisan seterusnya dilakukan.
4. Jika kadar penyejukkan terlalu pantas akan juga menyebabkan keretakkan dengan mudah,
ini adalah kerana kadar pengecutan yang tidak sekata dimana logam kimpal dipaksa untuk
menerima sebahagian besar dari logam pengecutan.dengan perlahan-lahan.
Cara-cara untuk mengatasinya.

• Penggunaan salutan letrod kawalan hidrogen akan membantu untuk mencegah keretakkan. Ini
adalahkeran hidrogen diserapkan ke dalam logam kimpal keluli lembut ketika melakukan kerja
kimpalan arka dengan letrod yang bersalut bahan lakur kawalan hidrigen. Hidrogen ujud dalam
bentuk komposisi pada kebanyakkan salutan salutan letrod dan dalam keadaan lembapan. Ia
terlerai dari logam kimpal sejurus selepas proses mengimpal dijalankan dan akan terus terlerai
dalm jangka waktuyang panjang. Kehadiran hidrogen ini boleh mengurangkan kekuatan tegangan
pada kimpalan.
• Gerakkan mengimpal perlu disesuaikan untuk mengujudkan batas kimpal yang cembung dan
baik.
• Lopak kimpal perlu ditinggikan atau ditambah setelah selesai kerja mengimpal.
• Logam asas perlu dipra-panaskan sehinga lebih 200C untuk mengurangkan dariberlakunya
keratakkan ataupun logam disejukkan dengan perlahan-lahan.
Kurang penembusan dipangkal.
Kecacatan ini ialah dimana ketembusan yang tidak mecukupi pada
logam asas di bahagian pangkal sambungan ini untuk tanggam temu
dan tanggam bucu.

Sebab-sebab berlakunya.
1. Pergerakkan letrod terlalu diarahkan kebahagian tepi persediaan plate.
2. Muka pangkal, muka celahan dan sudut rencong pada plate tidak betul menyebabkan
penembusan kurang diperolehi.
3. Sudut letrod yang salah digunakan ketika mengimpal.
4. Pergerakkan mengimpal terlalu laju ini akan memberikan masa yang kurang pada
logam asas untuk lebur.
5. Arus kimpal yang rendah digunakan semasa mengimpal terutamam pada logam yang
tebal.
Cara-cara mengatasinya.
Letrod perlu diarahkan ditengah muka semasa mengimpal.

1. Buat persediaan plate dengan betul bergantung pada tebal plate yang digunakan.
2. Jika sudut kecil, tambahkan supaya besar
3. sedikit untuk memudahkandapat penembusan.
4. Selaraskan arus mengikut kesesuaian plate yang dikimpal.
5. Imbangkan pergerakkan elektrod terutama ketika mengeluk
Percikan logam (sparter)
Kecacatan ini pula ialah percikkan logam yang terpercik semasa mengimpal dan melekat pada plat, ini
akan menyebabkan rupa kimpal menjadi buruk.

Sebab-sebab berlakunya.

• Menggunakan arus yang terlalu tinggi dan


tidak sesuai dengan letrod.
• Salutan bahan lakur letrod tidak
berkeadaan sempurna dan kering.
• Selaraskan jarak arka mengikut saiz letrod
yang digunakan.
• Bersihkan logam asas sebelum mengimpal.
Percikkan logam (sparter)
Sebab-sebab berlakunya
1. Menggunakan arus yang terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan
letrod.
2. Salutan bahan lakur letrod tidak berkeadaan sempurna dan
kering.
3. Selaraskan jarak arka mengikut saiz letrod yang digunakan.
4. Bersihkan logam asas sebelum mengimpal.

Cara-cara mengatasi.

1. Laraskan arus mengikut saiz letrod.


2. Pastikan letrod yang digunakandalam keadaan sempurna dan
kering.
3. Selaraskan jarak arka mengikut saiz letrod yang digunakan.
4. Bersihkan logam asas sebelum mengimpal.
Thank You

You might also like