Sej Baptis

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 108
SEJARAH UMAT BAPTIS DARI ENGLAND KE MALAYSIA Bahagian 1: Mukasurat I - 64 KEMAJUAN UMAT BAPTIS DALAM SEJARAH Diterjemahkan dari “The Baptist March in History” (Mukasurat viii - 80, 122 - 131) oleh Robert A. Baker Bahagian 2: Mukasurat 65 - 105 Kisah Umat Baptis Malaysia Diterjemahkan dari “Great Things He Has Done, A Century of ‘Malaysian Baptist History” (Mukasurat 22-61) oleh Bobby and Dorothy Evans Penterjemah: Lim Simone KEMAJUAN UMAT BAPTIS DALAM SEJARAH Diterjemahkan dari “The Baptist March in History” (Mukasurat viii - 80, 122 - 131) oleh Robert A. Baker Mukasurat 1, Pola - Pola Baptis 1 2. Kerosakan Pola Mahi 9 3. Perjuangan Untuk Kesucian 20 4, Umat Baptis di England 29 4 5. Umat Baptis di Amerika Sebelum 1845 6, Konvensjen Bal elan dt Tel Dalanonnn 5 7. Sumbangan - Sumbangan Baptis Dalam Sejarah 59 BAB 1: POLA-POLA BAPTIS MUKADIMAH: Pandangan Baptis tentang kuasa keagamaan; beberapa kepercayaan asas untuk umat Baptis, I. PERJANJIAN BARU - SUMBER KUASA YANG TERAKHIR 1. Pola-pola yang Direka oleh Manusia 2. Sumber Kuasa yang Benar I. PERJAN JIAN BARU - POLA KEPERCAYAAN DAN PRAKTIS KITA 1. Allah Yang Mengasihi dan Menebus 2. Kristus Sebagai Juruselamat dan Tuhan yang Tunggal 3. Manusia Yang Bertanggungjawab dan Bersifat Sanggup 4. Dosa Sebagai Warisan dan Pilihan Peribadi 5. Keselamatan Sebagai Kelahiran Baru Melalui Kasih Karunia Allah 6. Pertobatan dan Iman Sebagai Balasan Manusia kepada Allah 7. Gereja-gereja Sebagai Pertubuhan-Pertubuhan dan Umat Allah 8, Upacara Agung Gereja Sebagai Lambang dan Peringatan 9, Kerajaan Awam Adalah Kedaulatan Baik tetapi Terbatas 10. Kebebasan Suara Hati Amat Asas dan Kasih Mesti Ada I. KESIMPULAN 1. POLA-POLA BAPTIS Umat Baptis berpegang terhadap penekanan ini: Perjanjian Baru sendiri, tanpa tradisi- tradisi, tanpa majlis-majlis gereja, tanpa kelulusan kepaderian, berkuasa untuk doktrin dan praktis Kristian, Umat Baptis berpegang kepada penekanan itu. Mungkin berulang-ulangnya untuk mendesak bahawa scorang Kristian Perjanjian Baru ialah seorang yang mengikut Perjanjian Baru, dan untuk menegaskan bahawa kuasa keagamaan Perjanjian Baru ialah Perjanjian Baru, Namun idea-idea ini yang begitu biasa kepada umat Baptis, adalah anch kepada ramai orang di dalam dunia hari ini, khususnya kepada kebanyakan umat Kristian namaan (nominal). Bagi mereka, Agama Kristian bermaksud kepatuhan terhadap gereja dan kuasa keagamaan datang dari bibir biskop. Jadi, memanglah ada keperluan untuk menyatakan semula pandangan Baptis bahawa Perjanjian Baru jalah pola dan kuasa yang terakhir bagi umat Kristian Perjanjian Baru. Kedua-dua doktrin Baptis dan sejarah Baptis berasal daripada kebenaran asas ini. 1. PERJANJIAN BARU - SUMBER _KUASA YANG TERAKHIR Perjanjian Baru amatlah unggul bagi umat Kristian Perjanjian Baru, Allah mengilhami para penulisnya untuk mencatat apa yang bermanfaat “untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, memperbaiki kelakuan, untuk mendidik dalam kebenaran.” (2 Tim 3:16). Piawai wibawa dalam pengajaran Agama Kristian bukanlah samada ia bersetuju dengan pola-pola yang direka oleh manusia sejak masa penulisan Perjanjian Baru, tetapi samada ia ikut pola asal yang diberikan oleh Allah, 1, Pola-pola yang Direka oleh Manusia Sebarang usaha untuk membenarkan suatu doktrin untuk Agama Kristian sebab ia diperkenalkan oleh ahli teologi seribu tahun dahulu, sangat ditolak oleh semua orang Kristian Perjanjian Baru, Kuasa hanyalah datang daripada Kristus yang hidup, dan mesej- Nya terdapat di dalam Perjanjian Baru, Tradisi sebulat suara seribu ahli teologi selama seribu tahun tidak dapat melawan kebenaran yang terdedah di dalam Perjanjian Baru, Buku-buku sejarah tidaklah diilham secara sah. Majlis-majlis gereja kerapkali diputarbelitkan, dan tradisi kepaderian telah dipalsukan untuk memberi kepercayaan terhadap sesetengah ajaran yang memang tidak diajarkan dalam Perjanjian Baru. ‘Senarai-senarai nama para pegawai gereja, samada pastor, dekan, atau bendahari gereja tidak berkuasa. Fikiran begitu tidak pemah dibayangkan di dalam Perjanjian Baru. ‘Yesus sendiri mencemuh kuasa begini. Urutan Abraham — Israel ialah cogan berkuasa dan ajaib bagi para orang Farisi, tetapi Ayat-eyat Suci mengatakan dengan khususnya, bahawa Allah tidak berminat dalam silsilah dan urutan bersejarah; penganut-penganut mereka sebenarnya melewati kebenaran Allah (Mat 3:9; Rom 4:13-16; Mrk 7:6-13). Selama satu abad selepas kematian Kristus, para pengikut-Nya teringat pelajaran ini ‘Akan tetapi, pada akhir abad kedua, suatu pertikaian yang tidak biasa mengubah situasi itu. Salah satu daripada doktrin-doktrin palsu yang mencabar Agama Kristian datang daripada penganut-penganut Gnosticism (pengetahuan rohani mistik). Mereka menuntut bahawa mereka mempunyai tradisi atau pengetahuan tak bertulis yang berasal dari zaman para rasul. Untuk menentang bidaah ini, Irenaeus, seorang gembala di Lyons berkata: “Kami juga ada urutan banyak gereja dan gembala, sejarah-sejarah mereka bertarikh dari zaman para rasul. Urutan ini yang dapat dikesan membuktikan bahawa kami mempunyai kebenaran daripada para rasul, padahal penganut-penganut Gnosticism tidak.” Dari zaman itu ke hari ini, mengutamakan tradisi-tradisi dan urutan-urutan adalah kutukan yang melemahkan Agama Kristen. 2. Sumber Kuasa yang Benar Wahyu Allah dalam Yesus Kristus ialah satu-satunya dasar untuk asal dan kuasa umat Baptis, Persiapan-persiapan dan janji-janji Perjanjian Lama terkabul dalam Anak Allah, Orang agung ini meniadakan semua hukum beristiadat. Kata-kata-Nya yang berkuasa: “tetapi Aku berkata kepadamu”, menaruh makna baru ke dalam hukum moral. Sebagai Pembina dan Pengasasan, Dia mendirikan gereja-Nya dalam sejarah. Usaha umat Baptis untuk menurut prinsip-prinsip Yesus Kristus (tanpa beban tradisi atau sejarah) menyebabkan mereka menuntut garis keturunan mulia dan urutan yang diungkapkan dalam gelaran, Umat Kristian Perjanjian Baru. Selama banyak abad dan di mana-mana Buku yang terilham itu dibaca dan diikuti, berwujudlah Umat Kristian Perjanjian Baru, Bersama-sama mereka, umat Baptis menuntut Kekeluargaan rohani, scbab umat Baptis moden berasal dari Perjanjian Baru dan pada mulanya, memanggil diri mereka umat Kristian Perjanjian Baru. Akan tetapi, mereka diberikan nama Baptis scbab mereka menekankan pola pembaptisan Perjanjian Baru terhadap para orang percaya. I PERJANJIAN BARU — POLA KEPERCAYAAN DAN PRAKTIS KITA Maka, Perjanjian Baru ialah asal dan sumber kuasa untuk umat Baptis. Apakah pola itu? Dalam mukasurat-mukasurat yang berikut, kita akan cuba memaparkan beberapa ajaran Perjanjian Baru yang umat Baptis percaya haruslah dipelihara. 1, Allah Yang Mengasihi dan Menebus Perjanjian Baru mengajar bahawa Allah ialah Bapa yang mengasibi, dan kasih-Nya menyediakan penebusan bagi manusia (Yoh 3:16). Yesus Kristus mendedahkan Allah sebagai seorang yang mengasihi dunia dengan tidak berkesudahan sehingga Dia memberi Anak Tunggal-Nya sebagai pendedahan diri-Nya dan sebagai korban untuk dosa (Rom 8:32), Allah tidak berdendam atau berubah-ubah, dan Dia tidak bertindak dengan ketidakteraturan, Allah bertyjuan untuk menebus dalam segala ciptaan-Nya, Penyelamatan manusia bukanlah suatu fikiran kemudian (Rom 8;29-30). Allah selalu bertekad untuk menebus umat-Nya yang terpilih sebelum dunia diciptakan (2 Tim 1:8-9). Penjelmaan Kristus bermaksud bahawa Allah mendamaikan dunia kepada-Nya melalui penebusan peribadi (2 Kor 5:18-19). 2. Kristus Sebagai Juruselamat dan Tuhan yang Tunggal Keselamatan bagi manusia hanyalah datang melalui Yesus Kristus (K.P.R. »; Kol 1:14, 276). Dialah unik dalam orang-Nya dan hubungan-Nya dengan umat manusia (Flp 2:6-T; Rom 8:32; Kol 2:9), Melalui Kristus sahaja, dapatlah Allah menjadi adilbenar dan juga membenarkan mereka yang percaya kepada-Nya (Rom 3:26), Dan Yesustah Tuban. ” Dialah maksud dan tujuan sejarah (Bf 1:10; Kol 1:16-17). Mungkinnya pengakuan iman yang terawal oleh umat Kristian digambarkan dalam Roma 10:9. Pengakuan bahawa Yesuslah Tuhan, dan kepercayaan bahawa Allah membangkitkan Dia daripada yang mati membawa keselamatan, Sempurnalah ketuhanan Yesus Kristus. Tiadalah manusia yang lebih berkuasa, dan tiadalah pengawas Iain yang berketuhanan atas jiwa manusia. 3. Manusia Yang Bertanggungjawab dan Bersifat Sanggup Perjanjian Baru mengajar bahawa tiap-tiap orang yang mengetahui betul daripada salah bertanggungjawab kepada Allah (Roma 3:19; konteks Roma 1:18 3:23), Tanggungjawab ini ialah khas untuk setiap orang peribadi dan tidak dapat dielakkan, Tanggungjawab ini has. Maksudnya tiadalah petunjuk di dalam Perjanjian Baru bahawa seorang pengantara manusia dapat mengantara Allah dengan si individu (Ibr 7:25). Memang konsep ini menyingkirkan baptisan wali, di mana seorang dewasa bernazar kepada Allah bagi pihak anak. Ia menghapuskan upacara penyucian yang mengganti penycrahan diri kepada Allah melalui iman, dan ia membasmi scbarang idea bahawa seorang imam manusia dapat merampas pekerjaan penebusan yang Allah telah menyediakan bagi diri-Nya sendiri. ‘Tanggungjawab ini peribadi: Maksudnya setiap orang mesti sendiri datang ke dalam hubungannya dengan Allah (K.P.R, 13:39), Dia mesti datang bagi dirinya dan oleh dirinya. Tidak dapatlah kumpulan besar-besaran yang masuk bersama ke dalam hubungan benar dengan Allah. Mereka yang datang ke Allah harus mesti datang seorang demi seorang (PR. 2:36-38). Tanggungjawab ini tidak dapat dielakkan. Maksudnya wahyu Allah mengajar dengan jelas bahawa semua manusia tersesat tanpa Kristus, dan bahawa tidak dapatlah keselamatan daripada dosa kecuali seorang menerima Kristus dengan iman. Jadi, oleh kerana tuntutan Allah, tiap-tiap orang harus bertanggungjawab untuk bertemu dengan-Nya dengan segera scorang demi seorang dalam pertemuan peribadi. Dan Dia telah memberi mamusia kemampuan untuk melakukannya. Allah tidak akan menuntut sesuatu yang Dia tidak akan membolehkan manusia untuk melakukannya. Manusia bermampu datang kepada Allah dalam Yesus Kristus tanpa bantuan daripada upacara, pata imam, atau apa jenis pengantara manusia lain, 4, Dosa Sebagai Warisan dan Pilihan Peribadi Dosa dipaparkan dalam dua aspek di dalam Perjanjian Lama — sebagai warisan dan pilihan. Warisan dikenali sebagai dosa asal - tanda dosa pada umat manusia (Rom 5:19). Dosa asal tidak molibatkan kesalahan (Yoh 9:3; bdg. Yeh 18:20). Allah tidak mengutuk bayi yang tidak tahu betul daripada salah oleh Kerana dosa peribadinya. Dosa asal bermaksud bahawa tiap-tiap anak yang dilahir di dunia bersifat jahat, dan bile dia menjadi cukup tua untuk mengetahui betul daripada salah, dia akan memilih dosa daripada kebenaran (1 Kor 2:14; Rom 7:18). Sebelum seorang anak bermampu untuk memilih, dia tidak bersalah di hadapan Allah; tetapi bila dia mengetahui betul daripada salah, dia akan ‘memilih untuk menentang Allah dan menjadi bersalah di hadapan Allah. Aspek dosa yang kedua telah dicadangkan, iaitu pilihan. Seluruh umat manusia tercemar melalui dosa asal (Rom 3:9). Bila seorang anak mencapai umur kebertanggungjawaban, dia sendiri memilih untuk berbuat dosa oleh kerana kecemaran itu (Rom 8:7-8), Maka dia bersalah oleh kerana pilihan peribadinya. Satu-satunya ubat untuk kesan-kesan dosa asal yang mencemari sifat manusia itu, dan dosa yang disengajakan seterusnya bagi setiap orang, ialah kelahiran baru, untuk menerima daripada Allah suatu sifat baru yang tidak memilih dosa (Yoh 1:13) tetapi memilih kebenaran. Sifat baru ini hanya datang bila seorang yang bertanggungjawab percaya kepada Tuhan Yesus Kristus, dan diperbaharui oleh kuasa Roh Kudus, Jadi, walaupun segala dosa ~ percabulan, ketidakadilan, pembunuhan, kekufuran — menghina Allah yang kudus, dosa terbesar dan terkutuk ialah ketidakpercayaan (Yoh 3:18), sebab setiap orang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesan-Kkesan dosa asal dan pilihan peribadi kecuali dia dilahirkan baru melalui iman. ‘Maka, sifat baru dan pengampunan dosa datang dalam pembaharuan. Katakan apa ‘tentang dosa-dosa yang dibuat selepas pengalaman ini? Haruskah seseorang menderita di dalam api penyucian oleh kerananya? Nescaya tidak, sebab; Jika kita berkata bahwa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri sendiri, dan kebenaran tidak ada di dalam kita. Jika ita mengaku dosa kita, maka Dia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan (\ Yoh 1:8-9). Dan jika seorang berbuat dosa, kita mempunyai seorang pengantara pada Bapa, yaitu Yesus Kristus, yang adil (| Yoh 2:1). Yesus Kristus yang berada di sisi kanan Allah untuk mengantara bagi anak-anak-Nya. Larutan terhadap dosa datang daripada pengalaman peribadi bersama Kristus dalam pembaharuan, dan persekutuan peribadi bersama-Nya kemudian, 5. Keselamatan Sebagai Kelahiran Baru Melalui Kasih Karunia Allah Tidak dapatlah keselamatan tanpa pembaharuan jiwa (Yoh 3:3). Pembaharuan jiwa bermaksud lahir semula secara rohani melalui kasih karunia Allah. Jawapan Allah terhadap hati manusia yang berdosa ialah hati baru yang diberikan oleh-Nya dalam pengalaman kelahiran semula (2 Kor 5:17). Tiada apa-apa yang dapat menggantikan kelahiran semula ~ baik baptisan, keazaman bagus, Keahlian gereja, ketaatan kepaderian, mabupun apa sahaja, “Karu harus dilahirkan kembali.” Kelahiran semula ialah pemberian kasih karunia Allah (Rom 6:23). Kebenaran ini bermakna beberapa hal. Yang pertama ialah keselamatan bukanlah upah atau hak Pekerjaan-pekerjaan baik dan upacara gereja tidak ada babagian dalam keselamatan (Ef 2:8-9). Setelah seorang disclamatkan, kasih karunia Allah ialah suatu dinamik hebat yang memimpin dia untuk menyerahkan hidupnya kepada pekerjaan-pekerjaan baik dan Kehidupan adil dan benar. Kasih karunia Allah menyelamatkan tanpa pekerjaan-pekerjaan baik; tetapi kasih karunia terus bertindak untuk mengubah hidup melalui kelahiran semula supaya ia berbuah baik berterusan (Yoh 15; Ef 5:9). Keselamatan demi kasih karunia Allah melalui pembaharuan baru bermakna hal kedua. Sebab keselamatan datang melalui kelabiran baru, si anak Allah berhubungan kekal dengan Bapa Syurgawinya, Dia tidak akan menjadi “mati lagi” secara rohani. Keselamatan bukanlah pencapaian manusia tetapi anugerah Allah; anugerah itu tidak dapat terhilang kecuali jika kasih karunia Allah gagal atau kasih-Nya berhenti (Rom 8:35- 39; Fip 1:6; Yoh 8:31) Akhimye, jenis keselamatan ini bermaksud bahawa kasih karunia Allah membawa pembaharuan tetap. Kasih karunia Allah yang menyelamatkan juga menjaga persekutuan orang Kristian dengen Allah. Pengampunan untuk dosa-dosa harian datang setiap hari sebagai balasan Allah terhadap sifat si orang percaya yang bertobat, Tidak ada perlu supaya para ahli teologi harus membuat suatu tempat api penyucian untuk menyucikan dosa-dosa yang belum diampunkan, 6. Pertaubatan dan Iman Sebagai Balasan Manusia kepada Allah Pertaubatan dan iman tidak dapat dipisahkan (K.P.R. 20:21). Pertaubatan bermakna kesedihan sebab dosa dan berpaling daripadanya. Ia suatu syarat sejagat untuk pengampunan Allah (Mrk 1:15; Lukas 13:3), la datang melalui kuasa Roh Kudus Allah yang menyakinkan (Yoh 16:8), Iman bermakna kepercayaan kepada Allah, untuk menerima keselamatan-Nya yang diberi percuma (Rom 4:3). Iman tidak bermakna ketaatan terhadap suatu institusi atau seorang biskop; ia juga tidak bermakna ketundukan pasif terhadap upacara-upacara kepaderian, Iman menuntut pilihan bebas. Ia tidak dapat dilaksanakan oleh bayi atau oleh wakil. Ia adalah perkara yang berkaitan dengan hati (Rom 10:10). 7. Gereja-gereja Sebagai Pertubuhan-Pertubuhan dan Umat Allah Perkataan yang diterjemahkan ‘gereja’ di dalam Perjanjian Baru, telah digunakan oleh orang yang berbahasa Yunani selama banyak abad, sebelum kedatangan Kristus. fa merujukkan perhimpunan orang, tanpa menunjukkan sifat-dasar perhimpunan itu. Terdapat penggunaan kata umum ini sebanyak 5 kali di dalam Perjanjian Baru (KP. 7:38; 19:32, 39, 41; Ibr 2:12), Kata umum ini digunakan sebanyak 20 kali (terutamanya oleh Paulus) dengan rujukan kepada para orang percaya dalam hubungan rohani mereka dengan Kristus. Penggunaan kata ini tidak pernah merujukkan kumpulan jemaah, tetapi hanya berkenaannya dengan orang-orang Kristian perseorangan dalam hubungan mereka dengan Kristus. Dengan maksud kata umum itu, “gereja” itu tidak berorganisasi, tidak dapat bertemu, dan tidak berkuasa kepaderian, Akan tetapi, penggunaan utama perkataan ‘gereja’ di dalam Perjanjian Baru, ialah penggunaan teknikal. Penggunaannya disesuaikan kepada Agama Kristian. Terdapatnya sebanyak 89 kali dan ia merujukkan jemaah-jemaah Kristian tempatan di seluruh Empayar Romawi, Para pegawai gereja Perjanjian Baru hanyalah 2 orang ~ si gembala Guga dipanggil biskop, penatua atau paderi, pelayan, hamba, atau pembantu gembala) dan si dekan. Gereja-gereja Perjanjian Baru biasanya ada beberapa orang gembala yang dipisahkan oleh karunia-karunia Roh Kudus untuk berkhutbah, mengajar, dan pelayanan- pelayanan lain. Gereja-gereja itu berdikari, dan masing-masing bergantung kepada Kristus sahaja untuk kuasa. 8, Upacara Agung Gereja Sebagai Lambang dan Peringatan Perjanjian Baru mengajar bahawa adalah dua upacara agung gereja — pembaptisan dan Perjamuan Tuhan. Kedua-dua ini tidaklah ghaib dan tidak memberi kasih karunia, Malah, mereka adalah lambang-lambang yang bermakna terhadap pengalaman Kristian dan peringatan-peringatan terhadap Kristus itu yang mati agar manusia dapat hidup (1 Kor 11:26). Pembaptisan ialah penyelaman di dalam air kepada seorang yang telah diselamatkan untuk melambangkan kematiannya terhadap dosa, dan kebangkitannya kepada hidup baru dalam Kristus (Rom 6:4; K-P.R. 8:36-39), Ia selalu mendahului Perjamuan Tuhan, Semua denominasi (mazhab) secara rasmi mengajar bahawa Perjamuan Tuhan hanyalah dapat dirayakan selepas pembaptisan telah dijalankan, Perjamuan Tuhan menggambarkan tubuh Kristus yang dipersembahkan dan darah-Nya yang tercurah, dan para pengilcut-Nya mengambil bahagian dalamnya untuk memperingati-Nya (1 Kor 11:23-26). Tidak ada perubahan dalam sifet air pembaptisan atau sifat roti dan anggur untuk Perjamuan Tuhan bila kedua peringatan itu dirayakan. 9. Kerajaan Awam — Kedaulatan Baik Tetapi Terbatas Kerajaan manusia ditetapkan oleh Allah, dan umat Kristian berwajib untuk mematubi dan menopangnya (Rom 13:1-7). Tetapi kerajaan awam tidak boleh mengawal jiwa manusia (K.P.R. 5:29), Mestilah ada pemisahan di antara gereja dengan nogeri (Mat 22:21), Mestilah tiada kawalan kerajaan terhadap kepercayaan keagamaan, selama ia tidak mengajarkan pelanggaran undang-undang awam dan kekerasan. Seorang Baptis dapat tidak setuju dengan doktrin-doktrin jirannya, dan dalam kasih dia dapat berusaha membantu jirannya memahami kebenaran dengan lebih jelas, namun dia juga akan mempertahankan hak jirannya untuk memegang doktrin-doktrinnya tanpa penganiayaan atau paksaan, 10. Kebebasan Suara Hati Amat Asas dan Kasih Mesti Ada Walaupun seorang dapat mengikuti seluruh pola yang dipaparkan di dalam kesimpulan dia masih jauh dari menggambarkan Agama Kristian Perjanjian Baru dengan betul, jika dia tidak juga memaparkan sikap Perjanjian Baru, Sejarah Kristian dipenuhi dengan teladan-teladan yang menunjukkan_kesempitan fikiran, ketidaksabaran, dan penganiayaan 7 fizikal. Tidakkah mungkin umat Kristian boleh belajar ajaran yang dinyatakan begitu jelas oleh para rasul, “Kita harus lebih taat kepada Allah daripada kepada manusia." (K.P.R. 5:29) dan demi kata-kata Yesus, “Janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa" (Mat 10:28). Paksaan dan penganiayaan bukanlah kaedah Kristus. Tuhan berkata: “Aku memberikan perintah baru kepada kamu, yaitu supaya kamu saling mengasihi; sama seperti aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi” (Yoh 13:34). ‘Tanpa kasih ini, ortodoksi (ajaran yang betul), walaupun sempurna, tidak bermakna sangat. UL KESIMPULAN Maka, pola bagi umat Baptis ialah itu yang dipaparkan di dalam Perjanjian Baru. Umat Baptis percaya bahwa ia berkuasa bagi tiap-tiap generasi. Sebahagian umat Kristian berfikir bahawa pola ini hanya berkuasa bagi generasi yang menerimanya. Mereka berfikir bahawa generasi-generasi yang berikut boleh mengubahsuaikan atau menggantikan pola ini supaya mencukupi keperluan-keperluan zaman baru, Lain-lain telah membilang mereka sendiri lebih berkuasa daripada Perjanjian Baru, dan telah mengubah atau membuang ajaran-ajaran tertentu. Ada juga yang mengajar bahawa Perjanjian Baru telah menambah tradisi-tradisi dari abad satu hingga lima dalam sejarah Kristian dan tradisi-tradisi tersebut sekarang merupakan pola dan kuasa untuk Agama Kristian. Umat Baptis angeap bidaah dan menolak hal-hal ini. Mereka percaya bahawa pengajaran dan praktis umat Kristian hari ini patut ditujukan terhadap mengikuti semula pola Perjanjian Baru, bukanlah terhadap mengubahsuaikannya. Umat Baptis, atau denominasi Kristian lain, hanya layak mendapat nama Orang-Orang Kristian Perjanjian Baru, jika mereka memegang kepada prinsip ini dan mengamalkannya, BAB 2: KEROSAKAN POLA ILAHI MUKADIMAH: Pola Perjanjian Baru amat dirosakkan.. 1 ALASAN-ALASAN UNTUK KEROSAKAN LUAS AGAMA KRISTIAN 1, Pertumbuhan Deras 2. Pemasukan Paganisme (penyembahan berhala) 3, Penganiayaan Kejam 4. Gabungan Gereja dan Negeri 5. Sinod-Sinod (perhimpunan para pegawai gereja) dan Majlis-Majlis 6, Persaingan Kepaderian 7. Konflik Dalaman Tl. KEROSAKAN DOKTRIN PERJANIIAN BARU 1. Kesalahgunaan Upacara-Upacara Agung Gereja 2. Kesan-kesan Kesalahgunaan Ini yang Tersebar Luas Ml, KEROSAKAN PEMERINTAHAN GEREJA PERJANJIAN BARU 1. Pegawai Baru 2. Si Biskop Menjadi Yang Berkuasa 3. Bidang-bidang Pengaruh yang Dibesarkan 4. Biskop Romawi Menjadi Paus IV. KESIMPULAN Kerosakan Pola Mahi Iman Kristian Perjanjian Baru menghadapi dua perjuangan besar bila ia memulakan misinya, Perjuangan pertama melawan musuh-musuh yang berada di luar, iaitu mereka yang, hendak menghapuskan seluruh gerakan Kristian. Tetapi seksaan dan maut yang kejam dan tersebar Iuas tidak dapat mencabut kesetiaan penganut-penganut Kristus; juga perbalahan falsafah (yang berdasarkan falsafah), kemencilan sosial, dan boikot ekonomik tidak dapat menggerakkan mereka. Perjuangan untuk menang atas musuh-musuh di luat berjaya. Perjuangan besar kedua melawan musuh yang tersembunyi tetapi lebih berbahaya — kerosakan dalaman, Perjuangen dalaman terus mengamuk berabad-abad, Walanpun perjuangan ini tidak mengalahkan dengan seluruhnya, ia mengakibatkan luka-luka yang menyedihkan dan melumpubkan gereja-gereja Kristian dan pengabaran Injil lebih Iuas. Parut-parut perjuangan itu telah mengubah rupa gerakan Kristian. Begitulah kisah besar ‘Agama Kristian selama 1,500 tahun yang pertama. I, ALASAN-ALASAN UNTUK KEROSAKAN AGAMA KRISTIAN YANG LUAS ‘Semua alasan untuk kerosakan pokok-pokok asas Iman Kristian tidak dapat diduga. Beberapa yang paling nyata adalah tersenarai di sini, 1. Pertumbuhan Deras ‘Anggaran telah menunjukkan bahawa selama tiga abad yang pertama, selepas kematian Kristus, penganut-Nya berkali sebanyak 5 juta ke 10 juta orang. Pastilah pertumbuhan luar biasa ini diakibatkan oleh kegagalan kekafiran untuk menjawab keperluan-keperluan ‘manusia, dari segi sifat mesej Kristian yang positif dan efektif, dan dari segi semangat umat Kristian yang bersaksi dalam tiap-tiap bidang masyarakat. Pertumbuhan deras begitu tidak memberi Agama Kristian banyak peluang untuk melibatkan dan mengajar para penganutnya baru, Akibatnya ialah mengembangkan kesilapan dalam pentadbiran demi usaha-usaha untuk menyeliakan gereja-gereja yang berkembang dengan deras. Sebagai misalan: Si pastor atau si biskop ialah pemimpin satu gereja bila ada satu gereja sahaja di scbuah bandar. Tetapi hampir semalaman, jumlah orang Kristian mungkin berkali tiga atau empat. Sebab kepimpinan terlatih begitu susah didapati, si biskop, yang inginkan gereja-gereja baru diseliakan dengan baik, semata-matanya menjadi si penyelia semua gereja di bandar itu. Dia melantik para pengkhutbah untuk menjalankan kerja tempatan di bawah penyeliaannya, Situasi ini ialah permulaan banyak gereja dikuasai oleh seorang, yang lama-kelamaan menjadi seorang pegawai baru, jaitu biskop untuk kawasan itu. Pertumbuhan Agama Kristian yang deras menjadikannya suatu gerakan popular dan membawa tambahan-tambahan besar-besaran. Dalam satu kes, bila panglima tentera (dari niat busuk) memutuskan untuk menganut Agama Kristian, seluruh tenteranya juga 10 mengikut, tanpa sebarang idea tentang pertaubatan atau iman. Praktis begitu hanyalah membawa kerosakan terluas. 2. Pemasukan Paganisme (penyembahan berhala) Berkaitan rapat dengan pertumbuhan deras ini ialah sifat mereka yang dibawa ke dalam gerakan Kristian itu. Selama abad-abad pertama, kesemua penganut baharu Kristian adalah orang dewasa yang dahulu menyembah berhala-berhala, Para penganut Yudaisme biasanya menolak mesej Kristian, jadi para pemimpin diambil daripada kaum bukan Yahudi, yang kebanyakan daripada mereka telah mendapat latihan keagamaan dalam paganisme. Dengan tidak berfikir dulu, mereka memindahkan idea-idea paganisme ke dalam Agama Kristian, Pastilah penafsiran mereka tentang upacara-upacara agung gereja ~penafsiran yang berdasarkan latarbelakang bertahayul dan bersikap kebendaan— mengubah upacara-upacara pembaptisan dan Perjamuan Tuhan, daripada simbol-simbol rohani kepada upacara bersakti. Kemudian juga idea tentang dewi perempuan diperkenalkan daripada latarbelakang paganisme, suatu idea yang membimbing orang- orang kepada praktis menaikkan doa kepada Maria, ibuNya Tuhan Yesus 3. Penganiayaan Kejam Adalah dua usaha sistematik untuk mencabut Agama Kristian, satu pada tahun 250 ‘Masihi, dan yang lain pada tahun 300 Masihi. Walaupun Agama Kristian terus hidup, penganiayaan-penganiayaan ini mempengaruhi dengan tidak baik para orang percaya Kristian dan semangat gerakan itu, Jawatan biskop atau pastor diperbesarkan sangat; tanda- tanda luar untuk keahlian gereja terlalu ditekankan; fanatisme dan sakti menjadi undang di banyak tempat; dan hairan benar, umat Kristian sendiri mulai menganiayai satu sama lain. 4, Gabungan Gereja dan Negeri Walaupun Agama Kristian tidak menjadi agama rasmi di Empayar Romawi sehingga akhir abad keempat, Maharaja Konstantin (323 —327 M.) mula mengawal pentadbiran gereja bersama dengan banyak memberi penghormatan kerajaan kepada umat Kristian Begitulah ia. mula menyatukan kepimpinan sekular (duniawi) dengan kepimpinan agama, dan daripada zaman itu hingga sekarang, gabungan itu mengutuk dunia. Mengapa? Para pemimpin Kristian yang berkarunia rohani menurut ajaran Perjanjian Baru digantikan dengan mereka yang berkemahiran pentadbiran dan yang setia kepada maharaja. Sebagai akibat, paksaan, kekejaman, kebencian, dan semua perangai buruk lain ditiru oleh para pemimpin agama yang berjajar dengan orang politik yang berkuasa. Gabungan jahat ini antara gereja dengan negeri berabad-abad, telah meninggikan Gereja Katolik ke tempat termulia hari ini 5. Sinod-sinod dan Majlis-Maylis Pada masa awal dalam sejarah Kristian, berkembanglah praktis mencari nasihat

You might also like