Kertas Konsep Pertandingan Menulis Cerpen 2021

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP

KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN


TAHUN 2021
(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Kelolaan
Pejabat Pendidikan Daerah
Sarawak
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN

1.0 PENDAHULUAN
Cerpen merupakan cerita pendek berbentuk formal dan tidak formal yang
menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis.
Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk
berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif
melalui penulisan cerpen mengikut tema yang telah ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN


2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa
Melayu.
2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis
dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur dan gramatis secara
berseni dan kreatif.
2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan bahasa Melayu.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN


Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini terbahagi kepada
empat (4) kategori;

Sekolah Rendah : Murid Tahun 3 - 6


Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 – 3
Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 – 5
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

2
4.0 TEMA
Sekolah Rendah : Jiranku Prihatin
Sekolah Menengah Rendah : Makbulnya Doa Ibu Bapa
Sekolah Menengah Atas : Manisnya berbudi Bahasa
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Mulut Biar Manis, Hati Biar Jernih

5.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


5.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah
menengah warganegara Malaysia sama ada di Sekolah Rendah/
Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah/Menengah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Rendah/ Menengah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan.
5.2 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu cerpen sahaja.
5.3 Setiap cerpen mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang
lengkap dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak
menolak borang penyertaan yang tidak lengkap.
5.4 Cerpen mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh
mana-mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber
lain. Cerpen plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan
dengan serta merta.

5.5 Cerpen tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta


menyentuh sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
5.6 Format penulisan cerpen:
5.6.1 Cerpen mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang
penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam
borang penyertaan.
5.6.2 Cerpen mestilah ditaip menggunakan fon Times New Roman,
dua belas (12) dan dalam jarak langkau 1.5 (1.5 spacing).
5.6.3 Cerpen yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk PDF
kepada guru sekolah masing-masing.

3
5.6.4 Pihak sekolah akan menghantar cerpen murid melalui pautan yang
akan dimaklumkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) bagi penjurian peringkat daerah dan
negeri.

5.6.5 Had perkataan mengikut kategori pertandingan:


i. Sekolah rendah : 250 hingga 350 patah perkataan
ii. Sekolah menengah rendah : 400 hingga 500 patah perkataan

iii. Sekolah menengah atas : 750 hingga 1,000 patah perkataan


iv. Tingkatan enam : 1,000 hingga 1,300 patah perkataan

5.7 Penyuntingan cerpen adalah tidak dibenarkan di semua peringkat


pertandingan setelah dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis di
peringkat sekolah akan dihantar tanpa suntingan ke peringkat daerah dan
negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.
5.8 Setiap PPD diminta menghantar tiga (3) cerpen terbaik dalam setiap
kategori yang dipertandingkan ke peringkat negeri.
5.9 Setiap cerpen yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan cerpen-cerpen
yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal
menjadi milik penulis.
5.10 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.

6.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN


6.1 Cerpen akan disemak oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak JPN
mengikut peringkat pertandingan.

4
6.2 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah
ditetapkan:

i. Isi kandungan : 50 markah

ii. Bahasa : 50 markah

6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh
panel hakim secara kolektif.
6.4 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
6.5 Panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
6.6 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.4 selepas
keputusan diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah
pertandingan.

7.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak JPN dan KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan atau
karya penulisan di mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau
pendidikan.

8.0 TARIKH DAN TEMPAT

TARIKH : 21 Jun hingga 12 Julai 2021


(Tarikh Pendaftaran ditetapkan oleh PPD Pengelola)

TEMPAT : Secara dalam talian

Kategori Sekolah Rendah : PPD Belaga


PPD Kategori Sekolah Menengah Rendah : PPD Belaga
:
PENGELOLA Kategori Sekolah Menengah Atas : PPD Belaga
Kategori Kolej/ KelasTingkatan 6 : PPD Saratok

5
9.0 HADIAH/ SIJIL

BIL. PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga ke-10 Hadiah dan Sijil Pencapaian
7. Tempat ke-11 dan seterusnya Sijil Penyertaan

10.0 AM

10.1 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan konsep
pertandingan peringkat kebangsaan tahun 2021.
10.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
10.3 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook page Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook page Unit Koku JPN Sarawak

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

6
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN 2021

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

No. MyKad/ Kad Pengenalan : Sila lampirkan salinan MyKad/ Kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:


Jantina : Bangsa:
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tahun/ Tingkatan :
Tajuk Cerpen :
Link URL :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :


No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/ PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa murid di atas adalah murid sekolah kami:

Tandatangan
:
Guru Besar/ Pengetua

Cap Sekolah :
No. Tel. :
No. Faks. :

You might also like