Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BATASAN KAJIAN

Filem yang bakal digunakan dalam kajian ini kelak adalah filem animasi The Present
Thumbelina. Animasi yang diterbitkan sekitar tahun 2009 ini adalah satu animasi yang
berfokus kepada pengajaran alam sekitar dan penjagaannya. Dan disebabkan inilah, animasi
ini dipilih sebagai bahan kajian. Penceritaan lebih terperinci mengenai pembalakan haram
akan diterangkan lebih lanjut berdasarkan animasi ini. Walaubagaimanapun, pengkaji
mendapati bahawa tidak semua perkara dalam filem dapat dibincangkan secara terperinci
melalui kajian ini. Maka, beberapa perkara dalam kajian akan dibataskan kelak bagi
memastikan ketercapaian tujuan dan objektif asal tujuan. Antaranya adalah segi durasi filem,
pemfokusan cerita serta kaedah yang bakal digunakan.

Filem ini akan dikaji dari minit 0.01 hingga minit ke-74 iaitu sehingga minit terakhir
filem. hal ini kerana, dalam filem ini penegasan terhadap masalah alam sekitar adalah sangat
jelas. Maka, bagi memastikan kefahaman yang padu mengenai filem ini pengkaji akan terus
meneliti setiap minit yang ditayangkan.

Bagi pemfokusan cerita pula, pengkaji akan berfokus kepada masalah pembalakan
sahaja. Hal ini kerana, masalah pembalakan ini bukan sahaja berlaku pada dunia fantasi
semata-mata malahan perkara itulah yang turut berlaku dalam kehidupan seharian kita dan
sedikit sebanyak dapat kita lihat kesannya kepada ekosistem. Dalam masa yang sama,
pengkaji ini mengelakkan unsur lewah dan meleret dalam kajian. Oleh hal yang demikian,
melalui kajian ini kelak amatlah diharapkan bahawa setiap perkara yang dibincangkan diteliti
dan diamalkan bagi mengekalkan kesejahteraan alam kita.

Seterusnya, pengkaji turut membataskan pengkaedahan kajian yang bakal dijalankan


ini. Kaedah kepustakaan akan digunakan bagi mengumpulkan sebanyak mungkin data-data
yang relevan dan bersesuaian dengan kajian. Mana-mana buku dan majalah mahupun
penulisan artikel rasmi berkaitan akan digunakan bagi memastikan penyampaian kajian yang
berinformasi dan tepat.

Kesimpulannya, dijangkakan bukan semua aspek mampu dikaji oleh pengkaji dengan
baik. Terdapat beberapa kekangan yang perlu diteliti pengkaji dan perkara inilah yang kelak
menimbulkan kelompongan pada kajian. Namun, sangat diharapkan batasan kajian ini kelak
dapat menjadikan kajian ini sebagai satu kajian yang bermanfaat kerana telah memperincikan
dengan jelas satu elemen kecil sahaja.
-kehendak diri (sukarela)

-berfikir positif

-sentiasa bersedia

-komited

-prihatin

-Hidup bermaruah

-rendah diri

-muhasabah diri

Ikhlas membantu

-hiasi peribadi

You might also like