Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERBEZAAN SEKTOR AWAM DAN SEKTOR SWASTA

Sektor awam dan sektor swasta merupakan dua sektor penggerak dalam satu
pentadbiran kerana kedua-dua sektor ini membantu dalam memajukan negara dan
mempunyai tujuannya tersendiri. Sektor awam terdiri daripada agensi dan institusi yang
dimiliki serta dikendalikan oleh kerajaan manakala sektor swasta terdiri daripada perniagaan
kecil, syarikat atau satu organisasi yang mengutamakan keuntungan.

Perbezaan antara sektor awam dan swasta dari segi pendidikan dapat dilihat pada
pembayaran yuran pengajian. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mempunyai struktur
bayaran yuran yang lebih rendah kerana kebanyakkannya ditanggung oleh kerajaan. Bahkan,
kerajaan turut menyediakan penjiman wang daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) untuk membantu pelajar dalam melanjutkan pelajaran bagi ibu bapa yang
tidak mampu membiayai yuran pengajian anak mereka. Hal ini kerana kerajaan lebih
mementingkan kesejahteraan rakyat. Dengan ini, kebajikan rakyat dapat dijaga. Perkara ini
pula berbeza dari Insitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kerana struktur pembayaran yuran
IPTS lebih tinggi berdasarkan reputasi IPTS tersebut. Bahkan, pembayaran yuran akan
ditanggung sepenuhnya oleh pelajar dan IPTS tidak menyediakan sebarang pinjaman
kewangan disebabkan IPTS bukan di bawah kerajaan akan tetapi di bawah syarikat. Oleh itu,
pihak IPTS memerlukan keuntungan untuk menaiktaraf infrastruktur di IPTS mereka.

Dari segi prospek selepas tamat pengajian pula adalah penting bagi pelajar. Pelajar
dari IPTA mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor
perkhidmatan awam kerana kerajaan akan menjamin pekerjaan untuk pelajar yang lulus dari
IPTA. Bagi pelajar dari IPTS, setelah lulus dari IPTS mereka akan mendapat peluang
pekerjaan yang tinggi untuk bekerja dalam sektor swasta. Hal ini kerana syarikat swasta lain
berpendapat bahawa kolej yang lebih berkualiti akan menghasilkan pekerja yang berkualiti
tinggi. Dengan ini, peluang pekerjaan pelajar lepasan IPTS ke dalam sektor swasta sangat
tinggi.

Kesimpulannya, Kedua-dua sektor ini memberikan perkhidmatan yang baik kepada


rakyat dan setiap perkhidmatan yang disediakan akan memberikan kepuasan terhadap rakyat.
Akan tetapi kedua-duanya mempunyai cara yang berbeza dalam penyediaan perkhidmatan.
Oleh itu, kemudahan yang disediakan oleh kedua-dua sektor ini akan dilihat oleh rakyat
semasa rakyat hendak membuat keputusan dalam memilih perkhidmatan yang hendak
digunakan.

You might also like