Jan Koum WhatsApp

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BPMN 1013 PENGANTAR PENGURUSAN

Pengenalan Tokoh

Jan Koum dilahirkan pada 24 Februari 1976 di Kiev, Ukraine SSR, Soviet Union. Jan Koum
anak merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri yang berdarah Yahudi, beliau
menjalani kehidupan sederhana di sebuah bandar kecil yang terbabit dengan
pertelingkahan politik. Mereka turut berdepan dengan rakyat yang mempunyai perasaan
kebencian kepada bangsa Yahudi di negara tersebut.

Akibat keadaan yang kurang selamat di Ukraine, Keluarga beliau telah membuat keputusan
untuk berpindah ke Amerika Syarikat. Jan Koum Bersama ibu dan nenek beliau telah
berhijrah ke Mountain View, California pada tahun 1992 dan tinggal di sebuah apartment
kecil. Bapa beliau pada mulanya akan bersama mereka walaubagaimanapun, Bapa beliau
terlantar sakit ketika di Ukraine dan tidak dapat berhijrah Bersama mereka ke Amerika
Syarikat. Akhirnya, Bapa beliau telah meninggal dunia pada tahun 1997.

Ketika di Amerika Syarikat, Jan Koum Bersama keluarganya hidup atas elaun kebajikan.
Kemudian ibu beliau mula mengambil upah menjaga kanak-kanak bagi menyara keluarga
manakala Jan Koum sendiri turut bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kedai Runcit. Ketika
di Sekolah Menengah, Beliau berminat dengan bidang programming dan mempunyai bakat
dalam bidang tersebut, malah Beliau telah belajar sendiri ilmu programming melalui buku
manual yang dibeli dari kedai.

Pada usia 18 tahun beliau sudah berjaya mempunyai skil sebagai seorang jurutera rangkai
Komputer, Beliau kemudian menyambung pelajaran ke San Jose State University. Sebagai
pelajar, Beliau membuat kerja sampingan di Ernst & Young sebagai penguji keselamatan
bagi membiayai yuran pengajiannya. Pada tahun 1997, semasa masih bekerja di syarikat
Ernst & Young beliau telah ditugaskan untuk menguji tahap keselamatan system
pengiklanan sebuah enjin carian iaitu Yahoo.

Ketika melakukan tugas tersebut, beliau telah berkenalan dengan Brian Action iaitu salah
seorang pekerja terawal di Yahoo. Selepas beberapa bulan, Jan menyertai Yahoo sebagai
Jurutera Infrastruktur dan ketika itu beliau masih lagi belajar di San Jose State University.

1
BPMN 1013 PENGANTAR PENGURUSAN

Beberapa hari selepas beliau menyertai Yahoo, Syarikat tersebut menghadapi masalah
kerosakan system. Ketika saat itu, Beliau sedar beliau perlu memilih antara Universiti atau
bekerja. Akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk berhenti belajar dan terus bekerja
di Yahoo.

Jan Koum dan Brian Action bersama-sama bekerja di Yahoo selama 9 tahun, Ketika waktu
tersebut mereka bukan sahaja menjadi rakan Karib malah turut mempunyai minat yang
sama dalam teknologi media social yang sedang berkembang. Walaubagaimanapun Yahoo
tidak memberi peluang kepada mereka menerokai bidang baru tersebut. Oleh yang
demikian mereka berdua telah berhenti dari Yahoo pada tahun 2007 bagi mencuba sesuatu
yang baru.

Gaya Kepimpinan

Kesempatan itu mereka berdua telah bercuti selama setahun dan mengembara ke Amerika
Selatan, Setelah pulang ke Amerika Syarikat. Mereka berdua masing-masing memohon
pekerjaan di Facebook dan Twetter namun kedua-dua permohonan mereka telah ditolak.
Pada tahun 2009, Jan telah membeli sebuah IPhone. Ketika mula menggunakan App
Stores, Beliau sedar akan potensi yang terdapat di pasaran bagi Aplikasi yang boleh
digunakan di IPhone.

Kesedaran ini memberi idea kepada beliau untuk menghasilkan Aplikasi kos rendah yang
memudahkan Komunikasi. Keterujaan dengan idea tersebut, Beliau terus bertemu Brian
Action dan mereka berdua menubuhkan sebuah Syarikat baharu. Syarikat tersebut diberi
nama WhatsApp Inc. Jan Koum dan Brian Action telah menubuhkan Syarikat WhatsApp Inc
pada ulang tahun kelahiran Jan Koum iaitu pada 24 Februari 2009.

Di Awal penubuhan WhatsApp Inc pejabat pertama mereka merupakan sebuah Gudang
yang dikongsi Bersama dengan sebuah syarikat lain iaitu Evernote, mereka hanya
mempunyai beberapa ruangan kerja yang kecil serta pekerja mereka terpaksa
menggunakan Blanket kerana dek cuaca sejuk dan syarikat tersebut tidak mempunyai
pemanas. Jan dan Brian juga meletakkan perinsip asas syarikat mereka iaitu tidak akan
meletakkan sebarang iklan.

Akhirnya WhatsApp Inc telah melancarkan aplikasi WhatsApps pada awal tahun 2010, Pada
awalnya aplikasi ini sering kali crash dan mengalami banyak masalah. Selepas beberapa
bulan percubaan aplikasi WhatsApp ini penuh dengan kekecewaan, Jan hampir-hampir
berputus asa namun Brian meyakinkan beliau untuk memberikan sedikit usaha dan masa
untuk memperbaiki aplikasi tersebut.

2
BPMN 1013 PENGANTAR PENGURUSAN

Pada ketika itu tidak terdapat banyak aplikasi meseg segera yang lebih efektif dan pelbagai
guna, Lama kelamaan WhatsApp mendapat tempat di hati pengguna dan menjadi sangat
popular walaupun tiada sebarang pemasaran. Kelebihan yang dimiliki oleh WhatsApp yang
menarik minat pengguna adalah kelebihan menghantar meseg dan gambar dengan mudah
serta menjimatkan kos, Sehingga ke hari ini Aplikasi WhatsApp menjadi satu sistem
perhubungan yang lebih efektif dan menjadi pelbagai kegunaan bukan sahaja untuk
berhubung tetapi kegunaannya lebih meluas lagi.

Perkembangan WhatsApp

Populariti yang semakin meningkat membolehkan syarikat WhatsApp Inc Berjaya


mendapatkan pelaburan dari luar bagi menambah baik peroduk mereka, Populariti
WhatsApp Berjaya menarik perhatian gergasi media social seperti Facebook. Pada tahun
2012, CEO Facebook iaitu Mark ZuckerBerg telah menghubungi Jan Koum dan mereka
telah berjumpa, Pertemuan pertama mereka di kedai Kopi dan kemudiannya mereka
melakukan aktiviti mendaki Bersama. Mereka berdua terus berhubung dan melakukan
beberapa lagi pendakian Bersama malah mereka berkongsi minat yang sama iaitu
menghubungkan dunia.

Dalam masa beberapa bulan selepas WhatsApp stabil, Pangkalan pengguna aplikasi ini
semakin berkembang, Dan pada Februari 2013, aplikasi WhatsApp telah mempunyai 200
juta pengguna aktif. Pada Februari 2014, Mark Zuckerberg menjemput Jan Koum untuk
makan malam dan membuat penawaran untuk mengambil alih WhatsApp namun Jan Koum
telah mengambil masa untuk berfikir selama beberapa hari

Pada Hari Valentine Day, Jan Koum datang semula bertemu Mark ZuckerBerg ketika itu
Mark ZuckerBerg sedang makan malam Bersama isterinya Priscilla. Mereka telah
berbincang tentang terma pengambilalihan WhatsApp, Pada malam sebelum
menandatangani perjanjian berkenaan, jan berjaga sehingga lewat malam untuk meneliti
segalanya berkenaan kertas kerja Bersama team pelaburan dari Sequoia yang
menyumbang wang bagi siri A WhatsApp.

Dan semasa Jan Koum memandu pulang ke rumah pada pukul 2.30 pagi, Tayar kereta
beliau telah meletup pada kelajuan 120km dan beliau hampir-hampir maut dalam
kemalangan tersebut. Semboliknya, Keesokan harinya beliau menandatangani kertas kerja
pengambilalihan oleh Facebook pada pintu pejabat lama beliau. Pejabat tersebut hanya
beberapa blok dari ibu pejabat WhatsApp sekarang iaitu di Moutain View.

3
BPMN 1013 PENGANTAR PENGURUSAN

WhatsApp kini

Facebook membeli aplikasi WhatsApp dengan bayaran sebanyak USD 19 Bilion. Pada
bulan sama pembelian, Saham Jan Koum dalam WhatsApp tiba-tiba melonjak kepada USD
6.8 Bilion. Pendapatan bersih beliau terus meningkat Bersama peningkatan nilai stok dan
saham FaceBook, Selepas pengambilalihan WhatsApp oleh Facebook Jan Koum telah
menyertai Lembaga Pengarah Facebook dan bersetuju dengan pembayaran gaji pokok
sebanyak USD 1 Juta, Namun dengan stok option bernilai Bilion USD. Walaupun pembelian
WhatsApp oleh Facebook, Jan Koum terus menerajui WhatsApp malah beliau menjadi
sangat dermawan. Beliau secara senyap menderma sebanyak USD 556 juta kepada Silicon
Valley Community Foundation.

Jan Koum juga telah menderma sebanyak USD 1 juta kepada Yayasan yang
bertanggungjawab terhadap sistem sumber operasi terbuka ( Open-source OS ) iaitu
FreeBSD. Bagi beliau, FreeBSD sebelum ini telah sedikit sebanyak membantu beliau untuk
keluar dari kemiskinan. Beliau merupakan pengguna OS tersebut. Walaupun kini beliau
kaya raya, Jan Koum tetap Low-Profile sepanjang karier beliau. Menurut beliau juga,
penjualan WhatsApp kepada Facebook hanya mengubah 10% kehidupan beliau, Dimana
beliau masih tinggal di rumah yang sama dan berkawan dengan kawan-kawan yang sama.

Ketika WhatsApp dijual, Ia memiliki lebih kurang 450 juta pengguna aktif, Kini WhatsApp
menjadi aplikasi meseg percuma paling popular dengan pangkalan pengguna sebanyak 1.2
bilion. WhatsApp bukan sahaja telah di bangunkan untuk kegunaan menghantar dan
menerima meseg malah ia turut di gunakan dalam mengembangkan perniagaan dan
Pendidikan.

You might also like