Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SOALAN AKTIVITI MORAL

1.Sila buat perbandingan antara teori Moral Barat (Falsafah Moral Barat) seperti yang saya jelaskan
dalam kelas online tadi, dengan teori moral mengikut pandangan agama (Kepercayaan) masing-
masing, beserta hujjah atau bukti atau dalil daripada agama tersebut.

Teori etika barat terdiri daripada dua pandangan utama, iaitu teori Teologi dan teori
Deontologi. Teori Teleologi dibahagikan kepada dua teori iaitu Egoisme yang
mengejar keuntungan diri sendiri dan Utilitarianisme yang membawa manfaat
kepada seluruh masyarakat. Menurut Christian Wolf, iaitu seorang ahli falsafah
Jerman abad ke 18M mengatakan bahawa teori Teleologi adalah teori yang
mengukur baik dan buruk suatu tindakan berdasarkan tujuan dan akibat, dianggap
bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Dalam ajaran
agama Hindu, kita dapat melihat nilai keadilan. Kita hendklah berlaku adil dalam
membuat keputusan atau menilai sesuatu. Dalam kitab Silappatikaram, terdapat
situasi yang menyalahkan suami Kannagi bahawa beliau telah mencuri gelang rantai
yang mempunyai berlian. Untuk membuktikan kebenaran, Kannagi telah
memecahkan gelang kaki yang mempunyai manik. Selepas kejadian ini menteri
telah mengakui kesalahan dan menteri dan isterinya telah meninggalkan dunia pada
saat tersebut. Daripada situasi ini kita dapat mempelajari bahawa baik dan buruk
suatu tindakan berdasarkan kebenaran.

Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873),
Utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud “berguna” atau
“kegunaan”. Teori ini berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan
memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan kepada majoriti. Teori
Utilitarianisme menilai sesuatu tindakan itu membawa kegembiraan, sebaliknya
tindakan itu salah atau tidak bermoral sekiranya membawa kesan negatif. Menurut
agama Hindu, ahli falsafah Suami Vivekananda menyatakan bahawa apa sahaja
yang menjejaskan keseronakan secara fizikal, intelek, dan rohani, ketepikannya
seperti racun. Itu tidak ada sebarang jiwa. Itu tidak boleh menjadi keseronakan.
Keseronakan adalah segala ilmu dan kesucian. Keseronakan ialah sesuatu
membawa kesedaran dan kecergasan.

Teori Deontologi berasal dari perkataan Yunani “deon” yang bermaksud bermanfaat.
Ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant, mengatakan bahawa sesuatu perlakuan sama
ada baik atau buruk berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai
intrinsik, tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Ahli
falsafah John Stuart Mill berpendapat bahawa, teori Utilitarianisme adalah menilai
sesuatu tindakan beretika apabia tindakan itu membawa kegembiraan, sebaliknya
tindakan itu salah atau tidak bermoral sekiranya membawa kesan negatif. Antara
jenis-jenis Utilitarianisme ialah tindakan dan peraturan. Menurut karya
Mahabharatham, jika perkara itu menjatuhkan maruah seseorang maka, tindakan
akan diambil terhadap individu tersebut. Sebagai contohnya, dalam karya
Mahabharatam seorang wanita memotong kepala Bhishma yang mengeluarkan
perkataan yang tidak sopan terhadap kakak Draupadi. Daripada kisah ini, kita dapat
mengetahui bahawa tindakan akan diambil pada seseorang jika individu itu
melanggar undang-undang yang ditetapkan.

2.Jelaskan 5 budaya Hedonisme yang pernah kamu lihat dan saksikan dengan mata sendiri, beserta
penjelasannya.

Antara budaya Hedonisme yang pernah saya lihat dalam kehidupan adalah budaya
hiburan iaitu kelab malam. Kelab malam ialah sejenis tempat istirahat yang berniaga
pada waktu malam. Kelab malam sinonim dengan muzik dan minuman arak. Aktiviti
ini bukan sahaja menawarkan hiburan pada muzik sahaja malah menjadi tempat
saluran penjualan dadah. Selain itu, budaya punk. Budaya ini berkembang daripada
muzik rock punk yang bermula di New York, London dan kemudianya tersebar serta
menjadi popular dalam kalangan remaja. Budaya berkembang melalui fesyen,
muzik, seni dan media. Muzik punk yang pentas, bingit dan kasar sememangnya
mampu untuk merosakkan akhlak remaja dan menggalakan kegiatan jenaya yang
berleluasa. Budaya Hedonisme seterusnya adalah memiliki telefon pintar yang
mewah. Penggunaan telefon pintar yang mewah hanya melengkapi keinginan
peribadi sahaja. Merokok juga merupakan salah satu budaya Hedonisme. Golongan
remaja yang terlibat dalam gejala merokok sering meningkat dari tahun ke tahun.
Kesanya adalah berisiko tinggi untuk menghadapi kanser paru-paru. Vandalisme
juga dapat disebut sebagai budaya Hedonisme. Vandalisme merujuk kepada tabiat
seseorang membinasakan atau merosakkan harta benda awam dan harta benda
orang lain. Kelakuan seperti ini biasanya dilakukan oleh golongan remaja yang
terlibat dalam budaya lepak.

You might also like