Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENGENALAN TOKOH FALSAFAH ISLAM

 Nama sebenar Al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Beliau dilahirkan di Tusi,
Khurrasan, Parsi pada tahun 450H.
 Al- Ghazali juga dikenali sebagai Hujjatul Islam kerana keluasan ilmunya dalam
segenap perkara terutamanya dalam bidang tawasuf dan aqidah. Namun tidak dinafikan
juga beliau sememangnya mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak tentang falsafah.
Ini kerana falsafah dan aqidah merupakan dua bidang ilmu yang saling berpaut antara
kedua-duanya.

 Tahukah anda?
Ayahnya merupakan seorang sufi yang sangat wara’ dan
kerjanya memintal dan menjual
benang yang ditenun dari bulu biri-biri. Turut mendedahkan
anak-anaknya dengan asas sufi. Al-Ghazali mempunyai seorang
saudara lelaki bernama Ahmad.

 Pendidikan Imam Al- Ghazali


Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di
kampungnya sendiri dalam bidang Fiqh dan kemudian
meneruskan kembara ilmu ke Jurjan.

 Guru-guru Imam Al-Ghazali


Antara ulamak-ulamak terkenal yang beliau pernah berguru ialah Imam al-Juwaini di
Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, Al-Ghazali diterima
mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong kemahiran bermuhadarah
sehingga menjadikan dirinya seorang ilmuan yang terkenal dalam bidang Fiqh, ilmu
Kalam, dan Falsafah pada zaman tersebut.
 Semangat keilmuan
Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga
mendorongnya mengembara dan merantau dari sebuah tempat ke
tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada
zamannya. Sewaktu di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik
sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.

HURAIAN FALSAFAH TOKOH AL-GHAZALI

 Imam Al-Ghazali telah merumuskan terdapat 6 aspek penting dalam bidang falsafah iaitu
bidang metafizik, fizik, logik, etika, politik dan matematik.
 Perbandingan dengan cabang falsafah yang dipelajari hanya mempunyai 4 cabang
falsafah iaitu : Metafizik, Logik, Etika, Epistemologi.
 Terdapat beberapa persamaan di antara pandangan falsafah yang dikemukakan oleh tokoh
Islam ; Imam Al-Ghazali dengan apa yang telah kita pelajari, bukan?
 [Soalan] Cuba anda imbasi kembali, apakah persamaan pandangan tersebut?

 Imam Al-Ghazali menambah lagi, tiada salah dan masalah untuk mempelajari falsafah
yang dikemukakan oleh tokoh Barat, contohnya falsafah Greek asalkan ianya tidak
bertentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam karyanya yang
berjudul “Tahafut al-Falasifah”(Incoherence of Philosophers) mengenai fizik dan
metafizik yang menyatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan. Kadang kala,
beliau juga bersetuju dengan pandangan dan pendapat yang dikeluarkan oleh Aristotle
namun bukanlah keseluruhan perkara falsafah, ini kerana terdapat juga beberapa
bahagian falsafah yang dikemukakan oleh Aristotle menyalahi aqidah seorang Muslim
 Bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat.
Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh
menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan keTuhanan khususnya mengenai
perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran.
 Persoalan falsafah sangat berkait dengan persoalan aqidah iaitu metafizik yang
menjangkau tentang keTuhanan. Di sinilah terdapat perbezaan di antara pendapat falsafah
Islam dan Barat di antaranya ahli falsafah Barat terlalu mengutamakan logik dalam ilmu
matematik sehingga melibatkan soal keTuhanan. Menurut Al-Ghazali tidak salah
berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang
terlalu berpegang kepada logik iaitu terlalu mengikut akal fikiran, hendaklah
membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan keTuhanan atau konsep
metafizik yang salah.
 Imam Al-Ghazali telah menentang beberapa golongan ahli falsafah Islam yang
terpengaruh dengan pemikiran falsafah Yunani yang boleh menyebabkan kepada
kesesatan dan syirik.
 Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan
dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, Tuhan tidak mengetahui terhadap

perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan


jasad atau jasmani.
 Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan
ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahawa ilmu kalam dan
penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyemarakkan
api keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam.
 Justeru itu, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan
kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani.
Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-
Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-
mata.
 Jadi, Al-Ghazali cuba memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang
bercanggah dengan agama Islam serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Hal ini
menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falsafah Islam
yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak seperti pemikiran
serta permainan logik yang lazim digunakan oleh ahli falsafah Yunani. Perkara yang
ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh
mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut.
 Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

Manakala dalam kitab “al-Munqidz Min ad-Dhalal”, Al-Ghazali menyatakan


bahawa para Filosof yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran
yang bercirikan kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu golongan ad-

Dahriyyah (Aties) iaitu golongan yang mengingkari adanya Tuhan. Mereka berkata,
alam ini ada dengan sendirinya. Seperti haiwan yang ada melalui mani dan mani dari
haiwan tanpa kesudahan lingkarannya, oleh yang demikian pula halnya dengan alam ini.
Golongan ini adalah golongan zindiq.
 Golongan yang seterusnya ialah golongan at-Tobiiyyah (Naturalis) iaitu golongan ini
memusatkan perbahasan pada alam fizikal, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Keajaiban yang mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha Bijaksana. Golongan
ini pula berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali lagi. Oleh itu
merekamengingkari adanya hari akhirat, syurga, dan neraka. Golongan ini juga termasuk
zindiq.
 Golongan yang seterusnya ialah golongan al-Ilahiyyah (Theis) iaitu golongan yang
muncul dari dua golongan yang telah dinyatakan. Contohnya Sokrates, Plato, dan
Aristoteles.
 Kesan daripada itu, Aristotle telah menyanggah pemikiran para falsafah sebelumnya,
tetapi beliau sendiri tidak mampu membebaskan diri dari sisa-sisa kekufuran. Namun
ilmu-ilmu falsafah selain yang membincangkan tentang KeTuhanan boleh diterima selagi
tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh Al-Ghazali menunjukkan satu
contoh dalam ilmu matematik yang dapat diingkari kebenarannya.

 Sumbangan Imam Al-Ghazali


Al-Ghazali telah menghasilkan lebih daripada 400 buah karya dalam pelbagai bidang
seperti teologi, falsafah, sains, dan ilmu Sufi.
Contoh karya beliau :
Tahafut al-Falasifa : karya yang menolak semua pandangan falsafah Barat iaitu Aristotle
dan Plato.
Ihya Ulumuddin : merangkumi bidang sains Islam yang luas; fiqh, kalam(teologi), dan
ilmu Sufi.
Maqasid al-Filasafa : membentangkan teori-teori asas falsafah.
Miyar al-Ilm fi fan al-Mantiq (Criterion of Knowledge in the Art of Logic)
Mihak al-Nazar fi al-Mantiq(Touchstone of Reasoning in Logic)
Al-Qistas al-Mustaqim(The Correct Balance)

 Kesimpulan
Beliau juga sememangnya dikagumi oleh ahli falsafah Islam yang lain malah orientalis-
orientalis Barat juga mengiktiraf keunggulan pemikiran beliau. Antaranya ialah Cara De
Vaux, J.Wensik dan Obbermana merupakan orientalis barat yang sangat tertarik dengan
teori falsafah Al-Ghazali. Walau bagaimanapun, golongan yang sering mengikuti
perkembangan Al-Ghazali ini, sentiasa memberi pandangan dan idea yang berlainan
antara satu sama lain termasuklah B.B. McDonald yang menyifatkan kehebatan Al-
Ghazali sebagai seorang tokoh yang terkenal di dalam dunia ilmuwan islam sehingga
filosof terkenal Perancis iaitu Pascal menjadikan Al-Ghazali sebagai tempat rujukan
utama dalam falsafahnya.
Sepanjang hayatnya yang singkat beliau telah memberi sumbangan yang besar kepada
dunia Islam, beliau telah menghasilkan karya-karya agung seperti Kitab Ihya’
Ulumuddin, Ihya Ulumiddin, Al-Munqiz Min ad-Dalal, Mizanul-amal, Tahafut al-
Falasifah, Hidayah Al-Salikin, Jawahir Al-Quran, Minhaj al-Abidin, Asma Allah al-
Husna dan Ayyuha al-Walad dan Kimia as-Sa’adah.

You might also like