Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN PERUBATAN, PENGUBATAN DAN KEBAJIKAN ISLAM

NEGERI SEMBILAN
Gerai No 6, Jalan Margosa 2, Taman Margosa,
70400 Seremban, N. Sembilan.
No Tel : 012-6761187 (Abdul Ghani) / 019-6545119 (Samsuddin)

Rujukan Kami : DSNNS/05/20 ( )


Tarikh : Jun 2021

Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
70990 Seremban
Negeri Sembilan

Tuan,

MOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN KUTIPAN DERMA BAGI DANA BANGUNAN


DARUSSYIFA’ NEGERI SEMBILAN

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Darussyifa’ Negeri Sembilan sedang berusaha mencari


dana sebanyak RM900 ribu ( Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Ribu ) bagi tujuan pembelian
sebuah bangunan untuk kemudahan dan kegunaan ahli Darussyifa’ serta masyarakat sekitar.

3. Untuk makluman tuan, jumlah terkini dana bangunan Darussyifa’ Negeri Sembilan ialah
sebanyak RM 80,000.00 ( Ringgit Malaysia Lapan Puluh Ribu sahaja ).

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran dari pihak tuan untuk
membuat kutipan derma dari orang ramai bagi menambah dana.

5. Amat besar harapan kami daripada pihak tuan tentang permohonan kami ini.

6. Kerjasama dan keprihatinan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA


BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA

Saya yang menjalankan amanah,

(ABDUL GHANI BIN AHMAD ZAIGHU)


Pengarah,
Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam
Darussyifa’ Negeri Sembilan

sk-Fail Darussyifa’ N.Sembilan

You might also like