Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

SCCG 3123 – KOMUNIKASI PERUNDINGAN

SCCG 3123
KOMUNIKASI PERUNDINGAN

SEMESTER JULAI SESI 2020/2021 (JJ202)

TUGASAN 1 – INDIVIDU
‘CABARAN FREEBIE’

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN SYALILA BINTI MOHD ARSHAD

DISEDIAKAN OLEH:

HASMADI BIN KHAIRI (252484)

TARIKH SERAHAN:
18 OKTOBER 2020
ISI KANDUNGAN

MUKA

BIL PERKARA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 LATAR BELAKANG RUNDINGAN 3

3.0 STRATEGI PERUNDINGAN 3-5

4.0 PENGALAMAN DAN PENGAJARAN 5

5.0 KESIMPULAN 6

RUJUKAN 7

LAMPIRAN 8 - 10

1
1.0 PENGENALAN

Perundingan merujuk kepada satu kaedah penyelesaian konflik di antara dua atau lebih pihak
dalam apa jua konflik yang wujud dalam persekitaran. Tujuan utama perundingan dibuat adalah
untuk mencari formula terbaik dalam proses membuat keputusan bersama terhadap sesuatu
konflik. Oleh hal yang demikian, sesuatu perundingan yang dibuat itu akan menghasilkan satu
keputusan baru yang tidak mampu dicapai oleh mana-mana pihak secara bersendirian. Walaupun
manusia boleh berunding dalam apa jua perkara dan situasi, setiap pihak yang berkumpul untuk
berunding mestilah memahami proses-proses asas perundingan kerana adakalanya sesuatu
perundingan itu juga menghasilkan kegagalan.
Perundingan merupakan satu cara untuk mendapatkan persetujuan antara dua pihak atau
antara pemimpin dengan pengikut. Sehubungan dengan itu, perundingan adalah sebahagian
daripada proses membuat keputusan khususnya dalam organisasi. Perundingan banyak bergnatung
kepada pengetahuan, kemahiran, dan kualiti peribadi seseorang pemimpin sebagai perunding.
Perundingan bermula dengan penetapan objektif, iaitu mengambil kira isu yang boleh
dirundingkan. Perkara yang perlu diambil kira dalam penetapan objektif ialah objektif dan basil
yang dijangkakan, pendirian kita, bentuk persepakatan yang akan diambil, komitmen terhadap
objektif dan hasil terbaik yang diharapkan. Persediaan untuk memulakan perundingan mula
diambil kira selepas penetapan objektif dilakukan. Antara perkara yang perlu diambil kira pada
tahap ini ialah strategi perundingan, mengenali pasukan perunding, dan kuasa tawar menawar.
Langkah seterusnya ialah menjalankan proses perundingan yang melibatkan pembentukan suasana
perundingan, memilih gaya perundingan, dan taktik pertaruhan. Setelah proses perundingan
dijalankan barulah kedua-dua pihak yang berunding mencari penyelesaian. Dalam mencari
penyelesaian, kedua-dua pihak perlu memikirkan akan mendapat kebaikan daripada proses
perundingan tersebut atau paling kurang pun bersifat "seri". Langkah terakhir ialah menamatkan
proses perundingan. Perunding perlu bersifat harmoni supaya proses perundingan berjaya.

2
2.0 LATAR BELAKANG RUNDINGAN

Bagi tujuan eksperimentasi dan pengalaman tugasan ini, penulis telah memilih pembekal makanan
sejuk beku Imthiyaz Coldstorage adalah sebuah syarikat pembekal makanan sejuk beku dan
barangan runcit bumiputra halal 100% milik Bumiputera yang telah beroperasi sejak tahun 03 Jun
2015. Syarikat ini membekal dan mengedarkan daging import dan barangan keperluan harian ke
semua kedai makan, gerai burger, kedai runcit, perkhidmatan katering serta ke kantin dan asrama
sekolah di sekitar Ipoh. Pemilik syarikat adalah En. Irwan bin Ali Raja. Penulis telah memilih
beliau sebagai pembekal dan untuk mendapatkan daging percuma sebanyak 5 kilo.
Perundingan di antara penulis dan En. Irwan bin Ali Raja dilakukan secara interpersonal.
Komunikasi interpersonal iaitu komunikasi yang terjadi antara dua individu secara langsung
dengan cara berhadapan muka. Sekiranya proses rundingan berjalan dengan baik, penulis
mengharapkan tawar-menawar dapat dijalankan dengan En. Irwan bin Ali Raja dan boleh
memberikan penjimatan kepada penulis. Bagi tujuaan ini penulis merancang beberapa strategi iaitu
membeli secara runcit dengan beberapa orang penjual (sekurang-kurangnya 3 orang penjual) atau
membeli secara borong dengan seorang penjual. Hal ini dapat ditentukan dengan memilih beberapa
orang penjual melalui carian secara internet sebelum berjumpa dengan mereka secara bersemuka.
Selain daripada itu, bagi mengurangkan kos, penulis bercadang untuk mencari penjual yang dapat
memberi harga sekali dengan kos penghantaran.

3.0 STRATEGI PERUNDINGAN

Penulis telah pergi ke Syarikat tersebut dengan berpakaian kemas dan riak muka yang
sentiasa senyum. Kemudian penulis pergi ke sudut rak jualan barangan kek dan penulis telah
disapa oleh pengurus syarikat tersebut. Pengurus tersebut telah menanyakan kepada penulis
apakah yang ingin dan beliau boleh bantu. Selepas itu, teknik bahasa yang sopan dan riak muka
yang senyum manis penulis memuji pemiagaan beliau yang semakin maju. Pengurus itu
memperkenalkan diri beliau sebagai En. Irwan bin Ali Raja dan mengucapkan terima kasih atas
pujian penulis dan ucap Alhamdulillah atas kemajuan perniagaan beliau.

3
Setelah hampir 15 minit penulis dan pengurus itu berborak, pengurus tersebut sudah
menunjukkan reaksi yang baik berkomunikasi dengan penulis. Ini disebabkan penggunaan teknik
komunikasi dua hala yang baik dan mudah diterima oleh pihak lain. Selepas itu penulis telah
menceritakan kepada beliau mengenai eksperimentasi yang sedang penulis jalankan dan beliau
mula faham dengan situasi penulis. Penulis dan En. Irwan bin Ali Raja telah memulakan rundingan
dan telah berlaku pelbagai tawar-menawar dan konflik semasa perundingan tersebut berlansung.
Pada mulanya pengurus tersebut tidak bersetuju kerana ini melibatkan modal dan keuntungan
syarikat beliau.
Penulis telah bertindak memujuk En. Irwan bin Ali Raja supaya dapat memberikan produk
sejuk beku iaitu daging percuma kepada penulis dengan beberapa manfaat. penulis menawarkan
untuk membuat promosi kepada produk sejuk beku yang dijual oleh beliau dan sesiapa yang
berminat dengan produk di kedai milik ini boleh terus menghubungi beliau. Promosi ini sangat
mudah dan dapat menguntungkan beliau dalam mencari pelanggan baru dan boleh meningkatkan
keuntungan beliau. Penulis juga telah memujuk beliau untuk mengembangkan perniagaan ini
dengan lebih luas dengan cara mempromosikan kepada sesiapa yang berminat untuk menjual
secara online dan menjadi agen pengedar(dropship) produk tersebut di bawah pemantauan beliau.
En. Irwan bin Ali Raja mula berlembut hati dan menerima pendapat dan pujukan penulis dan mula
memikirkan kebaikan dan keburukan memberi daging percuma kepada penulis.
Dengan kemahiran memujuk dalam strategi pembujukan iaitu Sampaikan berita baik
dahulu, iaitu jika pengurus tersebut bersetuju memberi 5 kilo daging secara percuma penulis akan
mempromosi perniagaan beliau laman sosial penulis iaitu Facebook, Twitter dan Instagram dengan
memuji bahawa syarikat beliau adalah sebuah syarikat Bumiputera yang bagus, bersih dan
harga yang berpatutan. Penulis juga memberitahu beliau bahawa kos pengiklanan pada masa
sekarang amatlah mahal dan banyak perniagaan turut terjejak akibat pendemik Covid 19 yang
melanda negara sekarang. Dengan bermodalkan 5 kilo daging yang diberikan secara percuma
kepada penulis, beliau telah jimat kos pengiklanan yang agak mahal dan penulis secara tidak
langsung akan membuat pengiklanan dilaman sosial penulis dan ini akan memajukan lagi
perniagaan beliau. Dalam pada sama penulis juga menggunakan strategi perundingan iaitu
Menguatkan Ugutan atau Janji. Penulis telah berjanji dengan pengurus itu bahawa jika beliau
dapat memberi daging tersebut penulis akan mempromosi perniagaan beliau.

4
Kemudian penulis juga menggunakan strategi perundingan lain iaitu Mengubah Suai
Persepsi Pihak Lain. Dengan teknik ini, penulis memberitahu beliau bahawa jika beliau memberi
daging sebanyak 5 kilo tersebut secara percuma kepada penulis ia juga merupakan sedekah yang
mana daging tersebut akan penulis masak untuk disedekahkan kepada rumah anak-anak yatim.
Dengan sedekah kepada penulis 5 kilo daging tersebut sedekah tadi telah berpanjangan kepada
anak-anak yatim yang turut dapat makan daging tadi dan mungkin satu hari nanti Allah SWT akan
memajukan lagi pemiagaan beliau tanpa disangka-sangka. Dengan kenyataan itu mungkin
mengubah persepsi pengurus tersebut bahawa dengan rugi sedikit hanya 5 kilo daging Allah SWT
akan membalas dengan benda yang lebih balk dan bersedekah itu juga merupakan zakat perniagaan
beliau.
Hampir 15 minit kami berunding, pengurus tersebut bersetuju untuk memberi 6 kilo daging
kambing Australia dan memberitahu kepada penulis untuk mempromosi pemiagaan beliau
dilaman sosial penulis. Penulis kemudian menggunakan teknik perundingan iaitu Komitmen dalam
rundingan iaitu penulis dengan bersungguh-sungguh memberitahu beliau penulis akan
mempromosi pemiagaan beliau dilaman sosial penulis. Penulis juga menangkap gambar
pemiagaan menggunakan telefon bimbit penulis dan menunjukkan kepada pengurus tersebut
bahawa dengan gambar yang penulis tangkap tadi penulis akan muatnaik dilaman sosial Facebook,
Instagram dan Twitter penulis.

4.0 PENGALAMAN PENGAJARAN


Dalam perundingan tersebut penulis telah berjaya menggunakan taktik dan strategi dalam
perundingan dengan baik sehingga berjaya mencapai matlamat penulis untuk mendapatkan 5 kilo
daging sahaja tetapi penulis telah diberi 6 kilo daging kambing Australia. Kesan komunikasi yang
baik iaitu sopan semasa berkata-kata, reaksi muka yang menarik minat pengurus tersebut dan taktik
perundingan yang bagus penulis dapat menawan hati pengurus tersebut. Perundingan ini telah
berjaya dan menang-menang kerana penulis berjaya mendapatkan 6 kilo daging kambing Australia
dan pengurus tersebut juga akan mendapat promosi yang percuma daripada penulis serta secara
tidak langsung akan meningkatkan lagi jualan beliau.

5
5.0 KESIMPULAN

Komunikasi dan perundingan dapat dilihat melalui situasi akhir iaitu interaksi yang melibatkan
tawar-menawar yang akhirnya akan mewujudkan satu matlamat bersama. Kesimpulannya,
kemahiran memujuk memainkan peranan penting di dalam perundingan. Strategi yang digunakan
ini dapat membantu kita di dalam usaha memujuk pihak lain bagi mendapatkan apa yang kita
inginkan. Strategi ini juga mampu membantu kita untuk berdepan dengan sebelah pihak lagi
dengan lebih efektif. Selain itu, keinginan mendapatkan 5 kilo daging dan pemilik syarikat telah
memberi 6 kilo daging kambing Australia adalah untuk mengekalkan hubungan demi rundingan
lain di masa depan juga telah membuka peluang kepada rundingan ini lebih bersifat menang-
menang. Kepercayaan yang telah dibina di kedua-dua belah pihak telah berjaya mencapai satu
persetujuan dalam rundingan ini. Eksperimentasi dan pengalaman dalam menjalankan tugasan ini
sangat bagus kepada penulis mempelajari dan mempraktiskan bagaimana menjalankan sesuatu
rundingan dengan lebih berkesan.

6
RUJUKAN

Ainon Mohammad & Abdullah Hassan. (2010). Komunikasi Berkesan. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.

Haslina Halim, Hassan Abu Bakar, Azlina Kamaruddin., (2009). Komunikasi Perundingan.
Universiti Utara Malaysia.

https://prezi.com/isbeh8s0_jpq/komunikasi-dalam-perundingan/
https://www.slideshare.net/freedy_kalang/komunikas i-perundingan https://www.slide
share.net/AnaNurRed/konflik- dan-perundingan-dalam-komunikasi
https://www.maxmanroe.com/vid/sosial/pengertian-komunikasi.html

7
LAMPIRAN

8
Penulis bersama pemilik Imthiyaz Coldstorage’

9
10

You might also like