Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Dasar Pendidikan Inklusif

Di Malaysia, dasar pendidikan inklusif ialah akta orang kurang upaya 2008. Melalui
akta orang kurang upaya 2008, akses pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak
kurang upaya termaktub dalam undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah seksyen
28 (1) di mana kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem
pendidikan atas asas ketidakupayaan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 juga menyebut,“Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai murid
berkeperluan khas ke dalam program pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti
penyediaannya secara keseluruhan” .Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
memperkasa pelaksanaan program pendidikan inklusif secara terancang dan berfokus.

Deklarasi antarabangsa menyatakan bahawa Program Pendidikan Inklusif


merupakan satu pendekatan pendidikan yang terbaik bagi murid berkeperluan khas.
Antara deklarasi tersebut adalah seperti pernyataan Salamanca (1994). Di bawah
dasar ini, telah disarankan agar peruntukan kewangan diberikan dalam sistem
pendidikan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak
bekeperluan khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan
individu dan masalah ketidakupayaan mereka.

You might also like