Modul 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

MODUL 4: PERNYATAAN MASALAH

RINGKASAN

Modul ini memberi peluang kepada murid bagaimana mengenal pasti, menganalisis
dan merumuskan masalah dalam reka ciptaan.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

1. Menerangkan Kaedah kajian yang digunakan


2. Mengenal pasti latar belakang masallah yang hendak dilaksanakan
3. Melaksanakan kajian berdasarkan kaedah kajian yang dipilih
4. Menganalisis data dan maklumat yang diperoleh dan dipersembahkan dalam bentuk
jadual dan graf.
5. Merumuskan pernyataan masalah secara eksplisit berdasarkan dapatan analisis yang
dilakukan.

KOMPETENSI UTAMA

Setelah mempelajari keseluruhan unit ini, murid akan kompeten mengenal pasti,
menganalisis dan merumuskan masalah dengan betul.

KEMAHIRAN DIPERLUKAN

Berikut adalah kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan modul ini:

Berikut adalah kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan kompetensi ini:

1. Mengenal pasti masalah.


2. Menyatakan punca masalah berdasarkan kata kunci yang betul.
3. Menggunakan teknik pengumpulan data yang sesuai.
4. Menganalisis masalah berdasarkan data dan maklumat.
5. Menghurai dan mempersembahkan data dalam pelbagai kaedah.
6. Memahami proses pemikiran kreatif dalam membuat rumusan.

1
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Mengetahui kaedah pengumpulan data/maklumat.


2. Mengetahui asas statistik.
3. Mengetahui proses menganalisis data.
4. Mengetahui jenis persembahan data.
5. Mengetahui cara merumus data.

MAKLUMAT RUJUKAN

MENGENAL PASTI DAN MENGANALISIS MASALAH


Sebelum membuat sesuatu reka ciptaan yang berguna dan berpotensi untuk
dipasarkan, masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan difahami secara mendalam.

1. Pernyataan Masalah
Masalah yang dinyatakan perlu menunjukkan situasi bermasalah dan individu
yang menghadapi masalah di mana melibatkan perkara 5W1H (siapa, bila, dimana,
mengapa, bagaimana). Kesan dan akibat daripada masalah yang dihadapi perlu
dinyatakan dengan jelas.

Situasi perlu menyatakan aspek-aspek:


i. Tempat (lokasi masalah itu berlaku )
ii. Masa (waktu kejadian masalah itu berlaku)
iii. Keadaan fizikal (seperti suhu, ruang, saiz, berat, kelajuan)

2
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

3
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

4
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

5
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

6
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

7
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

8
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

9
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Latar Belakang Masalah


Perkara-perkara yang perlu ada dalam penulisan latar belakang masalah.
1. Pendahuluan
2. Definisi Operasional
3. Persoalan Kajian
4. Objektif Kajian
5. Kepentingan Kajian
Contoh:
1. Pendahuluan
Pembersihan merupakan aktiviti yang perlu dilakukan untuk memastikan kekotoran
itu hilang daripada objek, ruang, dan sebagainya. Aktiviti pembersihan dilakukan
sama ada di rumah, di luar rumah mahupun di mana-mana saja.
Dalam kajian ini pemerhatian telah dilakukan terhadap kantin di sebuah
sekolah dan didapati bahawa masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha kantin
adalah membersihkan peralatan kantin seperti pinggan mangkuk dan gelas minuman.
Hal ini kerana pembersihan pinggan mangkuk telah mengambil masa yang panjang.
Sekiranya dilakukan dengan cepat maka pinggan mangkuk dan gelas minuman
didapati kurang bersih.

2. Definisi Operasional
Pembersihan merupakan aktiviti menghilangkan kekotoran pada objek atau
ruang

(sumber: kamus dewan edisi ke ? )


3. Persoalan Kajian
Dalam kajian ini persoalannya adalah :
1. Adakah pembersihan pinggan mangkuk dan gelas minuman
memenatkan ?
2. Adakah pembersihan pinggan mangkuk dan gelas minuman memerlukan
masa yang panjang?

10
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

3. Adakah pembersihan pinggan mangkuk dan gelas minuman boleh


mendatangkan kecederaan?

4. Objektif Kajian
Daripada kajian ini diharapkan dapat:
1. Menyelesaikan masalah pembersihan pinggan mangkuk dan gelas dengan
cepat di kantin sekolah.
2. Mengurangkan risiko kecederaan semasa membersihkan pinggan mangkuk
dan gelas di kantin sekolah.

4. Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah untuk membantu pengusaha kantin menyelesaikan
masalah membersihkan pinggan mangkuk dan gelas minuman.

5. Batasan Kajian
Kajian ini akan dijalankan di kantin sekolah menengah harian biasa sahaja.

11
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Pelaksanaan kajian:
Tugasan projek ini dijalankan menggunakan kaedah kajian soal selidik.
Soal selidik diedarkan kepada 10 buah sekolah harian biasa di daerah Kota Kinabalu
Sabah seperti melalui pengetua sekolah jadual berikut:
Bil Nama dan Alamat Sekolah Tarikh

Contoh borang soal selidik dilampirkan.


Contoh Borang Soal Selidik :

Arahan: Sila tandakan √ pada ruang yang berkenan


1. Adakah tugas pembersihan pinggan mangkuk di kantin sekolah merumitkan?

Ya Tidak

2. Adakah anda mengalami masalah untuk membersihkan pinggan mangkuk di


kantin sekolah?

Ya Tidak

3. Apakah masalah yang anda hadapi ketika membersihkan pinggan mangkuk di


kantin sekolah?

Penat

Lambat

12
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Tangan tercedera

4. Apakah kaedah yang anda gunakan untuk membersihkan pinggan mangkuk di


kantin sekolah?

Mencuci dengan span

Merendam dalam besen

Kaedah lain, sila nyatakan


_____________________________________

Pengumpulan Data
13
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Tujuan pengumpulan data adalah untuk menunjukkan bahawa masalah yang


dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan penyelesaian. Kaedah pengumpulan
data atau maklumat boleh dilakukan melalui :
i. Pemerhatian
Memerhati suatu situasi atau aktiviti yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.
Aktiviti:
i. Mengenalpasti tempat / lokasi / masa untuk membuat pemerhatian.
ii. Mencatat maklumat yang relevan, jika perlu ambil gambar foto.
iii. Lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang diperoleh lebih tepat di
beberapa tempat.
Contoh borang pemerhatian:
Tarikh Masa Hasil Pemerhatian
Ramai pelanggan termasuk guru, kakitangan dan pelajar
10.00 pagi
berada di kantin semasa waktu rehat.
Kelihatan Zamani begitu sibuk menyediakan minuman
10.15 pagi
bersusu kepada pelanggan.
Pelangan mengadu kepada tuan punya kantin kerana air
10.10.12 yang dibuat oleh Zamani terlalu manis kerana terlebih
11.00 pagi susu. Ada juga pelanggan mengadu air yang disediakan
kurang sedap kerana kandungan susu yang terlalu
sedikit.
11.30 Zamani ditegur oleh tuan punya kantin kerana gagal
petang menyediakan minuman mengikut kehendak pelanggan.
Seperti biasa di waktu rehat pelajar dan guru berada di
10.00 pagi
kantin
Zamani seperti semalam mula sibuk menyediakan
10.15 pagi
minuman bersusu kepada pelanggannya.
11.10.12
Kelihatan masih ramai pelanggan mengadu kepada tuan
11.00 pagi punya kantin kerana air yang dibuat oleh Zamani tidak
seperti yang diharapkan.
11.30 pagi Zamani sekali lagi dimarahi oleh tuan punya kantin.

ii. Soal selidik


14
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Kaedah kajian yang menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau
maklumat yang diperlukan untuk dianalisis secara statistik .
Aktiviti:
a.) Menyediakan borang soal selidik
o soalan mudah dan tepat.
o gunakan jawapan soalan yang berbentuk ya/tidak, betul/salah.
o soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan reka ciptaan sedia
ada yang dikenalpasti.
b) Menentukan bilangan responden, bilangan responden yang lebih ramai dapat
memberi data yang lebih tepat.
c) Mengumpulkan borang soal selidik yang telah diedarkan.
d) Menganalisis maklumat yang diperoleh.

Contoh Borang Soal Selidik :

Arahan: Sila tandakan √ pada ruang yang berkenan


5. Adakah tugas anda sebagai pembancuh minuman merumitkan?

Ya Tidak

6. Apakah minuman yang sering anda sediakan untuk pelanggan anda?

Minuman bersusu

Minuman tanpa susu

7. Adakah anda mengalami masalah untuk menentukan sukatan susu semasa


menyediakan minuman bersusu untuk pelanggan?

Ya Tidak

8. Apakah kaedah yang anda gunakan untuk menyukat susu semasa menyediakan
minuman?
15
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Menyeduk menggunakan alatan

Menuang terus ke dalam bekas

Kaedah lain, sila nyatakan


_____________________________________

9. Pernahkah anda menerima teguran dari pelanggan kerana minuman yang di


sediakan tidak menepati selera mereka ?

Ya Tidak

10. Apakah reaksi pelanggan sekiranya minuman yang anda sediakan tidak menepati
selera mereka?

Lapor kepada majikan

Minta untuk dibuat semula minuman itu

Marah dan terus meninggalkan kantin.

11. Nyatakan kesan yang anda hadapi apabila pelanggan menimbulkan reaksi kurang
senang apabila minuman yang anda sediakan tidak menepati selera mereka?

Dimarahi oleh pelanggan

Majikan menukar bidang kerja anda

Diberhentikan kerja oleh majikan

III. Temu bual


Bertemu secara langsung dengan responden dan mengemukakan soalan secara
lisan.
Aktiviti:
a.) Mengenalpasti responden.

16
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

b.) Menetapkan masa, tempat dan tarikh temujanji.


c.) Menyediakan soalan yang berkaitan.
d.) Merekodkan jawapan responden ke buku idea / pita rakaman / rakaman video.

IV. Pengalaman sendiri / orang lain


Menceritakan pengalaman yang dilalui sama ada pengalaman sendiri atau orang
lain.
Aktiviti:
a.) Menyatakan masa dan tempat berlakunya kejadian itu.
b.) Menerangkan kejadian yang berkaitan dengan masalah.

V. Kajian daripada media cetak atau media elektronik


Melakukan kajian menggunakan bahan-bahan media seperti media cetak meliputi
buku rujukan, jurnal , majalah ,artikel dan media elektronik (radio / tv dan melayari
Internet). Aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
a.) Membuat rujukan atau kajian melalui media cetak atau elektronik
b.) Menyatakan sumber kajian
 media cetak : pengarang, judul, penerbit, tempat dan muka surat.
 media elektronik: radio / tv (tajuk siaran, tarikh dan masa) dan melayari
internet (laman web)

2. Persembahan Data Atau Maklumat

Segala data atau maklumat yang diperolehi hendaklah dipersembahkan dengan


17
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

jelas. Persembahan data atau maklumat boleh ditulis dalam bentuk jadual, senarai,
carta dan graf.

Contah persembahan data ialah carta bar, carta pai, histogram, senarai, jadual.

Saya telah melakukan soal selidik ke atas 10 orang pembantu kantin di sekitar
Bandar Kangar. Kajian ini dijalankan bagi mengumpul data tentang masalah yang
mereka hadapi ketika menyediakan minuman bersusu kepada pelanggan mereka.
Soal selidik ini diedarkan kepada responden pada 20 Jul 2012 dan dikutip semula
pada 25 Jul 2012.

Hasil kaji selidik yang dilakukan dapat diringkaskan seperti jadual-jadual di bawah:

Masalah Yang Bilangan Peratus Bilangan Peratus Jumlah


Dihadapi Bermasalah (100%) Tidak (100%)
menyediakan Bermasalah
minuman bersusu

1 Sukar menentukan
sukatan susu 10 100 0 0 10

2. Menuang terus ke
dalam bekas 8 80 2 20 10

3 Susu tumpah 9 90 1 10 10

Jadual 1: Bilangan responden yang menghadapi masalah dan tidak menghadapi


masalah semasa menyediakan minuman bersusu.

Contoh borang soal selidik seperti yang dilampirkan :

BILANGAN RESPONDEN YANG MENGHADAPI MASALAH


DALAM MENYEDIAKAN MINUMAN BERSUSU
18
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

BIL. RESPONDEN
12
PETUNJUK
YA
10
TIDA
K

0 MASALAH
YANG
DIHADAPI

i. Menyatakan Masalah Dengan Jelas


Beberapa kata kunci yang boleh digunakan untuk menyatakan masalah dengan jelas
adalah
 susah  lambat
 bahaya  sakit
 penat  membazir wang, masa dan tenaga
 tidak tahan lasak  tidak tepat
 tidak peka  dan lain-lain
ii. Huraian Data
Huraian data dan maklumat perlu dibuat dengan tepat. Huraian ini boleh merangkumi
perkara-perkara:
19
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

o peratusan dan pecahan data.


o perkaitan antara faktor-faktor.
o penunjuk ke arah keperluan menyelesaikan masalah.
o perkaitan dapatan dengan masalah yang tersurat dan tersirat.

Contoh huraian data:

Daripada data yang dikumpul, di dapati semua responden iaitu seramai 10 orang
atau (100%) mengalami masalah sukar untuk menentukan sukatan susu semasa
menyediakan minuman. Seramai 8 orang atau (80%) mengatakan mereka terpaksa
menuang terus susu ke dalam bekas minuman. Sementara seramai 2 orang (20%)
menyatakan tidak menghadapi masalah. Dalam pada itu, seramai 9 orang (90%)
mengadu susu tertumpah semasa prosos menyediakan minuman bersusu untuk
pelanggan 1 orang (10%) tidak mengalami masalah sedemikian.

iii. Rumusan Masalah


Rumusan yang dinyatakan mestilah dapat menyokong bahawa masalah yang
dinyatakan benar-benar wujud berdasarkan data atau maklumat yang dikumpulkan.

Contoh rumusan masalah:

Daripada huraian data didapati bahawa sebilangan besar pembantu kedai dan kantin
menghadapi masalah dalam menentukan sukatan susu yang sesuai semasa
penyediaan minuman bersusu kepada pelanggan.

20
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

AKTIVITI DAN PANDUAN KERJA

TUGASAN
Pelajar perlu:
1. Membuat pemerhatian secara berkumpulan situasi yang berkaitan masalah.
2. Mengumpul data berkaitan dengan masalah yang telah dikenalpasti.
3. Menganalisis data yang telah dikumpulkan.
4. Membuat rumusan hasil daripada analisis data.

LANGKAH KERJA
Langkah 1:
1. Guru menerangkan satu situasi masalah.
2. Guru menerangkan maksud kata kunci.
3. Guru meminta murid mengenal pasti kata kunci masalah.
4. Guru meminta murid menyatakan satu masalah yang telah dikenal pasti.
Langkah 2:
1. Guru meminta murid menyenaraikan kata kunci berdasarkan situasi masalah
yang diberikan.
2. Guru meminta murid menulis penyataan masalah.
Langkah 3:
1. Guru menerangkan kaedah dan proses pengumpulan data atau maklumat.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kaedah dan proses pengumpulan
data.
3. Guru meminta murid menghasilkan borang pengumpulan data dan melakukan
kerja pengumpulan data dalam tempoh yang ditetapkan dalam kumpulan.
Langkah 4:
1. Guru meminta murid menganalisis dan menghurai data dalam bentuk
persembahan yang sesuai.
2. Guru meminta murid merumus data masalah yang diperolehi.
3. Guru membuat rumusan
21
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

LATIHAN

Soalan 1:
Situasi A:
Kipas siling sering digunakan di premis kediaman, sekolah, pejabat dan lain
-lain. Kipas akan berhabuk kerana kedudukannya yang terdedah kepada udara.
Kipas yang berhabuk menyebabkan gerakan angin kurang berkesan kepada
pengguna. Habuk pada kipas juga boleh mendatangkan masalah kesihatan terutama
kepada penghidap asma. Untuk mengatasi masalah tersebut, kipas perlu dibersihkan
selalu.
Di sekolah, Ali memerhatikan seorang pekerja am mengambil masa yang agak
panjang iaitu kira-kira sepuluh minit untuk membersihkan sebuah kipas siling. Pekerja
tersebut biasanya menggunakan tangga semasa membersihkan kipas. Semasa
membersihkan kipas, kepala perlu didongakkan disebabkan kedudukan kipas yang
tinggi tergantung pada siling dan boleh mengakibatkan kesakitan pada leher dan
tengkuk.
Beliau kelihatan sangat berhati-hati semasa melakukan kerja pembersihan.
Kecuaian boleh mengundang bahaya seperti terjatuh dan tercedera. Naik, turun dan
mengalihkan tangga untuk membersihkan setiap kipas juga memenatkan .

Berdasarkan penyataan masalah yang diberikan, tuliskan kata kunci dan tempatkan
di ruangan yang disediakan.

Kata kunci 1 : ……………………………………………………………………..

Kata kunci 2 : ……………………………………………………………………..

Kata kunci 3 : ……………………………………………………………………..

Kata kunci 4 : ……………………………………………………………………..

Kata kunci 5 : ……………………………………………………………………..

22
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Soalan 2 :

Berpandukan kepada Situasi A, pilih satu pernyataan masalah yang tepat dan jelas.

Sukar membersihkan kipas tanpa:

A. memerlukan bantuan orang lain.

B. menyusahkan, memanjat dan mencederakan.

C. mendongak, memanjat dan mengambil masa yang lama

D. mengambil masa yang lama, memenatkan dan membahayakan .

PENILAIAN

Nama Murid

NO KP

Nama Sekolah

Tingkatan Tahun

23
Mata Pelajaran : Pengajian Reka Cipta
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Nama Modul MODUL 4 : PERNYATAAN MASALAH

Standart Prestasi

Tahap Tafsiran Penguasaan Tarikh


Penguasaan (√)

Mengenal pasti kaedah kajian yang hendak


1 dilaksanakan

Menerangkan langkah-langkah kaedah kajian yang


2 dipilih.

Melaksanakan kajian dengan menggunakan


3 kaedah kajian yang dipilih.

Mengkategorikan data dan maklumat yang


4 diperoleh dalam bentuk jadual dan graf

Mentaksir data dan maklumat dengan jelas dan


5 berintegriti.

Merumuskan penyataan masalah secara eksplisit


6 berpandukan taksiran data dan maklumat.

Tandatangan
Nama Guru
& Tarikh
Tandatangan
Disahkan Oleh
& Tarikh

RUJUKAN

1. Buku Sumber Reka Cipta , (2001) Bahagian Perkembangan Kurikulum


1. CD interaktif Reka Cipta, (2008) Bahagian Teknologi Pendidikan
2. Persembahan Powerpoint Bab1, (2010) Roslina Abdul Hadi

24

You might also like