Gagasan Pemikiran Falsafah Dalam Pendidikan Islam: Hala Tuju Dan Cabaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA SURAT


.
1. Pengenalan 3
2. Ulasan Kandungan Artikel
Tujuan kajian/ penulisan 3–4
Konsep dan tema kajian 4–5
Teori yang digunakan 5
Kaedah/ metode kajian 5–6
Hasil kajian 6–7
Kesimpulan/ cadangan kajian 7
3. Ulasan kritis artikel
Isi utama kandungan artikel/ buku 8
Isu yang menarik. Nyatakan mengapa. 8–9
Adakah isu yang dibangkitkan sesuai? 9
Adakah anda setuju/ tidak setuju dengan isu yang 9 – 10
dikaji? Mengapa?
Adakah persoalan kajian terjawab? 10 – 11
Adakah metodologi penulis sesuai? 11
Adakah dapatan kajian meyakinkan/ sesuai? 11
Apakah kesan/sumbangan artikel/ buku? 11 – 12
4. Penutup/ kesimpulan:
Nyatakan jika penemuan/ hasil artikel dapat 12
memberi pengetahuan yang baru.
Apakah langkah/ strategi untuk menambahbaik 12
kajian tersebut.

1
1. PENGENALAN

Tajuk penulisan artikel bagi tugasan kami ialah Gagasan Pemikiran Falsafah Dalam
Pendidikan Islam: Hala Tuju Dan Cabaran. Artikel ini adalah merupakan penulisan Prof.
Madya Dr. Asmawati Suhid. Beliau merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah
daripada Universiti Putra Malaysia dalam bidang Pendidikan Islam. Kepakaran beliau
adalah dalam bidang Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Nilai dan Pengajaran dan
Pembelajaran. Beliau juga banyak membentangkan kertas kerja sama ada di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah dianugerahkan
setiap tahun Anugerah Khidmat Cemerlang daripada Universiti Putra Malaysia dan
Anugerah Pengajar Cemerlang daripada Fakulti. Seorang lagi penulis artikel ini dikenali
sebagai Dr. Fathiyah bt Mohd Fakhruddin. Beliau merupakan tutor di Jabatan Pendidikan
Bahasa dan Kemanusiaan. Penyelidikan dan penerbitan beliau berkisar tentang
pengajaran Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah, pendidikan tahfiz serta
pendidikan ulul albab. Pada tahun 2012, Asmawati Suhid dan Fathiyah Fakhruddin telah
menerbitkan sebuah jurnal yang bertajuk Gagasan pemikiran falsafah dalam Pendidikan
Islam: Hala tuju dan cabaran di Jurnal Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

2. ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

2.1. Tujuan Kajian/ Penulisan


Tujuan kajian adalah merujuk kepada tujuan pendidikan yang merupakan prasyarat
untuk memperoleh pendidikan Islam yang bermakna. Tujuan kajian pendidikan Islam ini
berkaitan dengan tujuan hidup dalam Islam, iaitu kesempurnaan material dan spiritual.
Oleh itu, tujuan kajian pendidikan Islam adalah bersifat menyeluruh, kerana keperluan
manusia itu merangkumi aspek material dan spiritual.
Terdapat beberapa tujuan kajian Pendidikan Islam iaitu yang pertama, mencapai
perkembangan fizikal. Perkembangan fizikal yang sempurna adalah tujuan pendidikan,
kerana manusia pada mulanya dilahirkan dalam keadaan lemah. melalui pertambahan usia
dan pendidikan yang diterima, fizikal tersebut beransur-ansur menjadi kuat dan mantap.
Orang yang sihat dan kuat juga dapat menjalani kehidupan yang produktif. Tanpa
kesihatan fizikal, seseorang itu tidak dapat memikul tugas dalam hidup. Begitu juga,

2
tanpa kestabilan fizikal, manusia tidak akan mampu melaksanakan amal ibadah. Oleh itu,
Islam menyarankan untuk melakukan latihan fizikal.
Seterusnya, pekembangan intelek juga merupakan salah satu tujuan penting dalam
pendidikan Islam. Pendidikan Islam bertujuan untuk mengembangkan intelek manusia
kerana ia penting dalam kehidupan. Intelek dapat mendedahkan kebenaran sebenar
mencari manusia dan Penciptanya. Intelek juga sangat penting untuk menyelesaikan
masalah dalam kehidupan manusia. Ia dapat membantu manusia mencapai kemuncak
kesedaran akal untuk menimba ilmu. Oleh itu, pengajaran pendidikan Islam harus
menumpukan pada peningkatan kemampuan intelektual pelajar untuk memahami,
memerhati, meneliti dan menyelesaikan masalah.
Selain itu, spiritual juga merupakan salah satu tujuan penting dalam pendidikan Islam,
kerana ada unsur roh dalam diri manusia. Spiritual sebenarnya berkaitan dengan
keimanan manusia kepada Tuhan, malaikat, rasul, hari akhirat, dan qadha dan qadar.
Keimanan merujuk kepada keadaan di mana seseorang mengaku dosanya dengan
lidahnya, percaya pada hatinya, dan menterjemah keimananya melalui amalan sahih. Oleh
itu, keimanan yang teguh harus diiringi dengan amalan sahih dan tingkah laku yang baik.
Akhir sekali, tujuan kajian Pendidikan Islam adalah untuk memastikan perkembangan
keperibadian yang seimbang. Perkembangan keperibadian dapat dicapai melalui dari
aspek fizikal, emosi, intelek dan spiritual insan. Semua aspek ini perlu dikembangkan
secara bersepadu. Perkembangan insan yang komprehensif ini selaras dengan tujuan
pendidikan Islam, yang bertujuan untuk memupuk insan yang baik. Insan yang baik
adalah insan yang berpotensi untuk maju serta berjaya menjadi hamba dan khalifah Allah.
Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam pertama yang diadakan di Mekah pada tahun
1977 menggariskan bahawa matlamat pendidikan Islam adalah untuk mencapai
pertumbuhan yang seimbang dalam semua aspek manusia. Seterusnya, sesuai dengan
tujuan penciptaan manusia, pendidikan Islam memberikan panduan dan arahan yang jelas
untuk kehidupan umat Islam, terutama seluruh umat manusia. Jelas, jika dibandingkan
dengan tujuan pendidikan yang lain, matlamat pendidikan Islam begitu relevan dan
menyeluruh.

2.2. Konsep dan Tema Kajian


Perkembangan ilmu falsafah pada masa kini sangat menggalakkan aktiviti-aktiviti
intelektual seperti perbahasan dan penyelidikan oleh ahli-ahli falsafah dalam mencari
hakikat kebenaran dan tabiat sesuatu ilmu berdasarkan kemampuan akal. Falsafah

3
membawa maksud mecintai ilmu pengetahuan dan kebenarannya berpandukan dua
sumber utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Aktiviti tersebut mencukupi penyelidikan
berkaitan dengan falsafah seperti persoalan ketuhanan, insan, alam dan kehidupan.
Ketuhanan merangkumi kepercayaan kepada kewujudan Tuhan iaitu Allah SWT yang
satu dan tiada sekutu. Manakala, persoalan tentang insan mengenai manusia sebagai
makhluk Allah SWT yang dicipta pada kesempurnaan fizikal dan akal yang waras.
Terdapat juga unsur yang penting iaitu unsur material dan spiritual yang mana unsur ini
membolehkan insan memainkan peranan sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di muka
bumi ini. Penyelidikan seterusnya mengenai alam yang didefinisikan sebagai makhluk
Allah SWT yang memberi sumber kemanfaatan kepada insan. Justeru, insan perlulah
menghargai dan menggunakannya sebaik mungkin ke jalan yang benar tanpa bercanggah
dengan Islam. Persiapan bekalan insan di dunia ini untuk di bawa ke alam seterusnya
kerana kehidupan seorang insan itu tidak terhenti kepada kematian di dunia ini.

2.3. Teori yang Digunakan


Teori yang digunakan di dalam penulisan artikel adalah teori Falsafah Islam yang
berlandaskan daripada dua sumber berautoriti iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Di mana apa
sahaja bidang dan cabang falsafah yang dibincangkan adalah berdasarkan al-Quran dan
al-Sunnah yang tidak bercanggah dan seiring dengan prinsip Islam.

2.4. Kaedah/ Metode kajian


Menurut artikel yang telah dikaji, Pendedahan awal melalui subjek Pendidikan Islam
merupakan satu kaedah yang berkesan dalam mendedahkan pengetahuan Islam di
peringkat persekolahan dengan kaedah yang sesuai dan berkesan. Perkembangan Falsafah
Pendidikan Islam boleh dilihat menerusi beberapa fasa iaitu fasa sebelum merdeka, fasa
selepas merdeka dan fasa selepas 1988 iaitu setelah terbentuknya Falsafah Pendidikan
Islam negara secara rasmi.
Pertama sekali, fasa sebelum merdeka. Kaedah yang digunakan adalah pengajaran
dan pembelajaran berkaitan bacaan Al-Quran dan bacaan solat telah dijalankan di kelas-
kelas Al-Quran di rumah guru atau ustaz, di masjid dan di surau. Selain itu juga, terdapat
pengajian ilmu Fiqh, Tauhid, Tafsir, Sejarah, Tasawuf dan Falsafah Islam tetapi dalam
beberapa situasi tertentu dan terbatas. Seterusnya, beralih kepada satu bentuk pengajian
yang lebih tersusun iaitu pengajian pondok yang bermula pada kurun ke-19 Masehi.
Setelah era Pendidikan Islam dalam bentuk pengajian pondok, diikuti pula dengan

4
pengajian madrasah atau dikenali juga sebagai sekolah agama atau Arab yang juga
meliputi pendidikan rendah, menengah dan pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh
beberapa madrasah. Pengajian madrasah dilihat sebagai satu bentuk pengajian formal
yang mana pelajar dikelompokkan berdasarkan usia dan kemampuan akademik serta
wujudnya sistem peperiksaan.
Kedua, fasa selepas merdeka. Kaedah yang diterapkan dalam fasa tersebut adalah,
Pendidikan Islam yang telah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan negara tetapi diajar
di luar waktu persekolahan iaitu di waktu petang. Kemudian, setelah pengenalan Akta
Pelajaran 1961 atau secara tepatnya bermula tahun 1962, mata pelajaran Pendidikan Islam
yang dikenali sebagai Pengetahuan Agama Islam ketika itu diajar dalam jadual waktu
rasmi persekolahan. Seterusnya, Berdasarkan kurikulum Pengetahuan Agama Islam
sekolah menengah ketika itu, dilihat lebih menjurus kepada penyampaian ilmu
pengetahuan tentang Agama Islam kepada pelajar. Ini berdasarkan kepada matlamat
umum Pengetahuan Agama Islam ketika itu serta sukatan pelajaran yang lebih banyak
tertumpu kepada asas dan prinsip yang berkaitan dengan Tauhid, Ibadat, Sejarah Islam,
ayat al-Quran dan hadis Rasulullah.
Ketiga, Fasa selepas 1988. Kaedah yang digunakan adalah dengan membentuk
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) serta pernyataan Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1987 dan Falsafah
Pendidikan Islam pada tahun 1988.

2.5. Hasil Kajian


Berdasarkan artikel ini, hasil kajian yang telah deperolehi dari fasa sebelum merdeka
adalah elemen seperti penyampaian ilmu, pembentukan kemahiran, pembentukan
keperibadian dan pembentukan tanggungjawab membangunkan diri, masyarakat dan
negara telah diterapkan dalam pengajaran Pendidikan Islam ketika itu. Seterusnya,
berdasarkan kurikulum yang dibina dan dilaksanakan, aspek metafizik, epistemologi dan
aksiologi falsafah boleh dikenal pasti pelaksanaannya. Daripada aspek metafiziknya,
pengajaran Pendidikan Islam sebelum merdeka tidak menyeluruh di mana hakikat Tuhan,
ilmu, insan, alam dan kehidupan tidak disampaikan secara terperinci. Begitu juga aspek
epistemologinya, kurikulum Pendidikan Islam ketika itu lebih tertumpu kepada kaedah
ilmu wahyu tanpa menitikberatkan saluran-saluran lain bagi memahami hakikat
kewujudan Tuhan, ilmu, alam, insan dan kehidupan. Manakala daripada aspek
aksiologinya, pendidikan Islam ketika itu berdasarkan kurikulumnya telah menampakkan

5
nilai-nilai kebaikan seperti beriman dan berilmu yang diterapkan pada pelajar menerusi
pengajaran yang disampaikan.
Hasil kajian yang didapati dari fasa selepas merdeka adalah, rata-rata menunjukkan
kurang tumpuan kepada aspek penghayatan, akhlak dan keperibadian dan hanya memberi
tumpuan kepada aspek ilmu dan kemahiran ibadah tertentu. Situasi ini berlaku disebabkan
kurikulum pendidikan negara secara umumnya dan kurikulum Pendidikan Islam secara
khususnya dipengaruhi oleh nilai-nilai Barat. Berdasarkan laporan yang dikemukakan
oleh Jawatankuasa Kabinet 1979, Pendidikan Islam pada fasa tersebut kurang
menitikberatkan aspek akhlak, keperibadian, penghayatan dan amalan. Ini menunjukkan
bahawa aspek metafizik, epistemologi dan aksiologi falsafah masih belum dilaksanakan
secara menyeluruh.
Hasil Kajian yang terakhir, iaitu dalam fasa selepas 1988 adalah Perubahan kurikulum
Pendidikan Islam yang melibatkan sukatan yang lebih luas, matlamat pendidikan dan
kaedah serta teknik pengajaran yang lebih komprehensif menyebabkan elemen Falsafah
Pendidikan Islam yang dibentuk diberi perhatian. Buktinya, Pendidikan Islam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merangkumi tiga bidang pembelajaran utama
iaitu Tilawah al-Quran dan Hadis, Ulum Syar`iyah serta Adab dan Akhlak Islamiah.
Ulum Syar`iyah pula meliputi tajuk Akidah, Ibadat serta Sirah Nabawiyah dan Tamadun
Islam. Berikutnya, Pernyataan Falsafah Pendidikan Islam negara sedaya upaya cuba
mengemukakan aspek metafizik, epistemologi dan aksiologi falsafah yang lebih
sempurna dan selaras dengan kehendak Islam. Buktinya, kurikulum Pendidikan Islam
dengan jelas menitikberatkan aspek keimanan, ilmu, akhlak, penghayatan, amalan serta
matlamat untuk melahirkan pelajar yang beriman, beramal salih dan berkeperibadian
hingga memperolehi kebaikan hidup dunia dan akhirat.

2.6 Kesimpulan/ Cadangan Kajian


Kesimpulan daripada kajian adalah walaupun falsafah pendidikan Islam telah dinyatakan
secara formal dalam sistem pendidikan Malaysia, namun, adalah dicadangkan agar usaha
proaktif harus disusun dan dilaksanakan untuk memastikan bahawa idea-idea falsafah dapat
digunakan dalam setiap proses penentuan hasil pembelajaran, penyelesaian, dan kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, bagi mengembangkan idea falsafah dalam
pendidikan Islam, adalah dicadangkan semua pihak yang terlibat, termasuk perancang dan
kontraktor, untuk memiliki pemahaman yang tulen mengenai keperluan falsafah. Apabila ini
berlaku, hanya pembentukan dan pelaksanaan pendidikan Islam yang dibentuk, dirancang dan

6
dilaksanakan sesuai dengan falsafah Islam atau pandangan dunia Islam, yang menjadi tulang
belakang penciptaan manusia. Semua masalah dan kekurangan mesti segera diselesaikan agar
falsafah pendidikan Islam dan amalan pendidikan dapat berjalan dengan cekap dan berkesan.

3. ULASAN KRITIS ARTIKEL

3.1. Isi utama kandungan artikel/ buku


Isi utama kandungan artikel ini telah menemukan tiga aspek kajian iaitu metafizik,
epistemologi, dan aksiologi. Aksiologi mengemukakan tentang etika dan estetika iaitu
akhlak dan moral yang dapat membezakan sifat baik dan buruk, benar dan salah secara
dan tujuan serta perkara yang sepatutnya. Manakala metafizik ialah sistem yang
menerangkan tentang hakikat dan kewujudan sebenar untuk memahami sebab dan
munasabab terjadinya sesuatu perkara yang untuk memperjelaskan apa dan kenapa ia
berlaku. Kemudian, epistemologi pula berkisar tentang hakikat ilmu dan sumber ilmu.
Oleh itu, ilmu ataupun pengetahuan yang dikumpulkan bagi memudahkan menjawab
permasalahan dalam kehidupan yang dihadapi oleh insan. Jelasnya disini, aspek
metafizik, epistemologi dan akasiologi dalam falsafah pendidikan islam mengambarkan
keselarasan aspek-aspek tersebut dengan roh Islam. Ketiga-tiga aspek tersebut menjadi
isi utama kandungan ini kerana ianya sangat berhubung rapat dengan persoalan falsafah
hidup menurut islam serta menjadi landasan untuk menentukan tujuan, matlamat secara
kesuluruhannya.

3.2. Isu yang menarik. Nyatakan mengapa.


Berdasarkan penemuan tujuan pendidikan islam mengikut kesempurnaan material dan
spiritual, terdapat isu-isu yang menarik dibincangkan dalam perspektif islam. Isu-isu
tersebut dibincangkan di bawah pelbagai topik dan turut melibatkan persoalan falsafah
hidup insan menurut islam. Pertamanya isu mengenai perkembangan fizikal. Seorang
insan pada awalnya dilahirkan dalam keadaan lemah pada fizikalnya kemudian beransur
ansur menjadi kuat setelah bertambah umurnya dan mendapat pendidikan yang
mencukupi. Penting pada setiap insan untuk menerima pendidikan kerana bertujuan untuk
mampu menjalani kehidupan yang sihat. Sekiranya tidak mempunyai kekuatan fizikal
ini, mustahil seseorang manusia memenuhi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah.
Seterusnya isu mengenai perkembangan intelektual. Intelektual mengenai kemampuan

7
untuk memperolehi informasi dan kemampuan untuk berfikir di luar kotak dan memilih
untuk bertindak dengan lebih berkesan. Oleh itu, perkembangan ini diharap dapat
melahirkan umat Islam yang dapat bertindak dengan cara yang betul dan bukan dengan
hawa nafsu. Selain itu, perkembangan spiritual juga menjadi isu yang menarik dalam
artikel ini. Kita mahu meningkatkan hak kebergantungan kepada sesuatu kepercayaan.
Jadi sistem ini melahirkan sebuah umat yang bergantung kepada Allah SWT setelah
mereka berdoa, usaha di jalan Allah SWT. Akhir sekali isu mengenai perkembangan
keperibadiaan. Sistem ini melahirkan umat Islam yang baik akhlaknya seperti umat yang
menghormati dan mencintai sesama manusia, alam sekitar dan pencipta-Nya.

3.3. Adakah isu yang dibangkitkan sesuai?


Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis ialah sistem pendidikan yang berlandaskan
falsafah Islam. Pada pendapat kami, isu yang dibangkitkan adalah sesuai kerana ia berkait
rapat dengan diri kita sendiri. Isu yang dibincangkan penting di dalam kehidupan kita
sebagai manusia dan juga hamba-Nya dan segala apa yang dibincangkan dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Tambahan pula, Isu ini membantu dalam
penambahbaikan tahap keilmuan dan keimanan seseorang itu, jadi adalah wajar dan
sesuai jika isu ini dibincangkan secara terbuka kepada semua memandangkan ianya
bersifat menyeluruh dan didapati tidak menyinggung mana-mana pihak. Selain itu,
Perkara ini dapat dilihat kerana penulis menerangkan secara terperinci tentang
perkembangan, halatuju dan cabaran pemikiran falsafah dalam sistem pendidikan. Isu ini
merupakan isu yang menarik untuk dikupas terutamanya sebagai seorang pelajar. Hal ini
kerana, isu ini merupakan sesuatu yang relevan yang dapat memberi pengetahuan yang
mendalam tentang perkembangan dan cabaran yang wujud dalam proses pendidikan.
Secara tidak langsung, ia dapat memberi pendedahan secara kasar tentang sistem
pendidikan negara yang efektif.

3.4. Adakah anda setuju/ tidak setuju dengan isu yang dikaji? Mengapa?
Kami bersetuju dengan isu-isu yang dikaji kerana ia adalah bertujuan melindungi dan
memberi manfaat terhadap setiap individu yang mengamalkan dan mempelajari tentang
isu-isu yang telah pun dibincangkan.
Seperti isu mengenai perkembangan fizikal, Islam menganjurkan umatnya supaya
menjaga kebersihan dari segi pemakanan dan tempat tinggal. Pengambilan makanan
haruslah dijaga dari segi halal haramnya, dan juga khasiatnya agar ia memberi manfaat

8
yang baik buat tubuh badan. Islam menitik beratkan pengambilan makanan yang terjaga
zatnya dan halal dari segi sumber dan penyediaannya agar perkembangan fizikal
seseorang insan itu sihat dan sempurna. Sebarang pengambilan atau perbuatan yang
merosakkan dalaman tubuh seperti rokok, dadah, minuman keras dan juga seks bebas
adalah wajar dihindarkan kerana ia boleh menyumbang kepada penyakit merbahaya dan
memberi kesan buruk kepada perkembangan fizikal.
Mengenai isu perkembangan intelek pula, ia penting di dalam kehidupan
memandangkan manusia memerlukan kemahiran intelek dalam menentukan apa jua
keputusan dan menilai baik buruk tentang hal dalam kehidupan seharian. Jadi sebarang
usaha bagi tujuan perkembangan intelek adalah amat digalakkan.
Manakala mengenai isu perkembangan spiritual, ia berkaitan tentang keimanan
manusia terhadap Allah s.w.t, malaikat, rasul, hari kiamat serta qadha dan qadar. Iman
yang teguh di dalam diri dapat membantu dan menghindar seseorang insan itu daripada
melakukan dosa serta mendorong kepada tingkahlaku yang baik.
Dan akhir sekali perkembangan keperibadian. Perkembangan keperibadian ini hanya
dapat dibentuk sekiranya ketiga-tiga perkembangan di atas dibangunkan secara bersepadu
kerana pengukuhan kesemua perkembangan tersebut mendorong kepada akhlak yang
mulia dan sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t.

3.5. Adakah persoalan kajian terjawab?


Persoalan kajian ini terjawab kerana dapat kita lihat jika dibandingkan dengan tujuan
pendidikan yang lain, matlamat pendidikan Islam begitu relevan dan menyeluruh.
Pendidikan Islam menekankan pembangunan insan secara seimbang dan komprehensif
sebagai asas untuk pembentukan masyarakat yang berpengetahuan, maju dan cemerlang
di dunia dan di akhirat. Di samping itu, sesuai dengan tujuan manusia tercipta, pendidikan
Islam memberikan panduan dan hala tuju yang jelas untuk kehidupan umat Islam,
khususnya kepada manusia.
Selain itu, walaupun pendidikan Islam tidak dinyatakan dalam bentuk bertulis pada
masa itu, berdasarkan kurikulum, tiga aspek metafizik, epistemologi dan aksiologi
memang dapat ditentukan. Namun, menurut laporan yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979, pendidikan Islam pada tahap ini tidak
menekankan dari aspek moral, keperibadian, penghayatan, dan amalan. Ini menunjukkan
bahawa aspek metafizik, epistemologi dan aksiologi falsafah belum dapat dilaksanakan
sepenuhnya. Oleh itu, pendidikan Islam harus berperanan dalam memupuk insan yang

9
baik yang berkualiti dalam kehidupan material dan spiritual. Pernyataan falsafah
pendidikan Islam negara ini berusaha sedaya upaya untuk memaparkan aspek falsafah
metafizik, epistemologi dan aksiologi, yang lebih sempurna dan sesuai dengan kehendak
Islam.
Kurikulum pendidikan Islam dengan jelas menekankan semua aspek keimanan, ilmu,
akhlak, penghayatan, amalan dan tujuan untuk memupuk pelajar yang beriman, beramal
soleh dan berakhlak agar dapat memperoleh manfaat kehidupan di dunia ini dan di
akhirat. Seterusnya, dapat menunjukkan bahawa falsafah pendidikan Islam berusaha
untuk mencapai dan merealisasikam matlamat untuk memupuk individu yang beriman,
bertaqwa, seimbang dari segi material dan spiritual.

3.6. Adakah metodologi penulis sesuai?


Kajian ini menggunakan metodologi secara perpustakaan sahaja iaitu kajian yang
tidak melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini lebih menjimatkan masa dan tidak
memerlukan kos yang tinggi. Walau bagaimana pun, cara ini adalah terhad dari segi
maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian memandangkan kajian ini hanya
bergantung kepada bahan-bahan rujukan di perpustakaan. Namun begitu, metodologi ini
dirasakan paling sesuai bagi menjalankan kajian ini. Pengkaji telah menggunakan
perkhidmatan Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya. Kajian ini memerlukan
bahan bahan rujukan dengan pelpagai bidang seperti Usul Fiqh, Tafsir Al-Quran, Syariat
Islamiyyah dan lain lain yang berkaitan dengan kajian ini. Kajian ini perlu diteliti oleh
pengkaji bagi menyokong tajuk kajian dan menjadikannya sebagai sumber rujukan.

3.7. Adakah dapatan kajian meyakinkan/ sesuai?


Ya, kajian dalam artikel ini sangat sesuai dan kami menyokong perkara yang
dibangkitkan dalam artikel ini kerana penulis membuktikan bahawa Islam merupakan
agama yang syumul dan merangkumi semua aspek kehidupan. Penulis juga membuktikan
falsafah Islam dalam pendidikan merupakan sesuatu yang berkesan dan efektif. Persoalan
kajian juga dijawab dengan jelas kerana penulis menerangkan dengan terperinci tentang
perlaksanaan falsafah islam dalam sistem pendidikan dari segi perlaksanaan, halatuju dan
cabaran. Penulis turut menjadikan pelbagai sumber seperti buku, jurnal dan artikel dari
pelbagai penulis dari pelbagai latar belakang dan tahun terbitan sebagai metodologi

10
kajian. Hal ini dapat meyakinkan pembaca bahawa artikel yang disediakan merupakan
artikel yang berkualiti.

3.8. Apakah kesan/sumbangan artikel/ buku?


Kesan dan sumbangan dalam artikel ini diperolehi secara positif kerana penulis juga
menggunakan perkembangan sistem pendidikan Malaysia sebagai contoh dan
penerangan. Hal ini dapat meningkatkan kepercayaan dan memudahkan pembaca
memahami dan mendalami perkara yang ingin disampaikan. Penulis mengambil langkah
relevan dengan mematuhi etika penyelidikan iaitu dengan meletakkan maklumat tentang
sumber rujukan yang dipetik, tarikh terbitan dan tajuk rujukan. Oleh yang demikian,
secara keseluruhannya artikel ini berjaya memberi pendedahan tentang keberkesanan
falsafah Islam dalam sistem pendidikan dan membuka mata pembaca tentang kebaikkan
falsafah islam terutamanya dalam bidang pendidikan.

4. PENUTUP/ KESIMPULAN

4.1. Nyatakan jika penemuan/ hasil artikel dapat memberi pengetahuan yang baru
Ilmu pengetahuan baru yang diperoleh daripada artikel ini dari aspek seorang pelajar
ialah, Islam merupakan sesuatu yang menyeluruh dan syumul yang meliputi semua aspek
kehidupan terutamanya pendidikan. Sistem pendidikan yang menitik beratkan falsafah
islam dapat memberi impak dan perkembangan yang positif kepada individu terutamanya
dalam sisi sebagai seorang pelajar. Dengan adanya sistem pendidikan yang efektif,
matlamat dan fokus pendidikan negara dapat dicapai. Kesan-kesan positif daripada sistem
pendidikan yang efektif dapat membentuk inidividu dan masyarakat yang mempunyai
nilai dan jati diri yang tinggi. Antara pengetahuan yang saya peroleh setelah mempelajari
artikel ini ialah sebagai seorang individu khususnya pelajar, kita mestilah berusaha
menjadi individu yang mempunyai modal insan yang tinggi dalam diri dan mengamalkan
ilmu yang diperolehi dengan baik. Kesimpulannya, kita mestilah sedaya upaya
mengamalkan cara hidup islam dalam kehidupan harian agar sentiasa berada dalam redha
Ilahi.

11
4.2. Apakah langkah/ strategi untuk menambahbaik kajian tersebut.
Usaha yang proaktif perlu mengikut strategi yang betul dan dilaksanakan dengan
sebaiknya supaya gagasan falsafah pendidikan islam tidak dilupakan oleh generasi akan
datang dan juga diserap dalam setiap proses hasil pembelajaran, pengisian serta kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini perlu direalisasikan dengan
sebaiknya agar mencapai penambaikan dalam kajian ini. Selain itu, kesemua pihak perlu
terlibat secara tidak langsung untuk benar-benar memahami tuntutan falsafah pendidikan
islam secara terperinci. Oleh itu, baru lah pembentukan dan pelaksanaan pendidikan
islam yang dibentuk, dirancang, disusun secara efektif dapat menjadi tunjang kepada
insan.

12

You might also like