Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA

06400 POKOK SENA


KEDAH DARUL AMAN

FOLIO PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK :
AL-HIDAYAH
( DATUK ABDUL MALIK MOHAMED NOOR)

NAMA : MUHAMMMAD SYAZWAN BIN SHAFRI


NO. KAD PENGENALAN : 05-020502-0933
ALAMAT : NO.48,TAMAN BANDAR SEJAHTERA,KEDAH
TINGKATAN : 1
KELAS : 1 NOBLE
SEKOLAH : SM SAINS POKOK SENA
BIODATA

NAMA PENUH : DATUK ABDUL MALEK MOHAMED NOR


UMUR : 62 TAHUN
TEMPAT LAHIR : BATU PAHAT,JOHOR
WARGANEGARA : MALAYSIA
PEKERJAAN : BEKAS JAGUH BINA BADAN DAN PELAKON
NAMA ISTERI : DR. WAN ASMA BINTI WAN ISMAIL
TAHUN BERKAHWIN : 2012
PERMULAAN DALAM BIDANG BINA BADAN

Abdul Malek Mohamed Noor atau lebih dikenali sebagai Malek


Noor merupakan jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak 6 kali .
Beliau pernah menjadi pelakon beberapa filem seperti Ujang pada 1980-an. Beliau
berasal dari Batu Pahat, Johor.

Terbaru, pada 15 September 2009, Datuk Malek Noor terlibat dalam


program Trek Selebriti di Astro Ria. Beliau pandai memasak, walaupun bukan
tukang masak. Antara resepi terbarunya ialah tomyam air kelapa.

Antara pingat yang diraih oleh Datuk Malek Noor ialah :

1. Mr. Universe Heavyweight Finalist (2 kali)


2. Mr Asia Heavyweight (6 kali)
3. Mr. ASEAN Heavyweight (4 kali)
4. Mr. Malaysia Heavyweight (6 kali)
5. Olahragawan Negara Malaysia 1986 dan 1990
6. Pingat emas Personaliti sukan Benson and Hedges 1985
7. Ahli Mangku Negara (AMN) 1986
8. Sultan Ibrahim (PIS) 1986
9. Legendary Sportsman of Malaysia
10. Coca-Cola Olympian tahun 2007

Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM) mencari ikon baru setelah Datuk Malek
Noor mengundurkan diri dari bina badan. Seorang juara bina badan haruslah bijak
menguruskan pemakanan seharian. Institut Sukan Negara (ISN) sedia memberikan
khidmat pemakanan. Malek mempunyai Diploma Pemakanan Fizikal dari Weider
College, Kanada dan juga memiliki Sijil Kejurulatihan Bina Badan daripada
Persekutan Bina Badan Asian.Tubuh sasa beliau membolehkan beliau dijemput
berlakon dalam beberapa filem di Malaysia . Watak yang dipegangnya sesuai tubuh
badannya. Filem yang dilakonkannya ialah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba
Malam (1992), Kelisa (1992) dan Pemburu Bayang (1993).
Malek juga pernah menghasilkan sebuah album pada 1990-an. Dalam
teledrama Damak, beliau memegang watak tok guru yang handal bersilat. Drama ini
diarahkan oleh Zulkiflie M Osman.

CERITA KEINSAFAN

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang
mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah
dilakukan sebelum ini.
Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan
ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap
waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit
untuk menunaikan solat.
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda
haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya
menyesal.
“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan
kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.
Zaman kanak-kanak
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek
merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan
keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-
kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.
Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur
meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan
solat lima waktu sehari.
“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang,
saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama
lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.
“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat
yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan
nama.
“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga.
Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan
dengan bangunan KLCC.
“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap
ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-
pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.
“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya
menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk
kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan
membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,”
cerita Malek.
Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46
tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas
saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang
menaburkan bunga emas pada saya.Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke
Hong Kong.Tetapi bukan untuk menetap di sana, sebaliknya menguruskan urusan
perniagaan,Tika itu beliau telah membuat keputusan untuk tinggal di Malaysia
untuk mencari seorang muslim yang soleh. Bukan itu saja beliau mahu menjejaki
budaya melayu yang telah lama beliau tinggalkan.
Setelah semuanya selesai beliau menetap di Kuala Lumpur dan tidak lagi
pergi ke Hong Kong.Kini beliau merasa kehidupan amat -amat bahagia dan merasa
hidup begitu tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti
kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.
“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak
itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini
rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali
saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya
sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.
Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap
bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu
banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu
bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah
tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek
menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar


sayangkannya dan menerima taubatnya.
Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk
ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati
dan nalurinya untuk ke sana.
“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu
berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.
Penghijrahan beliau ini bukan sahaja memberi kesan kepadanya,
malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu beliau menasihatai anak-anak
saudara nya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat.
Semoga kisah penghijrahan Datuk Ambul Malik ini dapat menjadi iktibar
kepada kita semua. Sekiranya Allah ingin memberi hidayah kepada seseorang
makan Allah memberinyanya . Apa yang penting kita harus bertaubat sekiranya
melakukan kesilapan ataupun dosa.
.

You might also like