Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

1. Seorang sejarawan berpendapat sejarah ialah membicarakan peradaban manusia dan


perubahan yang berlaku. Siapakah sejarawan tersebut?

A. Herodotus
B. Ibn. Khaldun
C. E. H. Carr
D. Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim

2. Herodutus berpendapat bahawa sejarah ialah __________.

A. Satu proses interaksi antara masa kini dan masa lampau


B. Catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu
C. Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab – sebab mereka melakukan
D. Membicarakan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku

3. Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu sumber primer dan sekunder. Pilih contoh
sumber primer dibawah.

I. Fosil III. Majalah


II. Manuskrip IV. Akhbar

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

4. Apakah perbezaan antara sumber pertama dan sumber kedua?

A. Sumber pertama sudah diolah manakala sumber kedua belum diolah.


B. Sumber pertama boleh didapati di pasar raya dan sumber kedua boleh didapati di
muzium.
C. Sumber pertama boleh dibeli dengan harga yang murah dan sumber kedua boleh
dibeli dengan harga yang mahal.
D. Sumber pertama berada dalam bentuk asal dan belum diolah dan sumber kedua
ialah penulisan yang dihasilkan daripada sumber pertama.
SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

5. Gambar berikut menunjukkan sumber sejarah.

Sumber sejarah tersebut dikenali sebagai:

A. Fosil
B. Arkib
C. Manuskrip
D. Artifak

6. Pilih yang BUKAN kaedah penyelidikan sejarah.

A. Kaedah melihat
B. Kaedah arkeologi
C. Kaedah lisan
D. Kaedah bertulis

7. Dina telah pergi ke sebuah gua purba untuk mengkaji lukisan purba. Beliau harus mentafsir
maklumat dan membuat penulisan berdasarkan lakaran di dinding gua tersebut. Apakah
kaedah penyelidikan yang digunakan oleh Dina?

A. Kaedah arkeologi
B. Kaedah bertulis
C. Kaedah gali dan cari
D. Kaedah lisan
SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

8. Kaedah arkeologi maritim dilakukan di ___________.

A. Angkasa
B. Permukaan bumi
C. Dasar laut
D. Langit

9. Apakah yang dimaksudkan sebagai orang sumber?

A. Orang yang terlibat dalam peristiwa sejarah


B. Orang yang melihat peristiwa sejarah
C. Orang yang mendengar peristiwa sejarah daripada orang lain
D. Kesemua di atas.

10. Pilih pasangan yang BETUL.

A. Dekad – tempoh selama 10 tahun


B. Abad – tempoh selama 10000 tahun
C. Alaf – tempoh selama 100 tahun

11. Sebelum Masihi (SM) bermaksud ___________.

A. Zaman selepas peperangan dunia kedua


B. Zaman selepas kemerdekaan Malaysia
C. Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa
D. Zaman selepas kelahiran Nabi Isa

12. Gambar berikut merupakan peristiwa bersejarah di negara kita.


SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

Apakah peristiwa tersebut?

A. Persetujuan Kemerdekaan
B. Rombongan Kemerdekaan
C. Perundingan Kemerdekaan
D. Pengisytiharaan Kemerdekaan

13. Gambar dibawah menunjukkan peristiwa – peristiwa di dalam kehidupan kanak – kanak
berumur 10 tahun.

Bermain di taman permainan Membuat kerja sekolah yang


setiap hari bersama – sama diberikan oleh guru.
rakan.

Pertama kali menyertai hari Menolong ibu mengemas rumah


sukan sekolah. pada setiap hari sabtu dan ahad.

Diantara peristiwa – peristiwa diatas, yang manakah peristiwa yang bersejarah bagi kanak –
kanak tersebut?

A. Bermain di taman permainan setiap hari bersama – sama rakan.


B. Membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
C. Pertama kali menyertai hari sukan sekolah.
D. Menolong ibu mengemas rumah pada setiap hari sabtu dan ahad.
SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

14. Apakah peristiwa sejarah yang boleh dijadikan iktibar kepada kita?

III Peristiwa kejatuhan Melaka I Pendudukan Jepun di Tanah


IV Perasmian bangunan sekolah Melayu
II Rumah terbuka Malaysia

A. I dan III
B. I dan II
C. II dan III
D. III dan IV

15. Rajah berikut menunjukkan peristiwa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

SEBAB AKIBAT
Rakyat berjuang
untuk membebaskan
X Tanah Melayu
daripada penjajah

Apakah X?

A. Pembentukan Malaysia
B. Portugis datang ke Melaka
C. Rakyat menentang Malayan Union
D. British menjajah Tanah Melayu

16. Apakah dimaksudkan sebagai biodata diri?

A. Kejayaan akademik
B. Maklumat diri
C. Keturunan keluarga
D. Pendapatan isi rumah
SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

17. Apakah yang dicatatkan dalam sijil kelahiran?

III. Tarikh lahir I. Nama


IV. Tempat lahir II. Jantina

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

18. Antara berikut, yang manakah TIDAK BOLEH dianggap sebagai biodata diri?

A. Peta
B. Sijil kelahiran
C. MyKid
D. Kad pengenalan diri sekolah

19. Siapakah keluarga asas bagi Intan?

III. Adik I. Ibu


IV. Nenek II. Bapa

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

20. Ahmad tinggal di Kampung Batu 5 bersama ibu dan ayahnya sahaja. Dia tidak mempunyai
kakak, abang atau adik. Ahmad mungkin

A. Anak angkat
B. Anak buah
C. Anak yatim
SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

D. Anak tunggal
21. Soleha tinggal bersama ibu, ayah, nenek dan datuknya di sebuah rumah teres. Keluarganya
digelar

A. Keluarga asas
B. Keluarga besar
C. Keluarga tunggal
D. Keluarga kembangan

22. Gambar berikut menujukkan peranan seorang anak terhadap keluarga.

Antara berikut, yang manakah menerangkan peranan seorang anak seperti gambar diatas?

A. Menjaga nama baik keluarga


B. Membantu ahli keluarga
C. Saling menghormati
D. Belajar bersungguh – sungguh

23. Apakah peranan seorang ibu?

A. Belajar dengan tekun


B. Sering menegur jiran
C. Memberi kasih sayang
D. Mencuci pinggan
SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

24. Bagaimanakah seorang bapa menjalankan peranan beliau terhadap keluarga?

A. Bermain badminton bersama rakan


B. Menyambut kedatangan tetamu
C. Menyediakan keperluan asas untuk keluarga
D. Menanam pokok bunga di kawasan rumah

25. Senarai berikut menunjukkan peranan anggota keluarga

 Mendengar nasihat
 Belajar bersungguh - sungguh

Siapakah anggota keluarga yang memainkan peranan tersebut?

A. Anak
B. Datuk
C. Ibu bapa
D. Sepupu

26. Apakah kesan jika ahli keluarga sering bergaduh?

A. Keluarga huru – hara


B. Keluarga miskin
C. Keluarga harmoni
D. Keluarga bahagia
SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

Soalan 27 hingga 30 berdasarkan rajah dibawah

Rosli Hamidah

Irwan Izzati

Ayra Akim Alif

27. Berdasarkan rajah diatas, keluarga tersebut digelarkan sebagai ______.

A. Keluarga asas
B. Keluarga kembangan
C. Keluarga tunggal
D. Keluarga besar

28. Hamidah merupakan seorang ________ kepada Akim?

A. Datuk
B. Kakak
C. Nenek
D. Ayah
SOALAN OBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

29. Semasa berumur 12 tahun, apakah peranan Irwan kepada Rosli?

A. Menjaga keselamatan
B. Memberikan pendidikan yang sempurna
C. Menjadi contoh teladan yang baik
D. Mendengar nasihat

30. Apakah aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan diantara ahli keluarga tersebut?

A. Bermain komputer
B. Makan malam bersama
C. Berkunjung ke rumah jiran
D. Membasuh baju
SOALAN SUBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

1. Lengkapkan ruangan di bawah dengan jawapan yang betul (10 markah)

Herodotus Ibn Khaldun E. H. Carr Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

peristiwa Dr. Muhd Yusof Ibrahim interaksi catatan

Nama: _______________________________
penceritaan peradaban
Sejarah ialah satu proses ______________________ antara masa kini
dengan masa lampau

Nama: _______________________________

Sejarah merujuk ______________________ yang pernah atau sudah


berlaku

Nama: _______________________________

Sejarah merupakan ______________________ atau rekod sesuatu peristiwa


yang berlaku pada masa lalu

Nama: _______________________________

Sejarah merupakan ______________________ tentang tindakan manusia


dan sebab – sebab mereka melakukannya

Nama: _______________________________

Sejarah membicarakan ______________________ manusia dan perubahan


yang berlaku
SOALAN SUBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

2. Nyatakan sama sumber berikut adalah “Sumber Primer” atau “Sumber Sekunder” di dalam
kotak di bawah. (5 markah)

(a) (b)

(c) (d)

(e)
SOALAN SUBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

3. Gambar berikut menunjukkan kaedah mendapatkan maklumat sejarah. (5 markah)

SOALAN JAWAPAN

Apakah kaedah penyelidikan sejarah


yang digunakan dalam gambar di
atas?

Nyatakan dua kaedah lain yang


digunakan untuk mengkaji peristiwa
sejarah.

Mengapakah kita harus menjaga tapak


warisan sejarah negara?

Cadangkan cara untuk menjaga tapak


warisan sejarah negara.
SOALAN SUBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

4. Lengkapkan biodata diri berdasarkan petikan dibawah. (6 markah)

Nama saya Ahmad bin Abu. Saya merupakan anak lelaki kepada Abu
dan Sarah. Saya telah dilahirkan di Hospital Besar Ipoh pada 29 April
2010. Kini, saya menetap di Seremban bersama keluarga saya.

SOALAN JAWAPAN

Nama

Jantina

Tarikh lahir

Tempat lahir

Nama ibu bapa

Tempat tinggal

5. Tandakan betul sekiranya kenyataan di bawah betul atau tanda pangkah sekiranya
kenyataan di bawah salah di dalam kotak yang disediakan. (10 markah)

a. Bapa berperanan menjaga keselamatan keluarga

b. Datuk dan nenek adalah sebahagian keluarga asas

c. Sijil kelahiran dan Mykid boleh digunakan untuk membuka akaun bank

d. Seorang anak tidak sepatutnya menjaga nama baik keluarga

e. Hari pertama persekolahan merupakan peristiwa sejarah bagi seseorang.

f. Saling tidak menegur sesama ahli keluarga boleh menyebabkan keluarga harmoni

g. Keluarga asas dan keluarga kembangan adalah sam


SOALAN SUBJEKTIF – JAWAB SEMUA SOALAN

h. Menjadi contoh teladan yang baik merupakan peranan ibu bapa.

i. Menyediakan keperluan asas keluarga adalah peranan seorang anak.

j. Sesebuah keluarga harus saling menghormati dan bertolak – ansur.

6. Nyatakan 2 amalan yang dapat mewujudkan keharmonian dalam keluarga (2 markah)

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

7. Apakah 2 kesan jika ahli keluarga tidak mengamalkan adab yang baik? (2 markah)

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Disediakan oleh Disahkan oleh

(INTAN ZARINA BINTI RAKIMULLAH) (ROSIFAH MAT ISA)

You might also like