Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Maksud design mengikut john heskett adalah ia merupakan salah satu ciri asas

untuk menjadi manusia dan rekabentuk ini dianggap sebagai penentu kualiti
kehidupan manusia yang memenuhi keperluan fikikal dan ia juga merangkumi
keperluan rohani setiap manusia.elemen estetika dan makna boleh membantu
melengkapkan kehidupan. Menurut heskett, beliau mendapati rekabentuk telah
dimanupilasi pada era moden ini. Beliau berpendapat bahawa idea lagi banyak
dikomersialkan berbanding dengan tujuan sesuatu rekabentuk itu sendiri. Hal ini
menyebabkan kebanyakan proses membuat produk tidak terlalu berfungsi tetapi
ianya menjadi tidak berguna, mahal dan eksklusif.John Heskett menggunakan
satu moto dalam menyuarakan pendapatnya tentang ”design”. Ianya adalah
”Design is to design a design to produce a design”. Setiap perkataan design itu
ada maksudnya yang tersendiri. ”design” yang pertama ialah kata nama yang
merangkumi bidang rekabentuk secara umum.”deesign” yang kedua adalah kata
kerja yang bermaksud tindakan atau pemikiran yang terlibat dalam merancang.
”design” yang ketiga ialah kata nama yang merujuk kepada rancangan/niat
makakala ”design” yang terakhir membawa maksud satu produk yang telah siap.
Semua penggunaan perkataan ”design” mempunyai makna yang sangat berbeza
menurut teori dari John Heskett.

Ciri-ciri art nouveau dapat dilihat melalui inspirasi rekabentuk organik dan
geometri dalam penghasilan satu rekabentuk yang menarik. Ia kebanyakannya
menggunakan motif flora dan fauna iaitu bunga dan tumbuh-tumbuhan bagi
menghasilkan rekabentuk yang anggun. Ciri-ciri ini diterapkan dalam sesebuah
rekabentuk bagi menggambarkan keindahan dan keanggunan seorang wanita.
Rekabentuk yang diinspirasikan oleh art nouveau ini mempunyai bentuk yang
beralun, mempunyai lengkungan garis yang meliuk-liuk. Art nouveau ini
menekankan konsep kehidupan yang moden dimana ia menonjolkan keanggunan
dan keindahan dalam setiap rekabentuknya. Antara contoh seni bina yang
diinspirasikan oleh art nouveau adalah barang kemas, rekaan dalaman, poster ,
barang perhiasan dan lain-lain.Ciri-ciri lain juga adalah seperti pemilihan warna.
Warna yang dipilih kebanyakannya adalah warna yang suram dan sederhana
seperti mustard, coklat, dan sebagainya. Pemilihan warna-warna sebegini adalah
bertujuan untuk menjadikan rekabentuk terlihat elegen dan menarik serta
menonjolkan unsur-unsur alam semulajadi di dalam rekabentuk itu sendiri.

You might also like