Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Sistem Pendidikan Negara

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi


pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor
agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-
faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai
matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala
aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa
implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi
terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti
perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program
bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari
segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni
yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum
sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula
berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan
pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang
teknologi, teknik dan vokasional.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah
terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan
visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai
tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu,
perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya
melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak
mulia, dan berketrampilan.
Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap
institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang,
dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan
supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi
yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk
memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim
sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang
menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya
membaca di kalangan mereka.Sebagai rumusannya, semua pihak
memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi
impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihra suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin”.

Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri


Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong


Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin


Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri


Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan


Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air


Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi


Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri


Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi


Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar


Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan
Menteri: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani


Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya


Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan


Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia


Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan


Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri


Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar


Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi


Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Falsafah Pendidikan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.

Sistem Pendidikan
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi
Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah


 Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

(b) Pendidikan Rendah

 Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam


tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh
tahun;
 Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;

(c) Pendidikan Menengah

 Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah


atas;
 Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-
1. sekolah akademik
2. sekolah teknik dan vokasional
3. sekolah kebangsaan agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah

 Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan


menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.
Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula
adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit
Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

 Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan


Pendidikan Khas.
 Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Kurikulum Kebangsaan
“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”

Akta Pendidikan 1996


[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

NKRA Pendidikan

NKRA
“ The Government is set to begin the transformation process in strengthening the
efficiency of its delivery system”
“ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to
ensure that the government is continuously working to better serve the needs of
Malaysians”
“ Our real work will begin as we make the transformation of government services
happen” 

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)


PENDIDIKAN

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan


member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada
pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti
dan berkemampuan:
1.       Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian
Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2.       Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3.       Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4.       Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5.       Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar
dan pedalaman
6.       Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan
Prasekolah.
7.       Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
 
2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3
tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah
pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan,
terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal.
Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak
berkeperluan khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi


3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik   
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan
tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi
dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan
anggota perkhidmatan)
3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan
yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan
kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara
sekolah sekolah tersebut.
 
4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi
pemimpin sekolah di Malaysia:

You might also like