Kertas Percubaan 2020 (Matriks)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Percubaan MRSM 2020

Nisbah harga Jualan bagi 2 helai baju kepada sehelai seluar sukan ialah 3:1.
Jumlah harga bagi 8 helai baju dan 2 helai seluar sukan ialah RM 350.
Menggunakan kaedah matriks, cari harga, dalam RM, bagi sehelai baju dan sehelai seluar
sukan.
[5 markah]

Selangor (2) 2020


Iman telah membuat keputusan untuk menganjurkan Pertandingan Maraton Antarabangsa di
Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
Beliau telah membeli 10 telefon pintar dan 7 kamera digital sebagai hadiah utama pertandingan
tersebut yang memakan belanja sebanyak RM33 000.
Setelah mendapat tajaan sebanyak RM98 700 dari Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu,
beliau telah membeli lagi 35 telefon pintar dan 12 kamera digital.
Menggunakan kaedah matriks, berapakah harga sebuah telefon pintar dan sebuah kamera
digital yang dibeli oleh Iman?
[5 markah]

Selangor (1) 2020


Bapa Munir telah membeli 10 ekor lembu dan 5 ekor kambing dengan harga RM25 640.
Setelah beberapa tahun, perniagaan beliau berjaya meningkatkan bilangan menjadi sebanyak
25 ekor lembu dan 19 ekor kambing. Setelah beliau meninggal dunia, Munir membuat
keputusan untuk menjual semua ternakan bapanya dengan harga RM70 600.
Menggunakan kaedah matriks, hitung harga dalam RM, seekor lembu dan seekor kambing
yang dijual oleh Munir.
[5 markah]

Terengganu 2020
Pn Dirah telah mendapat tempahan 60 helai blaus lengan pendek dan lengan panjang. Blaus
lengan pendek memerlukan 5 biji butang dan blaus lengan panjang memerlukan 7 biji butang.
Dia menggunakan 364 biji butang untuk menyiapkan semua blaus tersebut.
Dengan menggunakan kaedah matrik, hitung bilangan blaus lengan pendek dan bilangan blaus
lengang panjang yang perlu disiapkan oleh Pn Dirah.
[5 markah]

Johor MPSM 2020

a) Diberi find the value of m and n. [2 markah]

b) Tulis persamaan linear serentak berikut dalam bentuk persamaan matriks:


2x + 4y = -6
-5x - 6y = 3
Hitung nilai x dan y, menggunakan kaedah matriks. [4 markah]
Perlis 2020
En. Syaamil bercadang memasang jubin pada lantai dua buah wakaf di halaman rumahnya.
Beliau akan menggunakan jubin berbentuk segiempat sama berwarna hitam dan putih. Ia akan
disusun mengikut corak seperti di Rajah 4. Setelah menghubungi kedai jubin, kos pembelian
jubin untuk Wakaf 1 ialah RM 72 dan Wakaf 2 ialah RM 140.
Dengan menggunakan kaedah matriks, kira harga sekeping jubin putih dan sekeping jubin
hitam.
[6 markah]

Melaka 2020
a) Diberi matriks,

Tentukan sama ada matriks M mempunyai songsangan atau tidak? [2 markah]

b) Sebuah gerai burger menjual burger telur dan burger keju, setiap satunya boleh didapati
dalam saiz kecil dan besar. Untuk kedua-dua jenis burger, setiap saiz kecil dijual dengan
harga RM x dan setiap saiz besar dijual dengan harga RM y. Bilangan burger yang dijual
dalam masa satu jam ditunjukkan dalam Jadual 2.

Saiz burger Kecil Besar

Burger telur 8 5

Burger keju 6 4

Gerai tersebut dapat mengumpul sebanyak RM 44 daripada jualan burger telur dan RM
34 daripada jualan burger keju.
Dengan menggunakan kaedah matriks, hitung harga burger saiz kecil dan saiz besar.
[4 markah]
Negeri Sembilan 2020
Sebuah sekolah telah menyerahkan Bantuan Khas Persekolahan sebanyak RM61 200
kepada sebilangan muridnya.
Setiap murid menerima sebanyak RM100.
Jumlah murid yang menerima bantuan kewangan ini adalah seramai 612 orang.
Perbezaan bilangan murid lelaki dan murid perempuan yang menerima bantuan tersebut
adalah seramai 20 orang.
Menggunakan kaedah matriks, cari bilangan murid lelaki dan bilangan murid perempuan
yang menerima bantuan kewangan.
[5 markah]

P.Pinang 2020
Aminah mempunyai 31 keping setem 60 sen dan 80 sen. Jumlah nilai setem ialah
RM22.40.
Menggunakan kaedah matriks, cari bilangan 60 setem dan 80 setem yang dimiliki oleh
Aminah.
[6 markah]

Kelantan 2020

a) Diberi bahawa matriks cari nilai bagi z jika matriks R tidak


mempunyai songsangan. [2 markah]
b) Dengan menggunakan kaedah matriks, carikan nilai p dan q yang memuaskan
persamaan linear serentak berikut:

−3
p+q=6
2
p - 2q = -8
[4 markah]

You might also like