Udnin 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/309575008

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Ujian Diagnostik Nombor Integer


Negatif (UDNIN) Dengan Model Rasch (Validity and Reliability of Instruments
Diagnostic Test Negative Integer...

Technical Report · June 2016


DOI: 10.13140/RG.2.2.30945.71520

CITATIONS READS

0 1,322

2 authors, including:

Khong Wei Seng


Universiti Sains Malaysia
3 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Khong Wei Seng on 01 November 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Ujian Diagnostik
Nombor Integer Negatif (UDNIN) Dengan Model Rasch
(Validity and Reliability of Instruments Diagnostic Test Negative Integer
Number (UDNIN) With Rasch Model)

Khong Wei Seng dan Lai See Ching

ABSTRAK

Instrumen Ujian Diagnostik Nombor Integer Negatif (UDNIN) telah dibina untuk
mengenal pasti miskonsepsi operasi penolakan yang melibatkan nombor integer
negatif dalam kalangan pelajar tingkatan satu. Kajian ini dijalankan untuk
membuktikan empirikal tentang kesahan dan kebolehpercayaan instrumen UDNIN
dengan menggunakan Mode Rasch. Seramai 240 orang pelajar tingkatan satu di 3
buah sekolah menengah di Pulau Pinang terlibat dalam kajian ini yang terdiri
daripada 117 orang pelajar lelaki dan 123 orang pelajar perempuan. Kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen UDNIN diukur dengan Model Rasch menggunakan
perisian Winstep versi 3.57.2. Instrumen UDNIN asal yang mempunyai 24 item telah
diadopt dalam kajian ini, berdasarkan analisis output Rasch sebanyak 6 item telah
digugurkan daripada instrumen UDNIN. Laporan kajian ini berdasarkan 18 item yang
berkualiti dalam instrumen UDNIN. Ujian keunidimensian mencatatkan varians reja
terpiawai sebanyak 54.0% dengan dimensi sekunder terbesar dalam ketiga-tiga
factor yang mencatatkan varians kurang daripada 5.0%. Analisis Rasch
menunjukkan indeks kebolehpercayaan responden adalah 0.71 dan indeks
kebolehpercayaan item adalah 0.92. Dari sudut polariti item, setiap item dapat
menyumbang kepada pengukuran gaya pembelajaran responden kerana nilai
PTMEA CORR setiap item melebihi 0.30, iaitu antara 0.38 hingga 0.74. Ujian
kepadanan item nilai min kuasa dua infit item-item terletak di antara 0.78 hingga 1.19
dan nilai min kuasa dua outfit item-item adalah di antara 0.70 hingga 1.23. Dapatan
ini memberikan kesahan konstruk instrumen UDNIN. Model Rasch telah
membuktikan bahawa instrumen UDNIN mempunyai tahap kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi untuk digunakan dalam pengukuran miskonsepsi
operasi penolakan nombor integer negatif.

Kata Kunci: kesahan ujian diagnostik; kebolehpercayaan instrumen; miskonsepsi


operasi penolakan nombor integer negatif; ujian diagnostik nombor integer negatif
UDNIN; model Rasch

ABSTRACT

Instruments Diagnostic Tests Negative Integer Number (UDNIN) was constructed to


identify misconceptions subtraction operations involving negative integers among
form one students. This study was conducted to empirically prove the validity and
2

reliability of the instrument UDNIN using Rasch Model. A total of 240 students in
three schools in Penang involved in this study consisted of 117 male students and
123 female students. Validity and reliability of the instrument UDNIN measured by
using the Rasch model Winstep version 3.57.2. Originally instrument UDNIN has 24
items were adopt in this study, based on analysis of Rasch Model, 6 items has been
dropped from UDNIN instruments. This research report is based on 18 quality item in
UDNIN instruments. The unidimensionality test conducted showed standardized
residual variance of 54.0 % with the biggest secondary dimension in the three factors
that had less than 5.0%. The Rasch analysis showed that an index reliability
respondent is 0.71 and the index of reliability item is 0.92. From the polarity item,
each item can contribute to the learning style of the respondents as the PTMEA
CORR each item more than 0.30, which is between 0.38 to 0.74. Item infit mean
square is between 0.78 to 1.19 and item outfit mean square is between 0.70 to 1.23.
These findings provide the construct validity of the instrument UDNIN. Rasch model
has proved the high validity and high reliability for usage in the measurement of
operating misconception subtraction integer numbers negative.

Keywords: validity of diagnostic tests; reliability of the instrument; misconceptions


negative integer subtraction operations; diagnostic tests negative integer numbers
(UDNIN); Rasch model

1. Pengenalan

Instrumen Ujian Diagnostik Nombor Integer Negatif (UDNIN) telah dibina dalam
kajian Elango Periasamy and Halimah Badioze Zaman (2011). Instrumen UDNIN
bertujuan untuk mengenal pasti miskonsepsi dan meramal proses pemikiran
kesilapan operasi penolakan yang melibatkan nombor integer negatif dalam
kalangan pelajar tingkatan satu. Merujuk kajian-kajian yang dijalankan oleh Elango
Periasamy (2011, 2014), Marlina dan Nurhidayah (2011), dan Sadler (2012), ramai
pelajar memang menghadapi masalah dalam pembelajaran nombor integer negatif,
kerana miskonsepsi dalam operasi penolakan yang melibatkan nombor integer
negatif sering kali berlaku dalam kalangan pelajar. Ramai pengkaji menyatakan topik
bagi nombor negatif merupakan satu konsep yang abstrak yang sukar difahami,
justeru miskonsepsi dalam operasi penolakan nombor integer negatif banyak berlaku
dalam kalangan murid sekiranya tindakan tidak diambil (Elango Periasamy, 2014).

Laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (1993, 2002,


2003, 2007, 2010, 2012, 2014) jelas menunjukkan kegagalan murid menguasai
3

operasi tambah, tolak, bahagi dan darab untuk nombor positif atau negatif dalam
kalangan murid tingkatan tiga dan lima. Tajuk nombor negatif telahpun dipelajari oleh
murid semasa di tingkatan satu dalam topik ke-6, Integer. Hal ini bermakna
kebanyakan murid tidak dapat menguasai konsep asas nombor integer negatif atau
mengalami miskonsepsi semasa tingkatan satu. Kesannya akan membawa impak
semasa murid melanjutkan tingkatan dua, tiga, empat dan lima seterusnya
menjejaskan keputusan Matematik mereka. Oleh itu, instrumen UDNIN dibina untuk
membantu para guru sebagai satu sumber rujukan dalam menolong murid
memahami topik nombor integer negatif dan mengenal pasti miskonsepsi murid
seterusnya menjalankan pemulihan.

Kajian dalam Elango Periasamy and Halimah Badioze Zaman (2011) hanya
mengkaji tentang cara pemikiran murid dalam miskonsepi nombor integer negatif dan
jenis-jenis miskonsepsi murid. Penentuan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
yang digunakan oleh pengkaji hanya fokus kepada kaedah klasik dengan
melaporkan pekali korelasi atau Kuder-Richardson (KR20). Kajian rintis juga telah
dijalankan oleh pengkaji pada tahun 2009 terhadap 35 orang murid yang berumur 14
tahun di sekolah menengah Malaysia, analisis darjah kebolehpercayaan instrumen
dilakukan dengan formula Kuder-Richardson (KR20) bernilai 0.919544, dikatakan
mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi. Menurut Bhasah (2007),
penggunaan kaedah klasik dalam analisis data mempunyai dua kelemahan, iaitu
masalah bergantung-kumpulan dan masalah bergantung-item, kedua-dua kelemahan
ini perlu dipersoalkan kerana akan mengganggu darjah kesahan dan
kebolehpercayaan kajian tersebut. Kajian kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada
kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen,
maka semakin jitu data yang diperoleh (Elango Periasamy & Halimah Badioze
Zaman, 2011; Howard & Henry, 1988).

Model Rasch adalah suatu model pengukuran yang terbentuk hasil daripada
pertimbangan yang mengambil kira kebolehan atau kemampuan setiap calon atau
responden yang menjawab soal selidik, ujian atau instrumen dan kesukaran item
bagi setiap ujian atau item (Rasch, 1980). Model Rasch ini menggunakan rumus
4

matematik yang secara kasarnya sama seperti pengukuran satu parameter dalam
Item Response Theory (IRT) atau dikenali juga sebagai Latent Trait Theory (Rasch,
1980). Dalam model Rasch, kesahan bagi sesuatu instrumen dapat dikenal pasti
dengan merujuk analisi-analisis utama seperti polariti item, peta item-idividu,
ketaksepadanan item-individu, pengasingan item-individu, unidimensi, kesepadanan
item-individu dan skala pemeringkatan (Rasch, 1980; Bond & Fox, 2007). Justeru,
kajian ini dijalankan untuk membuktikan empirikal tentang kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen UDNIN dengan menggunakan Mode Rasch yang
dikatakan dapat mengatasi masalah bergantung-kumpulan dan masalah bergantung-
item dalam kaedah analisis klasik.

2. Kerangka Teori

Menurut Piaget, perkembangan kognitif merupakan suatu proses genetik, iaitu


sesuatu proses yang melibatkan kaedah biologi dalam perkembangan sistem saraf.
Semakin meningkat umur seseorang, semakin kompleks susunan sel sarafnya dan
semakin meningkat keupayaannya (Kamarudin husin & Siti Hajar, 2004). Menurut
beliau, dalam proses belajar apabila seseorang menghadapi rangsangan baru
(perkara baru), terdapat dua proses yang digunakan oleh individu untuk cuba
adaptasinya: asimilasi dan akomodasi (Subanji & Toto Nusantara, 2016). Asimilasi
adalah suatu proses perubahan atau penggunaan rangsangan baru yang dihadapi
diletakkan di dalam struktur kognitif yang sedia ada (Subanji & Toto Nusantara,
2016). Seorang individu dikatakan melakukan proses adaptasi melalui asimilasi, jika
individu tersebut menggabungkan informasi baru yang individu tersebut terima ke
dalam pengetahuan mereka yang telah ada. Dalam kajian ini, proses asimilasi
dikatakan dilakukan oleh murid dengan menyelesaikan soalan operasi penolakan
antara dua nombor integer yang melibatkan proses aritmetik.

Akomodasi pula adalah suatu proses perubahan struktur kognitif seseorang


untuk menyesuaikan dirinya terhadap rangsangan baru (Subanji & Toto Nusantara,
2016). Oleh itu, akomodasi berlaku jika individu menyesuaikan diri dengan informasi
baru, struktur kognitif yang sedia ada dalam diri seseorang mengalami perubahan
supaya sesuai dengan rangsangan-rangsangan daripada objeknya. Dalam kajian ini,
proses akomodasi dikatakan berlaku semasa murid menyelesaikan soalan yang
5

melibatkan nombor integer negatif yang menggunakan simbol negatif dalam operasi
penolakan. Semasa murid cuba menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan
operasi penolakan bagi dua nombor integer negatif, murid tersebut dikatakan sedang
melakukan proses ekuilibrium (keseimbangan proses asimilasi dan akomodasi),
kerana pada masa yang sama murid melibatkan proses aritmetik yang menggunakan
simbol negatif.

Kajian yang dijalankan oleh Elango Periasamy dan Halimah Badioze (2011)
dan Sadler (2012) jelas menunjukkan bahawa miskonsepsi yang sering dilakukan
dalam kalanagn murid dalam operasi penolakan nombor integer negatif adalah
kesilapan aritmetik, kesilapan penggunaan simbol negatif, dan kesilapan aritmetik &
kesilapan penggunaan simbol negatif. Oleh itu, dapat disimpulkan sekiranya murid
gagal melakukan asimilasi, akomodasi dan ekuilibrium dalam operasi penolakan
nombor integer negatif, murid tersebut akan mengalami miskonsepsi aritmetik,
miskonsepsi penggunaan simbol negatif dan miskonsepsi aritmetik & penggunaan
simbol negatif dalam operasi penolakan nombor integer negatif.

3. Metodologi

3.1 Sampel Kajian dan Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, data dan maklumat akan dikumpul secara pendekatan kuatitatif.
Kaji selidik adalah kaedah yang dijalankan dalam kajian ini untuk pengumpulan
sumber primer dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen UDNIN.
Seramai 240 orang pelajar tingkatan satu di 3 buah sekolah menengah di Pulau
Pinang terlibat dalam kajian ini, antaranya 117 orang adalah pelajar lelaki dan 123
orang adalah pelajar perempuan. Pelajar diberi masa 30 minit untuk menjawab
soalan-soalan dalam instrumen UDNIN. Segala tatacara pentadbiran instrumen
UDNIN adalah seperti peraturan dalam peperiksaan, perbincangan dan rujukan buku
adalah dilarangkan.
6

Jadual 1: Item-Item dalam Instrumen UDNIN


No Item No Item
1 5–2= 13 – 8 – 13 =
2 –5–2= 14 8 – 13 =
3 – 5 – (– 2) = 15 – 8 – (– 13) =
4 5 – (– 2) = 16 8 – (– 13) =
5 –2–5= 17 16 – 23 =
6 2–5= 18 – 16 – 23 =
7 – 2 – (– 5) = 19 – 16 – (– 23) =
8 2 – (– 5) = 20 16 – (– 23) =
9 13 – 8 = 21 – 23 – 16 =
10 – 13 – 8 = 22 23 – 16 =
11 – 13 – (– 8) = 23 – 23 – (– 16) =
12 13 – (– 8) = 24 23 – (– 16) =

3.2 Instrumen UPNIN

Kajian ini menggunakan Ujian Diagnostik Nombor Integer Negatif (UPNIN) sebagai
alat pengukuran. Instrumen UDNIN ini dibina oleh Elango Periasamy dan Halimah
Badioze Zaman (2011). Instrumen UDNIN yang mempunyai 24 item telah diadopt
dalam kajian ini. 24 item dalam instrumen UDNIN berbentuk soalan objektif atau
dikenali sebagai soalan aneka pilihan (Jadual 1). Setiap jawapan dan pengganggu
bagi setiap item ujian diagnostik memainkan peranan untuk mengenalpasti jenis
miskonsepsi murid (kesalahan aritmetik, kesalahan penggunaan simbol, dan
kesalahan aritmetik & penggunaan simbol). Item-item UDNIN dalam kajian ini
berdasarkan 4 kategori yang dikemukakan oleh Elango Periasamy dan Halimah
Badioze Zaman (2011):
i. Operasi Penolakan Integer Positif dengan Integer Positif
ii. Operasi Penolakan Integer Negatif dengan Integer Positif
iii. Operasi Penolakan Integer Positif dengan Integer Negatif
iv. Operasi Penolakan Integer Negatif dengan Integer Negatif

Setiap ketegori operasi penolakan akan melibatkan 2 jenis penolakan, iaitu nombor
mutlak besar menolak nombor mutlak kecil (a – b =, |a| > |b|) dan nombor mutlak
kecil menolak nombor mutlak besar (a – b =, |a| < |b|). Kajian rintis instrumen UDNIN
telah dijalankan oleh pengkaji lepas pada tahun 2009 terhadap 35 orang murid yang
berumur 14 tahun di sekolah menengah Malaysia, analisis darjah kebolehpercayaan
7

instrumen dilakukan dengan formula Kuder-Richardson (KR20) bernilai 0.919544,


dikatakan mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi (Elango Periasamy &
Halimah Badioze Zaman, 2011). Walau bagaimanapun, berdasarkan analisis output
Rasch sebanyak 6 item telah digugurkan daripada instrumen UDNIN, hanya terdapat
18 item yang berkualiti dalam instrumen UDNIN (Jadual 2).

Jadual 2: Item-Item dalam Instrumen UDNIN Selepas Analisis Rasch


No Item No Item
2 –5–2= 14 8 – 13 =
3 – 5 – (– 2) = 16 8 – (– 13) =
4 5 – (– 2) = 17 16 – 23 =
5 –2–5= 18 – 16 – 23 =
6 2–5= 19 – 16 – (– 23) =
8 2 – (– 5) = 20 16 – (– 23) =
9 13 – 8 = 21 – 23 – 16 =
10 – 13 – 8 = 23 – 23 – (– 16) =
11 – 13 – (– 8) = 24 23 – (– 16) =

4. Dapatan Kajian

Item yang terkandung dalam instrumen UDNIN sebenarnya terdapat 24 item di mana
diadopt daripada instrumen yang dihasilkan oleh Elango Periasamy and Halimah
Badioze Zaman (2011). Akan tetapi selepas data dianalisis dengan Model Rasch,
sebanyak 4 item yang tidak memenuhi syarat fit, manakala terdapat 2 item yang
mengandungi pengukuran ujian pembezaan fungsi item (Diferential Item Functioning),
DIF yang melebihi 0.2 atau kurang daripada -0.2. Oleh itu, hanya 18 item yang lebih
berkualiti akan dinilai dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, semua maklumat asal
akan dilampirkan dalam bahagian lampiran. Di bawah adalah analisis dan
interpretasi tentang 18 item dalam instrumen UDNIN dari segi kesahan dan
kebolehpercayaan berdasarkan pemprosesan data dari Model Rasch.

4.1 Kriteria Kesahan Pengukuran

Kriteria yang digunakan sebagai penanda aras bagi menentukan kesahan instrumen
UDNIN adalah (i) penggunaan item yang sah dalam proses pengukuran yang
menentukan ukuran konstruk, (ii) konsep dan definisi konstruk yang jelas dan selaras
8

dengan teori, (iii) pengujian item terhadap individu yang sesuai agar dapat
memberikan hasil yang konsisten dengan tujuan pengukuran dan (iv) penggunaan
corak respon yang sah (Wright & Stone, 1979). Jadual 3 menunjukkan kiteria yang
digunakan dalam kajian ini dalam penentuan kesahan konstruk instrumen UDNIN.

Jadual 3: Kriteria kesahan konstruk instrumen UDNIN


Kriteria Info Statistik Keputusan
Kesahan Item a. Polariti Item Semua item menunjukkan PTMEA CORR > 0.3
b. Kepadanan Item Semua item mencatatkan jumlah min kuasa dua
Item = 8
(Item Fit) infit dan outfit antara 0.6 – 1.4
c. Reja PCA Dimensi Rasch : varians sebanyak 54.0%
d. Kebolehpercayaan
0.71
Responden
e. Kebolehpercayaan
0.92
Item
Distribusi Anggaran jarak
Responden responden Lebih kurang 8 logit (dari -4.0 hingga +4.0)
mengerti UDNIN
Pembezaan Fungsi Semua item mencatat nilai ujian t antara -2.0
Pengukuran
Item (Diferential Item
Bias hingga +2.0
Functioning)

4.2 Andaian Unidimensi

Unidimensi ialah andaian dalam model Rasch yang perlu dibuktikan sebelum proses
analisis data dijalankan. Andaian unidimensi adalah syarat asas dalam IRT untuk
memastikan hanya 1 konstruk sahaja diukur (1 konstruk, pelbagai dimensi). Andaian
unidimensi perlu dibuktikan supaya data yang dikumpul bersifat selaras atau searah
(unison) untuk membentuk satu corak (Wright & Masters, 1982). Syarat-syarat yang
membuktikan andaian ini ialah, (1) variance explained by measure lebih daripada
40%, (2) unexpl var explained by 1st, 2nd, 3rd and 4th factor kurang daripada 5 atau
10%.

Merujuk Jadual 4, nilai Eigen bagi unexpl var explained by 1st, 2nd, 3rd and
4th factor masing-masing memaparkan 1.9, 1.7, 1.6 dan 1.3 logit yang mewakili 4.9%,
4.6%, 4.1% dan 3.5% daripada varians reja. Model Rasch menerangkan 52.5%
dalam variance explained by measures telah melepasi batas minimum yang
melibatkan 40% keperluan unidimensi Model Rasch. Ini bermakna instrumen UDNIN
9

telah mencapai kedua-dua syarat, dan andaian unidimensi adalah tercapai. Dengan
kata lain, instrumen UDNIN bersifat unidimensi yang hanya mengukur satu konstruk
sahaja.

Jadual 4: Keputusan Principal Component Analysis of Residuals (PCAR)


Empirical Modeled
Total variance in observations = 37.9 100.0% 100.0%
Variance explained by measures = 19.9 52.5% 54.0%
Unexplained variance (total) = 18.0 47.5% 46.0%
Unexpl var explained by 1st factor = 1.9 4.9%
Unexpl var explained by 2nd factor = 1.7 4.6%
Unexpl var explained by 3rd factor = 1.6 4.1%
Unexpl var explained by 4th factor = 1.3 3.5%

4.3 Kesahan Item

Menurut Model Pengukuran Rasch, kesahan item bagi Ujian Diagnostik boleh dikenal
pasti dengan merujuk kepada analisis output program. Output utama yang perlu
dirujuk adalah polariti item untuk melihat koefisien kolerasi ukuran-titik yang dikenali
sebagai point-measure correlation coefficient (PTMEA CORR) (Rosseni, Mazalah, M.
Faisal, Norhaslinda, Aidah, Nur Ayu Johar, Siti Rahayah, 2009). Selain itu, peta item-
individu, nilai ketaksepadanan item-individu, pengasingan item-individu, unidimensi,
kesepadanan item-individu dan skala pemeringkatan juga boleh dirujuk untuk menilai
kesahan item (Linacre, 2003).

4.4 Ketakpadanan Item

Kesahan konstruk instrumen UDNIN diperoleh daripada setiap item kajian. Nilai min
kuasa dua infit dan min kuasa dua outfit setiap item dan responden telah dihitung.
Mengikut Wright dan Linacre (1992), jumlah min kuasa dua infit dan min kuasa dua
outfit setiap item dan responden harus terletak dalam lingkungan 0.5 hingga 1.5,
manakala Bond dan Fox (2007) pula menyatakan bagi skala Likert, nilai min kuasa
dua infit dan min kuasa dua outfit setiap item dan responden harus terletak dalam
lingkungan 0.6 hingga 1.4. Sekiranya suatu item dan individu didapati tidak
memenuhi syarat ini, maka ia akan dipertimbangkan untuk disingkirkan.
10

Jadual 5 memaparkan maklumat keseluruhan tentang sejauh mana data


kajian menunjukkan fit yang boleh diterima oleh Model Rasch bagi 16 item dan 240
orang responden (non-extreme scores). Hasil analisis fit menunjukkan nilai min
kuasa dua infit item ialah 0.78 hingga 1.19 dan nilai min kuasa dua outfit item ialah
0.70 hingga 1.23 seperti Jadual 5. Maka, dapat disimpulkan bahawa tiada item perlu
disingkirkan lagi. Dalam kajian ini, jumlah min kuasa dua infit dan jumlah min kuasa
dua outfit yang diambil kira adalah mengikut Wright dan Linacre (1992).

Jadual 5: Item Fix & PTMEA CORR bagi Instrumen UDNIN


+-----------------------------------------------------------------------+
|ENTRY RAW MODEL| INFIT | OUTFIT |PTMEA| |
|NUMBER SCORE COUNT MEASURE S.E. |MNSQ ZSTD|MNSQ ZSTD|CORR.| item |
|------------------------------------+----------+----------+-----+------|
| 4 123 155 -.36 .24| .96 -.3|1.23 .8|A .55| S4 |
| 14 126 155 -.53 .25|1.19 1.3|1.21 .7|B .48| S14 |
| 11 108 155 .40 .21|1.12 1.0|1.21 1.1|C .58| S11 |
| 16 127 155 -.60 .25| .96 -.2|1.16 .6|D .53| S16 |
| 3 121 155 -.25 .23|1.15 1.1|1.10 .5|E .52| S3 |
| 23 91 155 1.11 .20|1.07 .7|1.13 .9|F .64| S23 |
| 8 128 155 -.66 .25|1.03 .2|1.11 .4|G .51| S8 |
| 19 86 155 1.30 .20|1.04 .4|1.06 .5|H .67| S19 |
| 20 125 155 -.47 .24| .95 -.3|1.06 .3|I .55| S20 |
| 17 116 155 .01 .22|1.02 .2|1.05 .3|i .58| S17 |
| 2 112 155 .21 .22| .96 -.3|1.04 .3|h .62| S2 |
| 9 142 154 -1.88 .34|1.01 .1| .95 .1|g .38| S9 |
| 6 129 155 -.72 .25|1.01 .1|1.00 .1|f .51| S6 |
| 24 133 155 -.99 .27| .83 -1.1|1.00 .1|e .53| S24 |
| 5 102 155 .66 .21| .99 -.1| .98 -.1|d .65| S5 |
| 18 98 155 .83 .20| .89 -1.1| .92 -.5|c .68| S18 |
| 10 96 155 .91 .20| .88 -1.2| .83 -1.1|b .70| S10 |
| 21 93 155 1.03 .20| .78 -2.3| .70 -2.1|a .74| S21 |
|------------------------------------+----------+----------+-----+------|
| MEAN 114.2 154.9 .00 .23| .99 -.1|1.04 .2| | |
| S.D. 16.1 .2 .84 .03| .10 .9| .13 .7| | |
+-----------------------------------------------------------------------+

4.5 Polariti item

Dalam menentukan polariti sesuatu item, koefisien kolerasi ukuran-titik PTMEA


CORR (point-measure correlation coefficient) digunakan. Jika nilai PTMEA CORR
adalah tinggi, maka sesuatu item lebih berupaya untuk membezakan kemampuan
antara responden. Nilai negatif atau sifar menunjukkan jalinan respon bagi item atau
responden adalah bercanggah dengan pemboleh ubah atau konstruk (Linacre, 2003).
Selain itu, item akan dipertimbangkan sama ada disingkirkan atau dinambahbaikan
jika nilai PTMEA CORR adalah kurang daripada 0.30 (Nunnally & Bernstein 1994).
Berdasarkan Jadual 5, nilai PTMEA CORR bagi semua 16 item adalah lebih
11

daripada 0.30, iaitu daripada 0.38 hingga 0.74, ini bererti semua item dalam UDNIN
dapat mendiskriminasi atau membezakan responden yang lemah dan cerdik pandai.

4.6 Taburan Responden dan Kesahan Respon Responden

Rajah 6 menunjukkan analisis Rasch dapat menghasilkan satu pemetaan bagi


taburan item-item dengan taburan kebolehan atau kecenderungan responden. Bond
dan Fox (2007) menyatakan, tujuan pemetaan ini adalah untuk menunjukkan
hubungan antara kebolehan pelajar dengan aras kesukaran item. Responden
dengan kebolehan tinggi dan item kesukaran aras tinggi akan terletak di bahagian
atas skala manakala responden dengan kebolehan rendah dan item pada aras
kesukaran rendah pula terletak di bahagian bawah. Hal ini kerana pengukuran yang
menggunakan skala logit ditunjukkan dari aras paling mudah kepada aras paling
sukar.

Berdasarkan Rajah 6, menunjukkan peta item-individu yang memaparkan


taburan kesukaran item-item Ujian Diagnostik (UDNIN) dan dipadankan dengan
taburan kebolehan pelajar di sepanjang skala logit. Aras kesukaran item disebar kira-
kira 4 logit (dari -1.88 logit hingga 1.30 logit) di mana item s19 (1.30) merupakan item
yang paling sukar dan terletak pada skala yang paling atas dan item paling mudah
ialah S9 (-1.88 logit) yang terletak di bahagian paling bawah skala. Selang antara
logits di antara item adalah kurang daripada 0.5 kecuali selang di antara item S9 dan
item S24, ini bermakna kebanyakan item yang terkandung dalam UDNIN dapat
menguji konstruk dalam miskonsepsi dalam integer negatif, tetapi masih terdapat
konstruk yang tidak dapat diuji di mana yang ditunjukkan dari selang antara item 9
dan item s24 yang lebih daripada 0.5. Begitu juga, didapati kesukaran item adalah
tidak dapat memenuhi kemampuan responden, ini boleh dilihat di mana data item
hanya bertabur di bahagian bawah min, bahagian di atas bagi logit 2.6 hingga 4
adalah tiada data. Oleh itu, pengkaji harus mengubahsuai item dalam soal selidik
supaya mencapai kemampuan atau daya responden.
12

Rajah 6: Taburan Responden dan Peta Item-Individu bagi UDNIN pada skor logit

EXAMINEES MAP OF items


<more>|<rare>
4 .############ +
|
|
|
|
|
.####### |
3 S+
|
|
|
|
.## |
|
2 +
.# |
|T
M|
.# |
| S19
.## | S23
1 + S21
.# |S S10 S18
| S5
.# |
| S11
. |
| S2
0 . S+M S17
|
. | S3
| S20 S4
. | S14 S16
| S6 S8
# |S
-1 + S24
# |
|
. T|
|
|T
. | S9
-2 +
|
|
|
|
|
|
-3 +
. |
|
|
|
|
|
-4 +
<less>|<frequ>
EACH '#' IS 7.
13

Bagi taburan responden pula, penyebaran kebolehan individu pula adalah


kira-kira 8 logit (dari -3.14 logit hingga 4.38 logit). Kebanyakan responden berada di
atas nilai min di antara 3 hingga 4 logit bagi aras kebolehan responden. Pemetaan ini
menggambarkan kebanyakan individu mempunyai aras kebolehan yang tinggi untuk
menjawab semua item dalam Ujian Diagnostik, ini menyebabkan taburan responden
adalah tidak normal kerana item UDNIN yang diadopt adalah terlalu mudah
berbanding dengan kebolehan responden.

4.7 Item Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

Kebolehpercayaan pula sering kali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan


ketekalan dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Dalam
kajian ini, Rasch Model akan menguji kebolehpercayaan dari segi item dan
responden. Bond & Fox (2001) menyatakan ukuran kebolehpercayaan ialah antara 0
hingga 1, manakala 0.8 ke atas adalah amat baik dan diterima.

Jadual 7: Indeks Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan bagi UDNIN

Indeks kebolehpercayaan Indeks pengasingan


Responden 0.71 1.58
Item 0.92 3.37

Berdasarkan Jadual 7, indeks kebolehpercayaan responden bagi UDNIN agak


baik iaitu 0.71, indeks kebolehpercayaan responden yang baik bermakna kestabilan
dan ketekalan dalaman instrumen UDNIN bagi responden tercapai. Dengan kata lain,
majoriti responden menjawab instrumen UDNIN dengan bersungguh-sungguah
tanpa sambil lewa. Manakala indeks kebolehpercayaan item memaparkan indeks
yang amat tinggi iaitu 0.92. seperti yang dinyatakan oleh Bond dan Fox (2007) iaitu
nilai kebolehpercayaan > .80 ialah nilai yang diterima kuat, manakala Fisher (2007)
menyatakan bahawa nilai kebolehpercayaan > .94 adalah cemerlang.

Indeks pengasingan dalam model Rasch dibahagikan kepada dua iaitu indeks
pengasingan individu yang bertujuan untuk menganggarkan kebolehan sesuatu
instrumen untuk membahagikan individu kepada beberapa tahap dalam konstruk
yang diukur. Indeks pengasingan item pula bertujuan untuk menganggarkan
14

kebolehan individu dengan mengasingkan kesukaran item kepada beberapa tahap


dalam konstruk yang diukur (Wright & Masters, 1982). Nilai indeks pengasingan
individu dan item melebihi dua adalah baik (Jones & Fox, 1998). Indeks
menunjukkan bilangan strata kebolehan individu dan kesukaran item. Strata melebihi
dua dianggap membentuk variabel yang tersebar dengan baik dan kedudukan item
pada skala logits mempunyai kebolehpercayaan tinggi (Siti Rahayah, 2008).
Semakin besar nilai indeks pengasingan, maka kualiti instrumen pada responden
dan kelompok item adalah semakin bagus (Bambang & Wahyu, 2014).

Berdasarkan Jadual 7, indeks pengasingan responden ialah 1.58 (bundar


kepada 2) dan indeks pengasingan item pula ialah 3.37. Hal ini membawa maksud,
indeks pengasingan responden dan indeks pengasingan item yang melebihi 2
merupakan indeks yang baik, iaitu responden dapat dikategorikan kepada 2
kumpulan yang nyata dan item dapat menguji 3 aras kesukaran dalam item yang
dikenalpasti dalam kajian ini.

4.8 Analisis Differential Item Functioning (DIF)

Differential item functioning (DIF) merujuk pengukuran bias dalam satu kajian,
keadaan ini berlaku apabila individu daripada kumpulan yang berbeza (biasanya
jantina atau etnik) dengan sifat dan kemampuan yang sama (keupayaan / kemahiran)
mempunyai kebarangkalian yang berbeza dan memberi kesan yang dapat
menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan ke atas ujian. Analisis DIF memberi
petunjuk tingkah laku yang tidak dijangka item pada ujian. Item tidak memaparkan
DIF sekiranya pengukuran DIF melebihi 0.2 atau kurang daripada -0.2. (Alquraan,
Alshraideh & Bsharah, 2010). Berdasarkan Jadual 8, nilai t bagi 18 item yang
terdapat dalam instrumen UDNIN terletak dalam lingkungan -2.0 hingga +2.0, tiada
item perlu disingkirkan lagi. Oleh itu, 18 item yang pengukuran DIF di antara -1.73
hingga +0.88 akan disimpan dalam instrumen UDNIN.
15

Jadual 8: Analisis DIF bagi Instrumen UDNIN


+-------------------------------------------------------------------------------------------+
| EXAMINEE DIF DIF EXAMINEE DIF DIF DIF JOINT item |
| CLASS MEASURE S.E. CLASS MEASURE S.E. CONTRAST S.E. t d.f. Prob. Number Name |
|-------------------------------------------------------------------------------------------|
| 1 .20 .29 2 .22 .34 -.03 .44 -.06 153 .9510 2 S2 |
| 1 -.33 .31 2 -.13 .36 -.20 .47 -.43 153 .6697 3 S3 |
| 1 -.33 .31 2 -.40 .37 .06 .49 .13 153 .8960 4 S4 |
| 1 .82 .27 2 .44 .33 .37 .42 .88 153 .3789 5 S5 |
| 1 -.64 .33 2 -.85 .41 .22 .52 .41 153 .6810 6 S6 |
| 1 -.64 .33 2 -.69 .39 .05 .51 .11 153 .9157 8 S8 |
| 1 -1.86 .43 2 -1.91 .53 .04 .69 .06 152 .9495 9 S9 |
| 1 .82 .27 2 1.03 .30 -.21 .41 -.52 153 .6005 10 S10 |
| 1 .36 .28 2 .44 .33 -.08 .43 -.19 153 .8469 11 S11 |
| 1 -.43 .32 2 -.69 .39 .26 .50 .51 153 .6075 14 S14 |
| 1 -.43 .32 2 -.85 .41 .42 .52 .82 153 .4155 16 S16 |
| 1 -.33 .31 2 .44 .33 -.78 .45 -1.73 153 .0853 17 S17 |
| 1 .96 .27 2 .65 .32 .31 .41 .76 153 .4513 18 S18 |
| 1 1.10 .27 2 1.55 .29 -.45 .39 -1.14 153 .2580 19 S19 |
| 1 -.43 .32 2 -.54 .38 .11 .50 .22 153 .8268 20 S20 |
| 1 1.03 .27 2 1.03 .30 .00 .40 .01 153 .9928 21 S21 |
| 1 1.10 .27 2 1.12 .30 -.02 .40 -.04 153 .9688 23 S23 |
| 1 -.86 .34 2 -1.21 .44 .35 .56 .63 153 .5285 24 S24 |
+-------------------------------------------------------------------------------------------+

5. Perbincangan

Hasil dapatan kajian dapat mencapai kriteria kesahan pengukuran yang ditetapkan
berdasarkan 18 item yang dikaji. Nilai-nilai kriteria yang penting sepeti PTMEA
CORR, Item Fix, Peta Item & Responden telah memaparan hasil yang baik. Hasil
analisis PCAR digunakan untuk menguji andaian unidimensi Model Rasch. Dapatan
kajian memaparkan bahawa nilai Eigen bagi unexpl var explained by 1st, 2nd, 3rd
and 4th factor masing-masing memaparkan 1.9, 1.7, 1.6 dan 1.3 logit yang mewakili
4.9%, 4.6%, 4.1% dan 3.5% daripada varians reja. Model Rasch menerangkan
54.0% dalam variance explained by measures telah melepasi batasan minimum
yang melibatkan 40% keperluan unidimensi Model Rasch. Hasil dapatan kajian
menunjukkan hanya terdapat satu faktor utama yang diukur iaitu Miskonsepsi lazim
yang dilakukan oleh pelajar tingkatan satu dalam topik Nombor Integer Negatif.
Kesemua item dalam instrumen UDNIN adalah lengkap atau "intact", dan mengukur
apa yang sepatutnya dan bersifat unidimensi.

Lapan belas item dalam instrumen UDNIN bertindak dalam satu arah yang
sama untuk mengukur konstruk yang hendak diukur melalui nilai PTMEA CORR.
yang positif dan lebih daripada 0.30 (Linacre, 2006; Nunnally & Bernstein, 1994).
Nilai-nilai PTMEA CORR. yang tinggi iaitu daripada 0.38 hingga 0.74, menunjukkan
bahawa item-item berupaya untuk membezakan kebolehan antara responden-
responden. Maka, dapat disimpulkan bahawa item-item instrumen UDNIN dapat
16

menyumbang secara positif kepada mendiskriminasi sikap responden terhadap


Matematik.

Berdasarkan statistik fit, hampir semua item dalam ujian diagnostik telah
memenuhi syarat yang digariskan oleh Wright dan Linacre (1992) iaitu berada dalam
julat Infit dan Outfit MNSQ yang diterima yakni antara 0.5 hingga 1.5, di mana
memaparkan nilai Infit dan Outfit MNSQ adalah di antara 0.70 hingga 1.23. Oleh itu,
tiada item yang perlu disingkirkan lagi. Akan tetapi, jumlah item sebenar dalam ujian
adalah sebanyak 24, oleh itu kajian lanjutan boleh dijalankan dengan menggunakan
sampel yang berlainan untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai
keupayaan item untuk mengukur konstruk yang diperlukan.

Dari peta item-individu, taburan item dan individu yang hampir berbentuk
normal menunjukkan bahawa skala adalah sesuai untuk responden (Alquraan,
Alshraideh & Bsharah, 2010). Min bagi individu ialah 2.54 logit memberi gambaran
bahawa item-item UDNIN adalah lebih mudah untuk dijawab betul oleh kebanyakan
responden secara purata dan item-item sedemikian agak memadan dengan
tanggapan atau persepsi sampel. Alquraan, Alshraideh dan Bsharah (2010)
menyatakan bahawa sesuatu instrumen seharusnya boleh menilai individu yang
berkebolehan tinggi dan berkebolehan rendah. Penyebaran kebolehan individu
adalah lebih luas (dari -3.14 logit hingga 4.38 logit) berbanding taburan kesukaran
item (dari -1.81 logit hingga 1.30 logit) menunjukkan bahawa bukan semua item
dapat mencakupi julat tret yang diukur (Green & Frantom, 2002). Kewujudan jurang
atau celah (gap) antara dua item yang berturutan pada bahagian bawah peta item-
individu, ini menunjukkan bahawa terdapat aspek-aspek penting yang tidak diukur
oleh instrument UDNIN. Justeru itu, hasil dapatan ini mencadangkan bahawa item-
item yang berkualiti perlu ditambah untuk mengukur ciri-ciri tertentu yang tidak diukur
oleh instrumen.

Analisis data kajian menunjukkan bahawa indeks kebolehpercayaan


responden adalah 0.71 dengan indeks pengasingan 2 (bundaran 0.71), kedua-dua
nilai ini menunjukkan nilai yang agak baik, nilai kebolehpercayaan yang baik dan
dapat mengasingkan dua kumpulan responden yang mempunyai perbezaan
17

kebolehan. Indeks kebolehpercayaan item dalam kajian UDNIN mencatat nilai yang
cemerlang iaitu 0.92, selaras dengan indek pengasingan yang baik. Menurut Bond
dan Fox (2007), nilai indeks kebolehpercayaan item >.80 ialah nilai
kebolehpercayaan yang diterima sebagai kuat, manakala Fisher (2007) pula
menyatakan bahawa nilai indeks kebolehpercayaan item >.94 adalah cemerlang.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa indeks pengasingan item ialah 3.37
(dibundarkan kepada 3), yang bermaksud terdapat 3 aras persetujuan item yang
berbeza akan diuji. Dapatan kajian telah menunjukkan indeks pengasingan item lebih
daripada 2, yang boleh dianggap baik (Fisher, 2007).

Analisis yang terakhir ialah analisis DIF, sebanyak 2 item yang perlu
disingkirkan daripada 24 item kerana terdapat DIF dalam item tersebut. Item yang
pegukuran DIF yang melebihi 0.2 atau kurang daripada -0.2, akan disingkir. Oleh itu,
18 item yang pengukuran DIF di antara -1.73 hingga +0.88 akan disimpan dalam
UDNIN. Kajian lanjutan boleh dijalankan dengan menggunakan sampel yang
berlainan untuk mendapatkan maklumat tambahan untuk mengurangkan kesan DIF
yang boleh menyebabkan penyingkiran item.

Walaupun item-item dalam instrumen UDNIN (18 item) memaparkan


kekurangan dari segi cakupan kandungan konstruk dan kelemahan dari segi
kesukaran item kerana majoriti responden dapat menguasai item yang paling sukar.
Tetapi secara keseluruhan, hasil analisis Model Rasch seperti statistik fit, polariti item,
unidimensi, dan peta item-individu menunjukkan dapatan-dapatan kajian yang positif
seterusnya memaparkan bukti-bukti kesahan konstruk bagi instrumen UDNIN. Indeks
kebolehpercayaan item dan responden yang tinggi serta indeks pengasingan item
dan responden yang baik turut menyumbang bukti kepada kesahan konstruk bagi
instrumen UDNIN. Hasil dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian-kajian lepas
yang menggunakan analisis-analisis Model Rasch untuk mengkaji kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen (Arasinah, Ab. Rahim, Ramlah, & Soaib, 2012; Rosseni,
Mazalah, M. Faisal, Norhaslinda, Aidah, Nur Ayu Johar, Siti Rahayah, 2009).
18

6. Kesimpulan

Ujian Diagnostik Nombor Integer Negatif (UDNIN) merupakan intrumen yang diadopt
daripada instrumen yang dihasilkan oleh Elango Periasamy and Halimah Badioze
Zaman (2011). Intrumen asal diukur dengan Teori Ujian Klasik (CTT) yang
menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu (0.919544). Dapatan kajian yang
diuji dengan Model Rasch yang mencatat indek kebolehpercayaan yang tinggi
adalah selaras dengannya. Akan tetapi melalui Model Rasch yang mengambil kira
kebolehpercayaan item dan responden yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan
item dan responden yang tinggi dapat menunjukkan maklumat yang lebih jitu. Begitu
juga dengan item yang diuji, sebanyak 4 item yang tidak dapat fit dengan analisis fit
yang terdapat dalam Model Rasch dan 2 item yang tidak dapat memenuhi syarat DIF.
Oleh itu, pemilihan model pengukuran yang sesuai seperti Model Rasch boleh
memastikan pengukuran saintifik dijalankan untuk menghasilkan pengukuran linear,
mengesan infit dan outfit item, memberi anggaran ketepatan mengenai kebolehan
item dan responden serta indeks kebolehpercayaan. Kajian tentang kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen UDNIN penting untuk mempertahankan kejituan item
intrumen dan memastikan hasil dapatan kajian yang diperoleh boleh dipercayai. Hasil
dapatan UDNIN berdasarkan analisis Model Rasch seperti statistik fit, polariti item,
unidimensi dan peta item-individu menunjukkan dapatan-dapatan kajian yang positif.
Walaupun terdapat beberapa item yang perlu dikaji secara terperinci dan lebih lanjut,
tetapi kesahan kontsruk instrumen UDNIN yang didapati adalah sesuai untuk
mengukur pengetahuan nombor integer negatif.

Rujukan

Alquraan, M., Alshraideh, M. & Bsharah, M. (2010). Psychometric Properties and


Differential Item Functioning (DIF) Analyses of Jordanian Version of Self-
Assessed Wisdom Scale (SAWS-Jo). International Journal of Applied
Educational Studies, 9(1), 52-66.
Arasinah Kamis, Ab. Rahim Bakar, Ramlah Hamzah, & Soaib Asmiran (2012).
Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kompetensi Rekaan Fesyen
Pakaian (RFP). Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(2), 11-19.
Bambang & Wahyu, (2014). Aktivitas Laboratorium Statistika Virtual Menggunakan
Rshiny. Prosiding Seminar Nasional Matematika Universitas Udayana, 235-
244.
Bhasah (2007). Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
19

Bond, T. G. & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental


measurement in the human sciences (2nd ed.). Mahwah, NJ: Erlbaum.
Creswell, J. W. (2002). Educational Research - Planning, Conducting, and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research (2nd Ed.). New Jersey: Pearson Merril
Prentice Hall.
Creswell, J. W. (2005). Educational Research - Planning, Conducting, and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research (3rd Ed.). New Jersey: Pearson Merril
Prentice Hall.
Creswell, J. W. (2010). Educational Research - Planning, Conducting, and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research (4th Ed.). New Jersey: Pearson Merril
Prentice Hall.
Elango Periasamy & Halimah Badioze Zaman (2011). Predict Incorrect Thinking
Process: Negative Numbers Subtraction Operation Second Category.
Proceeding of the International Conference on Advanced Science,
Engineering and Information Technology 2011. Fakulti Teknologi Sauns
Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Elango Periasamy (2014). Meramal Proses Kesilapan Pemikiran untuk Operasi
Penolakan Nombor Negatif Melibatkan Integer Positif dengan Negatif. Jurnal
Personalia Pelajar (17), 41-48.
Fisher, W. P. J. (2007). Rating Scale Instrument Quality Criteria. Rasch
Measurement Transactions, 21(1), 1095.
Green, K.E. & Frantom, C.G. (2002). Surve Development and Validation with the
Rasch Model. A paper presented at the International Conference on
Questionnaire Development, Evaluation, and Testing. Charleston, SC,
November 14,17.1
Howard, W. & Henry, I.B. (1988). Test Validity. New Jersey: Lawrence Erlbaum
Associates Publishers.
Jones, J.A. & Fox, C.M. (1998). Uses of Rasch Modeling in Counseling Psychology
Research. Journal of Counseling Psychology, 45 (1): 30-45.
Kamarudin Husin & Siti Hajar (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kayazano Enterprise.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (1993). Laporan Prestasi PMR 1993. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2002). Laporan Prestasi PMR 2002. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2003). Laporan Prestasi PMR 2003. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2003). Laporan Prestasi SPM 2003. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2007). Kupasan Mutu Jawapan SPM 2007. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2010). Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012). Kupasan Mutu Jawapan SPM 2012. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2014). Kupasan Mutu Jawapan SPM 2014. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Linacre, J.M. (2003). Winsteps Computer Program Version 3.57.2. Diperolehi pada
24, April 2016 daripada http://www.winsteps.com
20

Marlina dan Nurhidayah (2011). Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan Dua Bagi Topik
Nombor Negatif. Diperolehi pada 25, Februari 2016 daripada
http://eprints.utm.my/11042/1/Tahap_Kefahaman_Pelajar_Tingkatan_Dua_Ba
gi_Topik_Nombor_Negatif.pdf
Nunnally, J. C. & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric Theory (3rd ed.). New York,
NY: McGraw-Hill.
Pallant, J. (2001). SPSS Survival Manual - A Step by Step Guide To Data Analysis
Using SPSS for Windows (Version 10). Buckingham: Open University Press.
Rasch, G. (1980). Probabilistic Models For Some Intelligence And Attainment Tests.
Chicago: The University of Chicago Press.
Rosseni Din, Mazalah Ahmad, M. Faisal Kamarulzaman, Norhaslinda Mohd. Sidek,
Aidah Abdul Karim, Nur Ayu Johar, ...Siti Rahayah Arrifin. (2009). Kesahan
dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Gaya e-Pembelajaran (eLSE) versi 8.1
Menggunakan Model Mengukuran Rasch. Jurnal Pengukuran Kualiti dan
Analisis, 5(2), 15- 27.
Sadler, Joshua T. (2012). The Positives About Negatives: A Study of Errors and
Misconceptions With Integer Operartions in Adult Education. Projek Sarjana
yang tidak diterbitkan. New York: Department of Mathematical Sciences, State
University of New York.
Sekaran, U. (1992). Research Methods for Bussiness: A Skill-Building Approach.
New York: John Wiley & Sons, Inc.
Siti Rahayah Ariffin (2008). Inovasi dalam Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.
Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Subanji & Toto Nusantara (2016). Thinking Process of Pseudo Construction in
Mathematics Concepts. International Education Studies, Vol. 9, No. 2, 17-31.
Wright, B. D. & Linacre, J. (1992). Combining and Splitting Categories. Rasch
Measurement Transactions 6: 233-235.
Wright, B. D. & Masters, G. N. (1982). Rating Scale Analysis: Rasch Measurement.
Chicago, IL: MESA Press.
Wright, B.D. & Stone, M.H. (1979). Best Test Design. Chicago, IL: MESA Press.
21

LAMPIRAN 1

Ujian Diagnostik Nombor Integer Negatif

Nama :
Tingkatan :

Jantina : Lelaki Perempuan


Kaum : Melayu Cina
India Lain-lain

Arahan: Jawab semua soalan dan tuliskan jawapan anda di ruang Jawapan.

No Soalan Jawapan No Soalan Jawapan


5–2= – 8 – 13 =
1 13
A. – 3 B. 7 C. – 7 D. 3 A. – 5 B. 21 C. – 21 D. 5
–5–2= 8 – 13 =
2 14
A. – 3 B. 7 C. – 7 D. 3 A. – 5 B. 21 C. – 21 D. 5
– 5 – (– 2) = – 8 – (– 13) =
3 15
A. – 3 B. 7 C. – 7 D. 3 A. – 5 B. 21 C. – 21 D. 5
5 – (– 2) = 8 – (– 13) =
4 16
A. – 3 B. 7 C. – 7 D. 3 A. – 5 B. 21 C. – 21 D. 5
–2–5= 16 – 23 =
5 17
A. – 3 B. 7 C. – 7 D. 3 A. – 7 B. 39 C. – 39 D. 7

2–5= – 16 – 23 =
6 18
A. – 3 B. 7 C. – 7 D. 3 A. – 7 B. 39 C. – 39 D. 7
– 2 – (– 5) = – 16 – (– 23) =
7 19
A. – 3 B. 7 C. – 7 D. 3 A. – 7 B. 39 C. – 39 D. 7
2 – (– 5) = 16 – (– 23) =
8 20
A. – 3 B. 7 C. – 7 D. 3 A. – 7 B. 39 C. – 39 D. 7
13 – 8 = – 23 – 16 =
9 21
A. – 5 B. 21 C. – 21 D. 5 A. – 7 B. 39 C. – 39 D. 7
– 13 – 8 = 23 – 16 =
10 22
A. – 5 B. 21 C. – 21 D. 5 A. – 7 B. 39 C. – 39 D. 7
– 13 – (– 8) = – 23 – (– 16) =
11 23
A. – 5 B. 21 C. – 21 D. 5 A. – 7 B. 39 C. – 39 D. 7
13 – (– 8) = 23 – (– 16) =
12 24
A. – 5 B. 21 C. – 21 D. 5 A. – 7 B. 39 C. – 39 D. 7
22

LAMPIRAN 2

Jadual Item Fix & PTMEA CORR bagi Instrumen UDNIN 24 Item

+-----------------------------------------------------------------------+
|ENTRY RAW MODEL| INFIT | OUTFIT |PTMEA| |
|NUMBER SCORE COUNT MEASURE S.E. |MNSQ ZSTD|MNSQ ZSTD|CORR.| item |
|------------------------------------+----------+----------+-----+------|
| 1 179 195 -1.48 .30|1.42 2.0|2.76 2.3|A .22| S1 |
| 22 174 195 -1.08 .27|1.11 .7|1.63 1.3|B .40| S22 |
| 7 91 195 2.30 .17|1.55 5.8|1.60 3.1|C .45| S7 |
| 4 163 195 -.39 .23| .95 -.3|1.34 1.0|D .52| S4 |
| 20 165 195 -.50 .24| .93 -.5|1.16 .6|E .53| S20 |
| 14 166 195 -.56 .24|1.15 1.1| .93 -.1|F .47| S14 |
| 3 161 195 -.28 .23|1.15 1.1| .84 -.4|G .51| S3 |
| 11 148 195 .34 .21|1.07 .6|1.15 .7|H .56| S11 |
| 23 131 195 1.01 .19|1.04 .4|1.06 .4|I .61| S23 |
| 16 167 195 -.62 .25| .94 -.4|1.06 .3|J .52| S16 |
| 8 168 195 -.68 .25|1.01 .1|1.06 .3|K .49| S8 |
| 9 182 194 -1.87 .33|1.05 .3| .97 .2|L .36| S9 |
| 2 152 195 .16 .21| .95 -.4|1.03 .2|l .59| S2 |
| 6 169 195 -.74 .25|1.00 .1| .72 -.6|k .50| S6 |
| 17 156 195 -.03 .22| .98 -.1| .84 -.5|j .57| S17 |
| 5 142 195 .59 .20| .95 -.4| .92 -.3|i .62| S5 |
| 15 133 195 .93 .19| .93 -.6| .87 -.8|h .65| S15 |
| 18 138 195 .74 .20| .90 -.9| .87 -.7|g .65| S18 |
| 19 126 195 1.18 .19| .89 -1.1| .80 -1.3|f .68| S19 |
| 13 143 195 .55 .20| .85 -1.3| .79 -1.0|e .66| S13 |
| 24 173 195 -1.01 .27| .81 -1.2| .85 -.2|d .52| S24 |
| 10 136 195 .82 .19| .84 -1.5| .65 -2.2|c .68| S10 |
| 12 162 195 -.33 .23| .76 -1.9| .47 -2.0|b .63| S12 |
| 21 133 195 .93 .19| .74 -2.7| .55 -3.1|a .73| S21 |
|------------------------------------+----------+----------+-----+------|
| MEAN 152.4 195.0 .00 .23|1.00 -.1|1.04 -.1| | |
| S.D. 20.6 .2 .95 .04| .18 1.6| .45 1.3| | |
+-----------------------------------------------------------------------+

Jadual Keputusan Principal Component Analysis of Residuals (PCAR) 24 Item

Empirical Modeled
Total variance in observations = 55.0 100.0% 100.0%
Variance explained by measures = 31.0 56.4% 57.7%
Unexplained variance (total) = 24.0 43.6% 42.3%
Unexpl var explained by 1st factor = 2.1 3.7%
Unexpl var explained by 2nd factor = 1.9 3.4%
Unexpl var explained by 3rd factor = 1.6 2.9%
Unexpl var explained by 4th factor = 1.4 2.6%
23

Rajah Taburan Responden dan Peta Item-Individu bagi UDNIN 24 Item


EXAMINEES MAP OF items
<more>|<rare>
4 ######### +
|
|
|
############# S|
|
|
|
3 +
|
.##### |
|
|
|
.## | S7
|
2 M+
## |T
|
.# |
. |
|
.## |
| S19
1 .## +S S23
# | S10 S15 S21
| S18
# | S5
| S13
. S| S11
.# |
| S2
0 . +M S17
|
. | S3
. | S12 S4
| S14 S20
. | S16 S8
| S6
. |
-1 .# +S S24
T| S22
. |
|
| S1
. |
|
. |T S9
-2 +
|
|
|
|
|
. |
|
-3 +
<less>|<frequ>
EACH '#' IS 5.
24

Jadual Indeks Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan Responden 24 Item


+-----------------------------------------------------------------------------+
| RAW MODEL INFIT OUTFIT |
| SCORE COUNT MEASURE ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD |
|-----------------------------------------------------------------------------|
| MEAN 18.8 24.0 1.96 .73 .98 .1 1.04 .2 |
| S.D. 5.3 .1 1.57 .24 .21 .7 .93 .9 |
| MAX. 23.0 24.0 3.55 1.05 1.54 2.7 6.39 3.4 |
| MIN. 2.0 23.0 -2.74 .45 .62 -2.6 .18 -2.2 |
|-----------------------------------------------------------------------------|
| REAL RMSE .80 ADJ.SD 1.35 SEPARATION 1.70 EXAMIN RELIABILITY .74 |
|MODEL RMSE .77 ADJ.SD 1.37 SEPARATION 1.77 EXAMIN RELIABILITY .76 |
| S.E. OF EXAMINEE MEAN = .11 |
+-----------------------------------------------------------------------------+

Jadual Indeks Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan Item 24 Item


+-----------------------------------------------------------------------------+
| RAW MODEL INFIT OUTFIT |
| SCORE COUNT MEASURE ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD |
|-----------------------------------------------------------------------------|
| MEAN 152.4 195.0 .00 .23 1.00 -.1 1.04 -.1 |
| S.D. 20.6 .2 .95 .04 .18 1.6 .45 1.3 |
| MAX. 182.0 195.0 2.30 .33 1.55 5.8 2.76 3.1 |
| MIN. 91.0 194.0 -1.87 .17 .74 -2.7 .47 -3.1 |
|-----------------------------------------------------------------------------|
| REAL RMSE .24 ADJ.SD .92 SEPARATION 3.85 item RELIABILITY .94 |
|MODEL RMSE .23 ADJ.SD .92 SEPARATION 3.99 item RELIABILITY .94 |
| S.E. OF item MEAN = .20 |
+-----------------------------------------------------------------------------+

Jadual Analisis DIF bagi Instrumen UDNIN 24 Item


+-------------------------------------------------------------------------------------------+
| EXAMINEE DIF DIF EXAMINEE DIF DIF DIF JOINT item |
| CLASS MEASURE S.E. CLASS MEASURE S.E. CONTRAST S.E. t d.f. Prob. Number Name |
|-------------------------------------------------------------------------------------------|
| 1 -1.69 .41 2 -1.23 .43 -.46 .60 -.77 193 .4412 1 S1 |
| 1 .18 .29 2 .13 .32 .05 .43 .11 193 .9146 2 S2 |
| 1 -.35 .31 2 -.20 .34 -.15 .46 -.32 193 .7499 3 S3 |
| 1 -.35 .31 2 -.45 .36 .10 .48 .21 193 .8310 4 S4 |
| 1 .79 .27 2 .33 .31 .45 .41 1.11 193 .2701 5 S5 |
| 1 -.65 .32 2 -.88 .40 .23 .52 .46 193 .6490 6 S6 |
| 1 1.40 .26 2 3.07 .23 -1.67 .35 -4.81 193 .0000 7 S7 |
| 1 -.65 .32 2 -.73 .39 .08 .50 .16 193 .8729 8 S8 |
| 1 -1.86 .43 2 -1.90 .52 .04 .68 .06 192 .9505 9 S9 |
| 1 .79 .27 2 .86 .28 -.07 .39 -.19 193 .8515 10 S10 |
| 1 .34 .28 2 .33 .31 .01 .42 .01 193 .9887 11 S11 |
| 1 -.07 .30 2 -.73 .39 .65 .49 1.35 193 .1798 12 S12 |
| 1 1.00 .26 2 -.08 .34 1.08 .43 2.53 193 .0122 13 S13 |
| 1 -.44 .31 2 -.73 .39 .28 .50 .57 193 .5679 14 S14 |
| 1 .64 .27 2 1.24 .27 -.60 .38 -1.57 193 .1192 15 S15 |
| 1 -.44 .31 2 -.88 .40 .44 .51 .86 193 .3892 16 S16 |
| 1 -.35 .31 2 .33 .31 -.68 .44 -1.55 193 .1220 17 S17 |
| 1 .93 .26 2 .52 .30 .41 .40 1.02 193 .3092 18 S18 |
| 1 1.07 .26 2 1.31 .26 -.24 .37 -.65 193 .5143 19 S19 |
| 1 -.44 .31 2 -.58 .37 .14 .49 .29 193 .7737 20 S20 |
| 1 1.00 .26 2 .86 .28 .14 .39 .35 193 .7230 21 S21 |
| 1 -.75 .33 2 -1.65 .49 .90 .59 1.52 193 .1299 22 S22 |
| 1 1.07 .26 2 .94 .28 .13 .38 .33 193 .7415 23 S23 |
| 1 -.87 .34 2 -1.23 .43 .36 .55 .66 193 .5129 24 S24 |
+-------------------------------------------------------------------------------------------+

View publication stats

You might also like