Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

MPU 2232

ETIKA PROFESIONALISME

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
KAJIAN KES

NAMA : AHMAD IZHAR ZULQARNAIN BIN


EMIRUL
NO. KAD PENGENALAN : 031216-01-0737
NO. ANGKA GILIRAN : K531HKPD001
PROGRAM : PENGURUSAN PANGKALAN DATA &
APLIKASI WEB
PENSYARAH : MOHD SABREE BIN ABU BAKAR
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. 1.0 PENGENALAN 3

2. ISU DISIPLIN PEKERJA (RASUAH) 4-5


2.1 FAKTOR/PUNCA
2.2 HUBUNGKAIT KES DENGAN TEORI
2.3 JALAN PENYELASAIAN

3. ISU DISIPLIN PEKERJA (PECAH AMANAH) 6-7


3.1 FAKTOR/PUNCA
3.2 HUBUNGKAIT KES DENGAN TEORI
3.3 JALAN PENYELASAIAN

4. ISU DISIPLIN PEKERJA (PENCABULAN) 8-9


4.1 FAKTOR/PUNCA
4.2 HUBUNGKAIT KES DENGAN TEORI
4.3 JALAN PENYELASAIAN

5. ISU DISIPLIN PEKERJA (SKANDAL) 10-11


5.1 FAKTOR/PUNCA
5.2 HUBUNGKAIT KES DENGAN TEORI
5.3 JALAN PENYELASAIAN

6. ISU DISIPLIN PEKERJA (KECURIAN) 11-12


6.1 FAKTOR/PUNCA
6.2 HUBUNGKAIT KES DENGAN TEORI
6.3 JALAN PENYELASAIAN

7. KESIMPULAN 13

8. RUJUKAN 14-15

2
1.0 PENGENALAN

Pengertian etika menurut Kamus Dewan ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang
menjadi pegangan seseorang individu, kumpulan, persatuan dan pekerjaan. Etika juga boleh di
definisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab menentukan
tindakan seseorang itu samada baik ataupun buruk. Etika dalam erti kata lain adalah mematuhi
nilai moral. Etika ialah satu kod peraturan (susunan undang-undang) yang bertujuan untuk
mengatur dan memberi panduan tingkahlaku kepada individu, kumpulan atau sasaranya dalam
menjalankan tanggungjawab mereka.

Etika profesional bermaksud satu set peraturan atau undang-undang yang telah
ditetapkan yang mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang bertujuan untuk
memastikan setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamat sasarannya.

Etika professional bertujuan mewujudkan Autonomi moral di kalangan professional.


Autonomi moral bermaksud kebolehan menggunakan pandangan moral yang sesuai
berdasarkan asas–asas nilai kemanusiaan. Hal ini dapat dilakukan dengan mempertingkatkan
kebolehan dan keprihatinan terhadap sesuatu situasi.Kemahiran ini penting dalam menghadapi
dilema moral , iaitu apabila timbul dua atau lebih obligasi dan hak yang bertentangan.

Tidak dapat dinafikan , sungguhpun tempat kerja mempunyai etika profession


tersendiri yang perlu dipatuhi , namun masih ada segelintir individu dalam organisasi sesebuah
syarikat memandang rendah akan perkara ini . Wujudnya isu disiplin di tempat kerja tidak kira
antara pekerja dengan majikan mahupun pekerja dengan pekerja. Antara isu disiplin yang
sering timbul di tempat kerja ialah isu rasuah , pecah amanah , pencabulan , skandal dan
kecurian.

3
2.0 ISU DISIPLIN PEKERJA (RASUAH)

SARJAN DIDAKWA 3 KES RASUAH

MOHD. Saiful Saifuddin (tengah) didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dibawa keluar
dari Mahkamah Sesyen di Alor Setar, hari ini.

2.1 FAKTOR BERLAKUNYA RASUAH


2.1.1 KELEMAHAN PERIBADI SESEORANG INDIVIDU

Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral
seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil
rasuah ini sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan
sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang bakal diterima kelak.

2.1.2 MASALAH KETELUSAN SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN

Masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki
satu sistem yang telus terutamanya aspek pemberian tender, kontrak dan projek lain yang
menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan ini untuk
mengaut keuntungan dengan memberikan rasuah. Lagipun, ketiadaan sistem permantauan
berkesan yang bak melepaskan batuk di tangga menyebabkan ramai pekerja awam yang
terangsang untuk melakukan jenayah ini. Maka, wabak sosial ini telah menular dalam
masyarakat kita sehingga dianggap sebagai asam garam kehidupan dan merupakan kebiasaan

4
di negara kita. Persepsi demikian menyebabkan jumlah kes rasuah melambung tinggi dan
menjadi duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita.

2.2 HUBUNG KAIT KES TEORI


2.2.1 TEORTI KEPERIBADIAN MULIA

Teori keperibadian mulia menitiberatkan perbuatan atau pelakuan manusia dari segi falsafah
moral . Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang
berasaskan keunggulan sikap seseorang individu. Di dalam kes ini , salah satu rasuahnya
merupakan atas asbab membantu

2.3 CARA PENYELESAIAN


2.3.1 MENGUATKUASAKAN UNDANG – UNDANG

Hal ini bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah.
Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan
gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya
aktiviti rasuah ini.

2.3.1 PERANAN KERAJAAN

Pihak kerajaan melalui agensi SPRM perlu mengambil tindakan yang lebih agresif tanpa
mengira pangkat dan kedudukan dalam melaksanakan tugas kerana anggota SPRM merupakan
sebuah badan bebas yang dilantik. Tamsilnya, anggota SPRM perlu turun padang dan bertindak
menyamar seperti rakyat biasa untuk menyiasat aduan yang dilaporkan tentang kes rasuah.

5
3.0 ISU DISIPLIN PEKERJA (PECAH AMANAH)

PEKERJA TIDAK MENGAKU PECAH AMANAH RM 10,000

TERTUDUH, Heng Kah Yong, 31, diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas dakwaan atas kesalahan
pecah amanah di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh.

3.1 FAKTOR BERLAKUNYA PECAH AMANAH


3.1.1 MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Individu yang terlibat dalam isu pecah amanah merupakan antara individu yang memikirkan
kepentingan diri sendiri. Ini dapat ditegaskan bahawa mereka telah menyelewengkan harta
syarikat yang telah diamanahkan penjagaannya untuk kegunaan diri sendiri.

3.12 MENGALAMI KRISIS KEWANGAN

Kes seperti ini akan berlaku apabila pesalah mempunyai krisis kewangan. Walaupun
tanggungjawab sudah diberi kepada pesalah, Disebabkan pesalah menghadapi krisis
kewangan, pesalah tidak dapat berfikir secara baik dan akan terus mengambil jalan yang mudah
untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi olehnya.

3.2 HUBUNG KAIT KES TEORI


3.2.1 TEORI WAJIBAN (DEONTOLOGIS)

6
Kes ini berkait rapat dengan Teori Wajiban (Deontologis). Teori Wajiban merupakan
merupakan satu teori etika yang berlandaskan prinsip moral dan kewajipan moral. Bagi
memilih tindakan moral yang betul, kita perlu memahami obligasi atau kewajipan moral kita
dan apakah peraturan betul yang sedia ada untuk kita melakukan kewajipan tersebut.

Deontologi menekankan perbuatan tidak menghalalkan cara kerana tujuannya. Tujuan yang
baik tidak semestinya menjadi perbuatan itu juga baik. Pesalah ini menjadikan krisis kewangan
sebagai asbab untuk memecah amanah.

Pesalah ini perlu menyedari bahawa perbuatannya telah bercanggah dengan kewajipan moral
dan tidak memahami peraturan yang sepatutnya sehinggakan didakwa pecah amanah yang
bernilai RM 10,000

3.3 JALAN PENYELESAIAN

3.3.1 MENGENAKAN HUKUMAN BERAT DI BAWAH KANUN

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara
sehingga 14 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

3.3.2 PELUCUTAN JAWATAN JIKA DIIKAT JAMIN

Walaubagaimanapun , pesalah diberi ikat jamin sebanyak RM 15,000 dengan seorang penjamin
. Jika beliau diikat jamin , Tindakan pelucutan / buang kerjanya akan sedikit sebanyak
menyedarkan diri mereka daripada terus terjebak di dalam masalah ini

7
4.0 ISU DISIPLIN PEKERJA (PENCABULAN)

KES CABUL PEKERJA, TAUKE KEDAI RUNCIT DITAHAN

PENAMPANG ; Seorang tauke kedai runcit, di sini, ditahan selepas disyaki mencabul pekerja
perempuannya berusia 14 tahun, semalam.

4.1 FAKTOR BERLAKUNYA PECAH AMANAH


4.1.1 KERUNTUHAN AKHLAK DAN TIDAK DAPAT MENGAWAL HAWA NAFSU

Terdapat pelbagai spekulasi yang ditimbulkan dalam isu ini , seperti adakah tauke kedai runcit
tidak dapat mengawal hawa nafsunya dalam bekerja. Sudah tentu mangsa akan mengalami
trauma , tetapi sampai bila masalah ini akan selesai masih menjadi tanda tanya. Pembinaan
akhlak mencerminkan salasilah diri mereka sendiri.

4.2.1 TARIKAN FIZIKAL

Tarikan fizikal merupakan salah satu sebab mengapa pencabul tidak dapat menahan nafsu
mereka. Di samping itu juga, personaliti wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik juga
boleh mempengaruhi persepsi orang ketiga terhadap perbuatan gangguan seksual.

4.2 HUBUNG KAIT KES TEORI


4.2.1 TEORI HAK ASASI

8
Merujuk kepada kes ini, ia boleh dikategorikan sebagai Teori Hak Asasi yang merupakan salah
satu teori yang menyatakan bahawa seseorang mempunyai hak dalam memikul tanggungjawab
dalam kehidupan mereka.

Pesalah di dalam kes ini amat jelas telah melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan
kecederaan terhadap kanak-kanak dari segi fizikal dan mental. Sudah jelas juga bahawa pesalah
tersebut menunjukkan sikap yang tidak bermoral disebabkan melanggar hak asasi seseorang
kanak-kanak bawah umur.

4.3 JALAN PENYELESAIAN


4.3.1 MEWUJUDKAN PERSEKITARAN ANTI GANGGUAN SEKSUAL
Apabila wujud kes-kes gangguan seksual di tempat kerja, syarikat harus mengendalikan
dakwaan gangguan seksual dengan bijaksana dan terhormat tetapi tetap mengekalkan
ketegasan dan keseriusan menangani masalah ini.

4.3.2 HUKUMAN BERAT


Hukuman berat perlu dikenakan terhadap pencabul mengikut akta masing-masing supaya
masalah ini dapat dibendung daripada berleluasa .

9
5.0 ISU DISIPLIN PEKERJA (SKANDAL)
SKANDAL DI TEMPAT KERJA SUAMI

Seorang isteri menyerang skandal suami dekat tempat kerja viral di media sosial sejak beberapa hari
lepas.

5.1 FAKTOR BERLAKUNYA KES SKANDAL


5.1.1 TERTEKAN DI RUMAH
Seseorang itu akan cenderung mencari ‘orang baru’ atas tujuan tertekan , tidak puas atau bosan
dengan keadaan di rumah .

5.1.2 KURANG DIDIKAN AGAMA


Antara faktor skandal merupakan kurang didikan agama menyebabkan apabila melakukan
sesuatu tidak berfikir dengan baik

5.2 HUBUNG KAIT KES TEORI


5.2.1 TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Merujuk pada kes ini, ia boleh dikategorikan kepada Teori Keperibadian mulia. Teori
Keperibadian Mulia merupakan teori yang mempunyai satu kecenderungan yang mempunyai
tujuan, menekankan bahawa cara untuk seseorang itu menjadi seorang yang mulia . Sekiranya
teori ini dilanggar keperibadiannya , maka ia dianggap tidak mempunyai keperibadian yang
mulia

10
5.3 JALAN PENYELESAIAN
5.3.1 PERBINCANGAN

Perbincangan yang baik di antara dua pihak mungkin tidak akan menjanjikan sebarang
kebaikan. Tetapi dengan perbincangan dapat berkongsi kelemahan pasangan masing-masing
daripada terus lompat ke penutup

6.0 ISU DISIPLIN PEKERJA (KECURIAN)

PADAH CURI DUIT DI TEMPAT KERJA

Polis menahan suspek kelmarin berikutan kes kecurian wang di kaunter juruwang di tempat kerjanya di
Taman Indah, Sekinchan.

6.1 FAKTOR BERLAKUNYA KES KECURIAN


6.1.1 BAYARAN TIDAK SETIMPAL
Tidak dapat dinafikan antara punca utama kes kecurian ialah gaji yang diperolehi tidak standing
dengan hasil kerja dibuat. Ini membuatkan sesetengah pekerja menjadi marah dan bertindak
mencuri duit tempat kerja mereka.

6.1.2 TANGGUNGAN YANG BANYAK


Bilangan tanggungan seseorang individu itu yang terlalu banyak membuatkan dirinya
tertekan dan tidak mampu untuk membiayai kesemua keperluan mereka . Dengan mencuri

11
membuatkan mereka mendapat duit dan sedikit sebanyak mampu menanggung keluarga
mereka

6.2 HUBUNG KAIT KES TEORI


6.2.1 TEORI WAJIBAN (DEONTOLOGIS)
Teori yang boleh dikaitkan dengan kes ini ialah Teori Wajiban (Deontologis). Teori ini
menerangkan tentang kewajipan yang harus dilakukan oleh seseorang. Ini merupakan suatu
sistem moral/etika yang boleh mengukur baik tidaknya suatu perbuatan tersebut. Apabila
sesuatu kewajipan itu dilakukan ia menunjukkan seseorang itu bermoral manakala jika
kewajipan itu gagal diikut maka ia berkelakuan tidak bermoral.

6.3 JALAN PENYELESAIAN


6.3.1 MEMBUAT SURAT MEMINTA KENAIKKAN GAJI

Dengan cara ini , majikan akan menimbangkan permintaan pekerja mengikut kadar
pekerjaannya . Jika mereka membuat kerja dengan bersungguh dan banyak , permintaan
tersebut semestinya akan diterima

12
7. KESIMPULAN

Terdapat beberapa faktor dan jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah tersebut yang telah
saya kaji sehingga menyebabkan berlakunya masalah disiplin di tempat kerja. Contohnya, faktor
masalah kewangan seperti kes rasuah dan kes pecah amanah di tempat kerja. Beliau terpaksa menerima
rasuah sebagai jalan penyelesaian untuk memiliki sesuatu. Walhal, terlalu banyak jalan penyelesaian
yang boleh dilakukan untuk menjauhi rasuah. Sebagai contoh, mencari peluang pekerjaan yang halal.
Bagi mereka yang menerima rasuah, akan dikenakan hukuman dan dendaan mengikut akta dan undang-
undang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selain itu, terdapat
juga faktor yang menyebabkan masalah disiplin di tempat kerja seperti kes skandal dan kecurian. Antara
faktor yang melibatkan masalah disiplin tersebut adalah mungkin disebabkan mereka mempunyai
masalah keluarga atau tertekan. Jalan penyelesaian yang boleh mereka lakukan adalah berjumpa dengan
pakar bimbingan kaunseling untuk mendapatkan rawatan atau nasihat daripadanya.

Akhir sekali, untuk menjadi seorang yang beretika apabila berada di tempat kerja ialah kita
perlu menjaga disiplin dan sikap apabila bekerja. Hal ini kerana, sebagai seorang pekerja kita perlulah
sentiasa mematuhi peraturan-peraturan di tempat kerja. Jika mempunyai masalah di tempat kerja, segera
berjumpa dengan majikan bukan mengambil tindakan sendiri. Apabila kita melanggar peraturan-
peraturan di tempat kerja maka kita akan mendapat hukuman dan dendaan mengikut akta pekerjaan
yang telah ditetapkan bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

13
8. RUJUKAN

Internet

1. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/372537/pekerja-tak-mengaku-salah-
pecah-amanah

Berita Harian. (2018, January 8).- Pekerja tak mengaku salah pecah amanah – oleh Fairuz
Zaidan

2. https://ilabur.com/isu-disiplin-pekerja/

Oleh Nurul Kasmidillawati Zakaria

3. https://lobakmerah.com/ini-buke-pengakhiree-video-viral-isteri-bergelut-serang-
skandal-suami-di-tempat-kerja-hanya-propa/

Oleh Izuan Jelani

4. https://www.sinarharian.com.my/article/110542/BERITA/Jenayah/Padah-curi-duit-di-tempat-
kerja

Sinar Harian (2020 November 17) – Padah curi duit di tempat kerja - oleh Mohd Izzatul
Izuan Tahir

Journal / PDF

5. William K. Frankena, (1973), Ethics, 2nd edition, chapter one, Morality and Moral
Philosophy An Example of Ethical Thinking (SOCRATES)

14
6. Woozley (1964), An Essay Concerning Human Understanding, abridged, A.D.
Woozley (ed.), London: Fontana Library, 1964.

15

You might also like