Kertas Kerja ANAK ANGKAT IQ NILAM

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

Lebuh Sultan Abdul Samad,


42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

TAJUK AKTIVITI : AKTIVITI ANAK ANGKAT IQ NILAM


PEGAWAI MEJA : ALIZA ABD AZIS
KOD : 2021/ PROGRAM PSS & NILAM/ 02

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Pengetua untuk menimbang dan bersetuju :

a. Mengadakan aktiviti Anak Angkat IQ NILAM untuk murid tingkatan 1 2021


b. Anggaran perbelanjaan hadiah sebanyak RM 300

2. LATAR BELAKANG

a. Merujuk kepada pelan taktikal 2021 antara aktiviti NILAM ialah menarik minat
murid-murid untuk mencintai buku dan berminat untuk membaca buku. Hasrat ini
selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah membina
Sistem Indeks Kualiti NILAM (IQ NILAM) untuk merealisasikan hasrat melahirkan
generasi muda yang gemar membaca. Oleh itu, PSS Bersama- sama unit NILAM
telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti Anak Angkat IQ NILAM bagi
menjayakan hasrat tersebut.
b. Pihak PSS SMK Bandar Baru Sultan Suleiman bersama-sama unit NILAM telah
dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

3. OBJEKTIF

a. Menjadikan budaya mencintai buku sebagai amalan rutin murid-murid SMK


Bandar Baru Sultan Suleiman.
b. Murid dapat meningkatkan minat terhadap amalan membaca seterusnya
menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup.
c. Murid menyedari bahawa terdapat variasi medium untuk mendapatkan informasi
iaitu bukan hanya melalui pembacaan buku fizikal, malah mereka juga
memperoleh informasi dengan membaca buku secara dalam talian dan membaca
bahan bacaan bukan buku.
d. Melatih sifat kesabaran dan ketekunan dalam diri murid-murid.

4. ASAS PERTIMBANGAN

a. Amalan membaca merupakan kunci utama untuk murid-murid mendapatkan ilmu


pengetahuan sekaligus mematangkan pemikiran murid-murid dalam menjawab
soalan peperiksaan yang bakal dihadapi. aktiviti Anak Angkat IQ NILAM oleh PSS
SMK Bandar Baru Sultan Suleiman bersama-sama unit NILAM merupakan antara
usaha menyemai minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah ini.
b. Menarik minat murid-murid untuk mencintai buku bukanlah suatu usaha mudah, oleh
itu PSS bersama-sama unit NILAM membawa medium lebih santai seperti aktiviti
Anak Angkat IQ NILAM agar murid-murid berasa usaha mencintai ilmu bukanlah
suatu usaha yang terlalu sukar untuk dilakukan.
c. Aktiviti ini praktikal untuk dilaksanakan kerana murid-murid Tingkatan 1 akan
dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya mereka lebih mudah
mengakses IQ NILAM. Secara tidak langsung, data bacaan murid dalam IQ NILAM
akan dapat dikumpulkan dengan mudah.

d. KUMPULAN SASARAN
a. Murid Tingkatan 1 2021

1
e. IMPLIKASI KEWANGAN
Kos
JENIS Jumlah
Kuantiti Seunit Keterangan
PERBELANJAAN (RM)
(RM)
Hadiah Aktiviti
a. Perekod IQ Hadiah untuk 3 perekod
3x8 =
NILAM bulanan 5.00 tertinggi untuk (April – 120.00
24
tertinggi November)
Hadiah berupa tab
b. Ikon IQ NILAM 1 120.00 150.00
refurbished
Banner hebahan cara
c. Banner 1 30.00 30.00
merekod IQ NILAM
Jumlah Besar
300.00

5. JAWATANKUASA AKTIVITI
Penasihat : Puan Nurul ‘Ain Binti Muhammad Zain (Pengetua)
Pengerusi : Puan Puziah Binti Tuban (Penolong Kanan Pentadbiran )
Penyelaras 1 : Azliana bt Adnan
Penyelaras 2 : Zubaidah bt Halim
Setiausaha : Aliza Abd Azis

Penyelaras / Ketua
a. Hebahan Aktiviti : Azliana bt Adnan
b. Bahan aktiviti/ Paparan Portal : Aliza Abd Azis
c. Buku Program/ Dokumentasi : Aliza Abd Azis
d. Hadiah : Zubaidah bt Halim
e. Pengumpul Data :
a. April - Sumie Shazleen bt Abd Suki
b. Mei / Jun - Noraini bt Ismail
c. Julai / Ogos - Pushpah a/p Manickam
d. Sept / Oktober - Norazrin bt Hawari
e. November - Norshella bt Khairi

6. STRATEGI PELAKSANAAN
Tarikh : April 2021 hingga November 2021
Masa : 1:30 – 2:30 setiap Isnin dan Selasa (jadual perjumpaan akan diedarkan)
Tempat : Makmal Komputer
Program ini dilaksanakan melalui 2 strategi iaitu perjumpaan ayah / ibu angkat dengan anak
angkat masing-masing dan perekodan IQ NILAM secara kendiri di rumah.

a. Perjumpaan ayah / ibu angkat dengan anak angkat masing-masing bertujuan untuk
membimbing anak angkat cara merekod bacaan ke dalam IQ NILAM dan memantau
perkembangan perekodan anak angkat masing-masing
b. Anak angkat dipantau secara berkala agar perekodan bacaan mereka dapat
ditingkatkan dari semasa ke semasa atau setiap anak angkat berjaya merekodkan
minimum 20 bahan bacaan.

2
3
7. PELAN PENGURUSAN RISIKO
Tarikh : Isnin atau Selasa setiap minggu
Masa : 1:50 – 2:30 petang
Tempat : Makmal Komputer / Bilik Akses

8. KAEDAH PEMANTAUAN

a. Pemerhatian
b. Pengumpulan data
c. Laporan Jawatankuasa

9. PENUTUP

Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Anak Aangkat IQ NILAM dikemukakan untuk
pertimbangan dan keluluasan.

10. SYOR

Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju;

a. Mengadakan Program Anak Angkat IQ NILAM


b. Anggaran peruntukan sebanyak RM 300.00

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ……………………………………….
(ALIZA ABD AZIS) (PUZIAH BT TUBAN)
SU NILAM Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh,

………………………………………………..….
(NURUL ‘AIN BINTI MUHAMMAD ZAIN)
Pengetua

You might also like