Kemahiran Penutup

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAB 2

KEMAHIRAN PENUTUP

1.0 PENGENALAN

Penutup pelajaran adalah bahagian terakhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan
pengajaran untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar.
Penutupan pengajaran yang baik akan meninggalkan kesan yang berkesan dilibuk hati para
murid.

 Ia merupakan bahagian akhir sesuatu pelajaran.

 Aktiviti-aktivit rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam


behegian penutup ini.

Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-murid
mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajar dengan merumuskan
semua isi penting atau menberikan aktiviti susulan kepada mereka. Di samping itu, guru
juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian akan
digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran yang berikutnya.

Terdapat dua jenis penutup yang biasa digunakan, iaitu :


 Penutup kognitif

 Penutup sosial

Penutup kognitif (Mok Soon Sang, 2009) mengarah kepada pengukuhan apa yang
telah dipelajari dan memfokuskan perhatian murid kepada fakta-fakta penting yang telah
dipelajari. Dengan kata lain bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan
kemahiran yang telah dipelajari. Penutup kignitif ini boleh digunakan sebagai aktiviti susulan,
rumusan dan pengukuhan. Antara cara pelaksanaan penutup kognitif ialah :

i. Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti
mencatat isi-isi penting di papan tulis atau papan gulung atau ditayang melalui
projektor/ komputer laptop.

ii. Memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja kepada murid-
murid di dalam bilik darjah.

iii. Memberikan aktiviti penggayaan kepada murid-murid.

iv. Menyoal murid-murid tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.

Penutup sosial menekankan kepada memberikan suatu perasaan pencapaian kepada


murid-murid supaya mereka ingin terus belajar. Dengan sentuhan perasaan ini, mereka
tidak berputus asa menghadapi masalah dalam pembelajaran. Penutup sosial ini biasanya
dilakukan dengan menggunkan teknik peneguhan.

Misalnya :
“Murid-murid telah boleh menyelesaikan semua masalah luas dengan memuaskan.
Dalam pelajaran akan datang, cikgu akan mengajar kamu topik isipadu.”

1.1 Prinsip-Prinsip Penggunaan Kemahiran Penutup

Untuk menggunakan kemahiran penutup dengan berkesan, guru haruslah memahami dan
mematuhi beberapa prinsip berikut :

i. Aktiviti penutup hendaklah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran yang
telah dipelajari murid di peringkat perkembangan.

ii. Semua aktiviti seperti aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan dalam penutup
kognitif hendaklah dirancang dengan teliti supaya penutup dapat dilaksanakan
dengan licin dan berkesan.
iii. Di samping penutup kognitif, penutup sosial juaga harus disediakan untuk peringkat
akhir pelajaran.

iv. Kecuali aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan yang hendak dijalankan dalam
kelas, tempoh masa untuk melaksanakan penutup kognitif dan penutup sosial tidak
harus melebihi lima minit.

v. Aktiviti penilaian juga boleh diadakan pada peringkat penutup dengan tujuan untuk
mengukur hasil pencapaian objektif pelajaran.

1.2 Objektif-Objektif Kemahiran Penutup

Objektif-objektif kemahiran penutup adalah seperti berikut :

i. Menarik perhatian murid terhadap apa yang baru dipelajari supaya mereka
mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.

ii. Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumus fakta-
fakta penting atau memberikan kerja bertulis.

iii. Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan di kalangan murid dengan


menggunakan teknik peneguhan.

iv. Menggunakan aktiviti penilaian utnuk mencapai objektif pelajaran serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat pengubahsuaian,
membaiki serta meningkatkan prestasi pembelajarannya pada masa depan.

v. Membolehkan guru membuat pengubahsuaian terhadap pengajarannya.

vi. Dengan adanya bahagian penutup ini, aktiviti-aktiviti susulan akan dapat diadakan
supaya murid diberi peluang mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang mereka
baru pelajari.
1.3 Kesan Penutup ke atas Pengajaran dan Pembelajaran

Jika objektif-objektif penutup dapat dicapai dengan memuaskan, maka beberapa kesannya
dapat diperlihatkan seperti barikut :

i. Melalui aktiviti susulan, murid-murid dapat mengukuhkan kemahiran atau konsep


yang baru dikuasai.

ii. Dengan menggunakan kesimpulan kognitif, murid-murid dapat membuat rumusan


terhadap fakta-fakta penting yang dipelajari.

iii. Dengan menggunakan kesimpulan sosial, seperti memberi murid suatu perasaan
pencapaian, mereka telah dimotivasikan supaya terus berusaha dan mencuba.

iv. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat mentafsirkan pencapaian objektif pelajaran yang
ditentukan. Keputusan penilaian ini akan membolehkan guru membuat
pengubahsuaian untuk rancangan pelajaran yang akan datang.

1.4 Komponen-Komponen Kemahiran Penutup

Kemahiran penutup mengandungi dua komponen yang utama iaitu komponen perkaitan
kognitif dan komponen perkaitan sosial. Rajah berikut menerangkan aktiviti-aktiviti penutup
yang terkandung dalam kedua-dua komponen tersebut.

 Membuat rumusan
Perkaita  Mengulang isi-isi penting
n kognitif  Menjalankan aktiviti penilaian
Komponen
 Mencadangkan aktiviti susulan
-  Menjalankan aktiviti pengukuhan
komponen
 Menimbulkan perasaan pencapaian murid
Kemahiran Perkaita
 Memberi peneguhan positif
n sosial  Mewujudkan perasaan ingin tahu
 Memotivasikan perasaaan ingin belajar
 Mengaitkan dengan pelajaran yang akan
datang

Rajah 5.0: Komponen Kemahiran Penutup


1.5 Cara Pengendalian Pengajaran Mikro

Guru pelatih yang memilih latihan penguasaan kemahiran penutup dalam sesi pengajaran
mikro harus merancang aktiviti penutup yang berasaskan andaian bahawa murid-murid baru
sahaja selesai menguasai satu-satu konsep atau kemahiran. Rancangan aktiviti penutup
juga meliputi persediaan aktivit susulan yang berkaitan dengan konsep dan kemahiran yang
telah dipelajari. Semasa sesi pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat harus
melaksanakan kedua-dua komponen penutup berdasarkan kepada aktiviti.

Pensyarah dan gru pelatih yang tarlibat dalam aktiviti penilaian untuk pengajran
mikro ini boleh menggunakan borang bimbingan kemahiran penutup yang berikut :

Ada Ada
Komponen dan Kriteria Kemahiran Tidak ada
Penutup (sesuai) (tidak sesuai)
1. Perkaitan kognitif

Membuat rumusan
Mengulangi isi-isi penting
Menjalankan aktiviti penilaian
Mencadangkan aktiviti susulan
Menjalankan aktiviti pengukuhan
2. Perkaitan sosial

Menimbulkan perasaan pencapaian


pelajar
Memberi peneguhan positif
Mewujudkan perasaan ingin tahu
Memotivasikan perasaan ingin belajar
Mengaitkan dengan pelajaran yang
akan datang
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

Jadual 5.0: Borang Bimbingan Kemahiran Penutup

You might also like