Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah,
menukarkan imbuhan atau nenggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama
khas.

(i) beli-belah

(ii) bengkang-bengkok

(iii) calar-balar

(iv) cerai-berai

(v) huru-hara

(vi) huyung-hayang

(b) Bina ayat tanya bagi soalan-soalan berikut.

(i) Encik Ali yang telah meluluskan pinjaman perumahan Puan Asmida.

(ii) “Kaki saya sakit kerana saya terjatuh tangga semalam Siti,” jawab Faiz.

(iii) “Maafkan saya cikgu, kerja kursus saya tertinggal semalam,” Aina meminta maaf
kepada Cikgu Alina

(iv) “Maria, tolong ambil bubur kacang di dapur. Kakak engkau masak bubur kacang tu
tengah hari tadi,” balas mak.

(v) Perancangan kami ke luar negara pada cuti bulan Mac ini berjalan dengan baik.

(vi) “Syukur, saya berjaya menjejaki kaki ke menara gading setelah dua tahun saya cuti
sakit,” ucap Alim dengan terharu.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Bagi setiap ayat
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pelajar sekolah yang menunggang motorsikal diingat memakai topi kaledar
supaya tidak disaman oleh pihak berkuasa.

(ii) Amalan berjimat-cermat wajar diberikan pendidikan awal kepada anak-anak sejak
kecil oleh ibu bapa ketika ke kompleks beli-belah.

(iii) Ibu bapa yang bercerai-berai sebab anak-anak mengalami kemurungan hidup
akibat stress.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu.
Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Puan Fatimah terkujat apabila dimaklumkan bahawa anak bongsunya meninggal
dunia di dalam kemalangan jalan raya.

(ii) Para guru sanggup berkorban mengadakan kelas tambahan di masa cuti sekolah
demi meninggikan bilangan murid yang lulus dalam peperiksaan nanti.

(iii) Ibu sedang memotong ikan di dapur, sementara ayah memperbaiki keretanya yang
rosak.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang
sesuai dengan petikan tersebut.

(i) Sebaik-baik sahaja Zalika mendapat surat temuduga sebagai pegawai bank di
Kuala Lumpur, dia telah meletakkan jawatannya sebagai kerani di Muar, Johor.

(ii) Jamli menganggap bahawa Faris merupakan rakan yang boleh dia percaya.
Namun, sebenarnya Faris suka memburuk-burukkan Jamli kepada rakan-rakannya
yang lain.

(iii) Projek perternakan ayam yang diusahakan Nabil kerap mendatangkan masalah.
Walau bagaimanapun, pelbagai cabaran yang dihadapinya berjaya ditempuhi
sehingga dia dianugerahi sebagai pengusaha ternakan ayam yang berjaya di negeri
itu.
SKEMA JAWAPAN

3a) ( i) beli-belah - sebuah atau segugusan bangunan yang membentuk


sebuah kompleks kedai

(i) bengkang-bengkok - sesuatu yang tidak lurus, berkelok-kelok, berliku-liku

(ii) calar-balar - garis bekas kena sesuatu yang tajam

(iii) cerai-berai - berpisah-pisah (berselerak,berpecah-pecah), porak-peranda/ berpisah

daripada bersatu sebagai suami isteri, putus talian sebagai suami isteri.

(v)Huru-hara = kebisingan/kegemparan/hingar-bingar/keributan

(vi) Huyung-hayang = bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan (seperti orang mabuk)

3b)

(i) Siapakah yang telah meluluskan pinjaman perumahan Puan Asmida?

(ii) “Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin semalam?

(iii) “Mengapakah awak tidak menghantar kerja yang saya minta semalam?” Cikgu Alina
bertanya kepada Aina.

(iv) Apakah rahsia kamu semakin bijak ni?

(v) “Bagaimana rancangan kamu untuk melancong ke luar negara bersama-sama keluarga
pada cuti persekolahan bulan Mac nanti?”

(vi) Mengapakah Alim berasa terharu dan mengucapkan syukur?

(3c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) kaledar-keledar

diingat-dingatkan

(ii) berjimat-cermat - berjimat cermat

diberikan-diberi

(iii) stress-stres

sebab-menyebabkan.
(3d)kesalahan istilah atau tatabahasa

(i) terkujat-terkejut

di dalam-dalam

(ii) meninggikan-meningkatkan

di masa-pada masa

(iii)memotong-menyiang

memperbaiki-membaiki/membaikkan

(e) Peribahasa

i) mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan)

ii) musuh dalam selimut/Bagai api dalam sekam)

iii)di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


- genggam bara api, biar sampai jadi arang
- berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian

You might also like