Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Huraikan dengan kritis persamaan dan pertembungan keluarga dan sekolah daripada aspek

nilai, aspirasi, dan sikap.

2. Bincangkan juga hubungan antara sekolah dengan ibu bapa dan juga masyarakat.

Jawapan;
Hubungan sekolah dengan ibu bapa ini dapat dibentuk hubungan interaksi antara pihak
sekolah dengan pihak luar di luar sekolah terutamanya ibu bapa penjaga dan masyarakat
selain itu, Kehidupan kanak-kanak dipengaruhi oleh dunia persekitaran yang berlainan. Ini
dapat membantu kita memahami keadaan di mana tingkah laku murid mungkin akan berbeza
apabila berada di rumah, sekolah dan komuniti. Di sekolah wujudnya satu persatuan iaitu
persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) merupakan orang tengah antara ibu bapa guru dan
pentadbiran sekolah. Peranan PIBG sangat penting dalam menyokong kemajuan dan
pencapaian yang ingin dicapai oleh pihak sekolah untuk menjamin kemenjadian murid itu
lebih berkesan. Ini bermakna interaksi ibu bapa dengan pihak sekolah memainkan peranan
penting agar dapat menggadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah
bagi mengatasi sebarang masalah yang dihadapi.
Hubungan sekolah dengan masyarakat merupakan jalinan interaksi yang boleh
dilaksanakan oleh sekolah agar terjadinya kerjasama yang baik antara sekolah dengan
masyarakat dalam pelaksanaan pendidikan untuk kebaikan bersama. Masyarakat juga
tergolong dalam kalangan ibu bapa murid-murid di sekolah. Peranan PIGB merupakan orang
tengah dalam interaksi masyarakat dengan pihak sekolah. Penglibatan ibu bapa dan
komuniti dengan sekolah merujuk kepada pelbagai tingkah laku ibu bapa dan komuniti yang
secara langsung dan tidak langsung dalam mempengaruhi perkembangan kognitif, emosi,
fizikal dan pencapaian murid-murid di sekolah. Tingkah laku yang dimaksudkan ialah
merangkumi kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat PIBG, menjadi ahli aktif dalam PIBG,
menjadi sukarelawan di sekolah, membantu dalam mengurus bilik darjah, memantau kerja
rumah anak-anak, memantau perkembangan anak di sekolah, merangsang dan
memotivasi anak, membaca bersama-sama anak, serta mengawal aktiviti anak di luar
waktu persekolahan. Apabila wujud interaksi yang baik antara sekolah dengan masyarakat
menjadi tanggungjawab untuk mewujudkan satu inisiatif utama dalam menentukan suasana
pembelajaran yang berkualiti untuk murid-murid di sekolah. Selain itu, Kurikulum sekolah
adalah sejajar dengan keperluan masyarakat iaitu ia dapat mengekalkan nilai-nilai,norma –
norma , kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat.

You might also like