Kata Ganti Nama Diri TN 6

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kata Ganti Nama Diri - Isi tempat kosong dengan jawapan yang

paling sesuai.
1. Bryan seorang murid yang pintar.  __Dia_____ belajar di kelas 6 jujur.

2. “ Saya akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada
Siti.

3. “Bolehkah saudari tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata  Devi kepada


gadis itu.

4. “ Kita perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke


pusingan seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.

5. “ Patik akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada  sultan. (Hamba /
Patik)

6. Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Subra kerana mereka tidak menyiapkan kerja
sekolah. (dia / mereka)

7. Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C ) Ching Mun.  Beliau telah berkhidmat di
sekolah itu selama hampir tujuh tahun. (Baginda / Beliau)

8. “ Beta berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman. (Patik /
Beta)

9.  Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakannya menolong seorang mangsa
kemalangan pada pagi tadi. (anda / -nya)

10. Kita mestilah taat kepada ibu bapa kerana merekalah yang membesarkan kita.
(Tuanku /Kita)

11 “ Wahai pelajar-pelajar , kalian hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga


berjaya ke menara gading!' nasihat Guru Besar kepada kami. (kalian / engkau)

12 “Lebih baik _kamu___ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng
kepada kawannya apabila ternampak kebakaran.
13 Sultan Johor akan menghadiri majlis itu.  Baginda akan diiringi oleh Menteri
Besar Johor. (Beliau / Baginda)

14. “ Kamu berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu. ( Kamu/ Dia)

15. “Bilakah  tuanku akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara
kepada Sultan Iskandar. (tuanku / kamu)

16.  “ Kami akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata
Jacob  dan Johan kepada Ang. (Kami / kita)

17. Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri.  Mereka telah melarikan


sejumlah barang kemas yang bernilai RM 300 000. (Mereka / Kita)

18. “Sandra , marilah kita pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Thini.

19. Beliau seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di
kawasan ini. (Baginda /Beliau)

20  Dia berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.
(Beta / Dia)

You might also like