Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari
ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata
hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal


hubung
Suhaili suka makan nasi dan(a)      Suhaili  suka makan nasi
lemak dan mi sup. lemak.

(b)      Suhaili suka makan mi


sup.
Rumah yang besar itu Yang(a)      Rumah itu besar.
rumah Fazli.
(b)      Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa bahawa
(a)      Dia memberitahu.
kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. (b)      Kakaknya akan
melanjutkan pelajaran ke
luar Negara.
Dia akan balik ke kampong Apabila
(a)      Dia akan balik ke
apabila ada masa lapang. kampung.

(b)      Dia ada masa lapang.

Latihan :

(A)        Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.  _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar.    ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)         Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.
1.     Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen.                                   sambil
________________________________________
2.    Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman                             dan
_________________________________________
3.    Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru.                       untuk
_________________________________________
4.    Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal.                                       yang
_________________________________________
5.    Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.                            apabila
_________________________________________
6.    Halim kaya.
Halim kedekut.                                                  tetapi
_________________________________________
7.  Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.                  sebelum
__________________________________________
8.  Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang.                              kerana
__________________________________________
9.  Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat.                                             walaupun
__________________________________________
KATA NAMA AM

1. Tandakan  ( / ) pada perkataan yang menunjukkan kata nama am.

Bil Kata nama Tandakan  ( / ) pada


kata nama am
1. pokok
2. rumah
3. Saiful
4. perpustakaan
5. Nokia
6. Johor
7. kucing
8. bayam
9. majalah
10. Pak Belang
11. durian
12. kasut
13. Kamus Dewan
14. Dewan Merdeka
15. baju

2.  Gariskan kata nama am yang sesuai.

            a.         Murid-murid bersenam di (kantin, padang).


            b.         Lim mengasah  (pensel, pen) yang tumpul.
            c.         Raju mengangguk (kepala, kaki)  tanda faham.
            d.         Rahayu mengayuh (basikal, kereta) ke sekolah.
            e.         Semua ( guru, polis)  sedang mengajar di kelas.
            f.         Datuk menjinjing (beg, kotak) pakaian.
            g.         (Bola, Batu) yang ditendang oleh Zabir mengenai palang gol.
   KATA NAMA KHAS

          Senaraikan kata nama khas di ruangan yang disediakan.

Haji Ali        Doktor Zaidi          matahari      payung


                    jam              kobis                     Jepun          adik
                   daun             Jalan Tasik            lori              Taman Kota 
                   radio            Mak Cik Ani           Samsung      Proton Waja
                   
_______________                  _________________
                   _______________                  _________________
                   _______________                  _________________
                   _______________                  _________________   
         
Gariskan kata nama khas dalam ayat berikut.
          1.       Ravin dan Adif selalu bermain bola sepak.
          2.       Tasha tinggal di Jalan Abdullah.
          3.       Si Tompok makan ikan dan minum susu.
          4.       Jam tangan ibu jenama Coach.
          5.       Ayah memandu kereta  Proton Preve.
          6.       Sekolah KebangsaanTebrau bersebelahan padang permainan.
          7.       Kedai itu milik Mak Cik Ani. 
  
KATA KERJA TUNGGAL   

     Pilih jawapan yang betul.

     1. Abang sedang __________ (tunggang, pandu) motosikal.


   
     2. Ibu __________ (rebus, tanak) nasi atas dapur.

     3. Burung__________ ( hinggap, duduk) atas dahan pokok.


   
     4. Si Tompok __________ (tidur, jaga) lena di bawah meja. 

     5. Farhan ________ (pikul, galas) beg sekolahnya di bahu.

     6. Encik Rosman _________ (makan, minum) segelas air sejuk.

     7. Pak Rahman ________ (bakar, simpan) sampah di halaman 


         rumahnya.

     8. Jerard ________ (baca, pandang) buku kerana akan mendududuki 


         peperiksaan.

     9. Jenie ________ (cakar, conteng) buku abangnya yang baru dibeli.

    10. Datuk _______ (tunggu, duduk) di bangku yang disediakan di 


         taman rekreasi.
KATA ADJEKTIF

Tandakan jawapan yang betul.

1.   Buku-buku itu sangat __________.


     A   tebal
     B    buruk
     C    nipis

2.   Paruh burung bangau_________.


      A  kurus
      B   tinggi
      C  panjang

3.   Bola sepak berbentuk_________.


      A  bujur
      B   bulat
      C   segi tiga

4.  Isi buah manggis berwarna_________.


     A   hitam
     B    kelabu
     C    putih

5.   Rambut kakak ___________.


     A   pendek
     B    panjang
     C    kerinting
6.  Kotak yang diangkat oleh adik itu agak________.
    A    ringan
    B     lebat
    C    tinggi

 
7.   Kakak Seri memiliki sepasang mata 
      yang _______.
      A  tajam
      B  sepet
      C  bundar

8.  Buah mangga muda sungguh_________.


     A   masam
     B    pahit
     C    kelat    
AYAT MAJMUK

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat-ayat  tunggal
disambungkan oleh perkataan kata hubung dan, atau, tetapi, kecuali, sambil dan lain-
lain.

Contoh-contoh ayat majmuk:

1) Kakak suka menyanyi. (ayat tunggal)

   Adik suka menari. (ayat tunggal)

     * Dua ayat tunggal digabungkan menjadi ayat majmuk.

   Kakak suka menyanyi tetapi adik suka menari. (ayat majmuk)


                             (kata hubung)

2) Ayah cuci kereta. (ayat tunggal)

    Ayah menyanyi. (ayat tunggal)

    * Dua ayat tunggal digabungkan menjadi ayat majmuk.

    Ayah cuci kereta sambil menyanyi. (ayat majmuk)


                        (kata hubung)
 AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa
adjektif.

Predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif
dan frasa sendi nama.

Ayat tunggal juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

     Contoh-contoh ayat tunggal:

1)  Datuk saya sedang berehat. 


     ( subjek)      (predikat)

2)  Doktor Amir bertugas di klinik.                                                          (subjek)    


(predikat)

3)  Basikal itu milik saya.                                                                        


( subjek )    (predikat)
Posted by Fauziah Dom at 02:39 No comments: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Ayat Tunggal
KATA GANDA PENUH

Kata ganda penuh atau penggandaan penuh bermaksud seluruh perkataan diulang
tanpa mengalami perubahan bunyi atau bentuk, sama ada berimbuhan atau tidak.

Contoh-contoh kata ganda penuh:

Labah-labah
Sejenis serangga berkaki lapan yang membuat sarang dengan menyirat benang yang
keluar dari badannya.

Sumpah-sumpah
Haiwan yang menyerupai cicak dan boleh bertukar warna
Kanak-kanak
Budak lelaki atau perempuan yang masih kecil ( biasanya yang belum berumur lebih
daripada 7 atau 8 tahun )

Orang-orang
Boneka, patung

Penggandaan penuh juga boleh berlaku dalam keadaan berikut:

 seluruh kata dasar


          Contoh: pokok-pokok, rumah-rumah
 seluruh kata terbitan
          Contoh: pakaian-pakaian, lukisan-lukisan
 kata berimbuhan
          Contoh: biji-bijian, kenang-kenangan
 kata majmuk
          Contoh: kedai-kedai baju, kuih-kuih manis
KATA HUBUNG
 
                                                              KATA HUBUNG
KATA TANYA
                                                                KATA TANYA
KATA ADJEKTIF
                                                
                                                           KATA ADJEKTIF
KATA KERJA TUNGGAL

You might also like