Professional Documents
Culture Documents
2018-04-11-6A - Graf Bar Piramid
2018-04-11-6A - Graf Bar Piramid
2018-04-11-6A - Graf Bar Piramid
04 2018
Pengajian Am
Tingkatan 6 Atas (Kumpulan 1)
KBKK: Pelajar dapat menukarkan data dari bentuk prosa kepada bentuk
graf bar piramid mudah.
Refleksi :
Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan di bawah , sediakan sebuah graf piramid
yang sesuai untuk menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Semenanjung
Malaysia pada tahun 1990.
Dalam satu bancian penduduk pada tahun 1990, menganggarkan jumlah
penduduk Semenanjung Malaysia lebih kurang 14.4 juta orang. Manakala penduduk di
Sabah dan Sarawak dianggarkan 3.8 juta orang yang menjadikan jumlah penduduk
Malaysia seramai 18.2 juta orang.
Bancian dalam tahun 1990 menunjukkan bahawa bilangan penduduk lelaki adalah
lebih kurang 7.3 juta orang. Sementara bilangan penduduk perempuan dianggarkan
berkurang sebanyak 200 ribu berbanding dengan penduduk lelaki. Secara terperinci, jika
dibuat komposisi penduduk Semenanjung Malaysia yang dibahagikan kepada lapan
struktur umur, iaitu 0 - 9, 10 - 19, 20 - 29, 30 - 39, 40 - 49, 50 - 59, 60 - 69 dan 70 tahun
ke atas, akan didapati pembahagian kependudukan Semenanjung Malaysia pada tahun
1990 dengan jelas.
Bilangan kanak-kanak yang berumur 0 - 9 tahun adalah lebih kurang 3.33 juta
orang . Daripada jumlah ini , 1 710 000 orang adalah lelaki iaitu 11.9% daripada jumlah
penduduk Semenanjung Malaysia dan bilangan perempuan pula kira-kira 1.63 juta orang
atau 11.3%.
Bagi kumpulan umur antara 10 - 19 tahun , bilangan lelaki ialah 1 420 000 orang .
Bilangan ini melebihi daripada bilangan perempuan sebanyak 70 ribu orang. Kumpulan
penduduk yang berumur dalam lingkungan 20 - 29 tahun, didapati 1.25 juta orang adalah
terdiri daripada lelaki, manakala bilangan penduduk perempuan dianggarkan hanya
berjumlah 1.21 juta orang . Bilangan penduduk pada peringkat berikutnya semakin
berkurang. Pada kumpulan umur antara 30 - 39 tahun dan 40 - 49 tahun, masing-masing
mempunyai bilangan penduduk seramai 1 870 000 orang dan 1 570 000 orang . Jumlah
penduduk lelaki pada peringkat umur 30 - 39 tahun, dianggarkan seramai 950 ribu orang ,
sememtera bilangan penduduk perempuan pada struktur umur 40 - 49 tahun ialah 780
ribu orang.
Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan 50 - 59 tahun, bilangan penduduk
perempuan ialah 630 ribu orang , iaitu masih kurang daripada bilangan penduduk lelaki
seramai 20 ribu orang . Walau bagaimanapun, pada peringkat umur 60 - 69 tahun dan
lebih daripada 70 tahun, bilangan penduduk perempuan didapati melebihi daripada
bbilangan penduduk lelaki. Pada yang berusia 60 - 69 tahun, penduduk perempuan
melebihi bilangan penduduk lelaki seramai 10 ribu orang berbanding dengan bilangan
lelaki yang berjumlah 370 ribu orang.. Bagi penduduk yang berusia 70 tahun ke atas pula,
bilangan penduduk lelaki dianggarkan seramai 160 ribu orang dan bilangan penduduk
perempuan adalah seramai 210 ribu orang.
(Sumber : Laporan Banci Penduduk Malaysia, 1990.)
Jawapan
STRUKTUR UMUR DAN JANTINA BAGI PENDUDUK SEMENANJUNG
MALAYSIA PADA TAHUN 1990
Peringkat umur Lelaki (ribu orang) Perempauan (ribu orang )
0-9 1 710 1 620
10 - 19 1 420 1 350
20 - 29 1 250 1 210
30 - 39 950 920
40 - 49 790 780
50 - 59 650 630
60 - 69 370 380
70 tahun ke atas 160 210
Jumlah 7 300 7 100