Modul Pilihatur Dan Gabungan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TOPIK 4: PILIHATUR DAN GABUNGAN

1. Berapakah bilangan kod empat huruf yang berlainan yang dapat dibentuk dengan menggunakan huruf-huruf
dalam perkataan ‘GRACIOUS’ dengan keadaan ulangan tidak dibenarkan dan huruf pertama adalah huruf
vokal ?
[2 m / Aras R]

2. Berapakah bilangan nombor genap empat digit yang boleh dibentuk dengan menggunakan digit- digit 1, 2, 3, 4,
dan 5 tanpa ulangan ?
[2 m / Aras R]

3. Berapakah bilangan nombor tiga digit yang lebih besar daripada 400 yang boleh dibentuk daripada digit-digit 1,
2, 3, 4, dan 5 tanpa ulangan ?
[2 m / Aras S]

4. Lima daripada huruf-huruf dalam perkataan ‘KERLIPAN’ disusun sebaris. Hitungkan bilangan susunan
berlainan yang mungkin diperoleh.
[2 m / Aras R]

5. Satu jawatankuasa yang terdiri daripada 8 ahli akan dipilih daripada 7 guru dan 6 pelajar.
Hitung bilangan cara yang berlainan jawatankuasa itu boleh dibentuk jika
(a) tiada syarat dikenakan
[1 m / Aras R]
(b) terdapat 5 guru dan 3 pelajar dalam jawatankuasa itu.
[2 m / Aras S]

6. Berapakah bilangan nombor ganjil empat digit yang boleh dibentuk dengan menggunakan digit-digit 1, 2, 3, 4,
5 dan 6 tanpa ulangan ?
[3 m/ Aras S]

1
7. Satu penal hakim terdiri daripada 4 orang akan dipilih daripada 2 guru lelaki , 4 guru perempuan dan 3 pengawas.
Hitungkan bilangan cara yang berlainan panel itu boleh dibentuk jika
(a) tiada syarat dikenakan,
[2 m / Aras R]
(b) panel itu mengandungi sekurang-kurangnya 2 guru.
[2 m / Aras S]

8. Satu jawatankuasa yang terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan akan dibentuk daripada 10 lelaki dan 11
perempuan. Berapakah bilangan cara jawatankuasa itu boleh dibentuk ?
[2 m / Aras S]

9. Hitung bilangan cara untuk membentuk satu kod enam huruf termasuk huruf G daripada perkataan
‘GRACIOUS’ , tiada ulangan huruf dalam setiap kod tersebut.
[3 m / Aras S]

10. Rajah 10 menunjukkan 4 huruf dan 4 digit.

A B C D 5 6 7 8

Satu kod akan dibentuk daripada huruf-huruf dan digit-digit tersebut. Kod tersebut mesti mengandungi 3 huruf
dan diikuti oleh 2 digit. Berapakah bilangan kod yang boleh dibentuk jika tiada ulangan huruf atau digit dalam
setiap kod tersebut ?
[3 m / Aras S]

11. Satu pasukan badminton terdiri daripada 8 pelajar. Pasukan tersebut akan dipilih daripada sekumpulan 8 lelaki
dan 5 perempuan. Hitungkan bilangan cara yang berlainan pasukan itu boleh dibentuk dengan keadaan setiap
pasukan itu mengandungi
a) 5 lelaki,

2
[2 m / Aras R]
b) tidak lebih daripada 2 perempuan
[2 m / Aras S]

12. Berapakah bilangan nombor lima digit yang kurang daripada 50 000 yang boleh dibentuk dengan menggunakan
digit-digit 0,1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8 , ulangan dibenarkan?

[3 m / Aras S]

13. Rajah 13 menunjukkan lima kad yang terdiri daripada huruf-huruf berlainan.

R A J I N

a) Hitungkan bilangan susunan berlainan yang mungkin diperoleh untuk menyusun semua kad itu dalam
sebaris.
[1 m/ Aras R]
b) Berapakah bilangan susunan dalam (a) dengan keadaan jika huruf A dan N adalah bersebelahan.
[3 m / Aras S]

14. Satu pasukan bahas yang terdiri daripada 6 pelajar akan dipilih daripada 2 ketua kelas, 3 penolong ketua kelas
dan 5 pengawas.
Hitungkan bilangan cara yang berlainan pasukan itu boleh dibentuk jika
a) tiada syarat dikenakan
[2 m / Aras R]
b) pasukan itu mengandungi hanya seorang ketua kelas dan tepat 3 orang pengawas.
[2 m / Aras S]

15. Rajah 15 menunjukkan tujuh kad huruf.

U N I F O R M

Satu kod lima huruf akan dibentuk dengan menggunakan 5 daripada kad-kad ini. Hitung
a) bilangan kod 5 huruf yang berlainan yang dapat dibentuk,
3
[1 m / Aras R]
b) bilangan kod 5 huruf yang berlainan yang berakhir dengan satu konsonan,
[3 m / Aras S]

16. Seorang jurulatih ingin memilih 9 pemain yang terdiri daripada 6 lelaki dan 3 perempuan untuk membentuk satu
pasukan squash. 9 pemain tersebut akan dipilih daripada sekumpulan 8 lelaki dan 6 perempuan. Hitung
(a) bilangan cara pasukan tersebut dapat dibentuk ,
[2 m / Aras S]
(b) bilangan cara pasukan tersebut dapat disusun dalam satu barisan untuk tujuan fotografi, sekiranya 6 lelaki itu
duduk bersebelahan.
  [2 m / Aras S]

17. 2 perempuan dan 8 lelaki akan mengambil tempat duduk 5 kerusi yang disusun sebaris. Hitung bilangan cara
mereka dapat disusun sekiranya tiada 2 orang yang sama jantina duduk bersebelahan.
[3 m / Aras S]

18. Satu pasukan badminton yang terdiri daripada 5 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain perempuan ingin dipilih
daripada 8 orang pemain lelaki dan 6 orang pemain perempuan. Hitungkan bilangan pasukan berlainan yang
mungkin dibentuk
[2 m / Aras S]

19. Rajah 19 menunjukkan enam kad berdigit.

0 3 4 7 8 9
 
Satu nombor empat digit akan dibentuk dengan menggunakan kad-kad ini. Berapakah
a) nombor berlainan yang dapat dibentuk ?
[1 m / Aras S]
b) nombor genap berlainan yang lebih kecil daripada 6000 yang dapat dibentuk ?
4
[3 m / Aras T]

20. Cari bilangan nombor yang lebih besar daripada 800 yang boleh dibentuk daripada digit-digit 5, 6, 7, 8, dan 9
tanpa ulangan.
[3 m / Aras T]

21. 10 orang pelajar baru akan diagih menjadi ahli rumah sukan di sekolah. 3 orang pelajar akan diagihkan kepada
Rumah Merah, 5 orang pelajar akan diagih kepada Rumah Biru dan yang lain akan diagih kepada Rumah Hijau.
Carikan jumlah bilangan cara pemilihan pelajar itu yang boleh dibuat dengan syarat setiap pelajar dibenarkan
menjadi ahli satu rumah sukan sahaja.
[2 m / Aras S]

22. Daripada satu kumpulan yang terdiri daripada 4 orang guru lelaki dan 6 orang pelajar lelaki, satu pasukan tenis
seramai 3 orang akan dipilih untuk mewakili daerah. Hitungkan
(a) bilangan cara pasukan itu mungkin dibentuk ,
[2 m / Aras R]
(b) bilangan cara pasukan itu mungkin dibentuk jika setiap pasukan mesti mengandungi sekurang-kurangnya
seorang pelajar lelaki.
[2 m / Aras S]

23. Berapakah bilangan nombor genap yang kurang daripada 4000 dapat dibentuk daripada nombor-nombor perdana
dari 1 hingga 10, tanpa ulangan?
[2 m / Aras T]

5
24. Terdapat 10 guru dan 15 ibubapa yang menghadiri satu mesyuarat Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Cari
bilangan jawatankuasa berbeza yang dapat dibentuk sekiranya ia mengandungi 4 guru dan 6 ibubapa.
[2 m / Aras S]

25. Peti sejuk Peti sejuk Mesin basuh Mesin basuh Mesin basuh
Refrigerato Refrigerator Washing Washing Washing
r machine machine machine
Di kedai elektrik Khong Seng terdapat 4 buah peti sejuk yang berlainan jenama dan 5 buah mesin basuh yang
berlainan jenama. Khong Seng ingin mempamerkan barang-barang elektrik itu seperti yang ditunjukkan
dalam rajah di atas. Hitungkan bilangan cara barang-barang itu boleh dipamerkan.
[3 m / Aras S]

26. Satu jawatankuasa ICT sekolah hendak dibentuk. Jawatankuasa itu mengandungi 6 orang ahli yang dipilih
daripada 7 orang pelajar, 4 orang guru dan 2 orang tukang cuci.
Hitungkan
(a) bilangan cara jawatankuasa itu boleh dipilih
[2 m / Aras R]
(b) bilangan cara jawatankuasa itu boleh dipilih jika ia mengandungi 2 atau 3 orang pelajar.
[2 m / Aras S]

27. Sebuah bungkusan hadiah yang terdiri daripada 6 barang akan dipilih daripada 5 alat tulis dan 7 buah buku cerita.
Hitungkan bilangan bungkusan hadiah yang dapat dibentuk supaya mengandungi
(a) 4 alat tulis
[2 m / Aras S]
(b) tidak lebih daripada 3 buah buku cerita
[2 m / Aras S]

6
28. Satu kertas ujian terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Berapakah bilangan kombinasi soalan yang boleh
dilakukan jika seorang pelajar harus menjawab 3 daripada 4 soalan dalam bahagian A dan 2 daripada 5 soalan
dalam bahagian B ?
[2 m / Aras S]

29. Terdapat lima botol pewarna cecair yang terdiri daripada warna merah, hijau, kuning, biru dan putih. Hitungkan
bilangan cara
(a) menyusun dalam satu baris 3 botol pewarna cecair daripada 5 botol itu
[2 m / Aras R]
(b) campuran dua warna berlainan yang mungkin boleh dibuat
[2 m / Aras S]

30. Empat huruf akan dipilih daripada perkataan ‘POINTS’. Ulangan huruf dibenarkan. Hitungkan bilangan susunan
berbeza yang mungkin supaya
(a) the arrangement begins with S,
[2 m / Aras T]
(b) the arrangement has no S.
[2 m / Aras T]

31. Satu pertandingan bola keranjang terdiri daripada 5 pemain utama. Jika pemain-pemain utama itu dipilih daripada
sekumpulan 12 pemain, hitungkan
(a) berapakah bilangan cara untuk mendapatkan 5 pemain utama?
[2 m / Aras R]

(b) Berapakah bilangan cara jika Meng, Ali dan Singh mesti dipilih ?
[2 m / Aras S]

7
32. Sebuah kelab mengandungi 25 orang ahli. Berapakah cara kita boleh memilih
(a) ahli jawatankuasa tertinggi yang terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi , setiausaha dan bendahari
[2 m / Aras S]
(b) 4 ahli jawatankuasa biasa .
[2 m / Aras S]

33. Empat ahli jawatankuasa daripada Persatuan Sains di Sekolah Menengah Cyber akan dipilih daripada 6 lelaki dan
4 perempuan. Hitungkan bilangan cara untuk membentuk jawatankuasa 4 orang itu yang mengandungi
(a) bilangan lelaki dan perempuan yang sama
[2 m / Aras S]

(b) hanya lelaki .


[2 m / Aras S]

34. Satu pasukan 5 orang pelajar akan dipilih daripada 4 perempuan dan 6 lelaki. Cari bilangan cara pasukan itu
boleh dibentuk jika
(a) tiada syarat dikenakan,
[2 m / Aras R]
(b) minimum 3 orang pelajar perempuan mesti dipilih
[2 m / Aras S]

You might also like